Isu
Rohingya : Persoalan, kenapa Aung Suu Kyi lak sekarang yang jadi tumpuan dunia
walhal dia bukan PM pun? Macam nak kena jerat je pasal agenda sebenar pompuan ni.
Apsal tak mau bagi Nobel Prize kepada aktivis hak asasi dan keamanan Rohingya??
Depa pun perjuangkan benda yang sama macam Aung Suu Kyi jugak, walhal jauh lebih
lama dari Aung Suu Kyi. Apa cerita?? Aku bagitahu korang 3 sebab utama Aung Suu
Kyi tidak akan bantu Rohingya dengan apa cara sekalipun, sebaliknya hanya beri
kata2 kesian dan rayuan. Dia ni hanya wayang je pasal akal hak asasi ni. Ok,
apa 3 sebab tu? :
1.
Faktor dan populariti terutama dari ethnik Rakhine dalam pilihanraya,
2.
Faktor strategik utara tanah Rakhine,
3.
Risiko jika Rohingya dibantu, mereka akan minta autonomi.
Faktor
pertama iaitu faktor sokongan dan populariti : Jika Aung Suu Kyi membantu kaum
Rohingya, popularitinya dari penyokong kuatnya iaitu etnik Rakhine di utara
pantai barat akan terjejas teruk. Maklumlah, etnik Rakhine yang asyik dok balun
Rohingya ni ialah penyokong kuat NDL. Power base politik NDL bermula jauh di
Selatan Pantai Barat Myanmar di pekan , di mana Aung Suu Kyi paling popular.
Sepanjang pantai barat ini adalah sumber2 sokongan dan kekuatan NDL. Nampak
gaya Aung Suu Kyi lebiih fokus kepada populariti dia, hehehe. Itu pasal takat
rayuan je.
Faktor
kedua iaitu faktor strategik utara tanah Rakhine : Hari ni tanah2 di Rakhine
State ni lebih fokus kepada Pertanian. Tetapi ada informasi terkini menyatakan
kawasan ni adalah paling strategik untuk aktiviti perdagangan seperti pelabuhan
dan mempunyai sumber2 strategik yang tinggi seperti gas dan petroleum. Jika NDL bantu kaum
Rohingya ni, mereka akan jadi berpengaruh sebab potensi2 ekonomi di Rakhine ni
dan kaum Rohingya boleh jadi potensi pencabar kuat pada power base politik NDL
yang sedia ada di situ di kemudian hari.
Faktor
ketiga iaitu risiko jika Rohingya dibantu, mereka akan minta autonomi di utara
Rakhine : Dari sejarah kaum Rohingya ni memang selalu memperjuangkan autonomi
untuk mereka kerana kehidupan mereka
cukup tertekan. Niat untuk autonomi / merdeka di utara Rakhine ni bermula
semenjak 1948 lagi dan ini dianggap sebagai ancaman pada Burma jika utara
Rakhine yang mempunyai nilai strategik ini keluar. Sebab itulah kaum2 Rohingya
"dilemahkan" dengan cara sistematik semenjak zaman general Ne Win
pada 1974. Dan kita tak pernah dengar perjuangan Aung Suu Kyi ada sebut pasal
menyokong Rohingya. Jika Rohingya terus dibantu spenuhnya oleh NDL, mereka akan
jadi berpengaruh dan mempunyai claim yang lebih serius untuk permintaan
autonomi dari Burma.
Faktor2
lain yang Aung Suu Kyi takkan bantu hak asasi Rohingya ;
Penyokong
kuat Aung Suu Kyi sendiri iaitu Ko Ko Gyi, seorang aktivis hak asasi dalam
organisasi 88 Generation group tidak akan terima etnik Rohingya ni dan dianggap
sebagai foreign. Group hak asasi 88 ni
sanggup mengangkat senjata untuk lawan "foreign invaders" ni
kononnya. Kenyataan dibuat pada Jun 2012. Baca perenggan 11 dalam berita Myanmar ni.
Lagi
satu korang fikir sendiri, masalah Rohingya ni dah lama, Aung Suu Kyi ni boleh
gunakan pengaruh luar untuk tekan kerajaan Burma sekarang supaya ubah polisi
luar negara Burma, termasuk polisi ekonomi Burma,. Tapi untuk hak asasi
Rohingya, dia tak buat apa pun, takat rayuan jee. Sebab apa?? Sebab faktor kat
atas tu la.
Sebenarnya,
ni "lesson learned" untuk kita, sapa ja kecoh pasal ketuanan rakyatlah,
hak asasi manusialah, demokrasilah, memang kaki kelentong. Depa saja ja guna
istilah ni sebagai mileage untuk berkuasa. Lagi satu, Nobel price keamanan ni
hanya untuk support political mileage proksi2 barat je, bukannya ikhlas pun
pasal hak asasi manusia. Strategic Interest comes first woi. So kesimpulan
untuk Rohingya, tiada siapa akan bantu, termasuklah pemenang hadiah Nobel
keamanan / hak asasi. Maklumlah, karier politik jauh lebih penting dari hak
asasi etnik Rohingya seramai lebih 700,000 tu. Tak ramai, takde value pun untuk
berikan sumber modal manusia untuk buruh murah. Rohingya ni juga takde
kerakyatan. Nak cerita apa, kalau fund fight kemerdekaan untuk diorang hanya di
kawasan utara pantai barat Myanmar. Kos yayasan2 barat nak labur untuk hak
asasi Rohingya ni tak balik modal mcm Arab Spring atau BERSHIT di Malaysia.
Semua
sistem yayasan demokrasi dan hak asasi barat adalah hipokrit, ni hanya proksi
je macam Anwar, Ambiga dan lain2 kat Malaysia. Kenapa organisasi2 barat sanggup
bayar berjuta-juta USD untuk support di Arab seperti Mesir, termasuklah
Malaysia seperti BERSHIT tapi Rohingya depa tak support?? Jawapan dia mudah , sebab
Rohingya ni takde value strategik. Itu jaa. Ayat hak asasi, demokrasi ni auta
ja.
Aung
Suu Kyi ni berjuang untuk kariernya dan strategik interest dia, maklumlah dia
proksi barat. Contoh di Kachin border state China, kat situ etnik pecah dua ; satu
pro barat dan satu pro China. Aung Suu Kyi support etnik yang pro barat. Di
Kachin mana ada Islam pun. Ni bukan faktor agama, tapi faktor strategik
interest.
Ia
tidak ada kena mengena dengan Islam atau agama lain. Ia berkenaan dengan nilai strategik.
Kalau Rohingya ni ada nilai strategik yang tinggi, gerenti Aung Suu Kyi tolong punya
untuk best interest politik dia dan majikan dia iaitu barat. Sama macam di
barat, kenapa tiba2 US consider Ikhwanul Muslimin sebagai "safe
deposit" diorang?? Sebab ada nilai strategik untuk stop pengaruh pesaing
barat iaitu ChIna dan Russia di Asia Barat, itu jee. Hak asasi manusia ni semua
cover up je, semuanya sebab nilai strategik.
Ni untuk bacaan tambahan. Isu di Kachin Myanmar iaitu mengenai Dam Myitsone. Ia
dikatakan akan berlaku perang saudara di Myanmar sebab dam ni, maklumlah dam ni
kononnya menguntungkan China lak. Hangpa boleh tengok NDL atau Aung Suu Kyi
geng belah mana...