Thursday, 10 May 2012

Apabila ISA "dimansuhkan"





Kita dok kecoh pasal ucapan PM Najib mansuhkan ISA. Sementara tengah kecoh, aku mula perasaan ada satu badan / organisasi keselamatan baru mula timbul iaitu NSC. NSC ini adalah gabungan dari organisasi2 keselamatan dahulu dan distruktur kembali pada 24 Julai 2007. Dengarnya, badan ini akan mula mainkan peranan merencanakan polisi keselamatan negara ala NSA (National Security Agency) di US. Maknanya kuasa mereka cukup besar dan mereka hanya menjawab kepada PM sahaja. 


 Mr.Dictator


Aku ada jugak sembang / chat dengan member2 askarla, diorang pun kata mereka tak tahu banyakla, tapi apa yang mereka faham, pemansuhan ISA itu hanya sebahagian kecil dari rancangan kerajaan / PM Najib yang jauh lebih besar dalam perancangan keselamatan dalam negara. Member2 askar cakap pun kalau korang perasan, dah timbul watak2 baru yang berpengaruh seperti NSC dan teknik2 letak cip dalam IC, ATM Card, bank account, dan lain2 di mana kerajaan boleh akses dengan cukup mudah, hampir 60% seluruh Malaysia dah ada akses CCTV, dan pelancaran Satelit RazakSAT (ambil sempena nama bapak Najib) pada Mac 2009 oleh RMAF yang kononnya menyatakan sebagai kegunaan remote sensing.


Apa yang aku nampak, aku mula perasan kerajaan kita dok pasang alat2 canggih semenjak awal tahun 2000 mcm cip, coordinatekan semua informasi2 peribadi di security mainframe, pemasangan CCTV awam dan swasta, pelancaran "eye in the sky" spt satelite (3 dilancarkan semenjak 2000) termasuklah penubuhan2 badan seperti NSC pada 2007 semata-mata2 untuk "updatekan / transformasi" Polisi Keselamatan Negara kita dan secara tak langsung dah boleh gantikan sistem ISA 1960. Maklumlah musuh negara tak mcm style dulu lagi. Aku sebagai tax payer rasa gembira kerajaan susun macam ni.


Asal NSC ini semenjak 1969, tapi peranan mereka tak menyeluruh dan mereka mempunyai banyak organisasi seperit MAGERAN, BKN, NSD. Pada 2007, mereka distruktur kembali menjadi organisasi baru dan menjadi satu unit. Semenjak akhir2 ini, pengaruh mereka makin berkembang dalam isu sempadan, angkasa, cryptology / cyber, tenaga, maritim, dan mereka akan jadi komponen penting yang menghubungkan unit2 perisikan lain di dalam komuniti perisikan Malaysia nampaknya. Seperti di US, NSA ditubuhkan lewat berbanding dengan komuniti perisik CIA, FBI dan lain2 tetapi NSAlah yang menghubungkan komuniti perisik lain dan menjadi komponen penting dalam kerja2 perisikan dan pertahanan di US. Di Malaysia, NSC mula diberi tanggungjawab merencanakan sebahagian polisi2 keselamatan negara dan menjawab kepada PM sahaja, dan seperti biasa pengaruh mereka akan berkembang juga.
Aku pun dengar yang puak2 dok ketuk meja nak sangat ISA dimansuhkan adalah puak2 dari NSC, maklumlah sesetengah tindakan mereka tak boleh execute / buat sebab kena tunggu kerajaan isukan ISA dulu. Kasi lambat je. Maklumlah ISA ni undang2 1960, macam pakai komputerla, dulu kalau kita pakai Pentium 2, kira lajula, kalau sekarang masih pakai Pentium 2, penatlaa menunggu....itu rumors yang aku dengarla.


Aku cuma harap Najib tak bagi kuasa berlebihan kepada Secret Service kita selepas ISA dimansuhkan. Dari perspektif rakyat biasa, ISA ini untuk mengawal keselamatan dalam negara, tapi pada masa yang sama mengawal Secret Service kita daripada bertindak berlebihan daripada ISA. Tengok pada isu Al-Maunah, apa yang menyebabkan mereka masih hidup? Sebab ISAlah, jikalau mereka di negara2 seperti Indon, US, UK yang tiada ISA, mereka semua ni dah jadi mayat dah. Itulah realitinya.


Senjata terbaru musuh2 negara adalah dengan putarbelitkan hak asasi manusia. Maka kerajaan perlu "senjata" baru untuk outsmart musuh2 negara ini. Cara terbaik ialah covert (rahsia) la....sama macam negara2 lain buat. Infrastruktur untuk undang2 baru tu dah ada pun, semua dah digital, cuma bila nak pasang je, pembangkang dok meloncat nak buang sangat ISA tu, apa lagi DS Najib bagi la apa depa mau. Seperti pepatah Inggeris "Be careful on what u wish for". DS Najib is smarter than you think :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this