Sunday, 11 March 2012

Kenapa Kuasa Besar Berminat dengan Malaysia?



 
Malaysia ni bukan kaya sangat pun dengan hasil bumi, cukup2 kalau nak banding dengan negara luar. Tetapi apa yang menyebabkan kuasa2 besar ni minat sangat nak pegang Malaysia? Kenapa bila Jepun menyerang Malaya, British sanggup lepaskan Singapura dan pantai timur Malaya, tapi tak mahu lepaskan Pantai Barat yang bersebelahan Selat Melaka? Baca di sini.
 

diambil dari blog Dr.Mat


Minyak Malaysia baru ada reserve 4 billion tong je, negara lain ada beratus-ratus billion tong, tak heran pun. Sumber mineral? Banyak lagi negara lain ada berkali ganda lebih banyak dari Malaysia untuk jadi rebutan. Tapi kenapa Malaysia tetap jadi target? Malaysia / Malaya antara negara paling banyak kali dijajah, 3 kali, iaitu Portugis, Belanda, Inggeris, kenapa? Masa dulu minyak pun belum lagi dikategorikan sebagai komoditi strategik.


Malaysia tidak akan mampu jadi kuasa besar dalam perdagangan antarabangsa sebab saiznya dan GDPnya, tetapi pengaruh Malaysia boleh beri sedikit "edge" kepada mana2 kuasa yang sedang bersaing antara mereka mcm US, Eropah, China dan Russia. Ini yang menyebabkan Malaysia ni mahal dan jadi rebutan.  


1/4 daripada perdagangan barangan dunia lalu melalui Selat Melaka. Hampir 94,000 kapal besar lalu melalui Selat Melaka. Dan hampir 15 juta tong minyak sehari lalu melalui Selat Melaka sebab perdagangan minyak antarabangsa. So korang boleh bayangkan value dari logistik strategik ini.




Malaysia memang neutral dengan semua kuasa besar, semua layanan sama. Sebab Malaysia adalah dalam kumpulan ZOPFAN dan NAM. Tapi masalahnya US nak "makan sorang", tak boleh terima kebangkitan CHina pada 1990 semenjak China join WTO. So US tak mahu play fair, dia nak sebat Malaysia ni jadi total di bawah pengaruh mereka pada 1997, secara tak langsung US lah akan jadi pengaruh terbesar di Selat Melaka ni. Pesaing2 mereka macam China, Russia, Eropah sakitla. Itulah gunanya IMF masa 1997 tu, bagi Malaysia tunduk. Tapi tak berapa berjaya.


Malaysia nak perkena US memang boleh, kasi turun sikit kos tarif atau "special treatment" dari segi kos kepada kapal2 dari pesaing US mcm China dan Russia, boleh pening kepala US nak bersaing dari segi kos logistik dalam perdagangan antarabangsa. 1997, Tun Mahathir punya geram kat US sebab angkara diaorang krisis ekonomi, Tun Mahathir bagi special treatment kepada China dan Russia. Dengan kebangkitan China dalam dunia ekonomi, tambah lagi pening kepala US, itu pasal Hilary Clinton datang Malaysia nak "kaw tim" bagi fairla sikit, sebab 1997, 16 September 2008 tak berjaya.


Malaysia ni jadi rebutan sebab Selat Melaka. Itu je. Siapa yang dapat control Malaysia akan dapat control perdagangan antarabangsa melalui laluan laut antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Dan sesiapa yang kontrol, mampu jadi kuasa besar dalam perdagangan / ekonomi antarabangsa. Itulah sebabnya negara kita ni banyak kacau daun dari luar, sebab berebut pengaruh kat selat melakala beb .


Kesimpulannya saya suka stail Tun Mahathir / BN mengurus kuasa besar ni, iaitu "makan keliling" / neutral dengan semua kuasa besar. Kalau US tumbang ekonominya, kita boleh menyendeng kepada China pulak, macam tulah bagus, taklah teruk sangat. Kalau kita dengar cakap Anwar pada 1997 yang nak menyendeng terus dengan US, akan teruk kita semasa kemelesetan ekonomi dunia tahun 2005-2008, di mana tumbangnya ekonomi US dengan kita sekali tumbang, seperti yang terjadi di Singapore, terduduk diaorang.


Pertama, kita dapat tahu apa nilai sebenar Malaysia, sampai ramai kuasa luar berebut dan ada pulak kacau daun dalam hal ehwal politik negara kita. Kedua, polisi luar negara, eloklah kita kekal neutral dan berpegang teguh kepada deklarasi ZOPFAN, tak perlu sangat kita nak fokus sangat kat satu kuasa besar je iaitu US seperti polisi luar negara Anwar. Kalau US tumbang, sakit kita beb.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this