Showing posts with label Israel. Show all posts
Showing posts with label Israel. Show all posts

Monday, 8 October 2012

Betul ke Malaysia Berdagang dengan Israel??


Isu mainan pembangkang : Koleksi kapal Israel yang datang ke Malaysia





Kalau nak menipu pasal industri perkapalan, pastikan tiada professional dalam bidang perkapalan dalam dunia cyber. Sekarang ni aku nak tanya, bagi aku 1 je, kapal ni semua Port On Call atau asal Port Authority mereka dari pelabuhan Israel? Kalau setakat nak kecoh pasal pemilikan, semua syarikat2 perkapalan antrabangsa termasuk Maersk Sealand ada pemilikan pelabur Yahudi :D

Dari gambar ni je aku tahu pembangkang ni kaki tipu. Sejak bila air laut kat pelabuhan2 Malaysia, terutamanya Port Klang ni jernih oii? Warna kren pun tak betul, apa daa. Ntah port mana punya gamabaq ni depa cekup .. hehehe.

Hangpa boleh check NOTICE TO MARINES untuk info port on call dan kalau boleh manifest diorang, betui ka Malaysia berdagang dengan Israel? Kalau pasai ownership kapal, semua syarikat2 besar antarabangsa ada pelabur Yahudi/Israel, kecualilah syarikat2 milik GLC seperti COSCO, MISC.Nak cari “Notice to Mariners” ni senang je, pergi Jabatan Laut Malaysia punya website, email diorang pasai detail kapal movement, diorang bagilah info. Bukan susah, tak sampai pun 10 minit. Lagi satu cara senang, setiap kapal kalau nak berlabuh di mana2 pelabuhan di Malaysia, mesti ada kebenaran berlabuh dan kebenaran berlayar. Click je mana2 pelabuhan, wujud tak kapal Israel yang pembangkang duk konar tu? Hehehe … aku check takdak pun :P 

Notice to Mariners, Kebenaran Berlayar dan Kebenaran Berlabuh adalah informasi antrabangsa untuk rekod keselamatan / perjalanan kapal di laut antrabangsa, mana boleh sorok kalau kapal tu dah set ETD dan ETAnya … HAHAHAHA … lain la manifest. Mana boleh pandai2 tukar, nanti syarikat insurance tak mau bayaq kalau ada masalah. Lagi satu, port persinggahan mesti nak report tu jugak.

Pikir logikla, kapal Israel mestilah lebih minat Pelabuhan Singapura, sebab lebih canggih dan lebih dalam, lebih cepat. Bukan jauh pun dari Malaysia, yang tu pun tak boleh pikiaq kaa .. Takdelaa nak pening kepala nak layan rakyat Malaysia yang anti Israel, apa daa. Ingat kapal Israel tu nak pening kepala dan rugi sebab lambat hantar barang, nak layan karenah rakyat Malaysia yang anti Israel? Kalaulah kerajan Malaysia jemput pun, diorang takkan datang punyalah. Macam kita jugak, kita nak hantaq kapal ke Israel yang rakyatnya ramai tak suka Islam? Buat lambat dan pening kepala je, baik terus ikut Terusan Suez. Pikiaq logik laa .. 

Ni dia database dari Port Authority Singapore. Berjuta kapal Israel berlabuh kat Singapore, type je nama kapal Israel tu, lepas tu dapatlah info yang hangpa nak, kapal dari mana, di mana, nak ke mana. Dari berjuta kapal tu, bagi aku satu je kapal Israel yang pernah berlabuh / berdagang di Malaysia. Takkanlah Singapore Port nak sorok jugak kot .. hehehe …



Port Authority mana yang pembangkang nak untuk cari bukti? Indon? Singapore? Malaysia? Australia? Yang kebanyakkannya menggunakan Selat Melaka sebagai laluan, aku boleh bagi link. Semua kapal ada info ETA dan ETDnya. 

Semua kapal ada share dengan Israel, bezanya antara ownership dan akttiviti dagangan. Kalau ownership, memang kapal ni Israel punya. Macam Maersk Sealand dan lain2 kapal, sama je ada shareholder Israel jugak. Diorang ni macam servis logistic laa, sama macam Facebook, ada shareholder Israel gak. Kalau nak kata kapal yang  ownership dia  Israel je berlabuh dah kira berdagang dengan Israel, Iran pun macam tu jugaklah .. hehehe. Semua negara Arab yang boikot Israel pun macam tu jugaklah. Maersk Sealand siap ada ofis lagi tau kat Iran. 



Kapal2 ni bawak barang dagangan, bukan penjual atau berdagang. Diorang ni jalankan aktiviti logistic. Orang Palestin2 yang ambik barang kat pelabuhan Mesir kat Suez tu, barang2 diorang diangkut pakai apa? Pakai kapal2 ni jugaklan, so maknanya orang Palestin pun berdagang dengan Israel jugakla?


Kapal2 yang berlabuh di Malaysia, yang tak pergi Israel adalah kapal milik Malaysia je macam MISC, Petronas, Felda dll. Yang lain semua pergi port Israel, macam K-Line, Maersk Sealand. Dah tu kerja syarikat kapal antarabangsa, bawak barang antara pelabuhan di dunia, itu jaa.
Simple je kalau nak kantoikan yang Malaysia ni berdagang dengan Israel ke tak. Perlukan 3 dokumen ni, cukup senang je nak dapat ;

Port Clearance – data yang tunjuk kapal tu dari mana, di mana dan ke mana,
Crew list – data pelayar2 Israel dengan passport Israel bleh masuk ke Malaysia,
Manifest – data yang menunjukkan barangan dalam kapal tersebut, adakah barang dagangan itu “Made In Israel” atau tidak.

Kalau tak mampu nak bagi 3 dokumen ni, maknanya satu je, PR memang kaki kelentong!

PR sebenarnya bohong kepada semua orang, depa dok ingat semua rakyat Malaysia tak tahu pasal industry ni. Tapi mereka tersilaplah, ramai jugak yang tahu, walaupun mereka bukan orang Umno. Berapa banyak dah PR kantoi menipu .. KIH KIH KIH.

Tuesday, 31 January 2012

Kaitan Paul Wolfowitz dengan Anwar Ibrahim





"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," Pak Syeikh


 
Kita dok dengaq puak2 PR duk bising pasal APCO, depa kata bos APCO ni Yahudi. Ok, tapi macamana pulak dengan Wolfowitz? Dia pun Yahudi jugak, apasal puak2 PR tak marah kat Wolfowitz? Dia nilah member baik Anwar, dan dia jugalah arkitek penipuan perang Iraq sampai berjuta orang Iraq mati TANPA SEBAB dan menyebabkan kenaikan harga minyak secara mendadak sehingga menekan rakyat seluruh dunia.


Ini dia latar belakang Wolfowitz, kalau nak tahu jugak lebih lanjut mengenai WOLFOWITZ, ISRAEL DAN PENGEBOMAN TERHADAP ORANG ISLAM DI IRAQ, hangpa boleh contact Wolfowitz. Mintak nombor fone dia kat Anwar.


Aku tak pernah dengaq pun puak2 PR marah kat Wolfowitz. Mungkin depa suka harga minyak kena spekulasi dengan geng2 Wolfowitz kot, atau memang depa suka penipuan pasal perang Iraq tu kot.
Puak2 PR ni akan kata Anwar ni takdak kena mengena dengan Wolfowitz? Ok, baca ni, sampai Shaha Riza girlfriend @ skandal seks Wolfowitz pun Anwar nak bela ;


“In July 2006, Anwar was elected as Chair of the Washington based Foudation for the Future. In this capacity, he signed the October  1, 2006 letter to Robin Cleveland of the World Bank, requesting the transfer of the secondment of Shaha Riza from the UD Department of State to the Foundation for the Future. This transaction led to Paul Wolfowitz’s resignation as president of the organization”


Aku nak tengok Anwar heret kawan dia Wolfowitz ke Iraq Inquiry mengenai PENIPUAN PERANG IRAQ yang telah menyebabkan harga minyak naik dari USD24/tong kepada USD100/tong yang telah menekan rakyat seluruh dunia termasuk Malaysia. Iraq Inquiry telah ditubuhkan di UK pada 30 Julai 2009 untuk mengkaji balik KESAN PENIPUAN PERANG IRAQ. Kalau Mahathir boleh buat CRIMINALISE WAR untuk heret penipu2 tu, apasal Anwar tak boleh keret Wolfowitz?

 



Aku tak faham kenapa Anwar nak berkawan dengan Wolfowitz. Ada lebih 200 juta populasi di US yang dia boleh buat kawan, tapi kenapa dia nak kawan dengan Wolfowitz?





Ada banyak penulis biografi yang boleh tulis pasal Anwar, tetapi kenapa mesti Paul Wolfowitz?


Paul Wolfowitz telah mengaku bahawa Anwar Ibrahim adalah kawan baik beliau.
Paul Wolfowitz, lelaki yang menipu mengenai Perang Iraq, yang mana penipuan itu menyebabkan ramai tentera US dan orang Iraq terkorban. Penipuan itu juga menyebabkan harga minyak dunia naik dari USD24/ tong kepada 100USD/tong.


Wolfowitz adalah Yahudi. Apa yang penting mengenai Wolfowitz ialah bukan kerana dia Yahudi, tapi tindakan beliau yang merosakkan ekonomi dunia, dan secara keseluruhannya merosakkan ekonomi Asia Tengah yang melibatkan ramai nyawa. Dan lelaki ini bersekutu dengan Anwar.
Cerita APCO diSPIN setiap hari,
Bila diminta bukti, Anwar lari,
Berdentum dentam membenci Yahudi,
Rupanya Yahudi Wolfowitz masih di hati,
Inilah dia hikayat kaki belit Anwar Sivaji.


Bacaan tambahan - 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this