Isu mainan pembangkang : Koleksi kapal Israel yang datang ke Malaysia
Kalau nak menipu pasal industri perkapalan, pastikan
tiada professional dalam bidang perkapalan dalam dunia cyber. Sekarang ni aku
nak tanya, bagi aku 1 je, kapal ni semua Port On Call atau asal Port Authority
mereka dari pelabuhan Israel? Kalau setakat nak kecoh pasal pemilikan, semua
syarikat2 perkapalan antrabangsa termasuk Maersk Sealand ada pemilikan pelabur
Yahudi :D
Dari gambar ni je aku tahu pembangkang ni kaki tipu.
Sejak bila air laut kat pelabuhan2 Malaysia, terutamanya Port Klang ni jernih
oii? Warna kren pun tak betul, apa daa. Ntah port mana punya gamabaq ni depa
cekup .. hehehe.
Hangpa boleh check NOTICE TO MARINES untuk info port on
call dan kalau boleh manifest diorang, betui ka Malaysia berdagang dengan
Israel? Kalau pasai ownership kapal, semua syarikat2 besar antarabangsa ada
pelabur Yahudi/Israel, kecualilah syarikat2 milik GLC seperti COSCO, MISC.Nak
cari “Notice to Mariners” ni senang je, pergi Jabatan Laut Malaysia punya website, email diorang pasai detail kapal movement, diorang bagilah info. Bukan
susah, tak sampai pun 10 minit. Lagi satu cara senang, setiap kapal kalau nak
berlabuh di mana2 pelabuhan di Malaysia, mesti ada kebenaran berlabuh dan
kebenaran berlayar. Click je mana2 pelabuhan, wujud tak kapal Israel yang
pembangkang duk konar tu? Hehehe … aku check takdak pun :P
Notice to Mariners, Kebenaran Berlayar dan Kebenaran
Berlabuh adalah informasi antrabangsa untuk rekod keselamatan / perjalanan
kapal di laut antrabangsa, mana boleh sorok kalau kapal tu dah set ETD dan
ETAnya … HAHAHAHA … lain la manifest. Mana boleh pandai2 tukar, nanti syarikat
insurance tak mau bayaq kalau ada masalah. Lagi satu, port persinggahan mesti
nak report tu jugak.
Pikir logikla, kapal Israel mestilah lebih minat
Pelabuhan Singapura, sebab lebih canggih dan lebih dalam, lebih cepat. Bukan
jauh pun dari Malaysia, yang tu pun tak boleh pikiaq kaa .. Takdelaa nak pening
kepala nak layan rakyat Malaysia yang anti Israel, apa daa. Ingat kapal Israel
tu nak pening kepala dan rugi sebab lambat hantar barang, nak layan karenah
rakyat Malaysia yang anti Israel? Kalaulah kerajan Malaysia jemput pun, diorang
takkan datang punyalah. Macam kita jugak, kita nak hantaq kapal ke Israel yang
rakyatnya ramai tak suka Islam? Buat lambat dan pening kepala je, baik terus
ikut Terusan Suez. Pikiaq logik laa ..
Ni dia database dari Port Authority Singapore. Berjuta
kapal Israel berlabuh kat Singapore, type je nama kapal Israel tu, lepas tu
dapatlah info yang hangpa nak, kapal dari mana, di mana, nak ke mana. Dari
berjuta kapal tu, bagi aku satu je kapal Israel yang pernah berlabuh /
berdagang di Malaysia. Takkanlah Singapore Port nak sorok jugak kot .. hehehe …
Port Authority mana yang pembangkang nak untuk cari
bukti? Indon? Singapore? Malaysia? Australia? Yang kebanyakkannya menggunakan
Selat Melaka sebagai laluan, aku boleh bagi link. Semua kapal ada info ETA dan
ETDnya.
Semua kapal ada share dengan Israel, bezanya antara
ownership dan akttiviti dagangan. Kalau ownership, memang kapal ni Israel
punya. Macam Maersk Sealand dan lain2 kapal, sama je ada shareholder Israel
jugak. Diorang ni macam servis logistic laa, sama macam Facebook, ada
shareholder Israel gak. Kalau nak kata kapal yang ownership dia Israel je berlabuh dah kira berdagang dengan
Israel, Iran pun macam tu jugaklah .. hehehe. Semua negara Arab yang boikot
Israel pun macam tu jugaklah. Maersk Sealand siap ada ofis lagi tau kat Iran.
Kapal2 ni bawak barang dagangan, bukan penjual atau
berdagang. Diorang ni jalankan aktiviti logistic. Orang Palestin2 yang ambik
barang kat pelabuhan Mesir kat Suez tu, barang2 diorang diangkut pakai apa?
Pakai kapal2 ni jugaklan, so maknanya orang Palestin pun berdagang dengan
Israel jugakla?
Kapal2 yang berlabuh di Malaysia, yang tak pergi Israel
adalah kapal milik Malaysia je macam MISC, Petronas, Felda dll. Yang lain semua
pergi port Israel, macam K-Line, Maersk Sealand. Dah tu kerja syarikat kapal
antarabangsa, bawak barang antara pelabuhan di dunia, itu jaa.
Simple je kalau nak kantoikan yang Malaysia ni berdagang
dengan Israel ke tak. Perlukan 3 dokumen ni, cukup senang je nak dapat ;
Port Clearance – data yang tunjuk kapal tu dari mana, di
mana dan ke mana,
Crew list – data pelayar2 Israel dengan passport Israel
bleh masuk ke Malaysia,
Manifest – data yang menunjukkan barangan dalam kapal
tersebut, adakah barang dagangan itu “Made In Israel” atau tidak.
Kalau tak mampu nak bagi 3 dokumen ni, maknanya satu je,
PR memang kaki kelentong!
PR sebenarnya bohong kepada semua orang, depa dok ingat
semua rakyat Malaysia tak tahu pasal industry ni. Tapi mereka tersilaplah,
ramai jugak yang tahu, walaupun mereka bukan orang Umno. Berapa banyak dah PR
kantoi menipu .. KIH KIH KIH.