Sebagai generasi Y, aku pernah beberapa kali mendengar
nama “Syed Mokhtar AlBukhary” pada tahun2 awal 2000. Seringkali, nama lelaki
itu dikaitkan dengan siri kebajikan beliau, iaitu Yayasan AlBukhary yang banyak
menaja pelajar2 miskin dan kurang mampu dalam merealisasikan impian mereka
untuk ke menara gading.
Sewaktu aku melangkah masuk ke dalam kedai buku MPH, mata
aku lantas terlihat deretan buku yang nipis, dengan muka depannya terpampang
gambar lelaki berkulit putih, tinggi lampai dan berbaju batik warna biru. “Biografi
Syed Mokhtar AlBukhary” – itulah kali pertama aku melihat wajah lelaki dermawan
yang sering menghiasi bibir2 para pelajar yang mendapat tajaan beliau. Aku
mencapai buku itu lantas membayarnya.
Setelah mengambil masa 3 minggu untuk menghabiskannya, akhirnya
aku dapat membuat satu kesimpulan mengenai buku ini – SATU PENDEDAHAN YANG
BERANI.
Membaca pengalaman Syed Mokhtar Albukhary dalam meniti
perjalanan hidup sejak kecil sehingga di mana beliau berada sekarang dengan
izin Allah, bagi aku lelaki ini bukan sahaja berhak dihormati, malah layak
UNTUK DISEGANI. Kekayaan yang Allah limpahi untuk lelaki ini bukan dinilai
dengan berapa banyak yang beliau ada, tetapi BERAPA BANYAK YANG BELIAU TELAH
SUMBANGKAN.
Pendedahan berani yang aku maksudkan ialah, bermula
bagaimana sukarnya beliau dalam memecah monopoli perniagaan beras yang selama
ini didominasi oleh kaum Cina, dan kekecewaan beliau terhadap bekas Perdana
Menteri, Tun Abdullah Badawi. Tanpa berselindung, Syed Mokhtar meluahkan
kegagalan Tun Abdullah Badawi ketika memegang tampuk pemerintahan, dengan
membatalkan beberapa projek yang diberikan kepada beliau tanpa alasan yang
kukuh.
Sesungguhnya, Syed Mokhtar adalah contoh “hasil” kejayaan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dirangka oleh kerajaan Barisan Nasional
dalam menghasilkan golongan “jutawan Melayu”. Dasar Ekonomi Baru bertujuan
mengimbangkan kek ekonomi kepada dalam purata 30:40:30. Kebijaksanaan dan
ketekunan Syed Mokhtar dalam merebut peluang dan menghargai kedudukan beliau
sebagai “bumiputera” telah membuktikan bahawasanya DEB BERJAYA MEMBENTUK
GOLONGAN JUTAWAN MELAYU. Dan MELAYU JUGALAH PENYEBAB KEGAGALAN DEB MENGHASILKAN
30% pegangan ekonomi yang perlu dikuasai oleh Melayu kerana ada Melayu yang telah
menjual saham2 bumiputera mereka kepada orang2 Cina yang sentiasa “dahagakan”
peluang2 seperti itu. Syed Mokhtar mendukung maruah seorang Melayu yang
berpaksikan kepada ajaran Islam yang lurus dan tabiat membuat kebajikan yang
tidak pernah putus.
Jika Melayu pada hari ini memegang 40% kek ekonomi,
adakah kaum lain akan mempersoalkan hak2 kaum Melayu di Malaysia? Adakah kaum
lain berani mengugut kerajaan dan kaum Melayu? Sesempurna mana sekalipun plan
tindakan kerajaan untuk mengimbangi ekonomi kaum Melayu di Malaysia ini, jika
kaum Melayu itu sendiri gagal mengambil kesempatan dan tidak menghargainya, DEB
hanyalah tinggal sekadar nama, tidak lebih daripada itu. Melayu gagal bukan
kerana kerajaan itu gagal, tapi Melayu gagal kerana Melayu itu sendiri. Melayu
bukan malas, cuma suka bersenang lenang. Kalau aku jadi kerajaan pun, bila
orang lain sibuk menuduh lelaki dermawan ini perkara yang bukan2, aku tak akan
ambik pusing dengan cakap2 orang yang gagal, tapi akan terus menumpukan untuk memberi
sokongan kepada beliau. Buat apa nak buang masa menghadap cakap2 orang yang
gagal, betul tak? Jangan sia – siakan orang Melayu macam Syed Mokhtar.
Aku percaya, jika ada 10 orang Melayu seperti Syed
Mokhtar Albukhary, sudah pasti senarai “10 orang terkaya di Malaysia” hanya
diisi oleh orang Melayu!
Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup beliau, Amin.
HARGA BUKU : RM19.90
EDISI BAHASA INGGERIS DAN BAHASA MELAYU
TAHUN KELUARAN 2012