Showing posts with label Kapal. Show all posts
Showing posts with label Kapal. Show all posts

Monday, 29 October 2012

Tony Pua Barua Haram : Persoal Isu Kapal


Isu : Pembelian kapal yang didakwa 870 peratus lebih mahal oleh setiausaha publisiti DAP laknatullah, Tony Pua.





Tony Pua gagal membezakan jenis kapal yang ingin dibina (bukan dibeli) oleh TLDM. Menurut Tony Pua, dia merujuk kepada pembelian 6 biji kapal peronda pesisir pantai atau dalam Bahasa Inggerisnya ‘Offshore Patrol Vessels (OPV)’, sedangkan TLDM ingin membina di Malaysia ialah 6 biji kapal LCS. Tengok gambaq OPV tu. TONY PUA KENCING RAKYAT MALAYSIA!




“The Royal Malaysian Navy intends to purchase much smaller ships that they call littoral combat ships”. Laa, kapal ni la depa dok kecoh. TONY Pua habaq bot peronda yang tu bahasa pasaq la, bahasa Inggeris dia LCS. Harga market kapal ni ialah USD437 juta,wow! Kalau Najib cakap dalam RM1billion sebuah, maknanya Najib dapat diskaun laa.

Tony Pua ingat semua orang bodoh macam dia ke? Lu boleh tipu ramai orang, bukan semua orang, apek.

Ni sampel LCS yang Malaysia kecoh nak beli ni, seketul USD437 juta tu geng. Kapal jenis ni memang pisang panas ni, Eropah mau, Israel mau, China mau, Arab Saudi pun mau. US pun duk re-invent Navy dan replace banyak jenis versi/kapal dengan hanya satu versi, iaitu LCS.




The concept behind the littoral combat ship, as described by former Secretary of the Navy Gordon R. England, is to "create a small, fast, maneuverable and relatively inexpensive member of the DD(X) family of ships." The ship is easy to reconfigure for different roles, including anti-submarine warfare, mine countermeasures, anti-surface warfare, intelligence, surveillance and reconnaissance, homeland defense, maritime intercept, special operations, and logistics. Due to its modular design, the LCS will be able to replace slower, more specialized ships such as minesweepers and larger assault ships.

So kita save kos la nanti masa depan, sebab kelas LCS ni macam2 boleh buat. 

Ni video pasai LCS yang kecoh2 tu. Kapal macam ni memang adalah masa hadapan Navy di dunia, bukan setakat Battle Flexibility. Tapi long term cost saving, hangpa semua dengaq part yang last sekali pasai cost saving, yang tu kita minat nak dengaq. Tang pertahanan tu, part kita punya MOD pikiaq la :D



“The LCS is likely to live out its 20 year lifecycle, because without built-in combat technologies, the ship wont become obsolete quickly”

Hangpa pernah tengok tak gambaq James Bond – “Tomorrow Never Dies”? Ingat kapai stealth tu tak? Nilah dia versi reality dia. Ni sampel gambaq versi LCS. Nampak macam stealth sikit, steady ek, bukan OPV yang Tony Pua kencing tu.




 LCS ini diperkenalkan di US pada 2001, tujuan utama NAK JIMATKAN LIFE CYCLE KOS Navy US dan pada masa yang sama nak maintain/majukan performance yang sedia ada. Sebab ekonomi tak menentu, dengan maintenance banyak jenis kapal, fuel consumption, macam2. Memang initial cost dia tinggi, sebab teknologi baru beb, tapi dari upkeep cost, dari segi overall Navy, cost boleh jimat sebab LCS ni boleh ganti banyak jenis kapal. LCS ni multi role dan fuel consumption dia tak tinggi berbanding dengan destroyer lain2. Macam beli Toyota PRIUS la, memangla mahal, seketul tak salah aku USD 28k (takde duti import ok). Tapi dari segi consumption, maintenance dan life cycle boleh save :D

LCS ni masih dalam proses adjustment sampai konsep dia sempurna, dan dalam 10 tahun (2001 – 2010) punya progress dan adjustment, dia bagus untuk jimatkan life cycle cost. LCS ni adalah “future”

“The ship may also be used anti-piracy and humanitarian missions, Lemmo said. The LCS is likely to live out its 20 year lifecycle. Lemmo believes, because without built-in combat technologies, the ship wont become obsolete quickly”


Memang ada kapal lagi murah, macam kelas corvette, mine sweeper, anti sub warship dll kelas. Tapi versi LCS ni konsep dia nak ambil alih tugas2 yang dibuat oleh 2 atau 3 jenis kapal versi/kelas lain sekali gus, so maknanya kita akan jadi lebih kos efektif la sikit. Tak payah beli banyak jenis kapal untuk buat satu jenis kerja.

Aku pun awal2 heran apsai bot peronda mahai sangat, rupanya kapai jenis LCS (Littoral Combat Ship), yelah bahasa pasar org panggil bot peronda zaman moden, pandai Tony Phua kencing. LCS ni seketui memang dalam USD 437 juta ke USD 440 juta.

Point aku sekarang, bukan sebab nak promo LCS (Littotal Combat Ship), tapi kenapa Tony Pua MENIPU rakyat Malaysia?? Dia kata Malaysia nak beli OPV (Offshore Patrol Vessels), padahal Malaysia dah bagitau LCS. Kuat sangat menipu tu, kuranglaa sikit.


Monday, 22 October 2012

Laluan Perdagangan Kapal2 Dagang yang Singgah di Malaysia

Isu :  Carta trip kapal yang menunjukkan berlakunya aktiviti perdagangan antara Malaysia dan Israel



Imej ini menunjukkan 1 trip pusingan mengikut Laluan Dagangan Asia (Asia Trade Lane). Ia bermula dari Port Rotterdam dan berakhir di Port Yokohama. Kapal besar lebih 4000 TEU akan mampu buat full trip. Kalau lagi kecil akan buat half trip je, tengok orderlah. Daripada gambar2 ni semua, kapal2 di dunia yang bermula dari dan melalui Suez akan berlabuh / pit stop  di Port Israel, samada di Ashdod atau Haifa, atau Mesir. Selepas dari Suez, mereka akan terus ke Selat Melaka dan berlabuh/ pit stop di Port Klang atau Port Johor sebab dua tempat ni favorite. Maklumlah, Port Singapore selalu pack. Dan kemudian depa akan ke Jepun atau China. Dan laluan akan berpatah balik dari Yokohama ke Rotterdam. Ini basic laluan kapal perdagangan. So kalau nak stop kapal dagang sebab depa ada saham Yahudi atau sebab dia stop kat Haifa (Israel), baik kita tutup je pelabuhan kita. Sebab Port Haifa adalah sebahagian daripada Asia Trade Lane.


Kalau kita beli barang secara pukal dari Eropah, kapal yang diupah oleh pedagang Eropah untuk hantar barang kita tu akan stop kat Haifa/Ashdod, iaitu sebahagian stop diorang, samada untuk bunkering atau turunkan barangan Eropah kepada Israel. Kena ingat, kapal2 ni takkan bawak barang kita je, barang orang lain pun mereka bawak sama. Selesai di Suez, mereka shoot ke Port Klang untuk hantar barang kita yang dikirim dari Eropah. Macam tulah sequencenya.







Carta ni tunjuk satu trip je, bukan full round trip pun. Kapal tu laluan dia ada kat Shanghai, Antwerp, Moscow dll. Tak semestinya kat Haifa/Ashdod kapal tu kosong. Selalunya trip ke asia, diorang bawak barang dari Eropah/Amerika,
Lalu kat Suez, lepas tu bunker Ashdod, lepas tu gerak ke Selat Melaka, isi minyak lagi. Lepas tu ke Australia dan lepas tu ke China la. Dan akhirnya pi Amerika balik, pusing balik. Selalunya itulah full round trip diorang, port tu port, bunkering dll.

Hampir semua barangan yang datang direct dari US, Eropah yang ada kat Malaysia ni, kapal2 pengangkut lalu melalui Suez dan stop di Haifa/Ashdod Israel. Itu pasal aku habaq, di pelabuhan Malaysia, kapal2 yang tak stop di Israel yang nak ke US/Eropah, kapal Malaysia je macam Petronas, Felda, dan MISC.
Carta ni satu trip je. Kalau nak cari data full round trip, boleh cari kat marine traffic, data tu yang akan mengantoikan PKR. Hahaha …



Kalau business kapal buat 1 trip je, bankrap la. Sewa kapal dah berapa, RM10? Gaji Kapten Kapal RM5? Kena buat full trip, paling haram half trip. Baru balik modal. Link ini menunjukkan satu kitaran full trip  Laluan Dagangan Asia, di mana pelabuhan Israel adalah sebahagian daripada perhentian utama kapal2 dagang di dunia antara Eropah ke Asia.

 Puak2 PR memang cuba kelentong orang2 yang tak berapa tahu dengan tunjuk 1 trip je dari Port Klang ke Haifa. Aku simple je, kalau trip travel dalam masa 14 hari hantar barang Malaysia je ke Israel, tinggal seluar dalam laa owner kapal tu. Depa duk ingat kos kapal kontena ni harga RM10/sehari kot? Tak logikla, mesti 1 full round trip, kena banyak stop untuk transit barang.


Kapal yang berlabuh di Port Klang, yang tak stop kat Israel jika mahu ke Eropah hanyalah kapal milik Malaysia je. Kapal2 Malaysia akan stop di Saudi atau Yemen atau Mesir selalunya, dan terus ke Eropah melalui Suez.



 “Kapal Israel singgah, tiada urusan”
WARTAWAN SINAR HARIAN
22 Februari 2012





SHAH ALAM – Westports Malaysia menyangkal dakwaan ada kapal dari Israel berlabuh di Pelabuhan Klang dan menjalankan urus niaga dengan negara ini.
Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran berkata, Westports tidak pernah beri lampu hijau kepada kapal didaftarkan di Israel untuk berlabuh.
Menurutnya, ada kapal dari Israel singgah, tetapi tidak berlabuh kerana gagal mendapat kebenaran kerajaan.
“Memang ada, tetapi hanya untuk singgah. Mereka tidak dibenarkan menetap dan anak kapal pula dilarang menjejak kaki ke darat, jauh sekali kita melakukan urusan perniagaan dengan kapal itu.
“Seperti dakwaan pihak tertentu (Jingga 13) yang kami menerima kapal dari syarikat Zim Integrated Shipping Service Ltd, pada 16 Februari tahun lalu, iaitu datang secara langsung dari Ashdod Israel, memang ada, tetapi mereka singgah sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, Westports tidak mempunyai kuasa untuk ‘mengganggu’ kapal berkenaan, namun mereka mesti menurunkan bendera Israel jika berada di perairan negara.
“Westports tidak boleh sesuka hati menahan atau menghalau mereka daripada singgah di perairan negara. Begitu juga kapal Zim Integrated hanya singgah di pelabuhan dan anak kapal juga tidak turun ke darat,” katanya.
Ditanya sama ada Westport mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan kapal berkenaan walaupun singgah di negara ini, Manisegaran berkata, tidak ada peruntukan undang-undang membenarkan pihaknya menghalau kapal yang sekadar singgah sebelum meneruskan perjalanan ke negara lain.
“Kapal itu bukan terus dari Israel dan menuju terus ke Malaysia, sebaliknya singgah di beberapa pelabuhan sebelum ke destinasi seterusnya. Perkara ini berlaku di mana-mana negara di dunia kerana setiap pelabuhan menjalankan fungsi sebagai transit atau dikenali persinggahan.
“Kita tidak pernah langgar dasar kerajaan yang melarang sebarang bentuk perhubungan dengan Israel. Apa pun, andai kata ada barangan Israel dikesan cuba dibawa ke negara ini, kami tidak akan membenarkan kontena itu turun,” katanya.
Manisegaran turut menyangkal dakwaan sebuah portal mengenai pihaknya ada akses dengan Israel secara langsung.
Katanya, itu semua tidak benar kerana negara ini tidak pernah ada urusan diplomatik dengan Israel.

 http://www.sinarharian.com.my/nasional/kapal-israel-singgah-tiada-urusan-1.25794
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this