Nak
tergelak orang dok kecoh pasal hadiah Nobel Keamanan Aung Suu Kyi. Korang tak
sedar hadiah nobel ni hipokrit, dah kena hijack dari tujuan asalnya oleh orang2
berkuasa di barat untuk bagi political mileage pada proksi2 mereka, itu je.
Dari gaya, Aung Suu Kyi ni nak jadikan negara dia sebagai "buffer state" untuk barat bagi sekat / balance pengaruh
China di Indo China, bukan untuk demokrasi atau hak asasi manusia pun. Rakyat
dia sendiri iaitu Rohingya Islam takde hak asasi, si Aung ni buat blur je sebab
dah bukan niat asal dia pun.
Ini
bukan sebab faktor non Islam ke atau Islam, ini sebab betui ka dia ni nak fight
hak asasi manusia atau jadi proksi barat, itu je cerita dia. Korang baca je
back ground dia dan keluarga dia, baca dari zaman Pol Pot lagi. Dia ni poyo je.
Kalau
hangpa nak tau, kita sendiri iaitu sebahagian ASEAN pun pernah termakan dengan
cerita US kononnya Khmer Rouge atau Pol Pot khususnya adalah pejuang demokrasi
dan penegak hak asasi manusia. Maklumlah masa tu kita ada sentimen anti Soviet
dan anti Vietnam Utara, dan kebetulan Soviet dan Vietnam Utara sponsor People's
Republic of Kampuchea. Last2 apa Pol Pot dan Khmer Rouge buat??? Hak ake mana,
demokrasi pun ke mana, tepuk dahi geng!!
Ni dia tengok, kita boleh termakan dengan sembang Khmer Rouge kononnya nak
tegakkan hak asasi dan demokrasi, depa siap buat ‘Patriotic and Democratic
Front of the Great National Union of Kampuchea’. Negara2 barat termasuk ASEAN
support mereka ni di UN, last2 apa jadi?? Lu orang sendiri mau ingat.
So
apa bezanya Khmer Rouge dan Aung Suu Kyi ni?? Bezanya hanya jantina je, laki dengan
pompuan. Tapi semua pakai akai yang sama untuk political mileage dan sokongan iaitu hak asasi manusia dan
demokrasi untuk jadi berkuasa. ‘PAYMASTER’ pun sama iaitu dari barat. Tengok
bila Aung Suu Kyi berkuasa, apa dia buat?? Dia buat blur je pada hak asasi manusia
Rohingya. La ni aku duk agak kerajaan Malaysia dok tepuk dahi ni, "Apa dah
jadi ni oi, takkan sama mcm cerita Khmer Rouge kot?"
Yang
malangnya kita jugak, sebab kita dok percaya kat si Aung Suu Kyi ni. Macam dulu gak kita boleh pi percaya kat
Khmer Rouge, Pol Pot / Khieu Samphan atas alasan sama iaitu hak asasi manusia
dan demokrasi. La ni apa Malaysia boleh buat untuk bantu Rohingya? Tengok jela.
Kalau bantu nanti dituduh lak political intervention, maklumlah Malaysia cukup
support minah ni.
Sebenarnya
ni ‘lesson learned’. Siapa saja yang duk kecoh pasal ketuanan rakyatla, hak
asasi manusialah, demokrasilah memang kaki kelentong. Depa saja je guna istilah
ni sebagai mileage untuk berkuasa.
Kenapa
Aung Suu Kyi sangat berkuasa di Burma?? Sebab back-up dari ASEAN dan Barat. Kesian
pada USDP, China dan Russia yang memilih untuk back up ASEAN. Aung Suu Kyi
dengan kering je instruct Perdana
Menteri Burma, Thein Sein untuk ubah polisi luar negara Burma dengan Barat. Lagi
satu, dengan kering je Aung Suu Kyi instruct
untuk open ekonomi Burma eklusif dalam bidang2 tertentu kepada barat dan Perdana
Menteri Myanmar tunduk. Tengok betapa berkuasanya Aung Suu Kyi ni. Tapi ada dia
gunakan kuasa dia untuk bantu Rohingya?? Takde, takat merayu je.
Tahu
sebab apa orang ramai mula ‘MARK’
dia?? Kekejaman terhadap Rohingya bukan setakat dilakukan oleh Junta, tapi
dilakukan juga oleh etnik2 lain di Utara Rakhine. Etnik2 ini adalah penyokong
kuat dan ahli parti politik NDL iaitu parti politik Aung Suu Kyi!!
Lagi
satu aku nak tanya, apasal pesaing2 politik Aung Suu Kyi dalam dan luar negara
Burma gunakan isu Rohingya ni untuk malukan karier politik Aung Suu Kyi, bukannya
Thein Sein?? Sebab depa tau sapa boss dia yang sebenar dan depa tau yang Aung
Suu Kyi ni pun TIDAK MENENTANG cadangan jangka panjang Thein Sein pada 2012 untuk
‘RELOCATE’ kaum Rohingya ni keluar
dari Tanah Rakhine yang mempunyai nilai strategik yang cukup tinggi kepada karier
ahli2 Politik Burma. Sebab tu dia merayu je, tapi halangnya tidak. Tahu tak apa
yang ada kat Sittwe iaitu ibukota Rakhine?? Hangpa akan tahu sebab apa Aung Suu
Kyi takkan bantu Rohingya ni, sebab NOT THE BEST INTEREST bagi karier politik
dia untuk buat power base.
Hangpa
semua pikiaq, kenapa yayasan2 demokrasi dan hak asasi barat khususnya, boleh beri
funding ratusan juta USD untuk support Arab Spring di Arab sampai sanggup
tumbangkan kerajaan termasuklah di Malaysia, mereka duk support pembangkang spt
gerakan BERSHIT tapi DEPA TAK MAU SUPPORT ROHINGYA?? Depa kata depa perjuangkan
hak asasi dan demokrasi. Apa cerita?? Jawapannya mudah je, Rohingya ni TAKDE
NILAI STRATEGIK. Macam Arab dan Malaysia ada nilai2 strategiknya seperti bursa
saham, selat2 strategik, sumber2 strategik dan lain2 untuk bargain. Itulah dia
hipokrasinya idea hak asasi dan demokrasi ni.
No comments:
Post a Comment