Showing posts with label Najib Razak. Show all posts
Showing posts with label Najib Razak. Show all posts

Thursday, 6 September 2012

Antara Faqih, Pemimpin dan Orang Kaya





"Sesungguhnya orang yang faqih (orang yang faham ilmu agama) itu adalah dinilai dengan perbuatannya. Bukanlah orang yang faqih (orang yang faham ilmu agama) itu dinilai dengan ucapan dan perkataannya,




Begitu juga pemimpin itu adalah dinilai dengan kemuliaan akhlaknya.
Bukanlah pemimpin itu dinilai dengan banyaknya pengikut dan pembela-pembelanya,

Begitu juga orang yang kaya itu adalah dinilai dengan keadaan (kedermawanan)nya. Bukanlah orang yang kaya itu dinilai dengan banyaknya harta bendanya.”

[Diwan Al-Imam Asy-Syafi'i, hal. 97]"

Tuesday, 4 September 2012

Menjawab Kelentong Anwar Tentang APCO





"Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta"


5 minit pertama je aku tahu Anwar kelentong. Nak tahu kat mana Anwar kantoi?? PADA HARGA KONTRAK APCO!! Kos konsultansi semua polisi2 dalam negara kita hanya 72 Juta je??? Maklumlah Anwar kata APCO ambil alih Negara, maknanya semua polisi negara APCO ambil alihlah hanya dengan harga 72 juta … hahaha. Sepuluh kali ganda jauh lebih murah daripada kos organisasi tempatan yang kerajaan pakai sekarang untuk konsultansi semua pembentukan polisi. IMF ambik alih satu 1 polisi Mesir je iaitu ekonomi dah lebih 200 juta Euro. Kalau Anwar kata RM 720 Juta/setahun baru ada logik sikit. So apa kerja APCO ni? Laa … untuk komunikasi dengan negara2 Barat je dan penggunaan new media. Takde kena mengena dengan polisi pun, padanlaa. Anwar kelentong je :D


 "APCO tu Israel, Israel tu APCO. Saya sokong Israel takdak kena mengena dengan APCO. Hangpa faham tak kelentong saya ni?"


Korang ingat kerja konsultansi ni, setakat menempel tepi PM dan bisik kat dia apa nak buat dengan polisi Negara je ke??? Hangpa silap. Nak buat kerja konsultansi mengenai polisi ni besar kosnya dan skopnya. Dan ia terdiri dari proses berikut ;

Kutipan Data yang besar -----> Pembentukan Pengkalan Data--------> Analisis --------> Rumusan -------> Nasihat pada PM. 

Ia melibatkan ramai tenaga pekerja, kos peralatan dan aset yang tinggi. Contoh konsultansi untuk polisi risikan dari Mindef dah makan ratusan juta. Itu baru 1 polisi, belum lagi polisi ekonomi dengan bank negaranya, SCnya, taxingnya, ini pun ratusan juta jugak. Dan Anwar kata APCO ambik alih semua polisi2 negara dengan harga 72 Juta ja wow!!! Hahahahaha …


Kos kerajaan nak bayar agensi2 tempatan je untuk konsultansi pembentukan semua polisi negara dah lebih RM 500 juta/tahun. Dengan konsultansi dari agensi Mindefla, Pertahananla, MITIla, Bank Negarala, Auditorla, Guamanla, Securities Commissionla, Bankingla dan macam2 lagi. Anwar kata APCO buat semua tu dengan harga 72 juta ja? Murah betul gaji pekerja APCO. Kat sini ja Anwar kantoi kelentong iaitu harga tak kena dengan skop seperti yang dinyatakan Anwar iaitu APCO ambik alih polisi negara Malaysia.


Saturday, 1 September 2012

Najib vs Anwar



 
Realitinya, Malaysia tak mahu menyebelahi sesiapa. Malaysia adalah sebuah negara neutral iaitu ZOPFAN. Ini adalah kelebihan polisi luar negara yang neutral di mana kita mempunyai ramai kawan. Kalau US nak mengusik kita lebih2, apa kata China dan Russia pulak yang melabur di Malaysia ni?? Sama jugak kalau senario China dan Russia nak mengusik Malaysia lebih2, korang ingat US dan Barat nak duduk diam je kasi duit diorang terbang?? Itulah dia kecerdikan bermain ngan polisi luar negara.


Kita boleh relate senario ni dengan senario di Arab iaitu Syria, Mesir, Tunisia, Bahrain dll. Mereka semua ni tak neutral semenjak revolusi Arab lagi, semuanya menyebelahi US/Barat. Pemimpin2 mereka pun naik atas sebab bantuan US. So bila US nak "recycle" pemimpin2 boneka mereka di negara Arab tu dengan pemimpin baru melalui trademark tunjuk perasaan kuasa rakyat, apsal lak kuasa besar lain seperti China dan Russia nak tolong?? Sendiri mau tanggung laa..

Kita tengok contoh Afghanistan yang ada value lain kepada US selain daripada minyak. US tak kejar minyak Afghanistan. Value Afghanistan adalah sebagai “buffer state” iaitu menghadang China yang merupakan saingan ketat US. Boleh tengok map dan value strategic logistic Afghanistan.



 
Di Malaysia, BN ni nampaknya cerdik gak bermain dengan polisi luar negara ni. Diorang maintain je neutral, dengan semua orang depa kawan. Pemimpin2 naik pun takde terhutang budi dengan kuasa luar macam pemimpin2 Arab tu. So bila China dan Russia nak mengusik kita, US dan barat bising, maklumlah sebab duit diorang ada kat sini. Sama jugak bila US nak mengusik kita, Russia dan China lak bising. So akhirnya, kuasa2 besar dari luar ni maintain je dengan Malaysia ni. Itu pasallah Malaysia ni susah nak terkena macam negara Arab tu....

US berminat dengan Malaysia bukan kerana minyaknya, tapi kerana pengaruh di Selat Melaka. Malaysia tak kaya dengan minyak, nak masuk OPEC pun tak layak. Selat Melaka adalah laluan perdagangan yang menguasai 1/3 perdagangan melalui laut global yang menjadi rebutan semenjak zaman Parameswara lagi. Siapa yang menguasainya akan menguasai 1/3 perdagangan dunia. Itulah nilai Malaysia iaitu sebagai hub di laluan logistic yang sangat berharga.   


 


 Sebenarnya takde kena mengena dengan nak bantu Islam, takde kena mengena nak tegakkan demokrasilah konon. At the end of the day adalah STRATEGIC INTEREST. So kita sebagai negara kecik ni kenalah cerdik sikit menongkah arus bermain dengan polisi luar negara ni..


 Yang paling bodoh sekali adalah Anwar Ibrahim. Pada 1991, dengan kejatuhan USSR dan kemenangan barat dari blok sosialis dalam perang dingin, Anwar dok ingat negara2 dari blok ni takkan naik balik punya hanya tinggal 1 ja kuasa besar iaitu US. Itu pasallah cium mulut lebih sangat dengan US tu. Pada 2006, jangkaan Anwar meleset. Russia dan China bangkit menjadi kuasa besar baru untuk balancekan US. 


Dahlah tu, China lagi kaya lak dari US. So Anwar nak U-turn lobi China dan Russia jadi payahlah, maklumlah dah pilih bulu. Dah rugi negara Malaysia nak tingkatkan hubungan perdagangan dengan blok2 yang baru bangkit ni. Kalau US nak "recycle" Anwar, ada Russia dan China nak tolong? Takdenya, apsal nak tolong orang yang tidak neutral pada awalnya. Itulah KEBODOHAN Anwar Ibrahim.

Thursday, 10 May 2012

Apabila ISA "dimansuhkan"





Kita dok kecoh pasal ucapan PM Najib mansuhkan ISA. Sementara tengah kecoh, aku mula perasaan ada satu badan / organisasi keselamatan baru mula timbul iaitu NSC. NSC ini adalah gabungan dari organisasi2 keselamatan dahulu dan distruktur kembali pada 24 Julai 2007. Dengarnya, badan ini akan mula mainkan peranan merencanakan polisi keselamatan negara ala NSA (National Security Agency) di US. Maknanya kuasa mereka cukup besar dan mereka hanya menjawab kepada PM sahaja. 


 Mr.Dictator


Aku ada jugak sembang / chat dengan member2 askarla, diorang pun kata mereka tak tahu banyakla, tapi apa yang mereka faham, pemansuhan ISA itu hanya sebahagian kecil dari rancangan kerajaan / PM Najib yang jauh lebih besar dalam perancangan keselamatan dalam negara. Member2 askar cakap pun kalau korang perasan, dah timbul watak2 baru yang berpengaruh seperti NSC dan teknik2 letak cip dalam IC, ATM Card, bank account, dan lain2 di mana kerajaan boleh akses dengan cukup mudah, hampir 60% seluruh Malaysia dah ada akses CCTV, dan pelancaran Satelit RazakSAT (ambil sempena nama bapak Najib) pada Mac 2009 oleh RMAF yang kononnya menyatakan sebagai kegunaan remote sensing.


Apa yang aku nampak, aku mula perasan kerajaan kita dok pasang alat2 canggih semenjak awal tahun 2000 mcm cip, coordinatekan semua informasi2 peribadi di security mainframe, pemasangan CCTV awam dan swasta, pelancaran "eye in the sky" spt satelite (3 dilancarkan semenjak 2000) termasuklah penubuhan2 badan seperti NSC pada 2007 semata-mata2 untuk "updatekan / transformasi" Polisi Keselamatan Negara kita dan secara tak langsung dah boleh gantikan sistem ISA 1960. Maklumlah musuh negara tak mcm style dulu lagi. Aku sebagai tax payer rasa gembira kerajaan susun macam ni.


Asal NSC ini semenjak 1969, tapi peranan mereka tak menyeluruh dan mereka mempunyai banyak organisasi seperit MAGERAN, BKN, NSD. Pada 2007, mereka distruktur kembali menjadi organisasi baru dan menjadi satu unit. Semenjak akhir2 ini, pengaruh mereka makin berkembang dalam isu sempadan, angkasa, cryptology / cyber, tenaga, maritim, dan mereka akan jadi komponen penting yang menghubungkan unit2 perisikan lain di dalam komuniti perisikan Malaysia nampaknya. Seperti di US, NSA ditubuhkan lewat berbanding dengan komuniti perisik CIA, FBI dan lain2 tetapi NSAlah yang menghubungkan komuniti perisik lain dan menjadi komponen penting dalam kerja2 perisikan dan pertahanan di US. Di Malaysia, NSC mula diberi tanggungjawab merencanakan sebahagian polisi2 keselamatan negara dan menjawab kepada PM sahaja, dan seperti biasa pengaruh mereka akan berkembang juga.
Aku pun dengar yang puak2 dok ketuk meja nak sangat ISA dimansuhkan adalah puak2 dari NSC, maklumlah sesetengah tindakan mereka tak boleh execute / buat sebab kena tunggu kerajaan isukan ISA dulu. Kasi lambat je. Maklumlah ISA ni undang2 1960, macam pakai komputerla, dulu kalau kita pakai Pentium 2, kira lajula, kalau sekarang masih pakai Pentium 2, penatlaa menunggu....itu rumors yang aku dengarla.


Aku cuma harap Najib tak bagi kuasa berlebihan kepada Secret Service kita selepas ISA dimansuhkan. Dari perspektif rakyat biasa, ISA ini untuk mengawal keselamatan dalam negara, tapi pada masa yang sama mengawal Secret Service kita daripada bertindak berlebihan daripada ISA. Tengok pada isu Al-Maunah, apa yang menyebabkan mereka masih hidup? Sebab ISAlah, jikalau mereka di negara2 seperti Indon, US, UK yang tiada ISA, mereka semua ni dah jadi mayat dah. Itulah realitinya.


Senjata terbaru musuh2 negara adalah dengan putarbelitkan hak asasi manusia. Maka kerajaan perlu "senjata" baru untuk outsmart musuh2 negara ini. Cara terbaik ialah covert (rahsia) la....sama macam negara2 lain buat. Infrastruktur untuk undang2 baru tu dah ada pun, semua dah digital, cuma bila nak pasang je, pembangkang dok meloncat nak buang sangat ISA tu, apa lagi DS Najib bagi la apa depa mau. Seperti pepatah Inggeris "Be careful on what u wish for". DS Najib is smarter than you think :D

Monday, 12 December 2011

Kenapa US Sekarang Takut Dengan Kerajaan Malaysia?







Kenapa US tiba2 nak berbaik dengan kerajaan BN  dan lain2 negara yang mempunyai sentimen anti US? Dengan kejatuhan ekonomi, perdagangan, matawang US bersama kegagalan atas segala usaha US untuk menjatuhkan negara2 yang mempunyai sentimen anti US, US tiada pilihan lain iaiatu berbaik baik dengan kita dan negara2 lain yang mempunyai sentimen anti US.

Malaysia tidak takut pada US  bukan sebab kita mempunyai ketenteraan, teknologi ekonomi yang kuat, TETAPI gabungan sentimen ANTI US di kalangan negara2 yang membangun dan negara kuasa besar lain seperti China dan Russia menyebabkan US tidak mampu menggunakan mereka untuk menjatuhkan kesemua negara2 yang mempunyai sentimen anti US. US sudah mengusahakan segala macam program war on terror iaitu mengaitkan negara yang anti US dengan terrorism iaitu mereka pernah mengaitkan BN ada kaitan dengan Al-Qaeda, menggunakan proksi2 dalaman seperti Anwar Ibrahim dan meningkatkan HARGA MINYAK seluruh dunia dengan spekulasi supaya rakyat marah terhadap kerajaan. Dan ianya tidak berhasil seperti yang diharapkan oleh US bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di negara lain. Kos yang digunakan untuk membiayai program2 yang dinyatakan telah menjadi terlalu berbanding hasil. Oleh itu cara terbaik ialah KAW TIM. Bukan sahaja dengan Malaysia, tetapi dengan negara2 lain yang mempunyai sentimen anti US sebelum ini.


Kesemua masalah US hari ini terutamanya status perdagangan antarabangsa terdapat di laman web Council of Foreign Relation, CFR http://www.cfr.org/. Boleh baca di situ.


Apa yang ditakuti US bukan terrorist atau kebangkitan Negara Islam, tetapi kebangkitan sentiment ANTI US dan efek kepada perdagangan barangan dan matawang US di peringkat antarabangsa. Contoh pada 2008, kadar perdagangan negara2 di asia barat, asia tenggara, eropah timur dengan negara2 besar lain dari US seperti Eropah, China dan Rusia telah meningkat dengan mendadak (SPIKE), dan ini telah memberi efek kepada eksport US dan matawang US. Contoh kalau kita deal dengan Eropah atau Russia, kita deal dengan matawang EURO, bukan USD.


Lagi satu paling ditakuti oleh US di Asia Tenggara ialah cadangan Tun Mahathir / Malaysia mengenai penggunaan matawang alternatif dari USD dalam perdagangan serantau. Dan Najib Tun Razak telah komited untuk menyambung usaha Tun Mahathir iaitu pada hari pertama Najib menjadi PM, beliau telah pergi ke China untuk meningkatkan hubungan dan cadangan unutk menjual kesemua simpanan matawang USD sebagai sokongan. Jika kesemua negara Asia Tenggara menjual semua simpanan matawang USD mereka, US akan tumbang di Asia.

   Jikalau kedudukan dan propaganda Anwar Ibrahim di negara kita masih kuat, maka US akan terus mengutuk kita seperti apa yang mereka selalu buat sebelum ini. Hari ini, US tidak boleh lagi berharap kepada Anwar Ibrahim, malah terpaksa berbaik dengan kerajaan BN. Perkara ini bukan setakat terjadi di Malaysia, tetapi negara2 lain yang mempunyai sentimen ANTI US. Di China, usaha demokrasi iaitu menjatuhkan kerajaan China tidak menjadi, usaha menjatuhkan Vladimir Putin dan pengaruh Rusia di negara2 bekas Soviet juga tidak menjadi. Maka US tiada peilihan lain melainkan berbail2 dengan semua negara yang mempunyai sentimen US.


Salah satu sebab negara2 ANTI US ini mahu mengelakkan US, juga adalah mereka mahu mengelakkan dari terjadinya China Cold war. Jikalau terjadi, negara2 yang mempunyai sentimen anti US termasuk Malaysia akan memberi sokongan sepenuhnya kepada China.
Kalau dulu semasa Cold War antara Blok Kapitalis dan Blok Komunis, US mempunyai banyak sokongan dan sebab itulah US boleh menjatuhkan Soviet. Tetapi, dengan terjadinya sentimen ANTI US, ekonomi, matawang dan perdagangan antarabangsa yang tak menentu, US mahu berbaik2 dengan kita. Dan peranan Najib hari ini ialah berbaik2 dengan China, Rusia dan negara2 ANTI US untuk menjaga kepentingan Malaysia ...


Kalau kita takut pada US, sikap kita lebih menyerupai Singapura yang asyik angguk je. Malaysia tidak akan mengeluarkan cadangan matawang alternatif, tubuhkan NGO Atarabangsa Criminalise War seperti apa yang terjadi di Iraq dan lain2 jika kita takut pada US. Saya masih ingat lagi kerajaan US mengatakan Barisan Nasional ialah terrorist (reported by the United Nations monitoring group on terrorism which links the Barisan Nasional (BN) to the Osama Bin Laden Al-Qaeda terrorist group) pada 2002. US juga mengatakan Barisan Nasional mundur, korupsi demi mahu memenangkan anak emas mereka, iaitu Anwar Ibrahim. US juga merendahkan teknik menyelamatkan @ memulihkan ekonomi negara kita iaitu teknik BAIL OUT. Dan lihatlah apa yang terjadi hari ini, US dan rakan2nya terpaksa menelan ”humble pie”. Tetapi tidak bagi Anwar.




Anwar masih cuba untuk membawa sistem, polisi dan teknik yang diamalkan oleh US, dan kesemua sistem2 ini adalah GAGAL. Itulah US, yang mahu menjadi watak utama dalam senario politik, ekonomi, sosial, sistem undang2, hak asasi dalam negara kita. Contoh sistem yang telah gagal di US yang cuba di bawa ke Malaysia oleh PR ialah ”Unregulated Capitalism” iaitu dalam bahasa sistem permodalan yang tiada batasan. Kita lihat sendiri apa dah jadi di sana, ramai yang hilang pekerjaan dan lain2. Dan sistem yang diamalkan di US ini memberi impak yang buruk kepada US sendiri, begitu juga negara2 lain.


 ”Human Impose, God Dispose”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this