Friday 30 December 2011

Gay Bawa Kesan Buruk kepada Ekonomi Negara



“Lebih baik kita berasa ghairah kepada wanita cantik daripada menjadi gay”



Kita rakyat Malaysia perlu belajar di atas kesilapan Eropah dengan membenarkan GAY secaraberleluasa. Hari ini, salah seorang PM Itali, iaitu Berlusconi telah membuat pendirian anti GAY kerana mereka telah menjadi salah satu faktor terhadap fenomena ”ORANG TUA LEBIH RAMAI DARI ORANG MUDA” yang mengakibatkan ekonomi Itali jatuh teruk dan sukar untuk diubati. Pada hari ini, Itali digelar sebagai ”SICK MAN OF EUROPE” kerana implikasi ekonomi ini.



Fenomena ”ORANG TUA LEBIH RAMAI DARI ORANG MUDA” boleh menyebabkan ketidakstabilan antara produktiviti dan caruman pencen untuk orang2 tua dan golongan yang bersara. Ini telah menyebabkan perbendaharaan negara di sana terpaksa menampung wang caruman pencen yang tinggi. Di samping itu juga, ada sebahagian pelabur tidak akan berminat melabur kerana tiada potensi dari orang2 muda yang bilangan mereka berkurangan akibat tidak berkahwin, tidak mempunyai anak atau kerana orientasi seksualiti iaitu menjadi GAY.



Al Quran telah memberitahu dengan jelas akan implikasi dari segi moral, dan kita dapat lihat apa akan jadi di Eropah terutamanya di Itali dari segi implikasi ekonomi jangka panjang. Untuk pengetahuan semua, Itali mempunyai bilangan GAY yang tertinggi di Eropah. Kita rakyat Malaysia bukan setakat kena hentikan GAY atas ”moral ground” seperti yang ditetapkan oleh Al Quran, tetapi dari segi implikasi ekonomi jangka masa panjang negara kita.


Sunday 25 December 2011

Kesilapan Mahasiswa Melayu


Apakah persamaan Adam Adli dengan Ariff Alfian?




Kedua2 mereka ialah mahasiswa Melayu yang bernasib baik kerana berpeluang mendapat tempat di IPTA dalam, mahupun di luar negara.

Apakah kesilapan yang mereka lakukan?

Berkenaan kes Adam Adli, mari kita dengar apa yang Tun M nak kata ;




Umum mengetahui, Anwar Ibrahim adalah contoh mahasiswa yang terlibat secara agresif dan aktif dalam demonstrasi jalanan semenjak menjadi mahasiswa lagi. Dari segi positifnya, Anwar mempunyai ciri2 yang baik untuk menjadi pemimpin kerana kepetahan beliau berkata2 dan mampu menarik sokongan dan pengaruh dengan mudah. Anwar bernasib baik kerana langkah beliau dalam bidang politik “direstui” dan ternyata, bidang politik adalah jalan yang tepat untuk beliau. Masih bernasib baik lagi, Tun Mahathir dengan mudahnya menaruh kepercayaan kepada beliau kerana tertarik dengan imej Islamik yang dibawa oleh Anwar semasa Anwar belum menyertai Umno lagi. Tetapi apakah pencapaian Anwar dalam bidang akademik? Adakah Anwar berjaya mendapat kelulusan yang cemerlang di Universiti Malaya? Jika Anwar tidak ditakdirkan menjadi ahli politik, apakah pekerjaan yang layak untuk beliau??




Adam Adli adalah pelajar UPSI yang cuma mendapat pointer 2.5. Sejauh manakah pelajar Melayu dapat pergi dan bersaing dengan pelajar bukan Melayu jika pointer cuma 2.5? Mungkin Adam Adli tidak sedar (dan mungkin juga tak sedar2), bahawa pointernya 2.5 itu telah dijadikan modal untuk DAP untuk mempersoalkan kuota kemasukan pelajar Melayu ke dalam universiti. Sudahlah dapat masuk sebab kuota Bumiputera, pointer pula 2.5 sahaja, boleh berpolitik, jadi mereka akan mempersoalkan ketidakadilan kerajaan dalam menentukan kuota kemasukan pelajar ke IPTA. Apa akan terjadi jika kuota untuk Bumiputera ini tidak wujud sama sekali? Mampukah pelajar Melayu bersaing dengan pelajar bukan Melayu, terutama sekali pelajar Cina?


Apa akan terjadi jika pelajar IPT terus dibenarkan berpolitik semasa masih di alam kampus? Menyertai demo, menjadi orang suruhan dan balaci kepada ahli politik yang mengambil kesempatan mencari pengaruh di kalangan mahasiswa, kemudian pelajaran terabai kerana tidak mampu untuk fokus sepenuhnya. Saya masih bersetuju dan tetap bersetuju dengan akta AUKU yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran. AUKU ini diperkenalkan kerana melihat senario mahasiswa Melayu yang ghairah berpolitik sehingga mengabaikan pelajaran mereka yang menjadi tunggak masa hadapan. Mahasiswa masih boleh berpolitik, cuma biarlah ianya hanya tertumpu kepada politik dalam kampus, kerana sering dilihat, ahli politik mengambil kesempatan terhadap mahasiswa dengan mengarahkan mereka menyertai demonstrasi jalanan yang mana boleh mengakibatkan mereka tercicir dalam pelajaran. 




Kita lihat pula kes Ariff Alfian, mahasiswa yang mendapat tajaan Petronas ini.
Ariff mendapat tajaan Petronas di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah pada September 2001.untuk mengikuti kursus A Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Perubatan di UK. Tetapi, setelah menamatkan kursus A-Level, Ariff memohon dan diterima memasuki University College Dublin. Berikutan keputusan dan pencapaian akademik yang tidak memuaskan dan melanggar syarat perjanjian pinjaman, PETRONAS bertindak menamatkan penajaan Ariff.

Malangnya, Ariff telah melepaskan peluang berkhidmat dengan PETRONAS bila tamat pengajian kerana tidak yakin dapat berbuat demikian disebabkan penglibatannya dalam hubungan sejenis. Jadi, Ariff terpaksa membayar pinjaman pelajarannya sebanyak RM890,000 dan kini, beban hutang itu ditanggung oleh kedua ibu bapanya yang menjadi penjamin terhadap perjanjian ini.

Hanya kerana terlibat dalam hubungan songsang, Ariff telah melepaskan kemudahan yang dia perolehi. Bukan semua pelajar Melayu yang mendapat peluang ditaja oleh PETRONAS, sebilangan besar terpaksa meminjam PTPTN atau menggunakan duit poket sendiri @ ibu bapa. Perkara seperti ini adalah amat memalukan kerana berkaitan dengan nilai2 agama Islam dan budaya kaum Melayu. 


Sekali lagi, pelajar Melayu dilihat “kehilangan arah” apabila GAGAL menempatkan diri mereka di kalangan yang terbaik, dari segi akademik mahupun nilai2 murni sebagai seorang mahasiswa. Seharusnya, sebagai seorang yang berpeluang mendapat tempat di IPT, mereka haruslah bersyukur dan beriltizam mahu menjadi contoh dan modal insan untuk agama, bangsa dan negara. Di manakah nilai mahasiswa Melayu jika masih ramai di luar sana seperti Adam dan Ariff? Tatkala yang lain masih merangkak2 dan merayu untuk ditempatkan ke pusat pengajian tinggi, Adam dan Ariff tidak mampu menghayati erti BERSYUKUR kerana peluang yang mereka dapat adalah impian yang tidak semua orang mampu capai.

Beban Ekonomi Yang Ditanggung Bila Ramai GAY




Ini untuk tatapan korang semua, kos beban ekonomi ditanggung kerajaan akibat penyakit Chlamydia dari mengamalkan seks bebas. Ini baru Chlamydia, belum HIV dan lain2 lagi. So perlu ke kita rakyat / kerajaan menanggung kos perubatan mereka yang mengamalkan sikap tidak bermoral ini, 


Ini kos beban ekonomi ditanggung kerajaan US akibat penyakit Chlamydia dari mengamalkan seks bebas. Kerajaan US telah menghabiskan sebanyak USD 647 juta utk merawat penyakit Chlamydia sahaja tak termasuk penyakit2 lain yang berasal dari seks bebas. Di mana kos rawatan awal secara purata untuk setiap lelaki ialah USD 26 dan wanita USD 315. Ini kos untuk peringkat awal, kalau peringkat pertengahan ia boleh meningkat sebanyak USD 3,180 untuk setiap kes. BACA DI SINI

Ini baru Chlamydia, belum HIV dan lain2. Berapa banyak kos perubatan terpaksa dibiayai kerajaan akibat tindakan tidak bermoral mereka??? Kalau mereka pergi mendapat rawatan di Hospital Kerajaan, mereka hanya perlu bayar bawah RM 10 je, lebih kerajaan tanggung pakai duit rakyat. SAY NO TO ANWAR AND SEKSUALITI MERDEKA!!!...




Ia bukan sahaja mengenai  moral, bukan sahaja berkaitan dengan agama, JUGA ADALAH MENGENAI BEBAN EKONOMI!

 Jika penggunaan kondom  boleh menyelesaikan masalah, Kerajaan Amerika Syarikat tidak perlu membayar kos rawatan tahunan sebanyak USD 647 juta.  Jadi ia bermakna kondom masih  tidak menyelesaikan masalah beban ekonomi.


 Dan jika kerajaan kita mempunyai dasar  
"BERANI BUAT BERANI TANGGUNG", maka kondom ialah jalan penyelesaiannya. Tetapi apabila dasar penjagaan kesihatan perubatan caj rawatan kepada pesakit hanya RM 1 dan yang lain yang dilindungi oleh kerajaan, maka ia tidak akan berfungsi.  Konsep ini berfungsi jika pesakit yang menanggung penyakit itu,  mereka  membayar  rawatan dengan menggunakan duit poket mereka sendiri.


 Itulah sebab agama kita tegah benda2 macam ni sebab ia merugikan diri sendiri dan termasuk semua orang. Cuba kira kos rawatan yang akan kerajaan tanggung sebab jangkitan daripada perbuatan tidak bermoral mereka?? Chlamydia akan makan ratusan juta setiap tahun, belum lagi HIV dan lain2 tu. Kalaulah tahunan 10% rakyat Malaysia berjangkit dan mengunakan rawatan RM 1 di Hospital Kerajaan, macam mana? Ni kos purata untuk rawatan awalan, lelaki - USD 26, wanita USD 315. Kiralah berapa ratus juta setahun terbang mcm tu je??? Yang ni dalam bidang perubatan sahaja, yang lain tak kira lagi tau. Itu pasal la agama kita dok cakap tok sah dok buat perangai, sebab menyusahkan org lain jugak. Agama Islam tak cakap kosong, ada sebab dia.

Thursday 22 December 2011

TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DAN FALSAFAH DALAM ISU KEWANGAN

 

 

TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DAN FALSAFAH DALAM ISU KEWANGAN

1.1 PENGENALAN

Malaysia pernah mengalami Krisis Kewangan pada akhir abad ke-20 iaitu pada tahun 1997 dan 1998. Krisis ini turut dialami beberapa negara serantau di Asia Tenggara seperti Thailand, Filipina dan Indonesia. Kejatuhan nilai Baht di Thailand dikatakan sebagai pencetus utama kepada permasalahan ini. Masalah ini turut menghilangkan keyakinan para pelabur di beberapa negara Asia Tenggara seterusnya mengakibatkan pelabur-pelabur asing di negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina melarikan diri. Malaysia yang turut tidak ketinggalan merasai kesan kehilangan keyakinan para pelabur asing dapat menanganinya dengan pelbagai campur tangan kerajaan. Terdapat beberapa fakta menarik mengenai Malaysia semasa mengalami krisis kewangan ini. Pertama, Malaysia mampu menghidupkan kembali ekonomi tanpa bantuan dan bebanan hutang daripada tabung kewangan International Monetary Fund (IMF). Kedua, tidak berlaku apa-apa pertukaran pucuk pemerintahan semasa krisis ekonomi sedang berlangsung sebagaimana di Indonesia yang menyaksikan kejatuhan rejim Suharto. Pemimpin di sebalik krisis ekonomi pada masa tersebut ialah Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan. Maka, segala dasar yang dibentuk dan dilaksanakan untuk menyelesaikan krisis ekonomi tersebut merupakan tanggungjawab beliau. Bahagian awal esei ini akan mengupas secara deskriptif mengenai apa yang dikatakan sebagai Krisis Kewangan 1997 supaya ia dapat memberi pemahaman mengenai situasi yang dialami Malaysia. Seterusnya, ia akan menyentuh bagaimana peranan kerajaan untuk menyelesaikan krisis tersebut. Pengajaran daripada krisis kewangan ini ialah perlunya akan sistem kewangan yang baik. Bahagian esei selanjutnya akan membincangkan saranan Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad terhadap penggunaan wang dinar emas sebagai satu jalan penyelesaian yang tuntas terhadap masalah kewangan. Dalam bahagian ini, kebaikan penggunaan dinar emas akan dihuraikan satu-persatu dengan membandingkannya dengan penggunaan wang kertas dalam beberapa aspek supaya ia dapat membuktikan bahawa penggunaan dinar emas merupakan jalan penyelesaian kepada krisis mata wang yang didakwa sebagai agenda Barat terhadap umat Islam. Oleh itu, esei ini akan mengupas falsafah dan pandangan Tun Dr. Mahathir terhadap isu kewangan dan jalan penyelesaiannya yang menguntungkan kuasa ekonomi dan politik negara-negara umat Islam di dunia.

2.1 LATAR BELAKANG TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD DAN KRISIS KEWANGAN 1997
Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia keempat. Beliau memegang jawatan tersebut selama 22 tahun bermula pada tahun 1981 hingga 2003. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia paling lama berkhidmat dan salah seorang pemimpin paling lama berkhidmat dalam kerajaan di rantau Asia. Ketika Malaysia mengalami Krisis Kewangan 1997, beliau sedang memegang jawatan Perdana Menteri iaitu ketua kerajaan bagi Malaysia dan ketua bagi badan pelaksana atau eksekutif. Beliau juga memegang jawatan Menteri Kewangan pada tahun 1998 hingga 1999 setelah pemecatan Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan.

Kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ini merupakan sesuatu yang perlu diambil kira kerana ia mempunyai kaitan dengan dasar dan keputusan-keputusan kerajaan untuk menyelesaikan kemelut ekonomi Malaysia pada masa itu. Hal ini kerana jawatan Menteri Kewangan merupakan jawatan dalam kabinet yang paling signifikan terhadap krisis kewangan yang melanda Malaysia pada tahun 1997 dan 1998 selain kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.

2.1.1 Krisis Kewangan Asia 1997
Krisis Kewangan Asia 1997 merupakan krisis ekonomi yang berpunca daripada spekulasi mata wang oleh spekulator-spekulator asing. Ia telah mengakibatkan kelumpuhan ekonomi negara-negara di rantau Asia. Krisis ini diambil sebagai kajian bagi menilai falsafah dan pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana ia berlaku setelah banyak kejayaan dan prestasi yang memberangsangkan dicapai oleh Malaysia di bawah kepimpinan beliau. Krisis ini merupakan cabaran terbesar bagi Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana kebolehan untuk memulihkan ekonomi Malaysia akan menentukan keupayaan sebenar beliau sebagai Perdana Menteri paling lama berkhidmat di Malaysia.
Sebelum bulan Julai 1997, keadaan ekonomi Malaysia dikatakan bertumbuh dengan pesat dan makmur. Hal ini dapat dilihat melalui beberapa situasi kewangan dan statistik ekonomi. Pertama, Ringgit Malaysia didagangkan pada nilai paling tinggi dan munasabah iaitu RM 2.50 kepada USD1$. Nilai ini adalah berdasarkan harga yang ditentukan oleh apungan harga dalam pasaran dunia. Kedua, statistik pada akhir tahun 1996 menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menaik sebanyak 8.5 peratus. Ketiga, pada tahun 1997 satu statistik telah dikeluarkan World Trade Organisation (WTO) berkenaan nilai perdagangan Malaysia. Jumlah dagangan luar Malaysia bernilai lebih USD$158 bilion. Di dunia, Malaysia menduduki tangga ke-18 tertinggi daripada segi nilai eksport manakala daripada segi nilai import Malaysia menduduki tangga ke-17 tertinggi di dunia. Keempat, inflasi berada pada tahap terendah iaitu 2.1 peratus. Keseluruhan statistik ekonomi ini memperlihatkan bahawa keadaan ekonomi Malaysia berada pada tahap yang memberangsangkan seterusnya tidak menunjukkan apa-apa simptom kepada kerajaan bahawa ekonomi Malaysia akan merudum. Maka, pada masa itu Tun Dr. Mahathir Mohamad (2000), berpendapat bahawa kerajaan tidak perlu mencampuri urusan ekonomi dengan menyatakan,

…Given the happy environment, the thougt of revaluing or devaluing the ringgit never occurred to the government. Malaysia was therefore content to allow the market to determine the exchange rate…
(Mahathir 2000, 11)

Berdasarkan tulisan R. S. Milne dan K. Mauzy (1999), terdapat empat perkara yang membuktikan bahawa ekonomi Malaysia dalam keadaan krisis sejak Julai 1997. Pertama, kejatuhan nilai Baht di Thailand sebagai mata wang yang kukuh di Asia Tenggara telah mengesankan beberapa negara serantau seperti Filipina, Indonesia termasuk Malaysia. Kedua, mata wang Malaysia telah didagangkan pada nilai terendah pada awal 1998 iaitu RM 5.00 kepada USD$1. Ketiga, nilai saham Malaysia jatuh 40 peratus. Keempat, pendapatan per kapita Malaysia telah jatuh daripada USD$5000 kepada USD$4000.

Kejatuhan nilai mata wang menyebabkan kehilangan keyakinan para pelabur asing untuk meneruskan pelaburan dan perdagangan di Malaysia. Menurut Hajrudin Somun (2003), sehingga bulan Jun 1997, dunia masih lagi yakin kepada kebolehan ekonomi Asia untuk terus berjalan dengan baik mengikut pasaran dunia. Beberapa bulan kemudian, World Competitiveness Yearbook, iaitu sebuah jurnal ekonomi terbitan American International Institute for Management Development (IMD) yang berpengaruh telah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mengalami beberapa masalah ekonomi yang dikatakan sangat serius khususnya di peringkat mikroekonomi.
Selain itu, masalah kewangan ini telah mengakibatkan kuasa beli dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi rendah. Hal ini telah mengakibatkan Malaysia yang turut bergantung kepada pengimportan barangan, makanan dan perkhidmatan dari luar negara telah tidak dapat mengekalkan taraf hidup sedia ada. Pengurangan nilai ringgit sebanyak 40 peratus di Malaysia adalah bersamaan dengan berkurangnya pendapatan perkapita negara daripada US$5000 kepada USD$3000. Tambahannya, lebih USD$100 bilion telah hangus daripada pasaran saham Malaysia. Jika dihitung, Malaysia telah kehilangan USD$140 bilion dalam masa setahun.
2.2 Kaedah-kaedah Penyelesaian Krisis Kewangan 1997

Terdapat beberapa kaedah penyelesaian krisis kewangan yang telah diaplikasikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menghadapi krisis tersebut. Kebanyakan kaedah ini merupakan hasil daripada kepercayaan bahawa campur tangan kerajaan boleh memecahkan kebuntuan bagi kemelut krisis kewangan tersebut. Antara peranan kerajaan yang dibincangkan dalam bahagian ini ialah penubuhan National Economic Action Council (NEAC), pembekuan nilai Ringgit, tambatan nilai Ringgit dan penolakan pinjaman daripada International Monetary Fund (IMF).

Pertama, penubuhan National Economic Action Council (NEAC) oleh kerajaan merupakan langkah yang terorganisasi untuk menyelesaikan kemelut ekonomi ini. Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh Tun Dr. Mahathir sendiri sebagai Pengerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Pengerusi dan Tun Daim Zainuddin sebagai Setiausaha Eksekutif. Selain itu, NEAC turut melibatkan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Ketua Pengarah Badan Pemikir bagi Malaysia (Malaysian Think-tank) dan beberapa orang tokoh korporat daripada bidang perniagaan. Badan bertindak ini berperanan untuk melaksanakan dasar-dasar yang terdapat dalam National Economic Recovery Plan (NERP). Selain itu, ia juga bertanggungjawab untuk mengadakan mesyuarat setiap hari dengan tujuan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah ekonomi, perdagangan dan mata wang. Segala keputusan yang diperoleh daripada badan bertindak ini akan dijalankan tanpa perlu mendapatkan persetujuan daripada kabinet terlebih dahulu.

Kedua, Malaysia telah mengambil langkah untuk menambat nilai mata wang agar ia tidak terus jatuh dalam pasaran dunia yang tidak menentu. Tambahannya, perdagangan bagi nilai Ringgit hanya sah jika dilakukan di Malaysia. Hal ini telah membantu kerajaan untuk mengembalikan kawalan terhadap kadar pertukaran wang ringgit. Malaysia telah menambat nilai Ringgit kepada dolar Amerika kerana ia merupakan mata wang paling kukuh nilainya dalam pasaran dunia. Nilai ringgit telah ditambat pada nilai RM 3.80 kepada USD$1 manakala kadar pertukaran mata wang Malaysia kepada nilai mata wang asing yang lain bergantung kepada nisbahnya kepada dolar Amerika. Nilai RM 3.80 ialah yang paling kompetitif bagi Malaysia untuk bersaing dengan negara-negara jiran dalam suasana krisis. Hal ini kerana jika nilai Ringgit ditambat pada nilai yang terlalu tinggi nilainya berbanding negara jiran yang lain ia akan menyebabkan Malaysia kehilangan sumber-sumber kewangan daripada aktiviti pelancongan, pengeluaran barangan dan makanan. Negara-negara yang mempunyai hubungan perdagangan dengan Malaysia pastinya akan mencari pilihan di negara lain kerana kos yang ditawarkan lebih murah.

Ketiga, kerajaan Malaysia telah bertindak pantas untuk membekukan mata wang Ringgit milik para pelabur asing yang berada di Malaysia. Pembekuan ini adalah untuk mengelakkan mata wang Malaysia daripada terus mengalami kebocoran ke luar negara tambahan pula dalam suasana krisis kewangan. Dengan itu, mata wang Malaysia hanya akan mengalir dalam negara sahaja seterusnya mengekalkan kuasa beli bagi para pengguna. Bagi pelabur-pelabur asing pula, pembekuan ini mengelakkan mereka daripada melaburkan mata wang Malaysia ke luar negara. Mereka hanya dibenarkan untuk melaburkan simpanan Ringgit hanya di dalam Malaysia sahaja seterusnya menggalakkan perniagaan dan peluang pekerjaan di dalam negara. Maka, hasil daripada peranan kerajaan ini berjaya mengembalikan kuasa kerajaan sendiri untuk menentukan kadar tukaran Ringgit berbanding sebelumnya yang banyak dipengaruhi perdagangan mata wang oleh pelabur-pelabur asing.

Keempat, kerajaan tidak menerima bantuan tabung kewangan daripada IMF walaupun tawaran sebanyak US$17 bilion disediakan kepada negara-negara yang memerlukan. Pada awal krisis kewangan, IMF galak menawarkan cadangan kawalan wang ringgit mengikut formula IMF. Walaubagaimanapun, Tun Dr. Mahathir telah menolak pinjaman daripada IMF ini atas beberapa faktor dan penilaian beliau terhadap keberkesanan IMF dalam konteks pelaksanaannya di Malaysia. Malaysia memiliki keunikan tersendiri daripada segi dasar ekonomi dan pembangunan iaitu pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru 1970 (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional 1990 (DPN) yang memperlihatkan campur tangan kerajaan yang bertujuan untuk memperbaiki taraf ekonomi dan menyusun semula masyarakat di negara ini. Pembahagian kekayaan negara adalah berdasarkan acuan perkauman iaitu Melayu atau Bumiputera, Cina dan India. Oleh itu, pendapatan per kapita dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk melihat taraf ekonomi setiap unit keluarga atau individu di negara ini kerana kecenderungan untuk sesetengah individu tidak termasuk dalam statistik ini amat besar. Tun Dr. Mahathir Mohamad bimbang jika bantuan pinjaman daripada IMF tidak dapat dibahagikan secara sama rata kepada semua kaum sehingga mencetuskan ketidakadilan. Beliau amat khuatir jika perkara tersebut akan menjadi pencetus kepada rusuhan kaum seperti Peristiwa 13 Mei 1969.
2.3 Falsafah Tun Dr. Mahathir Mohamad di Sebalik Krisis Kewangan 1997

Krisis Kewangan 1997 boleh dikatakan sebagai kebijaksanaan dan kebolehan Tun Dr. Mahathir kerana jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semasa itu. Dalam bahagian ini, falsafah Tun Dr. Mahathir mengenai peranan kerajaan akan dikupas dengan melihat kepada perbandingan kedudukan kerajaan dalam ekonomi kapitalisme dan sosialisme. Selanjutnya, bahagian ini akan menilai pendekatan teori Keynesian sebagai kaedah yang secocok dengan kaedah penyelesaian Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Terdapat dua sistem ekonomi yang membezakan peranan kerajaan iaitu kapitalisme dan sosialisme. Sistem kapitalisme bergerak dalam pasaran bebas (laissez-faire) dan memerlukan campur tangan paling minima daripada kerajaan. Hal ini kerana sistem ini berpegang kepada konsep ‘tangan halimunan’ atau invisible hand sebagaimana yang diutarakan Adam Smith. Oleh itu, apa sahaja masalah ekonomi yang berlaku akan dibetulkan secara semulajadi mengikut pengeluaran dan permintaan. Sistem sosialisme pula mempercayai kawalan pusat oleh kerajaan dan konsep yang sesuai ialah pemiliknegaraan. Sebarang permasalahan ekonomi memerlukan peranan kerajaan untuk memelihara dan membetulkan situasi ekonomi. Hal ini kerana matlamat akhir bagi sistem ekonomi sosialisme ialah kesamarataan dan keadilan.

Berdasarkan perbezaan peranan dan kedudukan kerajaan dalam ekonomi kapitalisme dan sosialisme ini, Tun Dr. Mahathir berpandangan bahawa dalam suasana krisis ekonomi kerajaan perlu bertindak sebagai perancang dan penampan. Perkara ini dapat dilihat melalui kaedah-kaedah penyelesaian Krisis Kewangan 1997 yang telah dibincangkan dalam bahagian sebelum ini. Penubuhan jawatankuasa seperti NEAC yang dianggotai Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Anwar dan Tun Daim Zainuddin merupakan bukti bahawa kerajaan itu lebih baik untuk campur tangan berbanding membiarkan ia pulih secara semulajadi. Hal ini kerana ketiga-tiga ahli tertinggi tersebut juga merupakan anggota kerajaan dan telah melaksanakan pelbagai pelan dan dasar untuk memulihkan ekonomi. Selain itu, tambatan nilai ringgit Malaysia kepada dolar Amerika memperlihatkan campur tangan kerajaan dalam pasaran mata wang dunia. Tindakan ini diambil semata-mata untuk memelihara nilai mata wang negara daripada terus jatuh mengikut suasana pasaran yang tidak menentu. Oleh itu, falsafah ekonomi yang sesuai menurut pandangan Tun Dr. Mahathir ialah perlunya campur tangan kerajaan iaitu mirip kepada sistem sosialisme dan teori Keynesian.

Tun Dr. Mahathir juga berpandangan bahawa kerajaan harus mengambil bahagian dan berperanan untuk menyelesaikan krisis kerana ia berkait rapat dengan sokongan rakyat terhadap kerajaan. Sistem politik yang mendasari Malaysia ialah demokrasi berparlimen. Dalam sistem ini, sebahagian ahli kabinet bagi sesebuah kerajaan dipilih daripada parti yang menang dalam proses pilihan raya. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya dianggap oleh rakyat sebagai satu badan yang mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kebajikan mereka. Salah satu tanggungjawab kerajaan adalah untuk menghidupkan semula ekonomi yang telah menjejaskan taraf hidup rakyat Malaysia semasa itu. Jika kerajaan tidak memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dengan berkesan dalam suasana krisis ini, kemungkinan besar kepimpinan Tun Dr. Mahathir akan rebah seperti di Indonesia atau tidak dipilih lagi dalam proses pilihan raya. Di Indonesia, rejim Suharto tumbang ketika kemelesetan ekonomi tidak dapat dibendung oleh pemerintah dan ia dipertajam lagi dengan masalah pentadbiran Indonesia yang dirujuk sebagai Korupsi, Kolusi dan Nepotisme atau singkatannya KKN.

Penyelesaian krisis kewangan oleh Tun Dr. Mahathir ini juga secocok dengan teori Keynesian yang menggalakkan campur tangan negara. Menurut teori Keynesian ini, keseimbangan ekonomi tidak berjalan secara semulajadi sebaliknya sentiasa dipengaruhi peranan negara. Dalam konteks Malaysia, negara ini dirujuk sebagai kerajaan. Kerajaan banyak berperanan dalam menangani krisis ini seperti tambatan mata wang, suntikan modal dan mempertahankan urusan ekonomi Malaysia daripada dicampuri IMF. Teori Keynesian ini merupakan idea John Maynard Keynes iaitu seorang ahli teori ekonomi. Beliau mempunyai pendirian tersendiri mengenai sistem kewangan. Menurut beliau, sistem kewangan itu umpama sistem peredaran darah tubuh badan manusia dengan darah sebagai wang. Maka, wang perlu beredar dalam pasaran untuk menjamin sistem kewangan yang baik. Jika sesuatu kemelesetan ekonomi berlaku, negara perlu bertanggungjawab untuk memulihkan keadaan dengan menyuntik wang ke dalam ekonomi sama ada melalui pengurangan kadar faedah atau mencetak lebih banyak wang. Saranan John Maynard Keynes ini diguna pakai oleh Tun Dr. Mahathir untuk menangani krisis kewangan iaitu dengan menyuntik wang ringgit ke dalam ekonomi Malaysia dan ia mempunyai kaitan rapat dengan kerjaya asal Tun Dr. Mahathir sebagai seorang doktor. Kaitannya ialah John Maynard Keynes menganggap sistem kewangan sebagai sistem peredaran darah manusia manakala negara sebagai doktor yang merawatnya.

3.1 KETIDAKSTABILAN PENGGUNAAN WANG KERTAS

Pengajaran daripada Krisis Kewangan 1997 ialah kesedaran akan betapa buruknya kesan penggunaan sistem kewangan yang berasaskan wang kertas atau wang fiat. Penggunaan wang kertas secara meluas di seluruh dunia telah mengiktirafnya sebagai wang yang berfungsi untuk dijadikan alat pertukaran, alat penyimpan nilai, alat pengukur nilai dan alat bayaran untuk masa hadapan. Penggunaan mata wang kertas ini menjadi asas ke arah kewujudan tabung kewangan iaitu IMF. Ia merupakan manifestasi Perjanjian Bretton Woods yang telah menguatkan cengkaman negara Barat dan Amerika Syarikat terhadap Negara-negara Dunia Ketiga. Nilai mata wang Amerika Syarikat contohnya diyakini lebih tinggi daripada negara-negara seterusnya menguatkan manipulasi terhadap negara-negara lemah. Selepas Perjanjian Bretton Woods pada Julai 1944, nilai mata wang kertas Amerika Syarikat disandarkan kepada nilai emas yang disimpan dalam bank pusat sehinggalah pada tahun 1971 Presiden Richard Nixon telah menghapuskan sandaran emas tersebut sebaliknya mengapungkan nilai wang kertas di pasaran dunia. Ketika krisis kewangan berlaku, IMF akan menawarkan pinjaman terhadap negara-negara yang dilanda masalah sebagaimana negara-negara di Asia yang menjadi mangsa spekulasi dan manipulasi mata wang. Pinjaman ini pula mempunyai nilai-nilai tersembunyi seperti pertambahan nilai faedah bayaran yang mempunyai unsur riba.

3.1.1 Pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Penggunaan Wang Kertas

Tun Dr. Mahathir Mohamad berpandangan bahawa penggunaan wang kertas secara meluas megakibatkan beberapa kesan buruk. Kesan buruk ini telah mengakibatkan ekonomi Malaysia jatuh pada akhir dekad 1990. Segala spekulasi dan manipulasi mata wang yang berasaskan wang kertas telah meningkatkan kefahaman Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap keburukan dan permasalahan penggunaan wang kertas di seluruh dunia terutama sekali berkenaa kesannya terhadap ekonomi umat Islam.

Kebimbangan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap penggunaan wang kertas dapat dilihat sejak tahun 1980-an lagi. Beliau dalam ucapan pada kursus agama anjuran Biro Agama UMNO Malaysia pada 27 November 1981 menyatakan,

…Sistem kewangan dunia yang digunakan sekarang yang bergantung bukan lagi kepada penggunaan emas dan perak tetapi wang kertas dan cek dan ini bukanlah daripada sistem Islam. Dari sistem inilah wujudnya bank, pertukaran wang, surat janji, pengadilan janji-janji perdagangan, pelaburan, eksport, import, insurans dan lain-lain lagi. Sistem ini menguasai seluruh dunia sehingga kita tidak dapat tidak mesti menggunakannya…
(Petikan ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam kursus agama anjuran Biro Agama UMNO 1981)

Menurut Salmi dan Mumin (2009), Krisis Kewangan 1997 telah menyedarkan dan
meningkatkan kefahaman Tun Dr. Mahathir terhadap penggunaan mata wang Islam berteraskan dinar emas dan dirham perak. Pada tahun yang sama iaitu 1997, dalam ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena Seminar Tahunan Bank Dunia di Hong Kong, beliau membidas aktiviti perdagangan mata wang yang berasaskan penggunaan wang kertas. Bagi Tun Dr. Mahathir Mohamad perdagangan mata wang merupakan satu amalan yang tidak perlu, tidak produktif dan bertentangan dengan moral. Ia harus dihentikan dan diharamkan di sisi undang-undang. Perdagangan mata wang ini merupakan punca utama kepada kejatuhan nilai Ringgit di Malaysia khususnya dan di negara-negara rantau Asia amnya.
Penggunaan wang kertas juga memudahkan dan menggalakkan spekulasi dan manipulasi mata wang. Hal ini kerana wang kertas itu sendiri tidak memiliki nilai intriksik seperti dinar emas yang nilainya tidak akan susut sebagaimana wang kertas. Dalam ucapan perutusan Hari Raya Aidilfitri 1999, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan

…wang ini tidak boleh dijual sebagai bahan mentah kerana ia bukan bahan mentah yang mempunyai kegunaan tertentu tetapi mereka menukar nilai mata wang dengan menukar jumlah dolar Amerika yang boleh ditukar dengan mata wang tertentu. Dengan cara ini mereka mengambil alih kuasa kerajaan…
(Petikan ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena Hari Raya Aidilfitiri 1999)

Oleh itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpandangan bahawa penggunaan mata wang kertas mengakibatkan tiga kesan. Pertama, ia memerangkap seluruh negara-negara Islam terhadap agenda Barat yang cuba menguasai negara-negara Islam dengan menggunakan alat sistem kewangan yang berat sebelah. Kedua, penggunaan wang kertas menyebabkan aktiviti jual beli mata wang yang mengakibatkan ketidakadilan dalam sistem kewangan dunia. Ketiga, wang kertas tidak memiliki nilai intrinsik yang tersendiri lalu menyebabkan nilainya susut dengan kadar yang begitu besar berbanding dinar emas.

4.1 DINAR EMAS SEBAGAI MATA WANG

Tun Dr. Mahathir menyarankan penggunaan wang dinar emas sebagai jalan penyelesaian dan tindakan daripada pengajaran Krisis Kewangan 1997. Satu sistem kewangan yang baik sangat diperlukan untuk diguna pakai supaya tidak berlaku perdagangan mata wang yang merosakkan kestabilan ekonomi dan penindasan terhadap negara-negara yang rendah nilai mata wangnya. Selaras dengan sifat Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang lantang dan berpengaruh dalam kalangan negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC), beliau telah menyarankan penggunaan dinar emas sebagai wang untuk menggantikan wang kertas yang jelas telah menyebabkan pelbagai masalah ekonomi di peringkat mikro dan makro.

Dalam ucaptama beliau ketika Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba pada 1 November 2010 di Kuala Lumpur ada menyatakan,

…Kerajaan seharusnya menimbangkan penggunaan dinar emas bagi menghentikan perang mata wang…

Selain itu, dalam International Conference on The Gold Dinar Economy pada 24 dan 25 Julai 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) beliau telah menyediakan asas kukuh untuk mengembalikan usaha dan tekad bagi membincangkan dan mengusahakan pelaksanaan dinar emas. Maka, jelas bahawa beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mengembalikan sistem kewangan dalam Islam sebagai wadah perjuangan untuk menegakkan Islam dalam aspek ekonomi seterusnya mencari penyelesaian tuntas kepada krisis kewangan yang telah berlaku sebagaimana pada tahun 1997.
4.2 Faedah Penggunaan Dinar Emas sebagai Mata Wang

Menurut Salmy dan Mumin (2009), dinar emas merupakan mata wang logam yang diperbuat daripada bahan asal iaitu emas dan dibuat dalam bentuk kepingan syiling. Nama lain bagi dinar emas ialah mata wang syariah umat Islam kerana ia ditempa mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Saidina Umar Al-Khatab. Ciri-ciri dinar emas ialah ia diperbuat daripada emas tulen 22 karat atau emas jenis 917 dengan berat 4.25 gram bagi setiap keping. Penggunaan dinar emas dalam sejarah telah direkodkan sejak Zaman Jahiliah lagi. Ia diteruskan penggunaannya pada zaman junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sehinggalah ke Zaman Kegemilangan Islam. Akhirnya, ia tidak digunakan setelah kejatuhan kerajaan Islam iaitu Empayar Uthmaniah. Terdapat empat faedah utama penggunaan dinar emas iaitu peranan sebagai penangkis spekulasi mata wang, mata wang sejagat untuk umat Islam, nilai susut dan naik bagi dinar emas yang kecil dan terkahir ialah ia mampu mengeluarkan umat Islam daripada cengkaman ekonomi Barat seterusnya menguatkan kuasa ekonomi dan politik negara-negara Islam.

4.2.1 Penangkis Spekulasi dan Manipulasi Mata Wang

Sistem kewangan masa kini yang berteraskan wang kertas gagal untuk menangani spekulasi dan manipulasi dalam kewangan dunia. Jika penggunaan dinar emas dapat dilaksanakan di seluruh dunia maka nilai mata wang di setiap negara di dunia adalah sama. Sebagai contoh, nilai dinar emas di Malaysia adalah sama dengan nilai dinar emas di Turki. Ia akan mengelakkan kewujudan nilai mata wang yang berbeza antara kedua-dua negara. Nilai mata wang Malaysia tidak akan menjadi rendah apabila dibawa ke negara Turki seperti kebiasaan dalam sistem ekonomi sekarang. Hal ini akan menggalakkan persaingan yang sihat antara negara-negara di dunia tidak kira sama ada dunia Islam atau dunia Barat. Nilai mata wang yang sama ini akan dapat mengelakkan spekulasi dan manipulasi oleh negara-negara yang memiliki nilai mata wang yang lebih besar sebagaimana mata wang sekarang yang disandarkan nilainya kepada dolar Amerika Syarikat seterusnya mengecilkan nilai mata wang seperti Malaysia yang pernah didagangkan pada nilai RM 5.00 kepada USD$1 ketika Krisis Kewangan 1997.

4.2.2 Mata Wang Sejagat bagi Negara-negara Umat Islam

Umat Islam mempunyai kesepakatan yang utuh apabila ia melibatkan soal-soal syariat umat Islam sebagaimana contoh-contoh lazim iaitu solat, zakat dan ibadah Haji. Dinar emas juga merupakan syariat dalam agama Islam. Ia berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan Al-Hadis. Dalam kitab Al-Quran disebut dalam Surah Ali Imran 3:75 bahawa adanya penggunaan dinar emas sebagai alat simpanan nilai. Dalam Surah Yusuf 12:20 pula ada disebut penggunaan dirham perak dalam urusan jual beli. Maka, perintah dalam Al-Quran dan kajian ilmu Hadis sememangnya menunjukkan bahawa penggunaan dinar emas sebagai mata wang adalah merupakan syariat yang dituntut untuk umat Islam melaksanakannya. Berdasarkan sejarah dunia Islam pula, dinar emas telah digunakan sejak Zaman Jahiliah. Ia telah diteruskan penggunaannya dalam Zaman Rasulullah S.A.W. sehingga ke Zaman Kegemilangan Islam. Akhirnya, penggunaan dinar emas telah terhenti setelah kejatuhan Empayar Uthmaniah. Selain itu, emas juga merupakan komoditi yang dituntut pembayarannya dalam ibadah zakat. Berdasarkan perintah Al-Quran, ilmu Hadis, bukti-bukti penggunaan dalam sejarah Islam dan emas sebagai unsur penting ibadah zakat maka ia diyakini dapat menyatukan seluruh umat Islam dalam hal ekonomi atau lebih tepat dalam konteks sistem kewangan Islam.

4.2.3 Perubahan Nilai Dinar Emas

Nilai dinar emas juga juga boleh susut dan naik mengikut permintaan dalam pasaran. Hal ini kerana emas merupakan bahan yang merupakan komoditi dalam pasaran seperti gandum dan beras. Walaubagaimanapun, susut dan naik bagi nilai dinar emas tidak dalam skala yang besar sebagaimana wang kertas. Nilai yang tinggi bagi perubahan nilai wang kertas dapat dilihat dalam Krisis Kewangan 1997 dengan menilai jumlah dagangan mata wang Malaysia sebelum krisis iaitu RM 2.50 kepada USD$1 telah jatuh sehingga RM 5.00 kepada USD$1 semasa krisis. Bukti ini memperlihatkan bahawa nilai wang kertas boleh susut dengan mendadak dan menaik dalam nilai yang sangat berbeza jumlahnya. Situasi ini dapat dielakkan dengan terlaksananya penggunaan dinar emas. Ia boleh mengelakkan kerugian besar kepada negara yang mengalami kemerosotan ekonomi manakala yang mendapat keuntungan tidak akan mendapat keuntungan yang terlalu besar sehingga melebarkan lagi jurang antara si kaya dengan si miskin. Dalam penilaian terhadap masalah utama sistem kapitalisme, masalah bagi si kaya bertambah kaya dan si miskin bertambah miskin akan dapat dielakkan.

4.2.4 Keuntungan Ekonomi dan Kuasa Politik Umat Islam


Penggunaan dinar emas akan dapat direalisasikan jika semua negara Islam dalam Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) bertekad untuk melaksanakannya. Penggunaan dinar emas secara menyeluruh akan dapat menguatkan ekonomi umat Islam daripada segi pengeluaran dan permintaan dalam pasaran yang sihat dan adil. Apabila perdagangan antarabangsa dapat dikuasai negara-negara Islam maka secara tidak langsung ia akan memperkuatkan kuasa politik umat Islam. Dengan itu, negara-negara Islam yang kebanyakannya tersenarai dalam kumpulan pinggir dan separa pinggir dalam teori kebergantungan akan dapat menukar taraf kepada negara pusat. Kuasa ekonomi dan politik yang kuat ini akan dapat membantu negara-negara Islam menentukan sendiri hal ehwal ummah yang selama ini bergantung kepada peranan Barat seperti dalam isu Palestin yang memerlukan bantuan organisasi supranasional iaitu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Penggunaan dinar emas dalam sistem kewangan ini akhirnya akan dapat menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu negara-negara Islam yang terperangkap dalam agenda ekonomi Barat.

5.1 RUMUSAN
Esei ini telah membincangkan falsafah Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam penyelesaian Krisis Ekonomi 1997 yang jelas menunjukkan keperluan campur tangan kerajaan sebagaimana teori Keynesian. Penyelesaian ekonomi yang menitikberatkan peranan kerajaan ini dilihat mempunyai kaitan dengan kerjaya beliau sebelum menceburi dunia politik iaitu doktor perubatan. Keadaan krisis ekonomi diibaratkan seperti seorang pesakit yang sedang mengalami penyakit kronik maka ia memerlukan khidmat seorang doktor iaitu perumpaan kepada kerajaan untuk mencari penawar kepada penyakit tersebut. Dalam bahagian seterusnya, esei ini telah mengemukakan pandangan beliau bahawa penggunaan wang kertas telah menakibatkan spekulasi dan manipulasi yang begitu teruk mengesankan ekonomi Malaysia. Terdapat tiga keburukan utama yang dikemukakan oleh beliau iaitu sistem kewangan masa kini yang bukan sistem kewangan menurut ajaran Islam, aktiviti perdagangan mata wang yang mengakibatkan ketidakadilan dalam sistem kewangan dan wang kertas yang tidak memiliki nilai intrinsiknya yang tersendiri sebagaimana dinar emas. Bahagian seterusnya memperkenalkan latar belakang dinar emas sebagai mata wang dalam amalan Islam. Dalam bahagian terakhir esei ini dihuraikan empat faedah penggunaan mata wang dinar emas terhadap umat Islam iaitu sebagai penangkis spekulasi mata wang, mata wang sejagat umat Islam, perubahan susut dan naik nilai emas yang berskala kecil dan sebagai wadah umat Islam membebaskan diri daripada sistem kewangan masa kini yang memerangkap umat Islam dalam agenda ekonomi dan politik dunia Barat. Kesimpulannya, falsafah kewangan Tun Dr. Mahathir Mohamad menekankan peranan kerajaan dalam menangani krisis kewangan sesuai dengan sifatnya sebagai doktor perubatan dan cadangan penggunaan dinar emas sebagai ganti wang kertas oleh beliau perlu dilaksanakan penggunaannya untuk kemaslahatan ummah dalam hal yang melibatkan ekonomi dan politik.


RUJUKAN

Imran N. Hosein. 2008. Dinar Emas dan Dirham Perak Islam dan Masa Depan Wang. Kuala Lumpur: Darul Fikir Sdn. Bhd.
Mahathir Mohamad. 2000. The Malaysia Currency Crisis How and Why It Happened. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.
Milne, R.S., & Mauzy, D.K. 1999. Malaysians Politics Under Mahathir. London: Routledge Publications.
Salmi Edawati Yaacob & Abdul Mumin Abdul Ghani. 2009. Dinar Emas Realiti Semasa Penggunaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributor Sdn. Bhd.
2009. Inisiatif Malaysia Dalam Penggunaan Dinar. http://saudagardinar.com/artikel_jual_beli_emas/59.html [25 Januari 2011].

Wednesday 21 December 2011

Perbezaan IMF dengan World Bank




Aku nak tergelak dengan lembu2 PR seperti Rafizi tak sedar yang dokumen yang mereka jaja tu adalah BUKTI UTAMA membongkar penipuan mereka sendiri. Dokumen itu CUKUP JELAS menunjukkan perjanjian antara kerajaan Malaysia dan INTERNATIONAL BANK FOR RECONSTRUCTION AND DEVELOPMENT (IBRD) bukannya IMF. Dan CUKUP JELAS mengatakan Project Appraisal di mana ia berdasarkan project financing.

Dan mereka pun tak tau World Bank ni bukannya Bank pun tapi gabungan 5 organisasi iaitu (IBRD), (IDA),(IFC), (MIGA) dan(ICSID) yang dimiliki oleh 187 negara termasuk Malaysia!!. MANA DIA IMF??!!! Takde pun.

Cukup Jelas dari Website World Bank sendiri mengatakan iaitu World Bank bukan Bank tetapi gabungan 5 organisasi (IBRD), (IDA),(IFC), (MIGA) dan (ICSID).DAN YANG PENTING SEKALI TIADA IMF!! LIHAT DI SINI

Dokumen rasmi ini dari IMF sendiri, cukup jelas membezakan IMF dan World Bank dari segi Tujuan, Saiz dan Struktur, Organisasi dan Entiti, Sumber Pembiayaan, Penerimaan Pembiayaan dan Operasi. LIHAT DI SINI

Dan apa Tun Mahathir kata betuila, dia tak pinjam World Bank dan IMF pun, SEBAB WORLD BANK bukannya BANK pun!!  Tetapi gabungan (IBRD), (IDA),(IFC), (MIGA) dan (ICSID). Dan Kerajaan Malaysia pinjam dengan IBRD sebagai project financing hahaha!!. Nah baca ni, apa sebenarnya World Bank iaitu bukan organisasi banking pun. LIHAT DI SINI





Perbezaan IMF dan World Bank
 
1. World Bank is not even a Bank. Ni dia dari wall World Bank sendiri ;

“We are not a bank in the common sense; we are made up of two unique development institutions owned by 187 member countries: the International Bank for Reconstruction and Development (IBRD) and the International Development Association (IDA).

2. World Bank adalah gabungan 2 organisasi iaitu IBRD dan IDA yang dimiliki oleh 187 negara. Daripada 2 organisasi ni pulak di bantu oleh 3 organisasi lain iaitu (IFC), (MIGA) dan(ICSID).

3. Malaysia dok pakai financing IBRD ni semenjak zaman Tunku Abdul Rahman lagi, semenjak kita jadi ahli.

4. So kesimpulannya World Bank ni ada 5 Group bawah mereka yang dimiliki oleh 187 negara.  IMF dalam group World Bank lain. Modus operandi Lain,
Ownership pun lain, Mode of Funding pun lain. Cukup berbeza dengan World Bank yang Tun Mahathir buat deal.

5. Walaupun IMF dan World Bank IBRD duduk dalam satu nama, tetapi mereka cukup berbeza. Walaupun IMF dipunyai oleh 187 negara juga, tetapi pembahagian kuota cukup berbeza dimana ia melebihi negara barat dalam voting power ia sebab ia menggunakan currency SDR. Tidak seperti World Bank IBRD. 

6. IMF lebih kepada untuk selesaikan masalah ekonomi sesuatu negara dan antara syarat pentingnya negara tersebut perlu mengorbankan sempadan atau kawalan ekonomi sesuatu negara. Secara pendek, IMF akan run negara tersebut secara ekonomi untuk masa tertentu.

7. World Bank IBRD pula hanya lebih kepada project financing untuk promote economic development. Bukannya rescue package. Dan ia tidak perlu mengorbankan sempadan atau kawalan ekonomi sesuatu negara.

8. Dan sistem currency untuk pembayaran atau voting power ia cukup berbeza, IMF memakai currency SDR iaitu sistem perkiraan berdasarkan market exchange rate, dimana ia boleh dispekulasikan. Ini penerangan detail SDR. Risiko besar dia jika matawang kita masih diserang maka hutang kita bertambah berdasarkan exchange rate. Inilah salah satu sebabnya Mahathir tolak IMF.

9. World Bank IBRD lak tak pakai SDR ia pakai USD, so kita boleh buat tambatan USD, tanpa masalah dari World Bank IBRD.

10. Ini adalah dokumen rasmi dari IMF yang memberitahu betapa berbezanya IMF dan World Bank.Dan ini turut membuktikan Rafizi telah menipu lebih 27 juta rakyat Malaysia. Ia menunjukkan perbezaan dari segi Tujuan, Saiz dan Struktur, Sumber Pembiayaan, Penerimaan Pembiayaan dan Operasi.

11. Akhir kata dengan Group World Bank mana Tun Mahathir deal pada 1998? Adakah IBRD atau IMF? Dokumen yang kononnya Rafizi kata bahan bukti ada jawapannya iaitu IBRD bukannya IMF hehehe. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this