Friday, 16 November 2012

Muzium Perang P.Pinang - Keseraman Terasa (Bhgn. 2)



Okay, sambungan dari bahagian pertama ;

Muzium ni ada buat “night tour” untuk pengunjung2 yang berani tahap gaban. Waktu malam dibuka antara pukul 7 petang hingga 11 malam. Ada berani?? Aku tanya brader yang jaga kaunter tu, dia kata ada je visitor yang datang waktu malam, tapi pak Arablah. Kalau aku, jangan haraplah kan. Datang waktu siang pun dah semacam, inikan pulak waktu malam. Hiii … idoklah teman!

Bila dah keluar dari tunnel yang rasa seram2 sikit tu, kitorang jalan2 kat luar pulak. Naik satu bukit ni, ada meriam bapak besar letak kat situ.

 Gambar diambil dari blog ini


Jalan ke depan sikit, turun bukit sebelah kanan, akan nampak pemandangan seperti di bawah ni. Kawasan ni sesuai untuk serang hendap kapal2 yang masuk ke Pulau Pinang (pada masa tu). Kiranya tapak kubu ni memang perfectlah aku rasa.


 Bila naik atas bukit semula, akan jumpa benda2 seperti ni ;


 Ni bukan model tau, yang betul2 punya

Model rumah



 Oleh kerana kawasan ni kena naik bukit, turun bukit, naik tangga, turun tangga, so stamina yang mantap diperlukan sebab korang akan rasa letih nanti. Disarankan jugak pakailah kasut yang bersesuaian.


Ada beberapa gambaq yang member aku tangkap tetiba tak jadi, kalau tak silap aku dia duk tangkap gambaq dekat area periuk api. Ada 2 gambaq je jadi, yang lain2 sungguh misteri sebab tak jadi. Aku bukan sengaja nak tambahkan unsure seram, tapi memang betui tak jadi. Takpe, abaikan bab tu. Ada yang lagi best.

 Periuk api




Ni tempat meriam, besar. Tapi meriamnya pihak British dah ambil balik




Nampak tak berek yang aku bulatkan dengan warna merah tu? Ha, ni nak cerita kat hangpa ni. Melalui pembacaan aku, ramai blogger2 kata kawasan tu agak menyeramkan sikit. Memang pun, dan aku tak berani nak pi dekat2. Aku cuma berdiri kat situ (dari angle kamera ni) dan tengok2 je dari jauh. Sekali nak dijadikan cerita, aku tetiba terdengar suara 2 orang lelaki tengah cakap2 dari berek tu. 2 orang je suara aku dengar, tengah cakap Cina. Adalah dalam 2 minit camtu. Aku masa tu dah rasa semacam, tapi aku still stand kat situ dan amati perbualan mereka. Member aku yang berdiri jauh sikit dari aku tetiba datang kat aku, dia pun nak dengar jugak. Tapi dia kata dia dengar suara lelaki Melayu tengah cakap2. Okay, sungguh tak suka dengan percanggahan cerita ini.



Tetibe, kitorang dengar ada suara dari bawah tunnel, betul2 sebelah kitorang. Kitorang pun jenguk dari atas, memang ada visitor datang jugak masa tu, tapi depa ramai2 la. Tunnel dari bilik simpan senjata yang first masuk tadi. Okay, part ni yang tak best ni. Bila ada suara dari tunnel tu, suara dari berek tu tetiba hilang. Ish .. main2 pulak depa ni. Tapi suara yang aku dengaq tadi memang kuat, memang dari arah berek tu, macam saja ja nak suruh mai dekat depa. Tetibe pulak (berapa banyak tetibe la), aku ternampak ada sorang brader ni entah dari mana, dia dengan beraninya main bukak pintu kat berek tu. Aku tengok dia berani semacam, aku pun join sekali nak usha berek tu. Fuh, rasa semacam beb bila duk dekat!

 Gambar blur sebab rasa seram nak intai lama2

Pintu yang ditutup tu, aku assume memang sengaja ditutup, dan yang ada kain merah tu, according to blogger2 yang pernah pi sini, mungkin ada “sesuatu”. Aku nak intai bilik tu memang tak berani la. Setau aku, ada patung yang dililitkan kain merah kat situ. Aku pun tak tau kenapa, dan tak tanya pulak.

Lepas member aku ambik gambar, aku ajak dia pergi tempat lain pulak sebab aku rasa tak sedap hati duk situ lama2. Tapi suara2 tadi tu memang sungguh misteri, betul2 datang dari bilik tu. Fuh!


Gambar ni member aku yang ambik, aku tak tau location kat mana ni. Tapi menurut yang aku baca dari blog2, tuan empunya muzium ni, Encik Johari berkata masa depa duk bersihkan tempat ni, terjumpa mayat, tapi tak tau agama apa. So depa pakat tanam kat sini ja.


Lagi berek yang menyeramkan. Memang tak pi dekat la.

Keadaan sekitar kubu. Kat muzium ni pun kita boleh main paint ball. Ish, memang tak main la kan. Buat terpijak periuk api ka, tengkorak manusia ka, naya ...


 Ni model yang diambil dari Vietnam tak silap aku, tempat Jeneral Yamashita (Harimau Malaya)  digantung mati. Pasal Yamashita ni boleh baca kat sini atau kat sini. 
Ada yang mengatakan si Yamashita ni mati bunuh diri bila Jepun kalah, dengan merodok perut beliau sendiri dari kanan hingga ke kiri di hadapan matahari (orang Jepun panggil "harakiri"), sebab malu kan. Tapi fakta tu tak betui, sebab Yamashita ni mati dihukum gantung. Aku pun tak taulah mana satu betui, hangpa check sendiri kat wikipedia.

Kalau pihak muzium letak dawai kawat tu maknanya tak boleh masuk @ naik, sebab bahaya @ memang ada "sesuatu" di situ


Ni tempat potong kepala orang, tak kira tentera British atau penduduk Tanah Melayu. Member aku pi dekat tempat ni sebab nak ambik gambaq, dia habaq ada bau pelik kat sini. Mau tak pelik, kat sini banyak darah dan tengkorak manusia. Orang Jepun kan sikit2 pancung, sikit2 pancung. Kalau tak pancung, rodok perut. Kalau tak rodok perut, seksa sekejam2nya. Seriau aku.


Bila mai kat muzium ni, aku betul2 dapat rasa jasa askar2 yang terkorban semasa zaman perang. Mereka mempertaruhkan nyawa sendiri demi menjaga kedaulatan negara dan mempertahankan tanah air. Memang ayat aku klishe, tapi kalau hangpa mai sini, hangpa akan faham apa yang duk cerita ni. Dengan keadaan yang sentiasa bersiap sedia dan tak selesa macam kat rumah sendiri, memang patut askar2 diberi imbuhan yang lebih dari penjawat awam yang duk goyang kaki kat office. Aku tak habaq semua la, tapi kebanyakannya macam tu. Tetiba lak aku terkutuk penjawat awam, mesti depa nanti kutuk aku kaw2 pulak. Ekekeke ...


 Ni adalah "torture chamber", di mana askar Jepun yang lahanat pada zaman tu gunakan bilik ni untuk dera askar British dengan penduduk Tanah Melayu sekejam2nya. Aku tak pastilah depa guna macamana alat tu, tapi kalau tengok gambaq2 yang ada kat dinding tu, memang sedih dan hiba sangat perasaan masa tu. Aku tak berapa suka masa duk usha bilik ni sebab rasa sedih. Tak sanggup tengok gambaq2 tu lama2.



Dua gambaq ni menunjukkan anak beranak mati kena seksa dengan Jepun. Ada aku terbaca kat satu thread, Jepun akan masukkan ibu dan anak dia dalam satu rumah kecik berasingan, depa tutup, lepaih tu bakaq. Masa aku kat sini, aku tak jumpa pulak rumah kecik tu. Aku rasa sebak sekejap masa baca cerita ni. Apalah dosa anak beranak ni, depa bukan ada senjata pun. Teringat kisah Palestin-Israel.



Ni mangsa rogol yang didera dengan bandit. Dahla kena rogol, kena dera pulak tu. Tentera Jepun lahanat guna bandit, cucuk2 badan wanita ni. Aku tak tau la ni kategori kejam kaa apa, macam takdak hati perut jaa depa ni. 

 


Pakcik ni pulak (aku lupa nama dia apa, ada tulis kat dinding bilik tu), salah seorang mangsa dera kekejaman tentera Jepun lahanat yang masih survive, tapi dia cacat hingga ke hujung nyawa. Sedih sangat.


Muzium Perang ni kesemua pekerja kat tapak kubu adalah orang Indonesia. Memang takdak orang Malaysia pun. Aku rasa yang nak kerja kat sini hati mesti kering, takpun memang ada ilmu sikit2. Kubu ni tempat keras, kalau yang lemah semangat, menggigil dah. Sebab depa pun kena kacau jugak dengan hantu2 askar Jepun. Menurut cerita, orang2 kampung kat kawasan kubu ni selalu dengaq askar Jepun berkawat malam2 buta. Dengaq askar berkawat takpa lagi, kalau terjumpa, naya. Untuk entri ketiga, ada gambaq best aku nak tunjuk, tapi kena sabaq noo.

Disclaimer : gambaq2 yang diambil tidak diedit untuk mengekalkan "keasliannya".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this