Thursday, 9 August 2012

Isu Rohingya : Kenapa Rohingya Tidak Dibantu?







Isu Rohingya : Persoalan, kenapa Aung Suu Kyi lak sekarang yang jadi tumpuan dunia walhal dia bukan PM pun? Macam nak kena jerat je pasal agenda sebenar pompuan ni. Apsal tak mau bagi Nobel Prize kepada aktivis hak asasi dan keamanan Rohingya?? Depa pun perjuangkan benda yang sama macam Aung Suu Kyi jugak, walhal jauh lebih lama dari Aung Suu Kyi. Apa cerita?? Aku bagitahu korang 3 sebab utama Aung Suu Kyi tidak akan bantu Rohingya dengan apa cara sekalipun, sebaliknya hanya beri kata2 kesian dan rayuan. Dia ni hanya wayang je pasal akal hak asasi ni. Ok, apa 3 sebab tu? :

1. Faktor dan populariti terutama dari ethnik Rakhine dalam pilihanraya, 

2. Faktor strategik utara tanah Rakhine, 
 
 3. Risiko jika Rohingya dibantu, mereka akan minta autonomi.


                                                                                                     
Faktor pertama iaitu faktor sokongan dan populariti : Jika Aung Suu Kyi membantu kaum Rohingya, popularitinya dari penyokong kuatnya iaitu etnik Rakhine di utara pantai barat akan terjejas teruk. Maklumlah, etnik Rakhine yang asyik dok balun Rohingya ni ialah penyokong kuat NDL. Power base politik NDL bermula jauh di Selatan Pantai Barat Myanmar di pekan , di mana Aung Suu Kyi paling popular. Sepanjang pantai barat ini adalah sumber2 sokongan dan kekuatan NDL. Nampak gaya Aung Suu Kyi lebiih fokus kepada populariti dia, hehehe. Itu pasal takat rayuan je.





‎Faktor kedua iaitu faktor strategik utara tanah Rakhine : Hari ni tanah2 di Rakhine State ni lebih fokus kepada Pertanian. Tetapi ada informasi terkini menyatakan kawasan ni adalah paling strategik untuk aktiviti perdagangan seperti pelabuhan dan mempunyai sumber2 strategik yang tinggi seperti  gas dan petroleum. Jika NDL bantu kaum Rohingya ni, mereka akan jadi berpengaruh sebab potensi2 ekonomi di Rakhine ni dan kaum Rohingya boleh jadi potensi pencabar kuat pada power base politik NDL yang sedia ada di situ di kemudian hari. 



Faktor ketiga iaitu risiko jika Rohingya dibantu, mereka akan minta autonomi di utara Rakhine : Dari sejarah kaum Rohingya ni memang selalu memperjuangkan autonomi untuk  mereka kerana kehidupan mereka cukup tertekan. Niat untuk autonomi / merdeka di utara Rakhine ni bermula semenjak 1948 lagi dan ini dianggap sebagai ancaman pada Burma jika utara Rakhine yang mempunyai nilai strategik ini  keluar. Sebab itulah kaum2 Rohingya "dilemahkan" dengan cara sistematik semenjak zaman general Ne Win pada 1974. Dan kita tak pernah dengar perjuangan Aung Suu Kyi ada sebut pasal menyokong Rohingya. Jika Rohingya terus dibantu spenuhnya oleh NDL, mereka akan jadi berpengaruh dan mempunyai claim yang lebih serius untuk permintaan autonomi dari Burma. 


Faktor2 lain yang Aung Suu Kyi takkan bantu hak asasi Rohingya ;

Penyokong kuat Aung Suu Kyi sendiri iaitu Ko Ko Gyi, seorang aktivis hak asasi dalam organisasi 88 Generation group tidak akan terima etnik Rohingya ni dan dianggap sebagai foreign.  Group hak asasi 88 ni sanggup mengangkat senjata untuk lawan "foreign invaders" ni kononnya. Kenyataan dibuat pada Jun 2012. Baca perenggan 11 dalam berita Myanmar ni.

Lagi satu korang fikir sendiri, masalah Rohingya ni dah lama, Aung Suu Kyi ni boleh gunakan pengaruh luar untuk tekan kerajaan Burma sekarang supaya ubah polisi luar negara Burma, termasuk polisi ekonomi Burma,. Tapi untuk hak asasi Rohingya, dia tak buat apa pun, takat rayuan jee. Sebab apa?? Sebab faktor kat atas tu la.



Sebenarnya, ni "lesson learned" untuk kita, sapa ja kecoh pasal ketuanan rakyatlah, hak asasi manusialah, demokrasilah, memang kaki kelentong. Depa saja ja guna istilah ni sebagai mileage untuk berkuasa. Lagi satu, Nobel price keamanan ni hanya untuk support political mileage proksi2 barat je, bukannya ikhlas pun pasal hak asasi manusia. Strategic Interest comes first woi. So kesimpulan untuk Rohingya, tiada siapa akan bantu, termasuklah pemenang hadiah Nobel keamanan / hak asasi. Maklumlah, karier politik jauh lebih penting dari hak asasi etnik Rohingya seramai lebih 700,000 tu. Tak ramai, takde value pun untuk berikan sumber modal manusia untuk buruh murah. Rohingya ni juga takde kerakyatan. Nak cerita apa, kalau fund fight kemerdekaan untuk diorang hanya di kawasan utara pantai barat Myanmar. Kos yayasan2 barat nak labur untuk hak asasi Rohingya ni tak balik modal mcm Arab Spring atau BERSHIT di Malaysia.



Semua sistem yayasan demokrasi dan hak asasi barat adalah hipokrit, ni hanya proksi je macam Anwar, Ambiga dan lain2 kat Malaysia. Kenapa organisasi2 barat sanggup bayar berjuta-juta USD untuk support di Arab seperti Mesir, termasuklah Malaysia seperti BERSHIT tapi Rohingya depa tak support?? Jawapan dia mudah , sebab Rohingya ni takde value strategik. Itu jaa. Ayat hak asasi, demokrasi ni auta ja. 

Aung Suu Kyi ni berjuang untuk kariernya dan strategik interest dia, maklumlah dia proksi barat. Contoh di Kachin border state China, kat situ etnik pecah dua ; satu pro barat dan satu pro China. Aung Suu Kyi support etnik yang pro barat. Di Kachin mana ada Islam pun. Ni bukan faktor agama, tapi faktor strategik interest. 


Ia tidak ada kena mengena dengan Islam atau agama lain. Ia berkenaan dengan nilai strategik. Kalau Rohingya ni ada nilai strategik yang tinggi, gerenti Aung Suu Kyi tolong punya untuk best interest politik dia dan majikan dia iaitu barat. Sama macam di barat, kenapa tiba2 US consider Ikhwanul Muslimin sebagai "safe deposit" diorang?? Sebab ada nilai strategik untuk stop pengaruh pesaing barat iaitu ChIna dan Russia di Asia Barat, itu jee. Hak asasi manusia ni semua cover up je, semuanya sebab nilai strategik. 

Ni untuk bacaan tambahan. Isu di Kachin Myanmar iaitu mengenai Dam Myitsone. Ia dikatakan akan berlaku perang saudara di Myanmar sebab dam ni, maklumlah dam ni kononnya menguntungkan China lak. Hangpa boleh tengok NDL atau Aung Suu Kyi geng belah mana...

Wednesday, 8 August 2012

Something about Tun Mahathir ...





Tun Mahathir in a cartoon? Well I can guess that Tun M really have deep effects on this cartoon creator


There’s something I would like to share with you guys. I still remember the days my organization had a meeting with this man inside his car on the way to his office. He don’t waste anytime at all even on the road to office, always something to do. I heard 24 hours are not enough for this man. And have you guys ever seen him playing golf?

 
In 1996, I was his hater. I even joined the reformation movement at Masjid India vicinity.
In 1999, currency control; worked compared to IMF proposed by Anwar. I am amazed and felt embarrassed at the same time cause I was DSAI supporter at that time.
In 2002 – 2003, he resigned. I read all his books and his speeches. I love the practicality, reality and especially the way of thinking “WE CAN BE AS GOOD OR EVEN BETTER THAN THE WHITE GUYS, IF WE WORK HARD ENOUGH”. I became a fan and became DSAI hater until today.

If anyone meant Tun cause the loss of order or any civil liberties, personally I don’t feel any loss at all, either order or civil liberties, or any mumbos jumbos raised by the self-proclaimed freedom fighters from High priced lawyers in Bar Council or whatever. To be real, the loss I’ve felt is my time wasted when I joined the stupid reformation movement. I should focusing on my studies instead.

Tuesday, 7 August 2012

Isu Rohingya - Hipokrasi Nobel Keamanan






Nak tergelak orang dok kecoh pasal hadiah Nobel Keamanan Aung Suu Kyi. Korang tak sedar hadiah nobel ni hipokrit, dah kena hijack dari tujuan asalnya oleh orang2 berkuasa di barat untuk bagi political mileage pada proksi2 mereka, itu je. Dari gaya, Aung Suu Kyi ni nak jadikan negara dia sebagai "buffer state" untuk barat bagi sekat / balance pengaruh China di Indo China, bukan untuk demokrasi atau hak asasi manusia pun. Rakyat dia sendiri iaitu Rohingya Islam takde hak asasi, si Aung ni buat blur je sebab dah bukan niat asal dia pun. 


Ini bukan sebab faktor non Islam ke atau Islam, ini sebab betui ka dia ni nak fight hak asasi manusia atau jadi proksi barat, itu je cerita dia. Korang baca je back ground dia dan keluarga dia, baca dari zaman Pol Pot lagi. Dia ni poyo je.


Kalau hangpa nak tau, kita sendiri iaitu sebahagian ASEAN pun pernah termakan dengan cerita US kononnya Khmer Rouge atau Pol Pot khususnya adalah pejuang demokrasi dan penegak hak asasi manusia. Maklumlah masa tu kita ada sentimen anti Soviet dan anti Vietnam Utara, dan kebetulan Soviet dan Vietnam Utara sponsor People's Republic of Kampuchea. Last2 apa Pol Pot dan Khmer Rouge buat??? Hak ake mana, demokrasi pun ke mana, tepuk dahi geng!!


Ni dia tengok, kita boleh termakan dengan sembang Khmer Rouge kononnya nak tegakkan hak asasi dan demokrasi, depa siap buat ‘Patriotic and Democratic Front of the Great National Union of Kampuchea’. Negara2 barat termasuk ASEAN support mereka ni di UN, last2 apa jadi?? Lu orang sendiri mau ingat. 


So apa bezanya Khmer Rouge dan Aung Suu Kyi ni?? Bezanya hanya jantina je, laki dengan pompuan. Tapi semua pakai akai yang sama untuk political mileage dan sokongan iaitu hak asasi manusia dan demokrasi untuk jadi berkuasa. ‘PAYMASTER’ pun sama iaitu dari barat. Tengok bila Aung Suu Kyi berkuasa, apa dia buat?? Dia buat blur je pada hak asasi manusia Rohingya. La ni aku duk agak kerajaan Malaysia dok tepuk dahi ni, "Apa dah jadi ni oi, takkan sama mcm cerita Khmer Rouge kot?"

Yang malangnya kita jugak, sebab kita dok percaya kat si Aung Suu Kyi ni.  Macam dulu gak kita boleh pi percaya kat Khmer Rouge, Pol Pot / Khieu Samphan atas alasan sama iaitu hak asasi manusia dan demokrasi. La ni apa Malaysia boleh buat untuk bantu Rohingya? Tengok jela. Kalau bantu nanti dituduh lak political intervention, maklumlah Malaysia cukup support minah ni. 

Sebenarnya ni ‘lesson learned’. Siapa saja yang duk kecoh pasal ketuanan rakyatla, hak asasi manusialah, demokrasilah memang kaki kelentong. Depa saja je guna istilah ni sebagai mileage untuk berkuasa.


Kenapa Aung Suu Kyi sangat berkuasa di Burma?? Sebab back-up dari ASEAN dan Barat. Kesian pada USDP, China dan Russia yang memilih untuk back up ASEAN. Aung Suu Kyi dengan kering je instruct Perdana Menteri Burma, Thein Sein untuk ubah polisi luar negara Burma dengan Barat. Lagi satu, dengan kering je Aung Suu Kyi instruct untuk open ekonomi Burma eklusif dalam bidang2 tertentu kepada barat dan Perdana Menteri Myanmar tunduk. Tengok betapa berkuasanya Aung Suu Kyi ni. Tapi ada dia gunakan kuasa dia untuk bantu Rohingya?? Takde, takat merayu je. 

Tahu sebab apa orang ramai mula ‘MARK’ dia?? Kekejaman terhadap Rohingya bukan setakat dilakukan oleh Junta, tapi dilakukan juga oleh etnik2 lain di Utara Rakhine. Etnik2 ini adalah penyokong kuat dan ahli parti politik NDL iaitu parti politik Aung Suu Kyi!! 


Lagi satu aku nak tanya, apasal pesaing2 politik Aung Suu Kyi dalam dan luar negara Burma gunakan isu Rohingya ni untuk malukan karier politik Aung Suu Kyi, bukannya Thein Sein?? Sebab depa tau sapa boss dia yang sebenar dan depa tau yang Aung Suu Kyi ni pun TIDAK MENENTANG cadangan jangka panjang Thein Sein pada 2012 untuk ‘RELOCATE’ kaum Rohingya ni keluar dari Tanah Rakhine yang mempunyai nilai strategik yang cukup tinggi kepada karier ahli2 Politik Burma. Sebab tu dia merayu je, tapi halangnya tidak. Tahu tak apa yang ada kat Sittwe iaitu ibukota Rakhine?? Hangpa akan tahu sebab apa Aung Suu Kyi takkan bantu Rohingya ni, sebab NOT THE BEST INTEREST bagi karier politik dia untuk buat power base. 

Hangpa semua pikiaq, kenapa yayasan2 demokrasi dan hak asasi barat khususnya, boleh beri funding ratusan juta USD untuk support Arab Spring di Arab sampai sanggup tumbangkan kerajaan termasuklah di Malaysia, mereka duk support pembangkang spt gerakan BERSHIT tapi DEPA TAK MAU SUPPORT ROHINGYA?? Depa kata depa perjuangkan hak asasi dan demokrasi. Apa cerita?? Jawapannya mudah je, Rohingya ni TAKDE NILAI STRATEGIK. Macam Arab dan Malaysia ada nilai2 strategiknya seperti bursa saham, selat2 strategik, sumber2 strategik dan lain2 untuk bargain. Itulah dia hipokrasinya idea hak asasi dan demokrasi ni.

Monday, 6 August 2012

Tak Bersyukur ke Jadi Rakyat Malaysia?

Member aku yang balik dari India tunjuk kat aku gambaq2 yang dia pi kilang kain kat India. Actually bukan kain sangat laa, tapi dia handle benda2 interior ni macam bath mat, cushion, dining linen, curtain dan lain2. Supplier kitorang nak cut cost kan, so cariklaa kilang2 pemprosesan di India.


Kos buruh di India murah. Begitu jugak dengan kos kain, kos pembuatan, pemprosesan sampailah ke kos pengangkutan menggunakan kapal. Bila dia tunjuk kat aku gambaq2 pekerja kat sana yang menenun bath mat pakai mesin tangan, aku kesian tengok depa. Bayangkanlah, depa menenun sampai naik kasaq tangan, bath mat tu dijual di Malaysia dengan harga RM9.90 je. Kemahiran depa ni bukan semua orang boleh buat tapi barang yang depa hasilkan dijual denga harga murah jee .... Dan depa jugak ada yang kena pakai mask sebab cotton, polyester masuk dalam hidung. Bayangkanlah lagi bila hari2 masuk dalam hidung, tak ke naya. Mau sesak dada, kena penyakit.




 Keadaan dalam kilang. Sadis.



 Kat Malaysia ada macam ni tak?


Lebih kurang proses menenun songket kat Malaysia tapi yang ni berhabuk, kena pakai mask


 Bath Mat yang dijual di Malaysia berharga RM9.90. Je.



Bila aku tengok gambaq keadaan kilang yang daif, nak masuk show room dan kilang pun kena lalu laluan yang tak rata, sempit dan member aku habaq kadang2 babi hutan duk melintas, aku jadi insaf. Kalau kat Malaysia takat kucing dengan anjing je melintas kan. Aku bersyukur sangat2 tinggal di Malaysia yang penyokong pembangkang duk habaq Malaysia ni negara korup la, tak amalkan hudud la, apalah. Tapi sebagai rakyat marhaen yang biasa2 sahaja, aku mengharapkan negara yang aku diami ini masih mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya dan mampu menjana ekonomi yang adil untuk semua kaum. Itu sahaja. Yang lain2 boleh diperbetulkan tapi yang utama tu kita kena tengok. 



Rumah diperbuat daripada tahi lembu. Diulang, tahi lembu ye.
 

Tapi oleh kerana aku dah terlibat dalam politik, so aku ialah rakyat Malaysia yang demand. Demand di sini bermaksud aku mahu Malaysia bukan sahaja baik dari segi ekonomi, tetapi juga hal2 lain. Banyak isu2 yang diutarakan oleh pihak pembangkang membuatkan aku sedar. Sedar bahawa di bumi bertuah ini masih ada yang tidak memahami erti SYUKUR, iaitu golongan yang sentiasa mencanangkan cerita2 fitnah, picisan dan mengenepikan usaha pihak yang bertanggungjawab untuk memajukan lagi ekonomi negara.

Sunday, 22 July 2012

SUARAM - Suara Barua Haram Dedah Rahsia Keselamatan Negara




Hangpa sendiri lihatlah betapa SYAITANnya SUARAM, nak minta budget supaya tentera kita dipotong kepada paras bawah 1% daripada GDP!!. Perengan terakhir depa suruh kita review balik polisi pertahanan dan "disarm"!!! Sebelum ni mereka menipu pasal isu Scorpene sampai terdedahnya kemampuan kapal selam tersebut pada orang awam, kemudian mereka bocor lagi rahsia LCS kapal high tech kita, kemudian mereka bocor lagi rahsia NCO atas alasan rakyat konon! Agensi mana dah menyerap dalam SUARAM ni nak melemahkan Pertahanan Negara kita??!!!

"Coalition also demanded Members of Parliaments and candidates for the next general election from both sides of the political divide review the defence policy to promote a culture of peace and disarmament." - Apa ni disarmament???!!!!

 
Singapura pun tingkatkan perbelanjaan pertahanan mereka lebih 4% dan SUARAM mahu Malaysia drop perbelanjaan dibawah 1%???!!! Apa yang kamu sedang buat ni SUARAM?? SUARAM sedang melemahkan pertahanan negara kita ke??

 
Bila aku buat archiving / database pasal isu2 SUARAM ni, aku terperasan satu benda ; Semua cerita SUARAM akhirnya hanya suatu PENIPUAN tapi pada masa yang sama RAHSIA MAKLUMAT NEGARA TERDEDAH!! Dan SUARAM boleh pulak mintak budget tentera kita diturunkan di bawah paras 1% dari GDP sebab alasan yang mengarut. Aku rasa ada benda tak kena dengan SUARAM ni. Adakah mereka bertopengkan hak asasi manusia tetapi secara halus melemahkan pertahanan negara kita?? Mari kita recap balik isu2 SUARAM ni dari awal iaitu scorpene hingga hari ni dan kita fikirkan …


Ok kes Scorpene - Ini blog Rocky Bru yang recap semua isu Scorpene dari awal. Dan penghujung kita dapat tahu SUARAM menipu, tiada pun kes mahkamah libatkan Najib. Tapi SEMASA PENIPUAN TU DISEBARKAN, satu perkara kita tak perasan telah berlaku, iaitu pembongkaran keupayaan kapal selam kita iaitu Scorpene pada orang awam dan yang berpotensi antara mereka ialah musuh. Ini yang kita semua tak perasan. Maklumlah semua distracted dengan cerita SUARAM. 




  
Kes isu Patrol Boat yang digoreng oleh Tony Pua - Tony Pua (PR/DAP) mendedahkan Malaysia beli kapal patrol yang kononnya berharga USD 400 Juta++. Akibat soal jawab SECARA TERBUKA di parlimen dan secara PUBLIC, rahsia pertahanan negara telah terdedah, rupanya kapal yang didakwa Tony Pua bukannya kapal patrol biasa, tetapi jenis class LCS (Littoral Combat Ship) iaitu yang termoden dan mempunyai kebolehan yang cukup sesuai untuk misi2 rahsia. Pendapat aku, tujuan utama Tony Pua bagi istilah kapal Patrol dan harga tinggi SECARA TERBUKA ni ialah untuk memaksa / pressure pada kerajaan / pemimpin di parlimen untuk beritahu apa spec dan detail sebenar kapal ni.





 Kes Nurul dedahkan aset ketenteraan Network Centric Operations (NCO) yang sedang dimajukan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd (SAPURA) untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kononnya atas isu rasuah, akhirnya hanya suatu penipuan je. Tapi tanpa disedari, kemampuan dan spec NCO dan developer telah terdedah pada orang awam dan pihak2 luar yang berminat hendak tahu yang kemungkinan adalah musuh negara.


Lagi satu yang mencurigakan mengenai SUARAM ialah penulis buku ini. Mari kita lihat latar belakang dia ;



“Kua Kia Soon is director of the human rights organization SUARAM. He has also been Principle of the community-run New Era College (2000-08); Opposition Member of Parliament for Petaling Jaya (1990-95); Director of Huazi Research Centre (1985-90); political detainee under the ISA (1987-89) and lecturer at the National University of Singapore.”

Latar belakang penulis buku ini sangat mencurigakan, maklumlah dia lama di Singapura. Apa yang dia kelentong dalam buku dia dah kantoi tapi tanpa disedari oleh kita,  MAKLUMAT TERDEDAH. Maklumlah kita distracted dengan sembang SUARAM. Ada benda tak kena pasal SUARAM ni kalau kita lihat balik kronologi of event semenjak pendedahan aset2 strategik negara dan permintaan SUARAM untuk turunkan budget ketenteraan. Latar belakang penulis buku ni aku dapat dari seorang bekas Komando.


 Kes SUARAM memaksa kerajaan Malaysia untuk turunkan budget ketenteraan di bawah 1% dari GDP kita. Atas alasan yang sangat mengarut. Kemudian permintaan untuk “disarmament”, kononnya rakyat Malaysia ni pencinta keamanan di rantau ini. Yang aku herannya penulis buku di atas yang pernah mengajar di Singapore, di mana Singapore tingkatkan budget ketenteraan lebih 4% dari GDP.  Takde lak dia bukak mulut.

 
So daripada  perkara2 yang aku perasan ni, ada benda dan corak / pattern yang tak kena dengan SUARAM ni. Ini dah macam collection of intelligence through the 3 rd parti atau proxy. Pada masa yang sama meminta budget cap untuk tentera kita dan disarm atas alasan hak asasi dan keamanan, aik??? Lagi satu ini macam ada satu usaha halus nak masuk MINDEF ni kononnya nak lantik pihak ke-3 kononnya untuk kaji perbelanjaan ATM. Ini cukup mencurigakan ni.

Aku cuma berharap aku punya tanggapan adalah SALAH terhadap SUARAM. Tetapi jika aku betul, kita semua rakyat Malaysia dalam bahaya. Maklumlah, pertahanan negara kita sedang dilemahkan secara halus oleh anasir2 luar yang menggunakan SUARAM. 

Sebelum ni pembangkang kita tak pernah request atau bincang benda2 aset ketenteraan secara PUBLIC atau mintak BUDGET ketenteraan di turunkan ataupun usik budget ketenteraan. Ini first time. Kita nak tahu siapa di belakang SUARAM ni, kalau tak berjaya cara sedia ada yang mereka pakai ni, mereka pakai cara lain pulak. Maklumlah kita tak find out siapa di belakang. Dapat tau nanti pandailah nak ajaq depa ni. Sebab kali ini agak strange behaviour dan strange request, tu yang aku rasa lain macam tu.

Saturday, 21 July 2012

Tony Pua DAP si Barua : Ancaman kepada Keselamatan Negara





Hangpa ingat lagi tak si Tony Pua (PR / DAP) mendedahkan Malaysia beli kapal patrol yang kononnya berharga USD 400 Juta++. Akibat soal jawab di Parlimen, rahsia pertahanan negara telah terdedah. Rupanya, kapal yang didakwa Tony Pua bukannya kapal patrol biasa tetapi jenis class LCS iaitu yang termoden dan mempunyai keupayaan stealth yang cukup sesuai untuk misi2 rahsia. Sekarang ni nak rahsia ape lagi dah, Tony Pua dah cerita kat musuh2 kita. Terima Kasih Tony.

Ni kalau hangpa nak tau spec LCS yang dah dibocorkan oleh pembangkang pada pihak2 luar termasuk musuh yang berminat nak tahu apa ATM kita tgh buat.



 
Kita beli design ke atau beli aset strategik ni apa gunanya kalau semua org dah tahu?? Terutamanya musuh2 negara kita. Whats the point? Kita beli ni untuk "shock factor" sebab ia cepat, senyap dan low draft. La ni semua dah tau kapabiliti team rahsia ATM, so for what?? 

Baca ni;

"The ship is easy to reconfigure for different roles, including anti-submarine warfare, mine countermeasures, anti-surface warfare, intelligence, surveillance and reconnaissance, homeland defense, maritime intercept, special operations, and logistics. Due to its modular design, the LCS will be able to replace slower, more specialized ships such as minesweepers and larger assault ships."

 
So dari segi spec dan penggunaan, bila musuh2 negara nampak je kelibat kapal ni depa terus tahula sapa yang ada dalam kapal tu dan apa operasi rahsia tengah dijalankan. So spoil la semua.

Tujuan utama Tony Pua bagi istilah kapal Patrol dan harga tinggi SECARA TERBUKA ni ialah untuk memaksa kerajaan / pemimpin di Parlimen supaya bagiitahu apa spec dan detail sebenar kapal ni. Maklumlah kalau tak bagitahu, Tony Pua akan spinlah, kata projek ni projek rasuah la dan terlebih bayar kos untuk kapal Patrol dan natijahnya, ramai rakyat akan tertipu.

 
Dalam negara ka, luar negara ka, atas bulan ka, kalau musuh dah nampak je kelibat kapal ni, depa dah tau la apa ATM tengah buat dan siapa yang dok operate kapal LCS ni. Unit2 yang akan operate kapal ni nampak dari segi spec adalah "Special Forces". Maklumlah Tony Pua dah kecoh awal2. Tujuan kapal ni untuk “shock factor". Apa yang shock factor ni? Special Forces laa. Sama macam Submarine, depa bawak Special Forces team kat dalam tu untuk kerja2 Intelligence - launch depa anytime, anywhere sama scope dengan LCS ni. Tengok mission la.

“Silent, Fast and low draft” supaya ia boleh rapat ke tebing / pantai. Untuk apa ni?? Memancing?? Tembak cannon?? Buat barbeque?? Sendiri mau ingatlaa, sapa yang mau turun senyap2 dan cepat tanpa pengetahuan orang, siapa selalunya yang macam tu?? Special Forcesla. La ni orang dah tau. Aku yang civilian pun dah tau, potong stimla.
  
Tengok design je, orang boleh tau ini bukan patrol boat biasa termasuklah Tony Pua semasa pembentangan budget di Parlimen. Tapi apa Tony Pua buat? Dia saja duk kecoh supaya spec, tujuan dan kegunaan kapal tu terdedah pada public. Tony Pua dengan sengaja buat begitu walhal dia boleh tanya secara peribadi kepada agensi2 militari sendiri.


Tapi itu bukan yang Tony Pua mahukan. Apa yang Tony Pua mahukan supaya spec detail kapal LCS ni terbongkar pada public. Dan di kalangan public kita ada mata2 atau pihak luar yang ingin tahu apa yang ATM tengah buat sekarang. 

 
Memang ramai dah tau pasai LCS ni samada kawan atau musuh. Tapi bila kita beli aset2 mcm ni, kita cerita aset je, tak keluar detail specification and purpose. So bila Tony Pua dah spin ayat Patrol Boat dan value USD 400 Juta++ pada public, apA militari kena buat? Depa terpaksa justifikasikan value USD 400juta tersebut dan bila justifikasi, keluar habislaa info2 yang tak patut org lain dengaq. Patutnya bila isu2 pertahanan, discuss secara tertutup, bukannya secara open public. Ada banyak lagi isu2 lain yang PR boleh kecohkan.

Friday, 22 June 2012

Untungnya Golongan FELDA!







Ok ni aku nak tunjuk sikit pemikiran strategik kepada anak2 FELDA dan peneroka. FELDA dengan keluasan 811,140 hektar, mereka menjadi "Single" Syarikat Tuan Tanah terbesar di Malaysia. Secara amnya dalam lingkungan 2.5% daripada semua jumlah keluasan tanah di Malaysia milik Syarikat FELDA. Ni belum lagi tanah2 di luar negara. Dan keluasan tanah FELDA adalah dalam 9 kali ganda daripada Singapura. 2.5% bukan kecik oi, boleh buat negara sendiri. Dari semua tanah FELDA, semua adalah 100% beroperasi / produktif iaitu tiada yang tanah jenis tak produktif. Dan Syarikat FELDA adalah milik Bumiputra. Dan ini semestinya menarik minat DAP terutamanya. Maklumlah benda awal sekali DAP nak daripada MB Perak si Nizar tu adalah tanah. So korang pikirlah sendiri bertapa bernilainya tanah2 FELDA ni. Hari ni memanglah nampak kelapa sawit je, masa depan pelaburan hartanah pulak.


Atas dasar politik, terpulang kepada peneroka2 dan anak2 FELDA nak berikan pada DAP atau tidak. Dari segi nasihat peribadi saya, jangan main jual je tanah tu, hari ni memanglah nampak kelapa sawit je, bosanlah tak gitu, tapi saya nasihatkan relax jap, pikir, korang sedar tak tanah2 perladangan FELDA adalah paling lengkap dengan infra2 penting seperti jalanraya, elektrik, air, sekolah BERBANDING dengan tanah2 perladangan milik syarikat2 lain seperti IJM, IOI dan lain2. Dengan infra2 yang ada tu value hartanah korang ada potensi nak naik lebih tinggi. Kalaulah IOI, IJM boleh "jack up" value hartanah mereka lebih tinggi, apasal peneroka2 FELDA tak boleh? Kenapa peneroka FELDA tak boleh? Sebab kebanyakannya tak terfikir pasal value masa hadapan tanah mereka tu, main tenyeh je ikut value hari ni, value hari ni memanglah rendah oi. Pikir sikit pasal value masa hadapan lepas tu top up value tu dengan value hari ni, barulah steady sikit. Kesian saya tengok peneroka2 FELDA banyak jual tanah2 mereka undervalue. Kalau deal dengan kerajaan okla korang, tapi kalau dengan private, korang nampaknya tak pandai main harga. So kesimpulannya relax jap, pikir. Itulah nasihat saya. Nak tau lebih lanjut, korang mintaklah nasihat daripada pakar2 pelaburan hartanah terutamanya yang jenis kreatif jack up harga. Bagi saya lebih baik tak payah jual pun, maintain je.


Kita ni jangan cepat melenting nak tuduh semua kaum Cina bukan2. Majoriti mereka adalah peniaga dan peniaga bertindak diatas peluang yang ada depan mata mereka, salah kita jugak sebab tak pandai nak mainkan peluang tu. Ok kita semua dari pandangan mata kasar dok ingat FELDA ni khas untuk tolong Melayu, itu separuh betul je. Realitinya FELDA adalah smart partnership antara kerajaan dan rakyat berpendapatan rendah. Okjektif organisasi FELDA adalah untuk menjadi pemain penting dalam perladangan dunia dan objektif untuk rakyat berpendapatan rendah ialah untuk menjamin pendapatan mereka dan merubah kehidupan mereka. Pada 2011, objektif2 mereka telah tercapai. FELDA bukan setakat pemain penting dalam perladangan dunia tetapi OPERATOR TERBESAR DI DUNIA. Dan kepada peneroka2 terlibat mereka bukan setakat dapat menjamin pendapatan mereka tetapi dapat naik taraf kehidupan mereka dari kelas bawah kepada menengah dan hari ni, Melayu2 kelas menengah ni dah jadi anchor kepada kuasa membeli dalam negara kita. Ini sungguh bijak dan telah menjadi perancangannya. Dan kalau lihat balik arkitek2 di belakang idea2 bernas ni bukan Melayu je tetapi terdiri daripada bangsa lain seperti orang putih dan Menteri Kewangan terlama dalam sejarah Malaysia iaitu Tun Tan Siew Sin, iaitu seorang yang berbangsa Cina. Kena ingat, Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak tidak akan mampu menyusun strategi2 bijak begini secara berseorangan. 


Cina ni sebenarnya macam kita jugak, senang jugak kena temberang. Dalam kaum mereka pun ada penipu mcm DAP, dalam kaum kita pun ada penipu macam Anwar Ibrahim dan PAS. DAP ni cerdik, depa tanam kebencian dari kecik semenjak sekolah SRJK lagi. Mereka kata, Melayu tekanlah macam2. Sebab tu bila kita cadangkan sistem 1 sekolah untuk satukan semua bangsa, DAP ni liat sikit, maklumlah takut temberang pecah.


Kita kena pandai bezakan percakapan pemimpin dan perbuatannya. Kalau cakap, cakap jelah. Kalau perbuatan, baru kita boleh nampak warna dia sebenar. Kamu tahu tak masa Chua Soi Lek jadi Menteri kesihatan, ramai orang suka kat beliau, terutamanya yang Melayu tu. Perasan tak setiap hospital2 kerajaan yang besar mesti ada masjid, nak tahu siapa yang approvekan semua tu? Pergi check siapa Menteri Kesihatan masa tu. 


Samalah mcm kes DAP gak, katanya sokong Melayu dan nak satukan semua bangsa, bila time sistem 1 sekolah, cukup liat. Bila tengok organisasi DAP, mana ada Melayu yang pegang executive power pun, semua kuli ja dalam DAP tu. Tapi MCA biasalah kadang2 ada suara panas dok tibai Melayu, tapi Ghafar Baba pernah jadi pengerusi tau hahaha … steady ja. Kita kena pandai bezakan apa yang orang cakap dan orang buat. Lagi satu, kena ingat Tun Mahathir seorang Ultra Melayu mendapat undi tertinggi Cina tau dan yang gerentikan kemenangan BN pada 1999 apabila Melayu ditipu Anwar masa reformasi dulu. Ini fakta dan reality.


Realitinya, untuk berjaya kat Malaysia, semua kaum kena kerjasama. Contohnya peniaga bangsa Cina takkan berjaya kalau tidak ada sokongan kuasa membeli dari Melayu. Hangpa ingat YTL, Mah Sing tu semua boleh berjaya tanpa Melayu? NO WAY! Dan pemimpin2 BN dah nampak benda ni, sebab tu diorang boleh duduk sekali. Kalau bergaduh tu biasalahkan. Tapi DAP ni yang tak faham2, depa ingat kalau samarata boleh berjaya, tak boleh oi! Depa dok temberang kat bangsa Cina depa kata boleh, sebenarnya tak boleh dan bangsa Cina akan tertipu dan kena backlash. Samada kuasa membeli dari Melayu mula beralih arah kepada orang luar seperti syarikat2 barat, atau kuasa membeli Melayu berkurangan akibat polisi samarata dan ini akan membawa kesan negatif kepada peniaga2 Cina jugak. Keseimbangan kuasa membeli Melayu harus dikekalkan terutamanya melalui polisi2 seperti DEB. Jika berkurang, sakitlah ekonomi negara, semua susah. Lagipun Lim Kit Siang bukan pandai mana pun, tengok pasal jambatan Pulau Pinang cukuplah, mengarut ja.


Antara polisi keseimbangan dan polisi kesamarataan - BN memilih polisi keseimbangan yang seimbangkan semua kaum di Malaysia dan PR memilih polisi kesamarataan. Kita sebenarnya perlu pemimpin2 BN yang boleh jelaskan kepada rakyat tentang perbezaan, kelebihan atau kekurangan 2 polisi ni. Dan semestinya polisi kesimbangan jauh lebih baik, orang yang pakar jelaskan dalam bahasa mudah pada rakyat ialah Tun Mahathir. Sebab tu Cina ramai sokong dia, sebab Tun orang yang praktikal. Sekarang ni Tun dah pencen, kita kena ada pengganti speaker macam Tun.

Wednesday, 20 June 2012

Isu FELDA - Penyenaraian dalam Bursa Saham dan "Bangkrap"






Saya terkejut, rupanya ada lagi yang nak defend dengan mengatakan FELDA rugi RM 500 billion sebab rugi terkumpul. Oklah, Felda ditubuhkan pada 1956 sampai hari ni dah 54 tahun. Kalau ikut TEMBERANG, kerugian terkumpul pun tak logik gak  … hahaha. Maknanya dari value RM 500 billion, secara purata FELDA dah rugi RM 9.26 billion / setahun semenjak 1956 lagi  .. kah kah kah. Kalaulah FELDA dok rugi hampir RM 10 billion / setahun semenjak 1956, peneroka FELDA tinggal seluar dalam jelaa oi.

PAS  cakap FELDA GLOBAL RUGI PELABURAN SEBANYAK RM500 billion. Ok, korang fikir sejenak ,GDP nominal Malaysia 2011 berapa? USD 247 bilion. Korang tengok value pelaburan FELDA yang sumber HaraMkah cakap, kalau convert USD, dekat separuh GDP Malaysia tau! Syarikat FELDA ni sekaya Malaysia ke??? Tu lah nak menipu tu pikirla sikit, bukan semua org bodoh. 

Kalau FELDA dah bankrap, mana boleh operate lagi , pinjam bank pun tak boleh. FELDA mesti kena keluar dah dari Bursa Saham, tak boleh buat trading, tapi steady je  … kwang kwang kwang …

Dalam perniagaan memang adat ada rugi dan untung. Tapi lojiknya kenalah ada. Kalau Felda rugi dalam lingkungan maximum RM 200 juta saya percaya sikit, tapi kalau sampai RM 500 billion tu sudah menipulah. Mudah je saya siasat, saya ambik PAID-UP CAPITAL Felda je,  campur semua anak2 syarikat FELDA tak sampai pun RM 200 juta, ingat dengan Paid up Capital dalam RM 200 juta boleh buat sindiket loan sampai RM 500 billion? Bukan sikit tu, separuh trillion dah tu. Gearing tak kenalah.

Dengan pelaburan RM 500 billion yang dikatakan rugi tu, FELDA boleh bina 42 Putrajaya kat Malaysia ni dengan petik jari je. Dengan RM 500 billion, FELDA boleh buat 10 KLCC kat Malaysia ni. Kerajaan Malaysia ni baru je nak buat 1 Putrajaya atau 1 KLCC dah bergegar Parlimen, inikan FELDA beb.


Saya juga ingin perbetulkan persepsi salah yang telah dibohongi PR. Realitinya, FELDA tak pegi listed pun, yang pegi listed pun hanyalah syarikat2 berkaitan dengan FELDA je, seperti subsidiary atau associated company yang mereka ada pegangan. FELDA mengikut jejak langkah PETRONAS jugak, PETRONAS tak listed tapi syarikat2 subsidiary dan associated companylah yang listed untuk cari modal tambahan di Bursa, so apa problemnya? Kalau sengal2 PR bising kat FELDA, apahal tak bising dengan PETRONAS? Realitinya, FELDA dah mempunyai syarikat yang mempunyai pegangan saham yang dah dilistedkan pun, salah satunya Maybank, dan banyak lagi. So apa problemnya FGVH pegi listing jugak? Takde problemnya kalau FELDA mencari modal tambahan dari bursa melalui syarikat2 subsidiarinya. Yang untung peneroka jugak, setiap tahun budget FELDA sendiri untuk support operasi dan peneroka2 telah capai RM 1.5b, so kalau tambah sikit lagi apa masalahnya?


Saya tak faham apa masalah FGVH iaitu commercial arm dihalang untuk listing, walhal dah ada pun syarikat2 berkaitan FELDA dah listing. Salah satunya MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM Holdings), cukup solid kedudukannya di Bursa sekarang.

Mengikut persepsi kitalah, kita dok nampak FELDA ni perladangan kelapa sawit je, realitinya FELDA dah lama venture dalam banyak bidang pun, industri2 yang kita tak nampak FELDA dah masuk seperti Banking, Hartanah, Industri Maritim terutamanya logistik dan perikanan pukal, komoditi2 lain seperti gula dan lain2. Ini je dah multi billion tanpa kelapa sawit. FELDA sekarang operate seluruh dunia, peneroka jangan dok ingat FELDA ni buat duit dengan peluh peneroka je oi. Bagi saya takde masalah FGVH ni nak list pun.

Sebenarnya ini adalah "FEAR" yang direka oleh golongan tertentu untuk menakutkan rakyat terutamanya peneroka. Word on the groundlah, yang takut tu adalah golongan2 pemodal dalam market capitalization Bursa kita, kalau FELDA hantar muscle dia masuk, pengaruh GLC atau elemen Bumiputra dalam Bursa akan bertambah kuat, itu je, lebih2 lagi FELDA takeover gula dari Robert Kuok..


Bagi sayalah, isu FGVH ni sama je macam bangunan 100 tingkatPNB nak buat tengah2 KL, elemen "FEAR" disebarkan kepada pelabur2 PNB khususnya rakyat, rugilah, itulah inilah. Realitinya mudah je, kalau syarikat2 pelaburan hartanah swasta boleh buat untung berbillion setahun dari hartanah di Kuala Lumpur, so apasal PNB tak boleh buat untung dari bangunan 100 tingkat tu?? Sebenarnya word on the ground, player2 hartanah Kuala Lumpur sedia ada takut kalau PNB jadi player dominan di industri hartanah Kuala Lumpur. Maklumlah kalau PNB dah jadi dominan, anytime boleh crash harga. Sama di Bursa jugak, kalau FGVH ni masuk, automatik mereka akan jadi dominan dalam perladangan, pelabur2 di Bursa tu akan minat melabur maklumlah sebab sekuritinya, so apa akan jadi dengan syarikat2 perladangan swasta sedia ada di Bursa sekarang kalau pelabur2 cabut berlari arah melabur ke FGVH?? Sendiri mau ingatla, itu je cerita dia …


Kenapa PR/DAP sanggup menipu peneroka2 untuk memecah belahkan mereka? Persoalannya, apa yang PR/DAP mahu dari FELDA? Nak ikutkan FELDA taklah sekaya PETRONAS. Realitinya, FELDA ada nilai strategiknya kerana tanah2 mereka. Dengan keluasan tanah 811,140 hektar, FELDA secara automatik menjadi tuan tanah terbesar di Malaysia dan operator perladangan terbesar dunia. Dan ia adalah 9 kali ganda keluasan Singapura.

Realitinya FELDA ni susah nak bankrap walaupun minyak sawit dah tak laku. Ia adalah sebab tanah2 mereka. "Land Bank" yang FELDA ada boleh dicagarkan ke bank untuk membuat pembangunan hartanah, dengan mudah mereka boleh cari sumber2 kewangan untuk apungkan mereka kalau dunia tidak perlukan lagi minyak sawit. Ini bermakna kekuatan FELDA adalah hartanah. So siapa kata FELDA bankrap tu semua bohong je. 

Tapi nak kantoi PR punya kelentong mudah je, tak perlu nak tengok kekuatan hartanah (Land Bank) FELDA. Kalaulah FELDA bankrap, kenapa mereka masih menjadi pelanggan2 penting bank2 di negara kita dan luar negara? Kalaulah FELDA bankrap, kenapa mereka masih boleh pegang saham2 strategik minoriti dalam bank2 di Malaysia ni dan bank2 tersebut menjadi pemain2 saham mewah (blue chip) di BSKL? Syarikat yang bankrap mana boleh operate sebgini, betui tak? So maknanya PR kelentong.

Tuesday, 19 June 2012

Isu Anwar "Hilangkan" Saham Bumiputera RM50B - Apa Tindakan Kerajaan?





Aku dengar ada siasatan akan dimulakan berdasarkan pengakuan bersumpah Dato Murad iaitu bekas orang kuat BNM masa Anwar Ibrahim jadi Finance Minister. Mungkin dari siasatan ni kita akan tahu kat mananya hilang saham bumiputra RM 50 billion tu. Bagi aku, takkanlah Najib memandai nak keluar / terima kenyataan pasal hilangnya saham bumiputra tu, takkan dia nak tembak diri dia sendiri? Mungkin ada org nak kena ni, Jeng Jeng Jeng …

Paling banyak lesap masa krisis 1997, maklumlah value saham2 banyak menguncup, siapa Finance Minister kita masa tu? 

Paling banyak isu "Pink Form" masa bila??? Bukan ke masa Anwar Ibrahim jadi FInance Minister? 

Musa Hitam pernah mengatakan. siapalah Anwar kalau tidak disebabkan oleh Tun Mahathir. Tun Mahathir memberi 200% kepercayaan terhadap Anwar termasuklah menguruskan ekonomi negara. Apa yang Anwar Ibrahim buat terhadap Bank Negara dan institusi2 kewangan seperti bank2 macam dia punya. Mentang2lah Tun Mahathir percaya kat dia.
Siasatan sebenarnya telah pun dimulakan pada akhir 1995 iaitu lebih awal daripada pengakuan Dato Murad. Ia sebenarnya dipanggil diagnosis tentang apa sebenarnya yang menyebabkan masalah ekonomi Malaysia. Masalahnya datang dari dua arah. Pertama, dalam negara di mana-mana, korporat2 buat hal dan di luar Negara pula, George Soros buat hal.

 Apa yang Anwar lakukan seperti pengakuan Dato Murad, kebanyakannya adalah SAH disisi undang2. Seperti George Soros mencuri duit rakyat Malaysia melalui spekulasi matawang, ia adalah sah disisi undang2 dan tidak boleh didakwa. Ini dipanggil "loophole" dalam sistem kewangan. Walau bagaimanapun, tindakan tetap diambil. Tapi, apa tindakannya?

 Apa tindakan drastik yang kerajaan ambik kalau dah tak boleh dakwa? Ya, dua tindakan penting iaitu pertama, BANK MERGER, dan kedua BAILOUT. BANK MERGER terjadi dengan bank2 yang dipilih telah "MENELAN" bank2 yang bermasalah dan ada hubungkait dengan Anwar Ibrahim dan BAILOUT GLC2 yang dituduh ada unsur kroni. Ketika ini ramai nama2 besar kena pancung

Untuk melaksanakan Bank Merger, banyak nama2 penting dipancung, antaranya Mat Dom dan Dato Murad dari Bank Negara, Rashid Hussin, Shamsidar (korang mesti kenal dia ni) Phileo Allied dan nama2 lain yang mengetuai bank2 yang telah ditelan oleh bank lain atas nama pengabungan (merger). Sebenarnya Bank Merger besar-besaran pada 1997 bukan setakat nak menyelamatkan bank2 tapi turut menghukum Anwar dan kroni2nya.

Antara langkah pertama usaha Bank Merger dan menyelamatkan GLC2 lain ialah dengan menyelesaikan isu MRCB dahulu, sebab MRCBlah "vehicle" selalu digunakan oleh kroni2 Anwar dulu. MRCB yang banyak pegang atau memberi gerenti kepada bank2 lain yang ada kaitan dengan Anwar, contohnya RHB, Phileo Allied dan banyak lagi. Nak tau siapa kepala Phileo Allied? Shamsidar lah …hehehe. Banyak sebenarnya bank2 dan institusi kewangan yang ada kaitan ngan Anwar ni, RHB, Phileo Allied, MUI Bank, KUBB, ABRAR dan lain2 

MRCB iaitu vehicle utama kroni2 Anwar bukan setakat involve bank2 dan institusi kewangan saja, tetapi melibatkan deal2 dengan GLC2 lain gak seperti TNB, NST Group, Berita Harian, KTM, Malakoff, SPNB, MAS dan mcm2 lagi termasuklah projek2 mega seperti KL Sentral dan lain2. Hangpa ingat Anwar tak involve peringkat awal projek2 mega yang dirancang Tun?

Perlaksanaan Bail Out, part ni Anwar tuduh Tun Mahathir nak selamatkan kroni …  hehehe. Aku simple je, kalaulah betul Tun Mahathir nak selamatkan kroni, kenapa ramai CEO2 / Pengarah2 GLC seperti Halim Saad, Tajuddin Ramli ni semua KENA PANCUNG masa proses BAIL OUT? Kalau nak selamatkan kroni takkan sampai kena PANCUNG … hehehe. Sebenarnya kroni siapa diorang ni semua??? Ya, sebenarnya depa ni kroni2 Anwar, sebab mereka ni boleh ada kat situ dengan blessing FInance Minister masa tu. Siapa Finance Minister masa tu? Bukan Anwar ke?

Anwar dan PR menuduh bahawa DAIMlah yang banyak rembat saham2 bumiputera  … hehe. Tun Daim PENCEN pada 1991, dia dah takde "Executive Power" dah pun. Yang ada "Executive Power" dalam MOF, EPU, EPF, Bursa Saham, GLC2 semua ni siapa lepas 1991? Bukan ke Anwar Ibrahim?? Dan antara 1991 - 1997 ialah tahun ekonomi kita paling peak dan BURSA SAHAM kita paling aktif dengan listing company2 baru yang turut melibatkan pengisuan saham2 berkaitan bumiputra. Dan pada masa tulah paling banyak pengisuan "Pink Form" hehehe.

 Antara 1991-1997 adalah paling banyak listing, sampai company2 pelik pun boleh listing untuk fast cash dari Public Investment. BERKOKOK Securities Commission kita terutamanya si Munir tu, geram je dia. Kalau syarikat public listed lain pasti banyak soalnya. Apa boleh buat, budak2 SC kata ini TPM dan Menteri Kewangan punya kehendak dan MRCB Anwar punya. Ni realiti 1991-1997. Anwar Ibrahim is untouchable. 

 Walaupun Anwar sukar didakwa dalam instrumen2 kewangan sebab apa yang dilakukan sah disisi undang2 tetapi hukuman terhadapnya tetap berlaku. Walaupun BANK MERGER dan BAILOUT memang untuk selamatkan ekonomi negara tetapi pada masa ramai orang2 Anwar kena pancung daripada Bank Negara, organisasi GLC seperti MRCB dan orang2 yang mengetuai bank2 dan GLC2 masa dia jadi Finance Minister. Sebab tulah Anwar bising, sebab ramai "kaki" dia kena pancung. Lagi satu ramai gak "kaki" dia belot pegi bocor rahsia seperti Dato Murad dan lain2.

Pengakuan Dato Murad (BNM) baru pengakuan seorang yang berkhidmat di bawah Anwar Ibrahim semasa dia FInance Minister. Itu baru sorang je dah sampai berapa billion dah tu. Belum lagi yang lain2 seperti eksekutif2 GLC2, MRCB, Bank2, dan Pesuruhjaya Sekuriti Bursa Saham.

Ada orang kata cerita ni cerita lama, itu silap. Ini bukan cerita lama, tapi inilah informasi penting yang akan jawab ke mana hilangnya saham2 Bumiputra tu.
Sebab 2 perkara : 

Pertama, pada 1991-1997 ialah masa Bursa Saham paling aktif dengan listing dan paling banyak diisukan "Pink Form".
Kedua, ia banyak melibatkan syarikat2 penting yang melibatkan GLC2 seperti TNB, NST Group, Berita Harian, KTM, Malakoff, SPNB dan lain2. Dari segi institusi kewangan pula RHB, Phileo Allied, MUI Bank, KUBB. Lepas tu, tahun1997 ekonomi Malaysia kena serang dan kebodohan Anwar sebagai Finance Minister, semua saham2 ni samada menguncup, lesap atau hangus. Ini semua multi-billion tau, bukan seringgit.

Apa yang aku terangkan ni tip of the iceberg je. Sikit je. Kalau korang nak tahu lebih lanjut korang berbaiklah ngan fund manager2 mutual fund dan geng2 offshore fund kat Labuan tu. Lagi banyak diorang tahu. Parah GLC2 kita dikerjakan.

Manupulasi Bursa Saham tidak salah di sisi undang2, sebab tu tak boleh dakwa Anwar dan kroni2nya. Sebenarnya informasi ni bukannya rahsia pun, depan mata je. Masalahnya rakyat Malaysia tak berminat nak baca dan memahami mengenai ekonomi, bursa saham, istilah2 trading IPO seperti "Flipping" dalam Majalah Business Times, The Edge, Wall Street Journal Asia, Kalau korang kumpul balik arkib2 Business Times dari 1991-1997, apa yang aku komen kat atas tu semua ada dalam majalah tersebut.

Apa yang terjadi pada 1991-1997 ialah Bursa Saham kita yang bermula dengan baik telah bertukar menjadi LOJI TAIK!. Di mana majoriti saham2 syarikat yang listing tidak mempunyai value / nilai sebenar, ianya hanyalah nilai2 spekulasi. Pelabur2 meletakkan wang mereka hanyalah berdasarkan "khabar angin"/ spekulasi. Kat sinilah banyaknya hilang nilai saham Bumiputra sebabkan spekulasi / manipulasi Bursa Saham. Nasib baik Tun Mahathir take over dengan pecat Anwar dan mula clean up Bursa Saham kita dengan pengisian saham2 yang ada nilai sebenar dan ini akan ambik masa yang cukup lama...

Monday, 18 June 2012

Persoalan Ekonomi Bhgn 2 : Kesan Apabila Ekonomi Bumiputera Diliberalisasikan




Persoalan 3 : Kenapa kestabilan ekonomi negara akan tergugat apabila ekonomi Bumiputra diliberalisasikan? 

1. Ok, sambungan dari komen saya di sini, kenapa kestabilan ekonomi negara akan tergugat apabila ekonomi Bumiputra diliberalisasikan?

2. Saya ada bertanya kepada mentor/boss saya dahulu (seorang warga Holland) mengenai pendapat beliau mengenai polisi ekonomi yang berteraskan kaum ini. Beliau menjawab (saya translate) " Kerajaan kamu tidak melindungi kaum seperti apa yang kamu semua nampak, tetapi kerajaan kamu sedang melindungi "anchor" ekonomi negara ini iaitu pembelanja terbesar negara ini."

3. Dan boss saya yang warganegara Holland ini sambung, "Kamu boleh lihat di Eropah dan Amerika, kesemua wang Bail-Out diberikan kepada syarikat yang pemegang2 saham terbesar dan pekerja teramai adalah terdiri daripda kaum kulit putih sahaja, bukan minoriti seperti kulit hitam, Asia dll, kenapa?" Dan Presiden kulit hitam Barack Obama tidak memberikan sesen pun wang Bail-Out kepada syarikat2 kaum / bangsa lain daripada kulit putih, kenapa? Adakah ini rasis? Tidak, sebenarnya mereka ingin memulihkan pembelanja terbesar negara2 tersebut iaitu kaum kulit putih. Jikalau mereka mempunyai wang dan mula berbelanja, keadaan ekonomi negara akan menjadi proses pemulihan kerana perniagaan mula boleh berjalan." Perkara ini berlaku di Singapura juga.

4. Dan lagi satu plus karektor bangsa Melayu ni, mereka ni agak boros berbanding dengan kaum lain yang agak cerewet. Kalau mereka boros bermakna mereka akan berbelanja. Dan kebanyakan mereka ni selalu berbelanja di kedai barangan peniaga Cina. Kita boleh lihat diri kita sendiri, dari kaki sampailah ke hujung rambut, kebanyakannya kita beli barangan dari syarikat perniagaan Cna,maka kayalah syarikat2 bangsa bukan Bumiputra ini. Adakah UMNO sahaja yang memberi syarikat2 bangsa lain ni kaya? Tidak, UMNO / BN hanya membuat polisi untuk membentuk golongan pembelanja terbesar negara ini iaitu golongan kelas menengah Bumiputra. Yang memilih untuk berbelanja di kedai Cina ini adalah pilihan individu Bumiputra iaitu penyokong2 PR dan penyokong UMNO / BN.

5. Adakah polisi PR yang 360 darjah daripada polisi sedia ada ini akan menjadi lebih baik? Saya yakin tidak. Bayangkan apa akan terjadi kalau ekonomi Bumiputra ini disakiti dan mereka memilih untuk mengurangkan belanja atau memilih untuk balik kampung, apa akan terjadi dengan peniaga2 Cina / kaum lain? Tidak baik untuk kaum Bumiputra dan bukan Bumiputra juga akhirnya.

6. Nak jadi macam Singapura? Hanya bergantung kepada ekonomi 1 juta penduduk warga asing (warga asing seperti Eropah dll),.Kita dah lihat apa terjadi kepada Singapura semasa kemelesetan ekonomi dunia baru2 ini, warga asing seperti Amerika, Eropah memilih untuk kembali ke negara asal mereka dan menyebabkan ekonomi Singapura hampir lumpuh. Kita boleh buat perbandingan jumlah wang Bail-Out yang digunakan oleh Singapura dengan negara kita. Wang Bail-Out mereka tersangat besar untuk menyelamatkan ekonomi mereka padahal negara mereka kecil sahaja dan populasi tak ramai berbanding dengan kita. 

7.  Untuk menghilangkan polisi berteraskan perkauman dan melebihkan pembentukan semua kaum kepada satu golongan kelas menengah boleh dibuat, jikalau mentaliti kesemua bangsa berubah, bukan Bumiputra sahaja.

8. Contoh jika liberalisasi 30% ekonomi Bumiputra perlu dilakukan maka dengan masa yang sama bangsa lain mesti bersedia untuk melepaskan / membuka kuasa syer pasaran mereka di dalam syer 70% ekonomi yang mereka kuasai sekarang seperti kuari, sumber, pemborong, peluang pekerjaan dan lain2.

9. Kita boleh lihat sendiri, jika pekerjaan dalam syarikat bukan Bumiputra, amat sukar kita lihat golongan Bumiputra diberi peluang, tak ramai. Kadang2 sampai ada kriteria untuk berbahasa Mandarin sebelum pengambilan pekerja. Dan kita boleh melihat sendiri pembahagian kontrak2 besar dari syarikat besar bukan Bumiputra, amat jarang sekali kita lihat kontraktor Bumiputra berjaya mendapatnya. Ini perlu diubah, baru kita boleh cerita mengenai pelepasan atau liberalisasi 30% hak Bumiputra.

10. Kaum2 lain ini belum sedar implikasi jangka masa panjang terhadap mereka. Implikasi jangka masa panjang, Jikalau ekonomi Bumiputra lumpuh, apa akan terjadi dengan perniagaan mereka? Siapa akan menjadi pembelanja di kedai mereka dan memacu kemajuan perniagaan mereka? Nak berharap kepada populasi cina dan lain2 yang dibawah paras 40%? Nak harapkan kepada Mat Salih, apa gerentinya mereka akan tinggal disini untuk jangka masa panjang? Setahu saya, Melayu ni tak ramai akan keluar dari negara ni, apply pasport pun tak ramai. Saya ada menceritakan keadaan ini kepada rakan Cina saya, dan rakan Cina saya mula nampak matematik mudah ini. Kalau cerita pasal duit, kaum Cina ni cepat nampak.  Kalau kita cerita pasal sejarah, banyak ding dong pulak.

11. Kebanyakkan mereka mudah diracuni kerana salah satu sebab sahaja, iaitu situasi ekonomi dan pengurusan ekonomi Pak Lah ketika itu. Apabila rakyat mempunyai masalah ekonomi maka mereka akan desperate dan akan mempercayai apa sahaja.

12. Sama seperti semasa 13 May 1969. Salah satu faktor utama adalah disebabkan ekonomi yang teruk ketika itu, lebih teruk kepada peniaga Cina kerana pembelanja terbesar mereka iaitu British memilih untuk pulang selepas 1957. British bankrap sebab WW2 dan kos pengurusan koloni / jajahan menjadi tinggi. Dan ketika ini Chin Peng telah mengambil peluang untuk meracuni penduduk Cina dengan ideologi komunis, padahal penduduk Cina di sini lari dari China disebabkan ideologi komunis di sana. So sebab apa? Sebab keadaan ekonomi terdesak dan manusia akan buat apa sahaja apabila terdesak termasuk mempercayai apa sahaja fitnah. Samalah macam bangsa kita juga.

13. Selepas pengenalan buku Hijau 1974 dan kejayaan pembentukan pembelanja alternatif dari British, kaum Cina mula tenang sebab pembelanja terbaru ini iaitu Melayu mula berupaya untuk berbelanja dan ke bandar (zaman tok dan bapa kita dulu). Dan Chin Peng mula dilupakan oleh kaum Cina ketika itu. Bukan disebabkan takut kepada keris kita, tetapi mereka sangat gembira dengan keris Tun Razak iaitu polisi Buku Hijau 1974 :D



14. Sama seperti tahun 1999, apabila undi bangsa Cina pergi 100% kepada Ultra Melayu iaitu Tun Mahathir, kenapa mereka tidak undi DAP ketika itu? Kerana Tun Mahathir berjaya menyelesaikan krisis matawang 1997 dan berkaitan rapat dengan ekonomi. Kenapa tidak timbul banyak persoalan hak Melayu ketika itu? Sebab ekonomi dah ok dan terbaik ketika itu, mereka tak peduli pun.

15. Kaum Cina ini tidak dikuasai sepenuhnya oleh parti politik samada DAP, MCA atau Gerakan. Pengaruh kuat terhadap mereka adalah persatuan2 berunsurkan perniagaan seperti Hokkien, TIong Hua. Lim Kit Siang sendiri mengatakan, undi Cina boleh swing anytime. Dan Tun Mahathir sendiri mengatakan kunci terhadap mereka ini adalah ekonomi, bukan hak, 1 Malaysia dan lain2 (orang ada pengalaman). Dan semenjak akhir2 ni dah ada kaum Cina mula bukak mulut dan ada yang nak bakar diri depan ofis MB sebab mempersoalkan hasil daripada polisi ekonomi PR empat tahun lepas. Kita tunggu lagi 1 tahun, kita tengok mereka swing balik kalau Anwar fail (nampak macam dah fail dah).

Mengikut perkara 2 dan 3, ini menunjukkan kaum kulit putih atau majoriti di negara mereka nampaknya memerlukan tongkat atau perlindungan juga. Tak jauh beza dengan kita. Kesimpulannya, sistem DEB atau perlindungan atau "tongkat" kepada bangsa / kaum majoriti wujud di mana-mana. Tujuan perlindungan ini adalah untuk melindungi "anchor" ekonomi mereka iaitu penduduk majoriti. Bezanya antara kita dan mereka, kerajaan kita memberitahu secara official mereka tidak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this