Dalam youtube ni, Nizar mengatakan tiada
langsung sebarang perlaksanaan hukum Islam atau Negara Islam seprti yang
dijanjikan semasa kempen undi Pas.
Sabda Nabi s.a.w, “Empat ciri jika seorang Muslim itu
memilikinya, maka dia menjadi seorang munafik tegar, melainkan selepas itu dia
meninggalkannya – Jika diberi sesuatu amanah, dia cabulinya, jika dia bercakap,
dia berdusta, jika dia berjanji dia mungkiri dan jika dia bertelingkah, dia
melampau”.
Dari youtube ini, ada 3 perkara yang sangat tepat dengan
kenyataan Nizar ;
1. Berjanji,
dia memungkirinya – janji masa kepen politik, tapi bila menang kata takdak,
macam2 alasan.
Bercakap,
dia berdusta – kata nak buat negara Islam la, hukum hudud la, tapi last2 takdak
pun.
3. Jika
dia bertelingkah, dia melampau – bergaduh sampai tidoq atas jalan, block
jalanraya.
Adakah mereka berjanji kepada rakyat seperti PAS dan
akhirnya memungkirinya?
Adakah mereka melaungkan slogan2 Islam lalu hanya’cut and
paste’ ayat2 suci al-Quran dan Sunnah untuk dipergunakan sebagai meraih undi
dalam kempen politik mereka?
Adakah mereka mempergunakan ayat2 suci al-Quran dan
Sunnah untuk menghina atau bergaduh sesama umat Islam?
Adakah mereka mempergunakan ayat suci al-Quran dan Sunnah
untuk mengkafirkan orang Islam lain?
Sangat sedih apabila Nizar mengatakan tiada langsung di
dalam memorandum atau mana2 dokumen yang menyatakan Hukum Hudud akan dilaksanakan
jika Pas dapat memerintah negara.
Nizar bukan berseorangan, Anwar, Husam dll cakap macam tu
jugak, Hudud tidak akan dilaksanakan kerana untuk berkompromi dengan DAP. ‘Negara
Islam’ yang selama ini dilaung2 kan telah digadaikan. Adakah Islam yang menjadi
tunjang perjuangan PAS selama ini lebih murah nilainya lalu PAS sanggup
berkompromi dengan DAP? Jauh sekali seperti apa yang dijanjikan dalam kempen
politik PAS, INI ADALAH SUATU PEMBOHONGAN!! Islam sama sekali dipergunakan
sebagai modal politik PAS!
Kita boleh tengok dalam dan luar negara, ramai yang
menyalahgunakan ayat2 al-Quran dan Hadis. Ada yang sampai guna istilah Bai’ah
untuk menggadaikan kedudukan isteri mereka atas sebab politik, bukannya sebab
agama. Sebenarnya tidak perlu sampai ke tafsir yang terperinci, yang penting
sekali NIAT tu. NIAT menggunakan ayat2 al-Quran dan Hadis di mana2 medium bukan
setakat memperingatkan umat Islam, tetapi lebih kepada objektif lain seperti
kebencian, merendahkan orang lain (terutamanya UMNO), meraih undi atau
sokongan, atau mana2 niat lain yang tidak baik. Dalam Hadis 40, Hadis pertama
mengatakan semuanya bermula dengan NIAT (saya pun sekolah agama jugak dulu, nak
guna agama untuk kelentong saya ni susah sikit).
Adakah UMNO sahaja yang perlu dinasihati? Dan golongan PR
itu maksum, tak perlu dinasihati? Memungkiri janji adalah suatu perkara yang
berdosa, lebih2 lagi menggunakan Islam untuk meraih sokongan. Kita ambil contoh
kenyataan Nizar, umat Islam Malaysia telah memberi sokongan yang sepenuhnya
sampai BN hilang 5 negeri, tetapi akhirnya apa Nizar cakap? Tiada pun dalam
memorandum atau mana2 dokumen mengenai perlaksanaan Hukum Islam dan Negara
Islam.
Kenyataan yang dibuat oleh Nizar membuktikan ianya adalah
penipuan yang bulat2, ramai rakyat beragama Islam di negara ini telah memberi undi
kepada PAS kerana percaya dengan janji PAS yang kononnya mahu menegakkan Hukum
Hudud dan Negara Islam. Kalau tak mahu buat Negara Islam, cakap awal2 sebelum
pilihanraya. Bila rakyat dah mengundi, lepas tu menang pulak tu, baru nak kata
takde hajat nak buat Negara Islam. Ini penipuan DASAR namanya.
Secara halus DAP menukarkan PAS menjadi
seperti mereka dengan membuang identiti dan objektif PAS secara pujukan. Sebab
tu saya katakan dengan pengorbanan yang PAS lakukan, PAS menjadi sama macam
mereka, yang beza hanyalah janggut, jubah, kopiah dan ceramah. Tiada identiti,
tiada matlamat. Dan saya tidak terkejut, tiada lagi PAS suatu hari nanti. Satu
entiti politik Melayu Islam telah dilumpuhkan.
Kesimpulannya, jangan kuat mengata orang, WHAT GOES
AROUND COMES AROUND. Allah itu Maha Adil. Lihatlah sendiri, PAS dulu kutuk
UMNO, ngata UMNO tak perjuangkan Islamlah, akhirnya hari ni PAS sendiri tidak
mampu memperjuangkan Islam kerana disekat oleh DAP. Dalam buku Jinggay, DAP ‘delete’
perjuangan Islam oleh PAS.