Realitinya, Malaysia tak mahu menyebelahi sesiapa.
Malaysia adalah sebuah negara neutral iaitu ZOPFAN. Ini adalah kelebihan polisi
luar negara yang neutral di mana kita mempunyai ramai kawan. Kalau US nak mengusik
kita lebih2, apa kata China dan Russia pulak yang melabur di Malaysia ni?? Sama
jugak kalau senario China dan Russia nak mengusik Malaysia lebih2, korang ingat
US dan Barat nak duduk diam je kasi duit diorang terbang?? Itulah dia
kecerdikan bermain ngan polisi luar negara.
Kita boleh relate senario ni dengan senario di Arab iaitu
Syria, Mesir, Tunisia, Bahrain dll. Mereka semua ni tak neutral semenjak
revolusi Arab lagi, semuanya menyebelahi US/Barat. Pemimpin2 mereka pun naik
atas sebab bantuan US. So bila US nak "recycle" pemimpin2 boneka
mereka di negara Arab tu dengan pemimpin baru melalui trademark tunjuk perasaan
kuasa rakyat, apsal lak kuasa besar lain seperti China dan Russia nak tolong??
Sendiri mau tanggung laa..
Kita tengok contoh Afghanistan yang ada value lain kepada
US selain daripada minyak. US tak kejar minyak Afghanistan. Value Afghanistan
adalah sebagai “buffer state” iaitu menghadang China yang merupakan saingan
ketat US. Boleh tengok map dan value strategic logistic Afghanistan.
Di Malaysia, BN ni nampaknya cerdik gak bermain dengan
polisi luar negara ni. Diorang maintain je neutral, dengan semua orang depa
kawan. Pemimpin2 naik pun takde terhutang budi dengan kuasa luar macam
pemimpin2 Arab tu. So bila China dan Russia nak mengusik kita, US dan barat
bising, maklumlah sebab duit diorang ada kat sini. Sama jugak bila US nak
mengusik kita, Russia dan China lak bising. So akhirnya, kuasa2 besar dari luar
ni maintain je dengan Malaysia ni. Itu pasallah Malaysia ni susah nak terkena
macam negara Arab tu....
US berminat dengan Malaysia bukan kerana minyaknya, tapi
kerana pengaruh di Selat Melaka. Malaysia tak kaya dengan minyak, nak masuk
OPEC pun tak layak. Selat Melaka adalah laluan perdagangan yang menguasai 1/3
perdagangan melalui laut global yang menjadi rebutan semenjak zaman Parameswara
lagi. Siapa yang menguasainya akan menguasai 1/3 perdagangan dunia. Itulah
nilai Malaysia iaitu sebagai hub di laluan logistic yang sangat berharga.
Sebenarnya takde kena mengena dengan nak bantu Islam,
takde kena mengena nak tegakkan demokrasilah konon. At the end of the day
adalah STRATEGIC INTEREST. So kita sebagai negara kecik ni kenalah cerdik sikit
menongkah arus bermain dengan polisi luar negara ni..
Yang paling bodoh sekali adalah Anwar Ibrahim. Pada
1991, dengan kejatuhan USSR dan kemenangan barat dari blok sosialis dalam
perang dingin, Anwar dok ingat negara2 dari blok ni takkan naik balik punya
hanya tinggal 1 ja kuasa besar iaitu US. Itu pasallah cium mulut lebih sangat
dengan US tu. Pada 2006, jangkaan Anwar meleset. Russia dan China bangkit
menjadi kuasa besar baru untuk balancekan US.
Dahlah tu, China lagi kaya lak dari US. So Anwar nak
U-turn lobi China dan Russia jadi payahlah, maklumlah dah pilih bulu. Dah rugi
negara Malaysia nak tingkatkan hubungan perdagangan dengan blok2 yang baru
bangkit ni. Kalau US nak "recycle" Anwar, ada Russia dan China nak
tolong? Takdenya, apsal nak tolong orang yang tidak neutral pada awalnya.
Itulah KEBODOHAN Anwar Ibrahim.