Wednesday 10 October 2012

Tun Mahathir dan Anwar : Antara Realist dan Populist


Kalau hangpa kaji jenis2 ahli politik samada dalam dan luar negara, hangpa akan jumpa 2 jenis ahli politik iaitu ;


Populist
Realist




Ahli politik yang populis ni selalunya retorik dan suka bagi kenyataan2 yang popular dan ahli politik yang realist ni dia lebih kepada realiti dan kerja. Orang putih cakap “Facts and Figures”. Ahli politik yang populis ni selalunya mempunyai penyokong yang ramai pada peringkat awal dan berkurangan pada peringkat ahkir. Ahli politik yang realist pulak pada peringkat awal memang takde @ kurang penyokong sebab kenyataan realitinya, tetapi pada peringkat akhir penyokongnya jadi ramai sebab hasil kerjanya.




Ok sekarang kita ambik contoh, Tun Mahathir adalah ahli politik realist. Beliau ni jenis realiti, bekerja dan cakap tentang facts and figures je. Pada peringkat awal, ramai orang tak suka Tun Mahathir sebab kenyataan realiti beliau yang tidak popular contohnya Melayu dalam dilema. Masa tu Tun kena teruk. Setelah masa berlalu, orang dah nampak hasil kerja Tun (orang putih panggil ‘result’). Bila beliau jadi PM pun hasil kerja beliau orang dah nampak dan penyokong semakin bertambah. Bila Tun bersara, penyokong Tun bertambah secara mendadak sebab hasil kerja beliau. Orang2 yang anti Tun pada tahun 1997 pun jadi penyokong tegar beliau. Secara amnya, Tun Mahathir adalah ahli politik pencen yang paling popular dalam sejarah Malaysia. Blog Che Det mencecah 8 juta view dalam masa 8 bulan berblog, walhal Anwar punya blog yang dah bertahun tu tak sampai pun jumlah tu. Itulah contoh ahli politik yang realist, pada peringkat awal takde penyokong, tapi pada peringkat akhir karier akan menjadi lagenda. 




Kita ambik pula contoh jenis ahli politik yang populis iaitu Anwar Ibrahim. Pada peringkat awal, Anwar Ibrahim memang ramai penyokong sebab kenyataan2 popularnya dan beliau adalah anak muda yang popular di Malaysia. Apabila masa telah berlalu, orang mula mempersoalkan tentang beliau iaitu mana hasil kerja beliau? Cakap2 beliau kita dah dengar, tapi hasil kerjanya mana?? Pada 1997, Anwar telah membuat kenyataan popular iaitu nepotismela, rasuah la, relevanla, macam – macam untuk tarik penyokong.  Bila dah menang besar pada 2008, orang mempersoalkan balik, “Dulu hang habaq Umno amalkan nepotisme, tapi apsai anak bini hang jadi pemimpin tertinggi dalam parti?” “Mana janji2 hang dulu?” “Mana hasil kerja2 hang?” Dan kita dapat lihat, ramai yang mula meninggalkan parti PKR dan penyokongnya semakin berkurangan. Inilah contoh ahli politik yang populis, di mana pada peringkat awal ramai penyokong, pada peringkat akhir karier, jadi nobody.
Kesimpulannya, pemimpin yang realist bila mereka cakap, mereka akan buat (walk the talk). Pemimpin yang populis pulak, bila mereka cakap, mereka akan cakap lagi.



Tun Mahathir pilih Anwar bukan berdasarkan merit, tetapi berdasarkan karektor Anwar yang nampak BAIK dan ISLAMIK, serta nampak macam ada HARAPAN. Enjin ekonomi telah dibina, cuma Anwar sahaja yang perlu belajar dan memacunya setelah Tun Mahathir resign. Tun Mahathir ialah seorang doktor pada asalnya, bukan seorang ahli ekonomi. Tetapi Tun belajar dan meminta nasihat dari pakar2 ekonomi. Samalah juga harapan Tun pada Anwar ketika dulu, semasa melantik Anwar menjadi Menteri Kewangan. Tapi apa yang Anwar dah buat? Dia bukan belajaq pun, dia duk bagi idea2 bodoh, nak ambik IMF la, naikkan cukai la, apa lah. Apa daa …


100% ahli politik yang dilantik di seluruh dunia oleh rakyat pada asalnya tidak mempunyai kepakaran dalam kementerian masing2. Obama tidak mempunyai pengalaman dalam ekonomi atau ketenteraan. Lee Kuan Yew pun sama, Tun Mahathir pun sama. Apabila mereka dilantik, mereka mempunyai penasihat dan kementerian masing2 untuk membantu mereka menyesuaikan diri dan selepas itu bergantunglah terhadap kebijaksanaan masing2 untuk menguruskannya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this