Tuesday 29 May 2012

Bila Anwar Bercakap Pasal Minyak





 
Kononnya Anwar boleh turunkan harga minyak, hehehe. Aku dengan geng2 O&G aku TERGELAK sampai keluar air mata masa tengok debat ni. Aku simple, masa Anwar temberang, ada tak dia sebut pasal realiti industri minyak dalam negara kita? Ada dia sebut kepada rakyat Production vs Consumption di Malaysia? Production sehari ialah 577,870 tong / sehari dan Consumption 554,000. Ini menunjukkan Ratio Supply and Demand 1:1. Ada dia sebut? Takde pun, check la sendiri dari min 0.00 hingga 9:46. Tengok Anwar kelentong rakyat Malaysia.
Jawapannya cukup mudah di graf Production vs Consumption di Malaysia. Lihat tahun 2009 di mana Production sehari ialah 577,870 tong / sehari dan Consumption 554,000. Ini menunjukkan Ratio Supply and Demand 1:1. Dengan peningkatan Consumption tahunan, kita punya reserve dan nett export berkurang. Dan dijangkakan Malaysia akan jadi nett importer pada 2014. Maka tiada ruang untuk turunkan harga minyak di Malaysia ni. Tengok sini.



Anwar pusing lak kat TNB, kononnya ada terlebih reserve / standby capacity. Dia ni bodoh ke apa? Pelabur2 nak bina kilang2 baru, hotel2 baru, bangunan2 baru kat KL tu tak perlu janakuasa ke? Diorang pakai lilin ke? Bila pelaburan aset baru ni siap dan nak beroperasi dari mana mereka nak dapat janakuasa immediate? Nak tunggu TNB buat Power Plant baru? Depa ambik dari standby / reserve power dulu la bodoh.

Lagi satu, Anwar pusing lak pasal subsidi kat IPP. Dia ni tak tahu ke kos untuk setiap kilowatt sejam kepada rakyat Malaysia antara termurah di rantau ni? Malaysia punya kos ialah USD 0.0742 / kwh, bandingkan dengan jiran terdekat Singapore iaitu USD 0.2069/kwh. Lebih 100% beza tu untuk setiap kilowatt sejam. Kalau buang subsidi kat IPP tu, apa jadi dengan harga setiap Kilowat sejam di Malaysia? Harga untuk setiap kilowatt sejam NAIK LAGILAH BODOH. Tengok Anwar cuba tipu rakyat Malaysia. Bukan semua orang bodoh tau.

Realitinya, banyak cara nak selesaikan isu Income vs Cost rakyat ni. Tapi bukan dengan undi Anwar, hehehe. Temberang turunkan kos dari Anwar ni karut je. Realitinya, kos akan sentiasa naik. Sepatutnya kita fokus kepada "Safety Net" iaitu jurang antara kos / perbelanjaan dan Pendapatan (Pendapatan - Perbelanjaan = Extra Simpanan). Salah satu sebab saya mula menyokong idea ETP Najib berbanding idea temberang Anwar.

 
Aku ambik contoh Venezuela je. Produksi mereka sehari ialah 2,239,000/tong sehari dan Penggunaan sehari mereka hanya 723,000/tong sehari. Aku ambik contoh satu lagi iaitu Arab Saudi. Produksi mereka sehari ialah 8,250,000/tong sehari dan Penggunaan sehari mereka hanya 2,438,000/tong sehari. Tengok betapa tinggi nilai reserve dan export Venezuela Arab Saudi, sebab tulah harga minyak dalam negara mereka murah! Pasai apa negara seperti Arab Saudi, Venezuala ni semua murah berbanding Malaysia, pasai nett reserve/nett export mereka sehari lebih dari 1 juta tong sehari. Dan lagi satu, Ratio Supply and Demand mereka masih 3 : 1. Mereka boleh absorb kos untuk penggunaan dalam negara lebih banyak dari Malaysia sebab keuntungan eksport mereka. 

Malaysia 2009 tak sampai 30,000 tong pun, nak untung apa? Pertama, proven reserve kita hanyalah 4 billion barrel, suatu nilai yang kecil sebenarnya berbanding dengan consumption kita hari ni. Apabila kita tolak Reserve dengan Consumption harian kita maka Malaysia akan jadi pengimport minyak dalam lingkungan 2013-2015. Dan Hassan Merican telah justifikannya pada 2014. 

 
Anwar Ibrahim kata undi PR boleh turun harga minyak, ya ka? Yang akan turun hanyalah seluar dalam Anwar, hehehe. Ni dia perbincangan Anwar dengan pakar minyak dari China nak turun harga minyak, cukup dedikasi sampai bertuala je ... hehehe. 




SO adakah undi PR, harga minyak akan turun? TIDAK!! Kenapa? Kerana Supply and Demand dalam Malaysia sendiri sudah 1:1, reserve berkurang, dan Malaysia dijangka akan jadi pengimport Minyak 2014, inilah realitinya. Kering je Anwar kelentong 27 Juta rakyat Malaysia :D

  
Siapa sahaja yang yang berlatar belakangkan industri O&G dan Janakuasa adalah lebih hebat dari Shaberi Chik kalau nak debat pasal Industri Minyak dan Janakuasa. Shaberi Chik bukan latar belakang teknikal dia hanya ada "general knowledge" pasal industri ni. Sebab tulah Pak Lah dikritik Tun Mahathir sebab salah hantar org nak patahkan temberang Anwar. Anyway Pak Lah telah "diberhentikan". Dan bila Hassan Merican bersuara bahawa Malaysia akan jadi nett importer minyak dalam masa terdekat, Malaysiakini dan Anwar Ibrahim diam seribu bahasa sampai hari ni.

 
Lihatlah sendiri PENIPUAN PAS kepada27 Juta rakyat Malaysia pasal isu minyak. Korang bandingkan je Supply and Demand dan Production vs Consumption dalam kedua-dua negara ni iaitu Venezuela dan Malaysia. Boleh nampak sendiri. Betapa kering je PAS ni menipu 27 juta rakyat Malaysia. Pakai je serban sebakul. Untuk hangpa semua baca gak, nanti puak2 PAS dok bawak kelentong mcm ni kat kampung2 hangpa, dengan senang hangpa boleh bidas. Kat kawasan rumah aku pun ada member2 aku puak PAS dok cuba nak temberang modal macam ni kat orang kampung termasuklah mak aku, aku selit simple potong terus stim diorang ... hehe. Member PAS aku siap sound "Bro lu fokus buat duitla, jangan kacau politik" … kah kah kah ...

Saturday 26 May 2012

Apa Khabar Tun Daim?


Ok last time I posted about Petronas Pro-ness when they got listed as one of the Seven Sisters. There's another guy that we might seem have been forgotten. But anyway this guy is an enigma and this guy managed to solve Malaysian economy 3 times, first in early 80s then early 90s and then the famous 1997 crisis. This guy name is Tun Daim. So what he have been doing now? 
 
 
Tun Daim today is busy running very successful commercial bank that called ICB Banking Group. This Group have 14 banks around the world!!!
And this Group is listed on the AIM market of London Stock Exchange!!
This group is very influential in Africa, Eastern Europe and Asia basically the countries that are considered as the "emerging markets".

Check out the Group Website http://www.icbankingroup.com/

Maybe one day if he is free, he can come down to Selangor and repair back the screw ups done by the RM 1 Economic Advisor just like he did in 1997 when he repaired the screw ups of the Finance Minister during that time.

 
Kenapa Indonesia semakin pulih? Ia disebabkan oleh COUNTER REVOLUTION secara halus yang mereka laksanakan di dalam negara mereka. COUNTER REVOLUTION secara halus ini bermula pada 2001 selepas menyaksikan kegagalan ubat IMF antara (1997-2001). Kerajaan Malaysia menghantar secara rahsia "crack team" of economists untuk bantu saudara serumpun kita. 

Ini menjawab kenapa Tun Daim resign tiba2 dari MOF pada 2001. Sebenarnya beliaulah yang lead team economists kita ke Indonesia untuk support dan coordinate dengan mereka antara 2001 hingga hari ni, terutamanya mengenai proses bank merger yang Indonesia laksanakan antara 1998-2000 yang masih tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. 

Pada 2001 – 2004, Indonesia re-plan balik strategi ekonomi mereka terutamanya bank merger / bail out dan capital control. Pada 2005-2010 ialah masa Indonesia implement strategi ekonomi baru mereka (Sri Mulyani sebagai Finance Minister) iaitu jauh berbeza dengan cara awal IMF 1997. 

Dan nampaknya ia mendatangkan hasil pada Indonesia. Pada 2010, Seri Mulyani, seorang ex director IMF mengakui cara Tun Mahathir 1997 ialah terbaik untuk Asia.

Pada 2005 - 2010 ialah masa Indonesia melaksanakan "reverse" polisi IMF pada 1997 melalui Capital Control, Restructure Bank merger, Bail Out dan lain2. Dan ia telah membuahkan hasil. Sri Mulyani iaitu Ex IMF punya director yang dulunya Pro IMF, tidak pernah percaya pada system Capital Control (dilarang IMF) tetapi telah melaksanakannya di Indonesia antara tahun 2005-2010 dan beliau nampak hasilnya. Hari ni Banker Malaysia mendapat "special treatment" dari Industri Perbankan Indonesia, 7 daripada Bank terbesar Indonesia, 3 adalah milik Banker Malaysia ini mungkin disebabkan penghantaran secara rahsia "crack team" of economists untuk bantu saudara serumpun kita. 

Indonesia ada bantu kita juga. Indon tak pernah tinggalkan kita, sekali-sekala bergesel tu biasalaa. Semenjak 2001, kalau di PBB, ASEAN, G15, World Bank, Malaysia dengan Indonesia dah macam kembar siam, suara dan sokongan sama je. Kalau Malaysia cakap A, Indon pun cakap A. Kalau Indon cakap B, Malaysia pun cakap B. Kita yang rakyat biasa ni di Indonesia dan Malaysia tak perasan.

Sebenarnya dah ada gerakan secara halus pasal serumpun Indon-Malaysia ni, cuma kita dan rakyat Indon ja tak perasan. Cuma tak kecoh ja maklumlah tak mahu bagi kawan kita kat Singapore tu melompat tapi nampaknya diorang dah perasan dah. Tun Mahathir secara "open" hari ni nak push Indonesia jadi kuasa dunia ke-7 terbesar. Kalau Indon berjaya jadi kuasa besar ke-7, maknanya Melayu kita ni ada wakil di G-8, secara automatik jadi Security Council di PBB. 

Apa maknanya jika Indonesia dapat jadi Security Council di PBB? Maknanya kita secara indirect boleh bantu Palestin, Asia dan negara Islam lain dengan voting kita. Depan kita, kita dok dengar pasal Ganyang Malaysia, tapi di belakang tabir, apa dok jadi? Bank2 di Malaysia dan Indonesia dok sibuk bergabung dan menjadi bank2 terbesar di Asia Tenggara. Secara tak langsung bank2 ni dah "gerhana" kan bank2 Singapura. 

So apa akan jadi kalau semua bank2 di Indo dan Malaysia bergabung? Bank2 serumpun ni akan jadi besar dan sangat berpengaruh di rantau Asia. Dan kesan pengaruh ni dah meresap pun ke dalam World Bank. Sebelum ni, CAPITAL CONTROL diharamkan oleh World Bank, tapi hari ni boleh, rasanya kerja siapa tu?


Press Announcement (taken from http://daimzainuddin.com/press.htm)

Tun Daim Zainuddin and ICB Financial Group Holdings Ltd. have been informed today that they have been selected as the “Highest Bidder” in the sale of 58.41 % stake in PT Bank Bumiputera Indonesia Tbk. by state-owned investment company PT Danareksa. The tender offer for the divestment exercise which closed on Friday, May 14 had attracted three bidders.

Tun Daim Zainuddin, former Finance Minister of Malaysia, is the sole shareholder of ICB Financial Group Holdings Ltd., an investment holding company incorporated in Switzerland. ICB Financial Group Holdings Ltd. is the vehicle through which Tun Daim Zainuddin is consolidating his shareholdings in the various banks he owns in Europe and Africa known as the ICB Banking Group.  To date, Tun Daim Zainuddin has set up banks in seven countries, namely, Hungary, Albania, Ghana, Guinea, Tanzania, Mozambique and Sierra Leone and will be opening another bank in The Gambia later this year. In addition, Tun Daim Zainuddin has submitted applications for banking licenses in three other countries. 

Tun Daim Zainuddin’s interest in banks started in 1979 when he purchased Malaysian French Bank (then known as Banque Indosuez) from its French owners. In 1984, he acquired a controlling stake in United Malayan Banking Corporation Bhd, then Malaysia’s third largest bank.  Upon his appointment as Minister of Finance that same year he had to divest his shareholding in the Bank. 

During his retirement, Tun Daim Zainuddin purchased a stake in International Bank Malaysia Bhd (then known as Hock Hua Bank (Sabah) Bhd) in 1997 and once again had to divest his interest on his reappointment as Minister of Finance in 1999.          

The acquisition of PT Bank Bumiputera Indonesia is in line with ICB Banking Group’s plan to expand its banking network to Asia.  Indonesia was identified as the first country to invest in.  The Group made its first investment in Indonesia through SORAK Financial Holdings Pte. Ltd., the consortium formed to acquire PT Bank Internasional Indonesia last year.

The acquisition of PT Bank Bumiputera Indonesia reaffirms the Group’s confidence in the stability and continued growth of the Indonesian economy, and the bright prospects for the future development of the banking industry.

Apart from Indonesia, the Group is actively looking at expanding to other Asian countries.

Issued By:

Harith Harun
General Manager
ICB Global Management Sdn Bhd
Kuala Lumpur   


( This article appeared in the September 2004 issue of Malaysian Business magazine. )

Friday 25 May 2012

Imran Khan - "Mahathir is My Role Model in Politics"








Imran Khan, pemain kriket Pakistan mengatakan ”Pakistan memerlukan Mahathir Mohammed, bukan Pervez Musharraf”.


Imran says he wants Mahathir type government of Malaysia in Pakistan. He is also receptive to Erdogan model presently in Turkey.

 
Kata Imran Khan lagi,

”I have high regard for Mahathir Mohammed of Malaysia more than any other political leaders. He is my role model. I want to emulate his political and economic policies in Pakistan. When Mahathir came to power, Malaysia had 35% of poor. By the time he left, poverty had dropped to 8%. This is something whose parallel doesn’t exist anywhere in the world. Pakistan needs Mahathir Mohammed, not Pervez Musharraf” 
(23 December 2010)

Rujuk di sini.

Sebelum Mahathir masuk, kadar kemiskinan berada pada tahap 35%, Bila Tun Mahathir bersara, turun kepada 8%!!! pergh. Anwar boleh ke buat????
Anwar boleh buat ke macam yang Tun buat???? Kadar kemiskinan turun 27% dalam masa 22 tahun. Ini baru yang dikatakan PERFORMER.

Friday 18 May 2012

Cina DAP Cuba Burukkan Agama Islam







Ada seorang Cina DAP cuba memburukkan Islam dengan menggunakan video ini bahawa Islam adalah sama macam Nazi. Jawapan saya mudah je menyebabkan dia lari dan ban saya dari wall dia. Jawapan dia mudah, video ini adalah propaganda dari Goebbels untuk memenangi hati umat Islam supaya menyokong General Rommel di Tobruk untuk bergerak ke Russia melalui Arab dan Iran sambil mendapatkan sumber minyak. Pada masa yang sama, British adalah empayar yang dibenci oleh umat Islam ketika itu dan Nazi ingin mengambil kesempatan. Tetapi Nazi GAGAL dapat sokongan orang Islam sepenuhnya kerana 3 sebab utama. Bukan sebab umat Islam terpaksa tunduk pada British. Ok baca 3 sebab ini.




Sebab PERTAMA : Ideologi Nazi iaitu mengenai bangsa Aryan adalah bangsa yang mulia dan bangsa lain adalah sub-human adalah SUATU PENGHINAAN TERHADAP UMAT ISLAM!! Memandangkan Nabi2 umat Islam banyak terdiri dari kaum Yahudi seperti Isa dan Nabi Muhammad SAW adalah dari bangsa Arab. Inilah dia sebab utama Nazi German tidak mendapat sokongan majoriti umat Islam. Turki iaitu sekutu German, sekian lama pun tak mahu sokong. Vide dari Harun Yahya Turki menjelaskan segala-segalanya.




Sebab KEDUA : Sekutu Axis iaitu Facist Musolini Itali telah membunuh karakter umat Islam ketika itu iaitu IMAM OMAR MUKHTAR atau lebih dikenali sebagai Lion of the Desert. Pembunuhan orang penting telah membangkitkan kemarahan umat Islam khususnya terhadap Axis dan akhirnya Nazi / Itali kehilangan Tunisia dan Libya. 
Saya baru je bagi 2 sebab, si Cina DAP tu terkial-kial ubah topik, siap bagi tahu umat Islam menekan dan membunuh kaum Yahudi di Syria, Tunisia, Algeria dan Morocco ketika itu. Jawapan saya mudah, siapa yang kontrol Algeria, Syria, Tunisia, Morocco ketika itu? Ia adalah di bawah pemerintahan Petain, Laval dan Daland dari regim Vichy Perancis yang melaksanakan undang2 perkauman. Semua negara tu masih koloni Vichy Perancis dan regim Vichy Perancis bersekongkol dengan Nazi. 

Ok, ini sebab ketiga yang menyebabkan umat Islam tak menyokong Nazi walaupun Nazi memberi janji manis pada orang Islam untuk bebaskan Palestin - Selepas tentera Nazi menjajah Perancis, Nazi telah menyeksa 4,000 tentera Afrika  beragama Islam di bawah tentera Perancis ketika itu, dan Nazi telah membuat satu paparan di TV Nasionalnya. Di dalam paparan tersebut, mereka telah memberi daging kambing mentah kepada askar2 Afrika Islam tersebut, dan akibat kelaparan, mereka memakannya dan ini ditunjukkan di TV Nasional German ketika itu. Mereka (Nazi) menjustifikasikan sikap tentera2 ini sebgaia barbaric dan mereka harus dibersihkan dari muka bumi ini. Kemudian 4,000 tentera ini ditembak. Perkara ini telah menyebabkan kemarahan sebahagian besar umat Islam ketika itu. Ia ada dalam dokumentari National Geographic mengenai propaganda2 Nazi pasal perkauman di negara mereka ketika itu. 

So kesimpulannya, 3 sebab kenapa umat Islam majoritinya tidak menyokong Nazi pada WW2 walaupun umat Islam benci British, dan Nazi janji nak bagi balik Palestin pada orang Islam ;
1. Ideologi perkauman Nazi menghina Nabi2 umat Islam yang berbangsa Yahudi dan termasuk Nabi Muhammad juga memandangkan Nabi berbangsa Arab.
2. Pembunuhan salah seorang pemimpin penting umat Islam ketika itu iaitu Omar Mukhtar.
3. Penyiksaan dan penghinaan terhadap 4,000 tentera Afrika Islam di bawah Perancis dalam TV Nasional German ketika itu. 

Setelah Nazi gagal mempengaruhi umat Islam di Arab untuk menyebelahi mereka, mereka cuba mempengaruhi umat Islam di Eropah Timur terutamanya yang ada unsur Aryan iaitu Bosnia dan Kossack. Memandangkan mereka ni tertekan di bawah Stalin, ia menjadi mudah untuk mempengaruhi dan temberang bangsa Aryan telah berjaya mempengaruhi 2 kaum orang Islam ni. Bukan setakat tu je, penduduk2 Kristian di Kiev Ukraine pun terpengaruh, maklumlah sebab faktor Aryan dan benci pada Stalin.

Macamana Bosnia boleh berminat join Nazi? 2 sebab je, pertama, mereka ni ada unsur Aryan. Kedua, mereka ni tertekan  di bawah kuku besi Stalin. Motivasi yang mudah untuk dipengaruhi. Perlu diingat, orang Islam ni banyak kaum, iaitu Arab, Yahudi, Afrika, Cina dan lain2. Kenapa mereka ni tak berminat? Kenapa mereka lebih minat ikut British berbanding Nazi? 

Memang ada orang Arab ikut Wehrmacht dan tak ramai, tapi mereka tak ikut SS. SS dan Wehrmacht adalah dua entiti berbeza. Wehrmacht memang tidak berminat nak ikut doktrin Nazi tetapi SS memang gila dan fanatik. Wehrmacht Afrika Korp yang diketuai oleh Rommel secara terbuka tidak mahu mengikuti doktrin Nazi. Itulah yang menarik sebilangan kecil Arab untuk ikut Rommel maklumlah sebab Rommel lawan Montgomery. Dan akibat tidak mahu mengikut Doktrin Nazi dan disyaki terlibat dalam plot untuk membunuh Hitler iaitu operasi Valkryie, Rommel dipanggil pulang ke Jerman dan diarahkan untuk bunuh diri. Rommel hingga ke hari ni dianggap hero oleh seluruh dunia.

Wednesday 16 May 2012

Kebodohan Lim Kit Siang - Tak Nampak Potensi Negara2 Islam.




 
Ni aku nak cerita dari sudut peluang ekonomi, bukan dari sudut spiritual Islam. Dari sudut peluang ekonomi, memang Lim Kit Siang baghal. Dia ni tak sedar ke bila kita jadi bukan negara Islam, kita perlu keluar dari OIC? Dia ni tak sedar ke banyak emerging market adalah negara Islam dan ahli OIC? Dia ingat senang ke barangan Malaysia nak bersaing dan tembusi dengan market sedia ada di Barat? Lebih baik kita tembusi pasaran negara Islam yang sedang membangun dan market masih luas. Negara2 bukan Islam macam Amerika, Russia, China sedang dok berebut nak tembusi pasaran negara2 Islam membangun sampai menjajah, lobi gila2, hantar boneka, kita steady je guna label dan contact kita sebagai negara Islam, terus selit je. Yang untung peniaga2 / manufacturer bukan Islam di Malaysia jugak, boleh market barang diorang guna label Malaysia sebagai negara Islam. Tengok macam Petronas, berapa banyak income dia lompat sebab tembusi pasaran negara Islam?? Dia ni memang cina bukit yang baghal la. Mati2 aku ingat semua Cina reti niaga.





 
Si Lim Kit Siang ni tak sedar ke, Eropah terutamanya UK dok sibuk perkenalkan perbankan Islam di UK terutamanya Barclays, kemudian dok sembang lebih pasal hubungan Islam-Barat dan termasuklah usaha Monarki UK mengahwinkan sedara mara mereka dengan Monarki di negara2 Islam, untuk apa semua ni? Nak selit ambik peluang tembusi pasaran negara membangun Islamla, itu ja.

 
Si Lim Kit Siang tak sedar ke, kerajaan China dengan taktik pemasarannya dengan menggunakan ayat Nabi Muhammad SAW "Belajarlah hingga ke negeri China" untuk melobi menembusi negara2 membangun Islam? Hasilnya Hubungan China -GCC melalui perdagangan meningkat 300% setahun semenjak 2007!


Si Lim Kit Siang ni tak sedar ke, usaha Obama nak pulihkan balik hubungan dengan negara2 Islam selepas US menjajah Iraq sebab risau negara2 Islam membangun cabut lari deal dengan pesaing US seperti Russia dan China? 

 
Si Lim Kit Siang ni tak sedar ke, Russia iaitu Vladimir Putin dok kuat lobi negara Islam membangun dengan ayat2 pemasaran sperti "If Russia becomes very weak Islamic world will have no defender from the barbaric westernization that the US and its allies are trying to put into practice" sebab nak tembusi pasaran negara Islam yang membangun? Russia siap nak jadi pelindung negara Islam tuuuu, amboi bodek punya kuat. Sebab masa depan negara2 Islam ni sedang membangun, pasaran mereka masih luas berbanding barat yang dah tepu pasaran.


Memang bengap betul LKS, yang rugi peniaga2 kaum cina Malaysia jugak. Nak tembusi pasaran barat yang dah tepu? Mintak maaflaa. Tengok ni, Pakistan ni memang sekutu US cukup kuat, bila China pakai hadis Nabi Muhammad SAW,  "Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China", lembik terus Pakistan, terus U-turn jadi sekutu China, tinggal terus US. Tengoklah sendiri macamana negara2 bukan Islam sanggup melobi sedemikian rupa untuk tembusi pasaran negara Islam yang masih luas. Kita ni yang dah negara Islam dihormati, ahli OIC yang dihormati, boleh terus selit je. Tulah aku kata LKS ni akan merugikan peniaga2 Cina je untuk ambik peluang tembusi pasaran negara2 Islam membangun.



Point dia sekarang, tengoklah negara2 bukan Islam dok buat macam2 nak lobi tembusi pasaran negara Islam, sampai guna hadis, ada sampai jajahlah macam2. Malaysia tak perlu buat macam tu. Sebagai ahli OIC dan negara Islam, kita dengan mudah boleh tembusi pasaran negara2 Islam membangun. Yang untung bukan orang lain pun, peniaga2 cina Malaysia gak boleh tumpang sekaki. Memanglah Lim Kit Siang ni bodoh, aku ingat org CIna semua hebat berniaga. Lagi2 kalau jual nama Mahathir kat Pak Arab, habih sign terus kontrak. Baru2 ni di Mesir, kerajaan baru Mesir panggil Mahathir untuk berucap mengenai masa depan Mesir. Siapa2 peniaga yang ikut Mahathir masa tu, memang sedaplaa merenyih jual produk /  servis Malaysia kat Mesir.

 
Kalau akulah MP UMNO di parlimen, aku takyah guna Islam atau Melayu untuk balun Cina bukit ni, aku sound macam ni je "Oooo lu mau kita keluar OIC ka? Lu mau kita stop pakai itu IDB (Islamic Development Bank) yang bernilai berbillion ringgit bantu pembangunan kita? Lu mau kita putuskan hubungan dagangan dengan itu OIC punya negara ka? Lu mau kita rugi tak boleh tembus itu pasaran negara2 Islam ka? Lu mau tunggu US bagi wang sama kita? Apa wang dia ada? Kalau lu punya bapak kaya, lu bayar itu peluang2 keuntungan bernilai puluhan billion setahun sama Malaysia, besok kita keluar OIC, ada berani?"  Macam tu patut MP UMNO sound Lim Kit Siang, kita tengok apa dia mau jawab. Peniaga2 Cina di Malaysia pun pikir 2 kali kalau nak lepaskan peluang utk berniaga dengan OIC. 

 
Perspektif aku mudah - Dari sudut Islam dah mengguris hati majoriti umat Islam. Dari sudut peluang perniagaan antara negara2 OIC, beliau berpotensi menyebabkan Malaysia rugi berpuluhan billion setahun sebab terlepas peluang perniagaan. So dari dua sudut ni memang dia ni merugikan dan menyakitkan hati rakyat Malaysia je, satu haprak tak guna.

Tuesday 15 May 2012

Antara Propaganda dan Realiti Kehidupan Rakyat Amerika




Lagi REALITI di US : Propaganda media barat menunjukkan rakyat2 mereka terutamanya US hidup senang dah tak boleh pakai lagi. 46 Juta Rakyat Amerika tidak mampu untuk membeli makanan dan rumah!!! Dan mereka menghadapi masalah kelaparan!! 14% rakyat mereka hidup di bawah paras kemiskinan, lebih teruk dari rakyat Malaysia yang miskin!! Lebih sedih dari Program TV3 Bersamamu!! 




Malaysia tidak mengamalkan kapitalisme tidak terkawal (unregulated capitalism) seperti US. Kita ni macam semi-sosialis, bukan liberasi ekonomi secara total iaitu dikuasai sepenuhnya oleh swasta, kita banyak GLC yang turut mengawal ekonomi negara kita dan beri banyak pengaruh pada harga barangan supaya tak melonjak gila2 dan sesuka hati. 


Contoh peranan GLC ialah crash harga pasaran. Saya ambik contoh TNB, harga untuk setiap KWH di Malaysia adalah 100% lebih rendah harga pasaran banding Singapura. Semua syarikat swasta janakuasa tenaga dari luar seperti Amerika dan lain2 tak berani masuk bersaing dengan TNB bukan sebab kerajaan Malaysia block, tapi sebab syarikat2 swasta ni tak mampu nak bagi harga 100% lebih rendah yang TNB beri. TNB dah crash harga pasaran tenaga elektrik di Malaysia. Macamana TNB hidup? Mereka kutip sikit dari janakuasa punya income, lepas tu mintak kerajaan dari tax, selamba je. So tiada syarikat2 luar berani bersaing dengan TNB. 





Anwar Ibrahim memang tak mahu rakyat Malaysia tengok berita ni, maklumlah sebab Anwarlah yang nak bawak masuk sistem ekonomi kapitalis tidak terkawal (liberalisasi tanpa batasan) yang telah gagal ni ke Malaysia semenjak 1997 lagi. Bila aku tengok berita ni iaitu menunjukkan SATU KOMUNITI rakyat US tinggal di hutan tanpa bekalan elektrik, air bersih dan tempat berteduh seolah-olah menjadikan program TV3 di Malaysia BERSAMAMU sebagai perkara kecil je. 





Setiap 7 daripada rakyat US, 1 daripadanya hidup di bawah paras kemiskinan dan mempunyai kadar "safety net" ekonomi yang jauh lebih rendah berbanding rakyat miskin di Malaysia, dan paras kemiskinan mereka dah mencecah tahap kelaparan!! 

Aku cukup suka Berita Antarabangsa RT ni, sebab mereka selalu bocor penipuan CNN, Fox News hahaha …

Bila aku tengok BERSAMAMU, orang miskin tegar yang tinggal di rumah macam reban di ceruk hutan takdelah seramai SATU KOMUNITI macam di US ni. Dan sekurang2nya orang miskin dalam BERSAMAMU adalah jugak bekalan elektrik, makanan walaupun tak banyak dan bekalan air serta tempat berteduh, berbanding dengan rakyat US yang miskin ni. Sedih gila.


Agensi Berita RT ni cukup cekap memilih KOMUNITI rakyat US miskin di hutan ni kerana kedudukannya berdekatan dengan kawasan perumahan mewah billionaire US di New York. Cukup ironi, walhal billionaire2 US ni jugaklah penaung2 yayasan untuk basmi kemiskinan dan perjuangkan hak rakyat kononnya di seluruh dunia termasuklah Malaysia, tapi komuniti2 miskin rakyat mereka sendiri berdekatan dengan rumah mereka tak mahu jenguk hehehe …


Politik memang sama dramanya, aku pun tak peduli, tapi polisi ekonomi adalah situasi berbeza. Polisi ekonomi la yang penting sekali samada rakyat akan hidup merempat tanpa makanan atau tidak. Walaupun Anwar ni teruk, kalau polisi ekonominya ampuh, aku akan mengundinya, tetapi masalahnya tidak ampuh, tengoklah apa jadi di US, inilah dia liberalisasi ekonomi tanpa batasan yang Anwar cuba bawa pada 1997 di Malaysia. 46 juta rakyat US tidak berkemampuan untuk beli makanan, air, eletrik dan tempat tinggal, lagi teruk dari program "Bersamamu". So sendiri mau ingatla.


Individu adalah Individu, polisi ekonomi adalah polisi ekonomi, dua perkara berbeza. Bagi aku walaupun pemimpin turun padang tiap2 hari tapi polisi ekonomi merapu, buat apa?? Bukannya aku perendahkan pemimpin turun padang, tetapi lebih penting adalah polisi ekonominya. Aku yakin majoriti rakyat Malaysia tidak tahu apa polisi ekonomi Malaysia, sebab takde yang berminat untuk ambik tahu. Contoh dari video ni, kenapa rakyat Malaysia tidak terfikir kenapa KWSP Malaysia kukuh dan KWSP US tumbang? Kenapa kadar kemiskinan di US adalah 15% tetapi Malaysia adalah 7%, walhal ekonomi US jauh lebih hebat? Kenapa? Apa sebabnya? Sebabnya mudah, iaitu polisi ekonominya, apa polisi ekonominya? Bacalah dan buatlah perbandingan. Ini kelemahan rakyat Malaysia, sebab tak ambik tahu mengenai polisi ekonomi, terlalu fokus kepada drama politik.


Aku ambik tahu pasal isu di US ni kerana beberapa faktor penting yang akan beri pengajaran kepada kita iaitu ;

1. Inilah polisi ekonomi yang cuba di bawa Anwar Ibrahim pada 1997, so apa dah jadi di US? 

2. Kaki rembat duit rakyat US berjumlah USD Trillion berlindung disebalik yayasan hak asasi manusia spt NED, ICG dan lain2 sedang memberi sokongan pada Ambiga dan PR seperti pergerakan BERSIH kononnya untuk menegakkan keadilan. So berhati-hatilah. 


Monday 14 May 2012

Salah Satu Sebab Anwar ditolak - Meliberalisasikan KWSP







Berita Bloomberg ini, Anwar / Malaysiakini tidak mahu rakyat Malaysia tengok. Kenapa? Pada 1997, Anwar Ibrahim telah mencadangkan untuk meliberalisasikan semua GLC dalam negara kita termasuklah GLC yang mengawal KWSP atas alasan kononnya boleh menarik lebih banyak pelabur asing dan lebih kompetitif. So sekarang korang semua boleh tengok apa jadi pada US Pensions System (KWSP US). Duit persaraan pekerja2 di US lesap dan underfunded!! Inilah akibatnya Kerajaan US tidak mengawal tetapi meliberalisasikan sistem KWSP mereka kepada pihak swasta untuk uruskan sesuka hati mereka. GLC yang mengawal KWSP sewajarnya tidak boleh disentuh langsung oleh pihak swasta dan sepatutnya berada dibawah kawalan sepenuhnya oleh kerajaan. Sekarang ni baru kerajaan US terkial-kial nak overhaul balik sistem KWSP mereka.






Apa yang terjadi hari ini pada US adalah pengajaran kepada kita semua. Dan kita bernasib baik Anwar di hantar ke ISA, kalau dia jadi PM masa tu, memang senasibla kita dengan rakyat US dengan polisi ekonomi yang akhirnya menganiayai rakyat US sendiri. 


Sistem ekonomi US tidak perfect tetapi lebih baik dari Malaysia, itulah realitinya. Tetapi bezanya Malaysia dengan US, Malaysia mengawal ekonomi mereka melalui GLC2 dan peraturan2 ketat. Kapitalisma di negara kita dikawal. Di US, kerajaan mereka tidak kawal kapitalisma mereka, kerajaan mereka membenarkan pihak swasta berbuat sesuka hati mereka, spekulasi pasaran saham dan komoditi sesuka hati, tidak mengawal KWSP mereka dan macam2 lagi, seolah2 liberalisasi tanpa batasan, akhirnya inilah jadinya.


Ini lagi satu Bandar LA akan hadapi masalah untuk bayar pencen kepada penjawat2 awam mereka. Inilah dia akibat liberalisasi tanpa batasan. Bila tengok berita ni, saya rasa lega Anwar masuk ISA, kalau dia PM memang senasiblah kita semua dengan penduduk LA ni.






Berapa ratus juta USD dah kerajaan US habiskan pada Anwar je? Dalam dokumentari BBC pasal Wolfowitz, kerajaan US dah beri USD 54 juta pada yayasan Anwar, yang lain2 tak kira lagi macam bayar wartawan CNN dan akhbar barat untuk burukkan Malaysia ni pun dah makan ratusan juta USD. Kalau Anwar tak berjaya jadi PM, mahu tak mengamuk kerajaan US dan pelabur2 seperti Soros dan lain2 tu, maklumlah duit dah banyak habis belanja.



Orang yang mencuri wang rakyat US sekarang adalah orang2 sama di belakang yayasan2 US yang menghasut orang Arab dan seluruh dunia termasuk Malaysia memberontak sekarang ni dan hasilnya mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Dan orang2 ni juga bertanggungjawab menipu mengenai perang Iraq dan melobi Presiden Bush untuk melaksanakannya. Orang2 ini juga adalah spekulator yang sama menyebabkan minyak dispekulasikan hampir 70% menekan rakyat seluruh dunia termasuk Malaysia.

Thursday 10 May 2012

Apabila ISA "dimansuhkan"





Kita dok kecoh pasal ucapan PM Najib mansuhkan ISA. Sementara tengah kecoh, aku mula perasaan ada satu badan / organisasi keselamatan baru mula timbul iaitu NSC. NSC ini adalah gabungan dari organisasi2 keselamatan dahulu dan distruktur kembali pada 24 Julai 2007. Dengarnya, badan ini akan mula mainkan peranan merencanakan polisi keselamatan negara ala NSA (National Security Agency) di US. Maknanya kuasa mereka cukup besar dan mereka hanya menjawab kepada PM sahaja. 


 Mr.Dictator


Aku ada jugak sembang / chat dengan member2 askarla, diorang pun kata mereka tak tahu banyakla, tapi apa yang mereka faham, pemansuhan ISA itu hanya sebahagian kecil dari rancangan kerajaan / PM Najib yang jauh lebih besar dalam perancangan keselamatan dalam negara. Member2 askar cakap pun kalau korang perasan, dah timbul watak2 baru yang berpengaruh seperti NSC dan teknik2 letak cip dalam IC, ATM Card, bank account, dan lain2 di mana kerajaan boleh akses dengan cukup mudah, hampir 60% seluruh Malaysia dah ada akses CCTV, dan pelancaran Satelit RazakSAT (ambil sempena nama bapak Najib) pada Mac 2009 oleh RMAF yang kononnya menyatakan sebagai kegunaan remote sensing.


Apa yang aku nampak, aku mula perasan kerajaan kita dok pasang alat2 canggih semenjak awal tahun 2000 mcm cip, coordinatekan semua informasi2 peribadi di security mainframe, pemasangan CCTV awam dan swasta, pelancaran "eye in the sky" spt satelite (3 dilancarkan semenjak 2000) termasuklah penubuhan2 badan seperti NSC pada 2007 semata-mata2 untuk "updatekan / transformasi" Polisi Keselamatan Negara kita dan secara tak langsung dah boleh gantikan sistem ISA 1960. Maklumlah musuh negara tak mcm style dulu lagi. Aku sebagai tax payer rasa gembira kerajaan susun macam ni.


Asal NSC ini semenjak 1969, tapi peranan mereka tak menyeluruh dan mereka mempunyai banyak organisasi seperit MAGERAN, BKN, NSD. Pada 2007, mereka distruktur kembali menjadi organisasi baru dan menjadi satu unit. Semenjak akhir2 ini, pengaruh mereka makin berkembang dalam isu sempadan, angkasa, cryptology / cyber, tenaga, maritim, dan mereka akan jadi komponen penting yang menghubungkan unit2 perisikan lain di dalam komuniti perisikan Malaysia nampaknya. Seperti di US, NSA ditubuhkan lewat berbanding dengan komuniti perisik CIA, FBI dan lain2 tetapi NSAlah yang menghubungkan komuniti perisik lain dan menjadi komponen penting dalam kerja2 perisikan dan pertahanan di US. Di Malaysia, NSC mula diberi tanggungjawab merencanakan sebahagian polisi2 keselamatan negara dan menjawab kepada PM sahaja, dan seperti biasa pengaruh mereka akan berkembang juga.
Aku pun dengar yang puak2 dok ketuk meja nak sangat ISA dimansuhkan adalah puak2 dari NSC, maklumlah sesetengah tindakan mereka tak boleh execute / buat sebab kena tunggu kerajaan isukan ISA dulu. Kasi lambat je. Maklumlah ISA ni undang2 1960, macam pakai komputerla, dulu kalau kita pakai Pentium 2, kira lajula, kalau sekarang masih pakai Pentium 2, penatlaa menunggu....itu rumors yang aku dengarla.


Aku cuma harap Najib tak bagi kuasa berlebihan kepada Secret Service kita selepas ISA dimansuhkan. Dari perspektif rakyat biasa, ISA ini untuk mengawal keselamatan dalam negara, tapi pada masa yang sama mengawal Secret Service kita daripada bertindak berlebihan daripada ISA. Tengok pada isu Al-Maunah, apa yang menyebabkan mereka masih hidup? Sebab ISAlah, jikalau mereka di negara2 seperti Indon, US, UK yang tiada ISA, mereka semua ni dah jadi mayat dah. Itulah realitinya.


Senjata terbaru musuh2 negara adalah dengan putarbelitkan hak asasi manusia. Maka kerajaan perlu "senjata" baru untuk outsmart musuh2 negara ini. Cara terbaik ialah covert (rahsia) la....sama macam negara2 lain buat. Infrastruktur untuk undang2 baru tu dah ada pun, semua dah digital, cuma bila nak pasang je, pembangkang dok meloncat nak buang sangat ISA tu, apa lagi DS Najib bagi la apa depa mau. Seperti pepatah Inggeris "Be careful on what u wish for". DS Najib is smarter than you think :D

Wednesday 9 May 2012

Realiti Dalam Isu Keselamatan Negara







REALITInya, tiada negara dalam dunia ini akan "lower their defense" dalam isu keselamatan negara. Sebaliknya ia akan jadi lebih senyap, covert (rahsia), dan jauh lebih ketat. Dalam isu keselamatan tiada kompromi.

US dan UK banyak berlaku kadar jenayah yang jauh lebih tinggi dari Malaysia, maknanya depa semua ni tak baguslah? Realitinya, tiada sistem keselamatan yang perfect pun, tapi kenalah update kepada sistem yang lebih bagus dari yang sedia ada. Orang dah masuk doktrin digital defense kita masih nak pakai ISA 1960 lagi, apa daaa. 

Korang boleh lihat akta keselamatan dalam negeri luar negara seperti US / UK di transfer kepada bawah akta intelligence / perisikan, dan memberi immunity kepada secret service atas nama keselamatan dan keganasan. Maka ia akan jadi lebih covert dan tak bising. Jadi rakyat agak sukar untuk tahu dan musuh2 negara agak sukar untuk manipulasikan hak asasi manusia. Sedar2 je kena.

Ini apa yang UK buat setelah mansuhkan ISA yang tak popular tu. Mereka transfer akta tu jadi rahsia di bawah akta risikan. Diorang dah siap upgrade assassination di luar sempadan negara mereka ; 


“In Britain, the Intelligence Services Act 1994 gives the Secretary of State for Foreign and Commonwealth Affairs the power to grant immunity from British prosecution to SIS personnel when they engage in any acts while on operations abroad that would be illegal under British law, such as murder” 


So jaga-jagalah, jangan ingat bila ISA ni dimansuhkan, musuh negara akan hidup selamat.
Adakah US menggunakan aset tercanggih seperti UCAV Predator / Team 6 untuk buru perompak2 US yang rompak bank  mereka? Ini adalah kerja polis kerana status kes adalah jenayah (criminal). Kalau musuh negara (enemy of the state) contoh dari luar seperti agen risikan Rusia, Osama ni semua barulah pakai aset2 tercanggih. Samalah mcm negara kita, Anwar menjubo takkanlah kita nak pakai aset tercanggih mcm Satelite, VAT 69? Itu baru taraf jenayah meliwat, bukannya taraf musuh negara (Enemy of The State). ISA ni untuk orang2 yang dah masuk taraf musuh negara iaitu membahayakan seluruh negara dan rakyat (Enemy of The State).


Dalam Akta Keselamatan dalam negeri mereka, memang tiada undang2 tak popular macam ISA ini, tapi bila baca Akta Perisikan / Intelligence Act basically Secret Service, mereka boleh lakukan apa sahaja dan mereka siap mendapat imuniti daripada mahkamah. US dan UK cuma abolish ISA untuk bagi rakyat dia seronok je tapi sebenarnya mereka "beef up" Intel mereka. WHAT U SEE IS WHAT U GET.

Balik kepada point asal ;

TIADA NEGARA YANG AKAN MEMILIH UNTUK MERENDAHKAN TAHAP KESELAMATAN NEGARA MEREKA (There’s no such thing as lowering your defenses in national security)

Tahap Keselamatan akan jadi lebih ketat dan lebih sofistiskated. Bezanya, trend hari ni lebih kepada covert (rahsia dan tak nampak). Ini fakta.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this