Rakyat Mesir bergaduh lagi, kali ni antara penduduk Kristian
dan Islam. Sebenarnya ada orang di belakang tabir hendak sangat kuasai ekonomi
negara Mesir ni. Pertama, mereka laga-lagakan dengan menaikkan kemarahan rakyat
Mesir untuk tunjuk perasaan, bila dah reda sikit, naik balik tunjuk perasaan
baru, dan akan recycle lagi. Apa akan jadi kalau rakyat sentiasa tunjuk
perasaan? Khazanah2 Mesir di Bursa Saham mereka akan kena kebaslah, maklumlah
dah jatuh murah … hehehe. Tengok sini.
Realitinya, kedua-dua golongan takkan dapat apa pun,
maklumlah "CHECK BOOK" negara Mesir IMF dah pegang, IMF lah yang
berkuasa tentukan budget negara Mesir. Tapi aku kagum dengan kecerdikan kuasa
luar seperti IMF laga-lagakan rakyat Mesir dan kelentong rakyat Mesir dengan slogan
"Power to the People" seperti di Malaysia, ala "Ketuanan
Rakyat".
Kalau ada sebarang tunjuk perasaan, aku akan lihat
aktiviti di Bursa Saham dan usaha2 Pengambil alihan bank2 dan syarikat2
Bluechip/Strategik negara tersebut, maklumlah dari situlah baru kita tahu
revolusi rakyat benar atau tipu yang didalangi oleh orang luar untuk kaut
keuntungan. Semenjak 1 January 2011, Bursa Saham Mesir merekodkan kehilangan
wang sebanyak USD 300 juta/sehari!! Di bursa sahaja tau. Dan semasa tunjuk
perasaan rakyat Mesir, ada banyak aktiviti nak ambil alih bank2 di Mesir.
Aku nak tergelak dengan PM baru Mesir, sekarang ni baru
dia nak cakap, rakyat tunjuk perasaan selama ni adalah didalangi oleh kuasa
luar. Apalah bodoh sangat, memangla kuasa luar yang dok dalang rakyat Mesir
tunjuk perasaan semenjak tahun lepas lagi, ko tu jadi PM Mesir sebab kuasa luar
yang sama recycle Mubarak. Kuasa luar tu tolong PM baru Mesir ni free ke? Diorang
nak duit lagila tu, tu pasal diorang perbodohkan rakyat Mesir untuk tunjuk
perasaan. Baca ni.
Sekarang ni baru PM Mesir nak mengaku, kah kah kah ;
"Instead
of moving forward to build a modern state on democratic principles, we are back
to seeking stability and searching for hidden hands — domestic and foreign —
that meddle with the country's security and safety," Sharaf
said.
Straight forward je, dah US dan Eropah dok bankrap, dari
mana diorang nak korek duit untuk selamatkan diorang? Dari Pak Arabla, apalah
PM Mesir sorang ni. Sekarang baru nak mengaku, baru sedar ada tangan luar
konon, tulah, duk percaya sangat Yayasan Demokrasi Barat tu.
Nasib baik majoriti rakyat Malaysia tidak percaya kepada
BERSHIT yang dibantu Yayasan2 Demokrasi Barat yang la ni dok kaut untung
besar-besaran di Mesir tu. Kalau tak, buta je keluar artikel "How to
Profit from Malaysia Crisis"
Ok, pilihanraya Mesir dan Tunisia dah tak penting
SEBAB polisi ekonomi negara mereka telah ditentukan oleh IMF pada June 2011.
Maknanya, IMF lah yang akan menentukan hala tuju Mesir dan Tunisia. Yang
penting sekarang siapa yang akan jadi boss baru IMF? Kalau orang ni berjaya
jadi boss baru IMF macamana? Kuang Kuang Kuang …
Nilah dia apa yang Anwar Ibrahim mahu rakyat Malaysia
buat, hangpa pikirlah sendiri.
Tunisia dan Mesir sudah sign dengan IMF untuk USD 3billion
pada awal bulan June 2011. Walhal Perdana Menteri baru bagi kedua2 negara belum
dilantik lagi, termasuklah kerajaan baru, masih belum dibentuk lagi. Dan IMF
telah tentukan POLISI EKONOMI JANGKA PANJANG untuk kedua-dua negara ini di
Deauville, Perancis pada May 2011 tanpa perlu menunggu parlimen Mesir dan
Tunisia bersidang. Tengok sini.
POLISI EKONOMI adalah tunjang kepada semua POLISI2 lain
seperti ketenteraan, pembangunan,
keagamaan, pertanian dan lain2 untuk rakyat jelata. Sebab POLISI EKONOMILAH
yang akan menentukan belanjawan (budget) untuk polisi2 lain.
Orang yang mengawal POLISI EKONOMI NEGARA ialah orang
yang akan menentukan hala tuju negara tersebut. Secara teknikal, orang itulah
PERDANA MENTERI. So, untuk apa rakyat Mesir dan Tunisia nak buang lagi duit
kerajaan dan masa mereka untuk pilihanraya yang akan menentukan kerajaan baru
dan Perdana Menteri nanti? Kalau mereka lantik pun Perdana Menteri baru mereka,
itu hanyalah simbolik, sebab akhirnya dia terpaksa jugak ikut polisi2 ekonomi
yang telah ditetapkan IMF. WALHAL MEREKA DAH ADA PUN PERDANA MENTERI BARU,
iaitu IMF yang dilantik pada June 2011 setelah ambik loan USD 3 billion tanpa
mereka sedari.
Memandangkan semua POLISI EKONOMI Mesir dan Tunisia sudah
pun berada bawah kawalan IMF, maknanya IMFlah yang akan menentukan hala tuju
negara Tunisia dan Mesir. Dan kalau orang Israel ni berjaya menjadi ketua baru
IMF ini bermakna, Israellah yang akan tentukan hala tuju Tunisia dan Mesir.
Terima kasih Ikhwanul Muslimin dan anak2 muda Arab.
Sekarang sudah jelas. Apa yang terjadi sekarang ni
lebih besar dari apa yang kita anggap, ini adalah satu Benua Arab. Jikalau
semua negara Arab tumbang dek revolusi dan mereka "DIPAKSA" mengambil
IMF, ini bermakna kesemua POLISI EKONOMI negara di benua Arab akan dikuasai IMF
dan jika orang Israel ni berjaya menjadi ketua IMF, ini bermakna Israel akan
menguasai dan menentukan kesemua halatuju negara Islam Arab. Dan pada masa yang
sama, Israel akan menguasai OIC, Islamic Development Bank dan Liga Arab
termasuklah OPEC sebab benua Arab adalah ahli penting dalam organisasi
tersebut. Sekarang sudah jelas, betapa hebatnya Israel, mati-mati kita ingat
kebangkitan Islam, rupanya ada lagi tersirat di sebalik itu.