Monday, 19 March 2012

Tunisia berebut mahu Anwar sebagai Penasihat Ekonomi








Anwar dok kompang kuat pasal Mesir dok kata Anwar ni macam berjuang mcm rakyat Mesirla, nak bantu nasihat ekonomi Mesirla, Mahathir macam Mubarakla, akhirnya kerajaan baru Mesir jemput Mahathir bukannya Anwar untuk mintak pandangan tentang pembangunan Mesir pada Jun 2011. Apsal Kerajaan baru Mesir tak jemput Anwar tapi jemput Tun Mahathir yang dah pencen utk beri pandangan masa hadapan Mesir??? Sendiri mau ingatla.




Hangpa semua tengok video ni pada March 2011, Anwar dok kata dia mcm berjuang mcm rakyat Mesirla, macam2 sembang dia buat aku tak kering gusi dok ketawa tengok orang kena kencing, akhirnya kerajaan baru Mesir panggil Mahathir bukannya Anwar, kuang kuang kuang. La ni dia kalih pasai nak jadi penasihat Tunisia pulak hehehe.


Dah kerajaan baru Mesir tak jemput dia tapi jemput Mahathir, Anwar kalih pulak kat Tunisia kononnya Tunisia jemput dia nak jadi penasihat ekonomi Tunisia, tapi dia tak mau hahaha, adoi Anwar, hang ni memang unik.

Dipetik dari blog Sungai Rapat Online ;

Anwar kata minggu lepas dia dijemput oleh kepimpinan kerajaan Tunisia yang baru untuk memberi nasihat mengenai bagaimana nak membangunkan negara Tunisia.

Kata Anwar lagi, " Saya dibenarkan berceramah didalam Parlimen Tunisia selama 2 jam yang mempunyai lebih 60 Ahli Parlimen dan mereka memberi tepukan yang begitu gemuruh sekali"
"Kesemua ahli Parlimen Tunisia menyokong perjuangan saya dan mereka sanggup memberikan apa saja untuk perjuangan saya", kata Anwar dihadapan kira-kira 1000 penonton di Kuantan.

"Dua minggu lepas saya ke Turki dengan Nurul izah atas undangan Presiden Turki. Saya dibenarkan bermalam di Istana Turki. Saya berceramah dalam istana Turki", kata Anwar lagi
"Kalau sekarang saya mahu tinggalkan Malaysia untuk jadi penasihat samada Tunisia atau Turki bila-bila masa sahaja boleh, saya boleh dapat gaji beratus ribu ringgit sebulan, tetapi itu bukan matlamat saya", kata Anwar.

"Matlamat saya hanyalah untuk menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin yang angkuh," kata Anwar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this