Tuesday, 7 August 2012

Isu Rohingya - Hipokrasi Nobel Keamanan






Nak tergelak orang dok kecoh pasal hadiah Nobel Keamanan Aung Suu Kyi. Korang tak sedar hadiah nobel ni hipokrit, dah kena hijack dari tujuan asalnya oleh orang2 berkuasa di barat untuk bagi political mileage pada proksi2 mereka, itu je. Dari gaya, Aung Suu Kyi ni nak jadikan negara dia sebagai "buffer state" untuk barat bagi sekat / balance pengaruh China di Indo China, bukan untuk demokrasi atau hak asasi manusia pun. Rakyat dia sendiri iaitu Rohingya Islam takde hak asasi, si Aung ni buat blur je sebab dah bukan niat asal dia pun. 


Ini bukan sebab faktor non Islam ke atau Islam, ini sebab betui ka dia ni nak fight hak asasi manusia atau jadi proksi barat, itu je cerita dia. Korang baca je back ground dia dan keluarga dia, baca dari zaman Pol Pot lagi. Dia ni poyo je.


Kalau hangpa nak tau, kita sendiri iaitu sebahagian ASEAN pun pernah termakan dengan cerita US kononnya Khmer Rouge atau Pol Pot khususnya adalah pejuang demokrasi dan penegak hak asasi manusia. Maklumlah masa tu kita ada sentimen anti Soviet dan anti Vietnam Utara, dan kebetulan Soviet dan Vietnam Utara sponsor People's Republic of Kampuchea. Last2 apa Pol Pot dan Khmer Rouge buat??? Hak ake mana, demokrasi pun ke mana, tepuk dahi geng!!


Ni dia tengok, kita boleh termakan dengan sembang Khmer Rouge kononnya nak tegakkan hak asasi dan demokrasi, depa siap buat ‘Patriotic and Democratic Front of the Great National Union of Kampuchea’. Negara2 barat termasuk ASEAN support mereka ni di UN, last2 apa jadi?? Lu orang sendiri mau ingat. 


So apa bezanya Khmer Rouge dan Aung Suu Kyi ni?? Bezanya hanya jantina je, laki dengan pompuan. Tapi semua pakai akai yang sama untuk political mileage dan sokongan iaitu hak asasi manusia dan demokrasi untuk jadi berkuasa. ‘PAYMASTER’ pun sama iaitu dari barat. Tengok bila Aung Suu Kyi berkuasa, apa dia buat?? Dia buat blur je pada hak asasi manusia Rohingya. La ni aku duk agak kerajaan Malaysia dok tepuk dahi ni, "Apa dah jadi ni oi, takkan sama mcm cerita Khmer Rouge kot?"

Yang malangnya kita jugak, sebab kita dok percaya kat si Aung Suu Kyi ni.  Macam dulu gak kita boleh pi percaya kat Khmer Rouge, Pol Pot / Khieu Samphan atas alasan sama iaitu hak asasi manusia dan demokrasi. La ni apa Malaysia boleh buat untuk bantu Rohingya? Tengok jela. Kalau bantu nanti dituduh lak political intervention, maklumlah Malaysia cukup support minah ni. 

Sebenarnya ni ‘lesson learned’. Siapa saja yang duk kecoh pasal ketuanan rakyatla, hak asasi manusialah, demokrasilah memang kaki kelentong. Depa saja je guna istilah ni sebagai mileage untuk berkuasa.


Kenapa Aung Suu Kyi sangat berkuasa di Burma?? Sebab back-up dari ASEAN dan Barat. Kesian pada USDP, China dan Russia yang memilih untuk back up ASEAN. Aung Suu Kyi dengan kering je instruct Perdana Menteri Burma, Thein Sein untuk ubah polisi luar negara Burma dengan Barat. Lagi satu, dengan kering je Aung Suu Kyi instruct untuk open ekonomi Burma eklusif dalam bidang2 tertentu kepada barat dan Perdana Menteri Myanmar tunduk. Tengok betapa berkuasanya Aung Suu Kyi ni. Tapi ada dia gunakan kuasa dia untuk bantu Rohingya?? Takde, takat merayu je. 

Tahu sebab apa orang ramai mula ‘MARK’ dia?? Kekejaman terhadap Rohingya bukan setakat dilakukan oleh Junta, tapi dilakukan juga oleh etnik2 lain di Utara Rakhine. Etnik2 ini adalah penyokong kuat dan ahli parti politik NDL iaitu parti politik Aung Suu Kyi!! 


Lagi satu aku nak tanya, apasal pesaing2 politik Aung Suu Kyi dalam dan luar negara Burma gunakan isu Rohingya ni untuk malukan karier politik Aung Suu Kyi, bukannya Thein Sein?? Sebab depa tau sapa boss dia yang sebenar dan depa tau yang Aung Suu Kyi ni pun TIDAK MENENTANG cadangan jangka panjang Thein Sein pada 2012 untuk ‘RELOCATE’ kaum Rohingya ni keluar dari Tanah Rakhine yang mempunyai nilai strategik yang cukup tinggi kepada karier ahli2 Politik Burma. Sebab tu dia merayu je, tapi halangnya tidak. Tahu tak apa yang ada kat Sittwe iaitu ibukota Rakhine?? Hangpa akan tahu sebab apa Aung Suu Kyi takkan bantu Rohingya ni, sebab NOT THE BEST INTEREST bagi karier politik dia untuk buat power base. 

Hangpa semua pikiaq, kenapa yayasan2 demokrasi dan hak asasi barat khususnya, boleh beri funding ratusan juta USD untuk support Arab Spring di Arab sampai sanggup tumbangkan kerajaan termasuklah di Malaysia, mereka duk support pembangkang spt gerakan BERSHIT tapi DEPA TAK MAU SUPPORT ROHINGYA?? Depa kata depa perjuangkan hak asasi dan demokrasi. Apa cerita?? Jawapannya mudah je, Rohingya ni TAKDE NILAI STRATEGIK. Macam Arab dan Malaysia ada nilai2 strategiknya seperti bursa saham, selat2 strategik, sumber2 strategik dan lain2 untuk bargain. Itulah dia hipokrasinya idea hak asasi dan demokrasi ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this