Friday, 16 November 2012

Muzium Perang P.Pinang – Keseraman Terasa (Bhgn 1)



Minggu ni, aku cuti panjang.

Lepas balik dari Muzium Negara, aku saje je la usha2 kat internet, muzium mana yang best untuk dilawati. Sebabnya, Muzium Negara yang aku pergi baru2 ni amatlah mendukacitakan aku sebagai seorang peminat sejarah dan bahan2 sejarah. Pasal Muzium Negara tu, nanti aku kutuk dalam entri lain ok.

 Jemput masuk

 

Terlampau banyak dalam internet yang menceritakan tentang "keseraman" dan experience yang best di Muzium Perang Pulau Pinang. Aku pun baru first time dengaq pasal muzium ni. Tapi tak silap aku, Majalah 3 ada buat review pasal muzium ni, tapi aku tak ambik port masa tu.


Teruja bila baca pasal muzium yang "cool" ni, so esok paginya, aku dengan member aku terus decide pi Penang hari tu jugak, semata2 nak tengok muzium yang "cool" ni lah. Muzium ni terletak di Batu Maung, dan dengan menggunakan khidmat GPS, tak susah nak cari. Cuma agak heran apabila muzium yang best ni, kurang dikenali oleh rakyat Malaysia. Tak macam muzium RM2 kan.

Oleh kerana aku dah terbaca tentang cerita2 "mistik" dan seram tentang muzium ni, so aku agak teruja dan kadang2 bercampur rasa seram. Soalan pertama yang aku tanya pada akak kat kaunter tiket tu ialah, "Ramai ke orang hari ni kak?". Dia jawab ramai, maklumlah cuti sekolah. Aku bukan apa, kalau ramai2 syok sikit, kurang rasa seram. Ha ha ha (ketawa untuk menyedapkan hati sendiri).



Sebelum masuk, brader yang jaga kat kaunter tiket tu pun bagi explanation sikit2 tentang muzium ni. Dia habaq, jalan ikut anak panah yang telah disediakan. Kalau jalan di luar anak panah, segala perkara yang tidak diingini sila tanggung sendiri. Arahan yang ringkas tapi menyeramkan. Lepas beli tiket, kitorang start la our journey to the spooky museum.

 
 Basikal yang digunakan  oleh tentera Jepun untuk masuk ke Tanah Melayu melalui Siam

Ada some bahan peninggalan yang berusia 60 tahun dibiarkan di luar tanpa dijaga rapi, mungkin untuk display in "real way". Tak macam kat Muzium Negara (Muzium RM2) yang semua artifak display dalam almari kaca kan. Tapi bahan peninggalan tu tak boleh disentuh la, sebab still in R&D progress.

 

Tempat pertama yang kami masuk ialah tunnel ni.

 Gambaq ni aku cilok dari blog lain.


 Dalam tunnel ni, ada sebuah terowong yang kecik lagi sempit, di mana digunakan oleh tentera British untuk melarikan diri. Ni baru terowong yang pertama. Kat dalam bilik bahagian simpan senjata pulak, ada lagi 2 terowong.

 Ko berani? Aku surrender bai!

Member aku ajak aku “menjelajahi” terowong yang kalau nak masuk, kena tunduk dan guna lampu picit, which is aku memang takkan masuk la kan. Sebab sebelum aku pi muzium ni, aku dah baca dalam blog2, ada pengunjung yang kena “kacau” masa masuk terowong ni. Sebab tu aku tak masuk. Brader Indon yang keje kat situ puas yakinkan aku, “Jangan takut, takda hantu”. Memang tak la aku nak percaya cakap dia kan. Aku siap macam nak gaduh lagi dengan brader tu, “Saya tak nak. Saya tak nak masuk”. Last2 member aku yang kononnya macam berani tu, tak jadi nak masuk gak.

Kebanyakan meriam2 dan senjata2 yang disimpan di sini telah dibawa pulang oleh British. Masa kat tempat ni, aku tak rasa apa pun, Cuma rasa tak selesa je. Hehehe ..




 Kasut tinggalan askar British dan Jepun (yang hitam tu Jepun punya)

Sedikit sejarah tentang muzium ini ;


"Ia pernah digunakan sebagai pusat operasi tentera British pada sekitar 1930-an dan 1940-an. Kedudukannya yang strategik membolehkan tentera British mengawasi tiga perempat keluasan Pulau Pinang daripada serangan musuh.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kubu itu dibina pada 1930 dan kini merupakan muzium perang terbesar di Asia Tenggara. Terletak di ketinggian 75 meter dari aras laut, kubu usang yang dikelilingi rimbunan pokok itu masih berkeadaan baik walaupun banyak kesan peluru dan bom dapat dilihat pada setiap dindingnya.

Ia dibiarkan dalam keadaan asal bagi membolehkan pengunjung merasai sendiri keadaan di situ kira-kira 60 tahun lalu. Berdasarkan fakta sejarah, pada 1930 kerajaan British memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk membina kubu berkenaan. Unit British Royal Engineers telah diberi tanggungjawab untuk menggali bukit tersebut bagi membina terowong bawah tanah, kubu, pusat perisikan, pusat logistik, dewan, pejabat, saluran angin, meriam, tempat tidur, tempat memasak, penjara dan kelengkapan perubatan di atas tanah seluas 20 ekar (lapan hektar) itu.

Pada 1942, kubu pertahanan British itu jatuh ke tangan tentera Jepun selepas satu pertempuran sengit membabitkan lebih 1,500 anggota tentera British termasuk askar Punjab, Gurkha dan Melayu di mana ramai yang terkorban atau ditawan. Tentera Jepun kemudian menjadikan kubu berkenaan sebagai pusat tahanan dan penyeksaan selama lebih dua tahun sebelum menyerah kalah kepada tentera Berikat pada 1945 sekali gus menamatkan Perang Dunia Kedua.

Bermula dari itu, kubu itu ditinggal dan dibiarkan begitu saja, bagaimanapun selepas lebih 60 tahun diabaikan, ia kemudiannya dijadikan Muzium Perang bagi memperingati sejarah negara."





Tunnel ni, silingnya dibina dari pada bahan "steel" untuk menghalang kesan radar kapal terbang. Even line handset pun tak boleh dikesan kat dalam ni. Aku kagum dengan pembinaan dan “engineering” kubu ni. Kiranya, tempat ni agak “selamat” la dari dikesan oleh pihak musuh.

 Contoh senapang berserta bandit di hujungnya. Tentera Jepun guna bandit biasanya untuk rodok perut orang


Aku tak taulah siapa beliau ni sebab aku tak tanya brader Indon tu, tapi gambar beliau ada di dalam bilik simpanan senjata ni. Mungkin beliau antara orang yang penting dalam sejarah perang ni.

 Ni tunnel yang digunakan untuk mengangkut senjata atau bahan peluru ke atas tanah.

 Gambaq ni diambil dari website ini. 
Terowong ni kalau nak masuk, kena merangkak dan panjat tangga tu. Terowong ni akan tembus ke atas. Oleh sebab aku dah terbaca dalam blog yang mengatakan terowong ni antara terowong yang selalu "dikacau" oleh tentera Jepun, so harapan nak suruh aku masuk dalam terowong ni memang takdak maknanya lah kan. Kalau yang giler bapak berani tu, harussslah try!


Okay, nantikan sambungan jelajah Muzium Perang Pulau Pinang di bahagian kedua. Ada cerita lagi best!

2 comments:

  1. Saya MENJADI ANDA SEMUA PADA HALAMAN INI
    INI IALAH CERITA SAYA

    Saya MURNI SANTI, Aa wanita, ibu, saudara perempuan dan rakan dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang PENGELUARAN ESTATE REAL dan saya telah mengalami banyak tekanan kewangan baru-baru ini, tiada siapa yang mahu meminjam wang untuk melengkapkan projek komersial kami telah dalam pembinaan beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa syarikat pinjaman palsu yang mendakwa sejumlah besar wang dari saya tanpa kami tidak menerima pinjaman.

    Saya kecewa, suami saya berusaha sebaik-baiknya dan membantu, saya akan membunuh diri kerana kesakitan, terlalu banyak untuk menanggung dan saya kehilangan semua harapan, sehingga saya diperkenalkan kepada SEMUA GANTI PELANGGAN GLOBAL syarikat pinjaman yang ditaja oleh bank dunia itu sendiri.

    Saya memutuskan untuk memohon pinjaman dan menghubungi syarikat itu, pegawai pinjaman mereka yang sebenarnya memberi saya harapan dan memberitahu saya tidak bimbang bahawa syarikat itu akan meminjamkan saya wang, walaupun jumlah yang saya perlukan adalah besar, dan saya dapat memberi mereka keperluan yang ada beberapa maklumat peribadi, yang saya lakukan.

    Saya pergi melalui semua proses, mereka berjanji untuk meminjamkan wang yang saya minta selepas telah mengesahkan saya layak untuk pinjaman, saya diminta menunggu, untuk mengejutkan saya yang paling besar pinjaman yang dimasukkan ke dalam akaun saya dan saya mengesahkannya .. syarikat kembali dari segi kewangan dan keluarga saya melakukannya dengan baik, ini menjadikan kehidupan saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada SEMUA JUTA PELAYAN GLOBAL
    GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

    UNTUK MENGHUBUNGI AKU
    Murni Santi
    murnisanti55@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Nama saya Asmaul Khusnuliyah, saya ingin membagikan kesaksian hidup saya yang sebenarnya di sini di platform ini agar semua pencari pinjaman berhati-hati dengan pemberi pinjaman di internet

    Setelah beberapa lama mencoba mendapatkan pinjaman dari lembaga keuangan, dan terus ditolak, saya memutuskan untuk mengajukan pinjaman online tetapi saya ditipu dan kehilangan Rp. 12,3 juta untuk seorang pria di Afrika. Saya menjadi sangat putus asa dalam mendapatkan pinjaman, maka saya berdiskusi dengan teman saya Bu Mitu Maria yang kemudian memperkenalkan saya dengan Ibu Helen Wilson, Manajer Kantor Keuangan WEMA, sehingga teman saya meminta saya untuk memproses pinjaman saya dengan Ibu Sarah. Maka saya menghubungi Bu Sarah melalui email: helenwilson719@gmail.com dan juga di WhatsApp: +1-585-326-2165

    Saya mengajukan pinjaman sebesar Rp640 juta dengan tingkat bunga 2%, sehingga pinjaman tersebut disetujui dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dilakukan dengan transfer kredit, karena tidak memerlukan jaminan dan penjamin untuk pengalihan pinjaman tersebut, Saya diberitahu untuk mendapatkan sertifikat perjanjian lisensi untuk mentransfer kredit saya dan dalam waktu kurang dari 4 jam, uang pinjaman saya dimasukkan ke rekening bank saya.

    Saya kira itu bercanda sampai saya menerima telepon dari bank saya bahwa rekening saya sudah dikreditkan Rp640 juta. Saya sangat senang akhirnya ALLAH menjawab doa-doa saya dan Dia telah memberikan saya keinginan hati saya.

    Semoga ALLAH memberkati Bu Helen yang telah memberi saya kehidupan yang adil, maka saya berpesan kepada siapapun yang berminat mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Bu HELEN WILSON via email: (helenwilson719@gmail.com) dan WhatsApp: +1-585-326-2165 untuk pinjaman Anda

    Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Anda semua karena telah meluangkan waktu untuk membaca kesaksian sejati hidup saya tentang kesuksesan saya dan saya berdoa kepada ALLAH untuk melakukan kehendak-Nya dalam hidup Anda. Anda dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut melalui email saya: (asmaulkhusnuliyah1@gmail.com)
    Salam pembuka

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this