Showing posts with label ISA. Show all posts
Showing posts with label ISA. Show all posts

Thursday, 10 May 2012

Apabila ISA "dimansuhkan"





Kita dok kecoh pasal ucapan PM Najib mansuhkan ISA. Sementara tengah kecoh, aku mula perasaan ada satu badan / organisasi keselamatan baru mula timbul iaitu NSC. NSC ini adalah gabungan dari organisasi2 keselamatan dahulu dan distruktur kembali pada 24 Julai 2007. Dengarnya, badan ini akan mula mainkan peranan merencanakan polisi keselamatan negara ala NSA (National Security Agency) di US. Maknanya kuasa mereka cukup besar dan mereka hanya menjawab kepada PM sahaja. 


 Mr.Dictator


Aku ada jugak sembang / chat dengan member2 askarla, diorang pun kata mereka tak tahu banyakla, tapi apa yang mereka faham, pemansuhan ISA itu hanya sebahagian kecil dari rancangan kerajaan / PM Najib yang jauh lebih besar dalam perancangan keselamatan dalam negara. Member2 askar cakap pun kalau korang perasan, dah timbul watak2 baru yang berpengaruh seperti NSC dan teknik2 letak cip dalam IC, ATM Card, bank account, dan lain2 di mana kerajaan boleh akses dengan cukup mudah, hampir 60% seluruh Malaysia dah ada akses CCTV, dan pelancaran Satelit RazakSAT (ambil sempena nama bapak Najib) pada Mac 2009 oleh RMAF yang kononnya menyatakan sebagai kegunaan remote sensing.


Apa yang aku nampak, aku mula perasan kerajaan kita dok pasang alat2 canggih semenjak awal tahun 2000 mcm cip, coordinatekan semua informasi2 peribadi di security mainframe, pemasangan CCTV awam dan swasta, pelancaran "eye in the sky" spt satelite (3 dilancarkan semenjak 2000) termasuklah penubuhan2 badan seperti NSC pada 2007 semata-mata2 untuk "updatekan / transformasi" Polisi Keselamatan Negara kita dan secara tak langsung dah boleh gantikan sistem ISA 1960. Maklumlah musuh negara tak mcm style dulu lagi. Aku sebagai tax payer rasa gembira kerajaan susun macam ni.


Asal NSC ini semenjak 1969, tapi peranan mereka tak menyeluruh dan mereka mempunyai banyak organisasi seperit MAGERAN, BKN, NSD. Pada 2007, mereka distruktur kembali menjadi organisasi baru dan menjadi satu unit. Semenjak akhir2 ini, pengaruh mereka makin berkembang dalam isu sempadan, angkasa, cryptology / cyber, tenaga, maritim, dan mereka akan jadi komponen penting yang menghubungkan unit2 perisikan lain di dalam komuniti perisikan Malaysia nampaknya. Seperti di US, NSA ditubuhkan lewat berbanding dengan komuniti perisik CIA, FBI dan lain2 tetapi NSAlah yang menghubungkan komuniti perisik lain dan menjadi komponen penting dalam kerja2 perisikan dan pertahanan di US. Di Malaysia, NSC mula diberi tanggungjawab merencanakan sebahagian polisi2 keselamatan negara dan menjawab kepada PM sahaja, dan seperti biasa pengaruh mereka akan berkembang juga.
Aku pun dengar yang puak2 dok ketuk meja nak sangat ISA dimansuhkan adalah puak2 dari NSC, maklumlah sesetengah tindakan mereka tak boleh execute / buat sebab kena tunggu kerajaan isukan ISA dulu. Kasi lambat je. Maklumlah ISA ni undang2 1960, macam pakai komputerla, dulu kalau kita pakai Pentium 2, kira lajula, kalau sekarang masih pakai Pentium 2, penatlaa menunggu....itu rumors yang aku dengarla.


Aku cuma harap Najib tak bagi kuasa berlebihan kepada Secret Service kita selepas ISA dimansuhkan. Dari perspektif rakyat biasa, ISA ini untuk mengawal keselamatan dalam negara, tapi pada masa yang sama mengawal Secret Service kita daripada bertindak berlebihan daripada ISA. Tengok pada isu Al-Maunah, apa yang menyebabkan mereka masih hidup? Sebab ISAlah, jikalau mereka di negara2 seperti Indon, US, UK yang tiada ISA, mereka semua ni dah jadi mayat dah. Itulah realitinya.


Senjata terbaru musuh2 negara adalah dengan putarbelitkan hak asasi manusia. Maka kerajaan perlu "senjata" baru untuk outsmart musuh2 negara ini. Cara terbaik ialah covert (rahsia) la....sama macam negara2 lain buat. Infrastruktur untuk undang2 baru tu dah ada pun, semua dah digital, cuma bila nak pasang je, pembangkang dok meloncat nak buang sangat ISA tu, apa lagi DS Najib bagi la apa depa mau. Seperti pepatah Inggeris "Be careful on what u wish for". DS Najib is smarter than you think :D

Wednesday, 9 May 2012

Realiti Dalam Isu Keselamatan Negara







REALITInya, tiada negara dalam dunia ini akan "lower their defense" dalam isu keselamatan negara. Sebaliknya ia akan jadi lebih senyap, covert (rahsia), dan jauh lebih ketat. Dalam isu keselamatan tiada kompromi.

US dan UK banyak berlaku kadar jenayah yang jauh lebih tinggi dari Malaysia, maknanya depa semua ni tak baguslah? Realitinya, tiada sistem keselamatan yang perfect pun, tapi kenalah update kepada sistem yang lebih bagus dari yang sedia ada. Orang dah masuk doktrin digital defense kita masih nak pakai ISA 1960 lagi, apa daaa. 

Korang boleh lihat akta keselamatan dalam negeri luar negara seperti US / UK di transfer kepada bawah akta intelligence / perisikan, dan memberi immunity kepada secret service atas nama keselamatan dan keganasan. Maka ia akan jadi lebih covert dan tak bising. Jadi rakyat agak sukar untuk tahu dan musuh2 negara agak sukar untuk manipulasikan hak asasi manusia. Sedar2 je kena.

Ini apa yang UK buat setelah mansuhkan ISA yang tak popular tu. Mereka transfer akta tu jadi rahsia di bawah akta risikan. Diorang dah siap upgrade assassination di luar sempadan negara mereka ; 


“In Britain, the Intelligence Services Act 1994 gives the Secretary of State for Foreign and Commonwealth Affairs the power to grant immunity from British prosecution to SIS personnel when they engage in any acts while on operations abroad that would be illegal under British law, such as murder” 


So jaga-jagalah, jangan ingat bila ISA ni dimansuhkan, musuh negara akan hidup selamat.
Adakah US menggunakan aset tercanggih seperti UCAV Predator / Team 6 untuk buru perompak2 US yang rompak bank  mereka? Ini adalah kerja polis kerana status kes adalah jenayah (criminal). Kalau musuh negara (enemy of the state) contoh dari luar seperti agen risikan Rusia, Osama ni semua barulah pakai aset2 tercanggih. Samalah mcm negara kita, Anwar menjubo takkanlah kita nak pakai aset tercanggih mcm Satelite, VAT 69? Itu baru taraf jenayah meliwat, bukannya taraf musuh negara (Enemy of The State). ISA ni untuk orang2 yang dah masuk taraf musuh negara iaitu membahayakan seluruh negara dan rakyat (Enemy of The State).


Dalam Akta Keselamatan dalam negeri mereka, memang tiada undang2 tak popular macam ISA ini, tapi bila baca Akta Perisikan / Intelligence Act basically Secret Service, mereka boleh lakukan apa sahaja dan mereka siap mendapat imuniti daripada mahkamah. US dan UK cuma abolish ISA untuk bagi rakyat dia seronok je tapi sebenarnya mereka "beef up" Intel mereka. WHAT U SEE IS WHAT U GET.

Balik kepada point asal ;

TIADA NEGARA YANG AKAN MEMILIH UNTUK MERENDAHKAN TAHAP KESELAMATAN NEGARA MEREKA (There’s no such thing as lowering your defenses in national security)

Tahap Keselamatan akan jadi lebih ketat dan lebih sofistiskated. Bezanya, trend hari ni lebih kepada covert (rahsia dan tak nampak). Ini fakta.


Tuesday, 20 March 2012

Bunuh tanpa Bicara atau ISA?








 Memandangkan PR sokong cara US, UK menegakkan hak asasi manusia dan menjaga keselamatan negara mereka, saya cadangkan Malaysia , bubarkan ISA dan terima pakai BUNUH TANPA BICARA seperti US, UK dan negara lain yang tiada ISA sebab inilah yang PR mahu sebenarnya. Keratan akhbar ini satu contoh negara Thailand yang tidak pakai ISA tetapi pakai BUNUH TANPA BICARA.
Memang betui PR cakap ISA ni outdated. Tapi korang nak tau apa yang updated ISA selepas perang dunia ke 2? BUNUH TANPA BICARA. Undang2 ini diperkenalkan UK, US dan negara Eropah lain yang menghapuskan ISA iaitu TAHANAN TANPA BICARA. Contoh - US ada Executive Order Act yang membolehkan mereka untuk membunuh tanpa bicara dan UK pula melalui Intelligence Service Act yang memberi immuniti dari dakwaan membunuh kepada pegawai kerajaan yang melaksanakan pembunuhan.

Kenapa Barat memilih BUNUH TANPA BICARA dari ISA? Antara sebabnya BUNUH TANPA BICARA ni lebih murah, pantas, efektif dan bebas dari kecaman media dan salah faham penduduk. Ia banyak dilaksanakan semasa perang dingin. TAHANAN TANPA BICARA memakan kos yang lebih tinggi seperti maintain penjara dan pegawai, proses yang panjang dan risiko kecaman dari media dan penduduk. Contoh terbaik apabila Presiden Obama memilih untuk menutup Guantanamo Bay yang menahan tanpa bicara kerana banyak kontroversi dan 6 bulan selepas itu Presiden Obama menandatangi Executive Order baru untuk BUNUH TANPA BICARA (tak pening kepala nak handle media).


 Korang semua boleh buat perbandingan sendiri , National Security Act negara2 yang tak pakai ISA. Antara Terminologi BUNUH TANPA BICARA - 

1. An official sanction by a government or government agency to a particular operative or employee to initiate the use of deadly force, presumably in furtherance of the government's aims or policies, or in carrying out the operative's assigned missions and presumably in an assassination or covert context rather than in an overtly military context.

2. An executioner's sanction to terminate the life of the person being executed. An executioner's licence to kill has a limited scope, as it is issued only for the sole occasion of an execution. In this sense, a licence to kill is a form of legal immunity: killing is part of said individual's official duties, and they cannot be legally sanctioned for their acts, just as (for instance) police are not liable for speeding tickets during car chases.. 

 Pendapat akula, perbandingan ISA dengan updated BUNUH TANPA BICARA yang diamalkan negara2 lain tanpa ISA, ISAlah yang ada peri kemanusiaan ia masih memberi peluang kedua.


Itulah sebabnya kalau korang semua kajilah, negara2 yang tiada ISA contoh US, negara mereka takde parti politik yang berlainan ideologi, dua2 parti politik mereka iaitu Republican dan Democrat mempunyai ideologi yang sama. Sebab itulah di US, kamu undi mana2 Presiden akhirnya buat benda sama je. Mana dia parti politik yang berbeza ideologi di US? Mana ada dah, semua dah kena tanam dah. Ini style mereka, amacam? Nak ikut cadangan PR ikut cara US dan bubarkan ISA?

Sunday, 18 March 2012

Bunuh tanpa Undang2 vs Tahan tanpa Undang2 (ISA)




Ada mangkok PR bagitau saya Singapore bagus sebab takde ISA, ya ka? Sebenarnya Singapore ada ISA, dan mengikut perbandingan, Singapore guna ISA untuk tahan ahli politik pembangkang lebih ramai dari Malaysia. Padanlah takde org berani nak buat demonstrasi kat SIngapore. 


 

Malaysia - 124, Singapore - 145. Walhal penduduk Singapore jauh lebih kecil dari Malaysia. Kalau ikut statistik dari segi purata penduduk di Malaysia potensi untuk masuk ISA ialah 0.00045% dan Singapore ialah 0.0029%. Kesannya, parti pembangkang mereka Barisan Sosialis tutup kedai pada 1988. Padanlah takde orang berani buat demonstrasi kat Singapore.


Lagi best kat Singapura, negara yang dipuji pemimpin PR ni letak tahanan politik mereka ada selama 17 tahun dan ada sampai 32 tahun. Lagi steady dari Malaysia. Padanlah pemimpin PR puji. Patut kita buat mcm Singapura, sumbat terus lama-lama. Lagi satu la, yang murah hati sangat Malaysia ni, tak salah aku, kalau depa salah tangkap orang yang masuk ISA tu, dapat pampasan RM 2 juta. Instant millionaire. Negara lain aku tak tau ada ka tak.


Kes keselamatan tiada compromise, keselamatan negara bukan kerja amal. Dalam dunia ni ada 2 cara, Pertama : negara yang amalkan ISA iaitu menahan tanpa soal jawab, Kedua : negara yang tidak amalkan ISA seperti US, UK, Thailand dan lain2, mereka amalkan bunuh tanpa soal jawab.

Nak tahu sejarah undang2 Bunuh Tanpa Undang2 yang diamalkan di US, UK, Eropah dan negara lain yang takde ISA dan negara2 amalkan ISA iaitu Tahan Tanpa Undang2 datang dari mana? Dari kesilapan demokrasi dan kesilapan hak bersuara. 


Kesilapannya adalah Hitler. Hitler naik sebab demokrasi dan hak bersuara dan turut berjaya manipulasi undang2 iaitu mahkamah. Dan akibat itu kesan WW2 yang mengakibatkan berpuluh juta nyawa melayang. Selepas itu undang2 macam ni diperkenalkan supaya kesilapan begini tidak berulang kembali. Ada dua jenis iaitu Bunuh Tanpa Undang2 dan Tahan Tanpa Undang2 (ISA).


ISA kita dah cukup ok dah, cukup baik dah. Kalau silap siap dapat pampasan lagi. Negara lain ada?  Tau tak semua negara2 Islam yang ikut undang2 Islamlah depa laksanakan Bunuh Tanpa Mahkamah, contoh Iran, cukup intelligence, peluru kat kepala terus. Taliban Afghanistan lagi steady, tak payah intelligence pun, tengok lepak ngan askar US ka nampak curiga ka, pancung terus.


Sebab hak asasi manusialah, sebab hak asasi bersuaralah, sebab demokrasilah, sebab mahkamahlah orang2 seperti Hitler, Pol Pot, Lenin, Mussolini jadi berkuasa dan akibatkan beratus juta org mati tau. Itulah sebab risiko untuk keselamatan tak boleh kompromi itulah sebab undang2 macam ni diperkenalkan.


ISA atau Bunuh Tanpa Bicara adalah senapang untuk keamanan dan pada masa boleh jadi utk kekejaman. Tapi bila kita ke mahkamah kita tidak akan bicarakan senapang itu, tapi kita akan bicarakan siapa yang memicit picu senapang tersebut.


Macamana pihak keselamatan Islam masa zaman Khalifah Ar-Rasyidin uruskan situasi nabi palsu Musailamah al-Kadzab? Apa tindakan pihak keselamatan Islam masa tu?
 A. tahan dulu utk menghentikan dakyahnya dari terus sampai kepada ummah, atau
B. tunggu masa bicara dulu, dan pada masa yang sama Musailamah boleh sampaikan dakyah.  


"Seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan dia bersalah" - Frasa ni datang dari negara Amerika negara, yang memperjuangkan hak asasi manusia dan negara ni takde ISA. Ok soalan kedua, kalau mcm tu kenapa dalam National Security Act Amerika Syarikat wujud satu akta iaitu Executive Orders yang boleh digunakan oleh Presiden US iaitu salah satunya BUNUH TANPA BICARA. Executive Order ini digunakan dari zaman Presiden Roosevelt sehingga Presiden Obama. Islam zaman Khalifah Ar-Rasyidin sangat menitik beratkan HAK ASASI BERSUARA. Dan Musailamah mengunakan hak dia utk bersuara. So macamana pihak keselamatan Islam Khalifah Rasyidin handle situasi mcm ni? British banyak berubah dari feudal semenjak jumpa dengan tamadun Islam masa perang salib ke-3 iaitu zaman Salehuddin Ayubbi.




Tentera Islam perang dengan Musailamah, 700 mati syahid. Maksud saya sebelum tu, Di Madinah. Nama penting Ikrimah.
Musaylamah, Sajah bint al-Harith ibn Suaeed, Aswad Ansi, Tulayha ibn Khuwaylid ibn Nawfal al-Asadi, mereka semua ni ada satu persamaan. Mereka semua ni menggugat keselamatan dan keamanan negara Islam, mengugat kepimpinan sah Islam dengan mengaku merekalah patut jadi pemimpin / nabi, membuat huru-hara (demonstrasi), tidak menghormati undang2 sedia ada. Tanpa perlu bicara, setelah ada bukti, arahan dikeluarkan dari pimpinan Islam untuk hentikan semua kacau bilau ni, iaitu bunuh atau bertaubat masuk Islam balik. Kata kunci dari situasi ini : Tanpa perlu bicara. Memang betul nabi palsu memang perlu ditentang. Tapi pada masa yang sama undang-undang dan keadilan perlu ditegakkan jugak. So bagi tahu kenapa berbeza, Nabi palsu Musailamah tiada perbicaraan untuk dia tapi Nabi Palsu Isa al Asfahani ada perbicaraan untuk dia. Dua2 nabi palsu beb.

Setahu aku ada 21 kes nabi palsu yang sangat serius. Sebahagiannya dibicarakan dan sebahagiannya tiada perbicaraan. Kenapa berbeza? Untuk pengetahuan, Musailamah bukan setakat mengaku sebagai nabi palsu, dia juga mengugat keselamatan negara Islam. Antaranya dia menghantar surat kepada Nabi Muhammad SAW dan memaksa Nabi membelah dua  tanah / negara Islam kepada dua di mana separuhnya dia jadi ketua. Walhal pimpinan yang sah sudah sedia ada. Dia menyalahgunakan kebebasan hak bersuara menyebarkan ideology / propaganda / dakyah yang sangat merbahaya sampai memecahbelahkan umat yang amat serius di wilayah Yamamah, Musaylamah mengancam keselamatan pasukan keselamatan Islam yang dikepalai oleh Ikrimah. Maka secara automatik Musaylamah, Tulayha, Sajat (Isteri) yang mengugat keamanan Madinah menjadi CLEAR AND PRESENT DANGER. Abu Bakar As Siddiq tiada pilihan lain membuat keputusan yang sukar iaitu TANPA BICARA iaitu BUNUH atau BERTAUBAT. Hasil Akhir, Musaylamah dibunuh Wahsyi, Tulayha dan Sajat bertaubat. Itulah perbezaannya.

Khalifah Ar-Rasyidin ialah bukan jenis orang2 yang nak terus berperang dan mereka juga sangat pentingkan undang2 dan perbicaraan untuk setiap rakyat di bawah tanggungjawab mereka, sebab itulah janji mereka. Tetapi masalah yang dibawa oleh rakyat mereka sendiri iaitu Musaylamah, Tulaiha dan Sajat adalah sangat serius kepada keselamatan negara, maka untuk mereka tidak perlu perbicaraan lagi. Apa yang updated ISA selepas perang dunia ke -2? BUNUH TANPA BICARA. Undang2 ini diperkenalkan UK, US dan negara Eropah lain yang menghapuskan ISA iaitu TAHANAN TANPA BICARA. Contoh US ada Executive Order Act yang membolehkan mereka untuk membunuh tanpa bicara dan UK pula melalui Intelligence Service Act yang memberi immuniti dari dakwaan membunuh kepada pegawai kerajaan yang melaksanakan pembunuhan.

Kenapa Barat memilih BUNUH TANPA BICARA dari ISA? Antara sebabnya BUNUH TANPA BICARA ni lebih murah, pantas, efektif dan bebas dari kecaman media dan salah faham penduduk. Ia banyak dilaksanakan semasa perang dingin. TAHANAN TANPA BICARA memakan kos yang lebih tinggi seperti maintain penjara dan pegawai, proses yang panjang dan risiko kecaman dari media dan penduduk. Contoh terbaik Presiden Obama memilih untuk menutup Guantanamo Bay yang menahan tanpa bicara kerana banyak kontroversi. 6 bulan selepas itu, Presiden Obama menandatangi Executive Order baru untuk BUNUH TANPA BICARA (tak pening kepala nak handle media).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this