Oleh J.Kamarn
Hangpa
semua tengoklah bangunan2 cantik di Kuala Lumpur ni. Hangpa rasa, owner
bangunan2 dan hartanah di KL seperti YTL, Mah Sing Group, TEMASIK dan lain2 tu
rugi ka? MEREKA SEMUA DAH BUAT BERBILLION RINGGIT DAH! Habih tu kenapa PNB tak
boleh???
LimKit Siang telah membuat petisyen mengenai penglibatan PNB dalam pelaburan besar
di Kuala Lumpur (lihat sini). Kita juga patut buat petisyen juga kepada Kit Siang. Petisyen
itu berbunyi begini : Kenapa syarikat seperti Temasik, YTL, Mah Sing Group dll
adalah dibenarkan membuat asset di KL tetapi PNB tidak boleh??
Bagi
saya, orang2 yang tidak mahu PNB membuat pelaburan hartanah secara besar –
besaran di Kuala Lumpur hanyalah kerana hendak menjaga kepentingan individu
kapitalis seperti YTL, Mah Sing, Temasik dll supaya PNB tidak bersaing dengan
mereka dan turut mengaut keuntungan seperti mereka.
Ianya
bukan hanya mengenai orang Cina. Ia juga mengenai orang2 kaya yang menguasai
bidang hartanah di KL dan PNB ialah terdiri daripada orang2 biasa macam kita
yang ada kepentingan dalam Amanah Saham. Kebanyakan pemegang saham PNB adalah
diperolehi melalui Amanah Saham di mana terdiri daripada orang Malaysia kelas
bawahan yang pelbagai kaum. Situasi ini adalah seperti orang kaya yang tidak
mahukan orang sederhana dan orang miskin bersatu melalui Amanah Saham (PNB)
untuk mengatasi mereka dalam bidang pelaburan hartanah di KL.
Beberapa
individu telah merekacipta retorik untuk menampakkan pelaburan besar yang
dibuat oleh PNB adalah salah di mata rakyat Malaysia. Mereka mahu memastikan
PNB membatalkan hasrat mereka untuk melabur. Jadi, tanah2 yang bernilai di KL
hanyalah layak dimiliki oleh individu kaya yang tidak bertanggungjawab untuk
membuat lebih duit.
Kadang2,
kita sebagai rakyat patut buka mata dan lihat perkara ini dalam perspektif yang
berbeza, kenapa syarikat lain dibenarkan membuat berbillion duit, tetapi PNB
tidak?
PNB
sepatutnya membawa keluar idea ini pada 20 tahun yang lepas. Temasik, YTL dll
telah lama membuat berbillion duit! Jika PNB membina bangunan 100 tingkat pada
20 tahun lalu, kita sebagai rakyat yang ada KWSP dan Amanah Saham dah boleh
dapat duit lebih daripada hari ini. PNB perlu berhenti daripada bersikap
konservatif dalam pelaburan mereka dan berhenti mengekalkan polisi “TUNGGU DAN
LIHAT” sementara yang lain sudahpun membuat berbillion duit dalam pelaburan
hartanah utama seperti KL. Pada masa sekarang, mereka patut memiliki paling
kurang 2 daripada 100 menara bertingkat, tidak hanya bercadang memiliki sebuah
bangunan.
Saya
mengatakan yang PNB patut membuat pelaburan jenis ini pada 20 tahun lalu adalah
kerana harga tanah dan bahan2 membina bangunan adalah murah pada masa itu. Jika
mereka membina / memilik bangunan pada 20 tahun lalu, berapakah nilainya pada
masa sekarang? Dan berapa yang kita akan perolehi sebagai pemegang saham?
Tidaklah bermakna PNB perlu membina bangunan dalam jangka masa yang cepat
selama 20 tahun itu, tetapi dalam jangka masa itu PNB sudah patut memilik
sekurang – kurangnya 2 daripada 100 unit bangunan di KL.
Kenapa
pengurus dana tidak nampak perkara ini apabila orang lain telah membuat
berbillion duit di hadapan mata mereka? Contohnya, mereka boleh lihat sekeliling
mereka melalui salah satu kawasan utama di KL yang dipanggil “Darby Park”, bangunan
Rumah Kewangan Kuwait, YTL, K Avenue tumbuh macam cendawan dan mereka telah
membuat banyak duit. Untuk jangka masa yang lama, pengurus dana tidak melakukan
“anjakan”. Untuk info, penthouse di kawasan K Avenue berharga 18million untuk
satu unit telah habis dijual.
Mereka
hanya “bergerak” setelah melihat orang lain telah membuat berbillion duit,
setelah harga bahan2 pembinaan dan tanah melambung tinggi. Ini iadalah kurang
bijak.
Secara
peribadinya, saya faham yang syarikat2 swasta kita tidaklah begitu “bersih” dan
beberapa daripadanya dipaliti oleh skandal perniagaan. Ianya adalah tidak
mustahil bagi pengurus dana yang tahu mengenai
potensi bidang hartanah ini, tidak
melaporkan kepada pegawai2 rasmi untuk membuat keputusan, tetapi menjual
cadangan mereka kepada orang lain atau syarikat swasta lain.
Apakah
jaminan yang PNB AKAN HILANG DUIT PELABURAN DALAM KAWASAN UTAMA DI KL? JIKA TEMASIK
BOLEH BUAT DUIT, KENAPA PNB TIDAK BOLEH?
Jika
Temasik dan syarikat swasta lain seperti YTL boleh memiliki bangunan di Bukit Bintang
atau mana2 kawasan KL, kenapa PNB tidak boleh berbuat perkara yang sama dan
memiliki beberapa kawasan strategic di KL?
Oleh
kerana secara asasnya, rakyat marhaen seperti kita adalah pemegang dividen minoriti
dalam PNB, PNB TIDAK SEPATUTNYA MEMBUAT SEBUAH BANGUNAN, tetapi 10 bangunan di
KL.
Mereka
sepatutnya memikirkan untuk memiliki separuh minimum kawasan utama di KL, jadi
rakyat marhaen seperti kita juga “ada tastes” untuk membuat aset dalam bidang
hartanah di KL, dan ianya bukan hanya untuk orang kaya atau kapitalis seperti
YTL.