Wednesday, 14 November 2012

Teori Kas - Kas dalam Politik



Saya ada terperasan komen yang mengaitkan isu hubungan US dengan Malaysia, dan teori rencana mastermind Tun Mahathir untuk menjatuhkan Pak Lah dan Anwar. Komen dan teori yang agak bagus. Tetapi saya tidak bersetuju. Kenapa?

Pertama sekali berkenaan dengan mengaitkan isu US dan Malaysia.

1.    1. Jikalau persepsi kita agak tinggi, ia adalah lebih kepada system, polisi dan teknik. Dan secara kebetulan pemimpin di US secara vocal mengutuk system kita. Dan juga, Anwar Ibrahim cuba membawa system, polisi dan teknik yang diamalkan di US, terutamanya sistem2 yang telah dibuktikan gagal. US sering ingin menjadi watak utama dalam scenario politik, ekonomi, social, system undang2, hak asasi dalam negara kita. Ini adalah kebetulan.

2.    2. Jikalau negara Mexico yang ingin menjadi watak utama dalam negara kita dan sering secara vokalnya mengata kelemahan polisi dan system kita, kita sebatla Mexico, betui tak?

3.    3. Contoh satu teknik untuk menyelamatkan atau memulihkan ekonomi negara kita adalah system BAIL-OUT. Siapakah yang banyak bersuara merendah2 kan teknik ini? Siapa lagi, US lah. Dalam negara kita siapa? Anwarlah. Dan sekarang kita lihat sendiri apa dah jadi? US dan negara barat yang lain terpaksa menelan “pai rendah diri” (humble pie). Yang pelik sekali, Anwar masih belum mahu menelan “humble pie”.

4.    4. Contoh system yang gagal di US yang cuba dibawa ke Malaysia oleh PR – “unregulated system” (system permodalan tanpa batasan). Kita lihat sendiri apa dah jadi di sana, ramai yang hilang pekerjaan dll. Sistem ini diamalkan di US dan telah memberikan impak yang buruk. Negara lain seperti kita turut mendapat tempias. Oleh itu, siapa kita nak kaitkan impak buruk ni? Takdak orang lain, USlah, siapa lagi.


 Kedua, Tun Mahathir sebagai mastermind untuk menjatuhkan Pak Lah dan Anwar.

1.    1. Saya rasa teori ni terlebih kas – kas. Saya pun dengar banyak jugak cerita yang mengaitkan Tun Mahathir dengan Freemason la, iluminati lah, macam2. Organisasi ni dikategorikan sebagai rahsia, macamana ramai boleh tau? Sebenarnya agak mustahil kita boleh tau, akhirnya hanya tinggal teori.
2
2.    2. Saya bagi contoh teori yang ada logic dan lebih sikit kas – kas. Jikalau saya (salah seorang anggota organisasi rahsia) ingin menguasai Malaysia, adakah lebih baik kalau saya menguasai 2 parti politik sekaligus, iaitu BN dan PR? Kalau begini keadaannya, di dalam PR pun ada anggota organisasi rahsia tersebut, betui? Sekarang hangpa pikiaqlah, boleh buat buku konspirasi teori.

3    3. Kenapa Tun memilih Pak Lah atau Anwar sebagai pegganti beliau? Ia mudah, kita boleh lihat coraknya. Kedua2 orang ini dari pandangan pertamanya mempunyai latar belakang agama Islam yang agak kukuh. Dengan ini sahaja, boleh membeli kepercayaan orang lain. Dan mereka berdua mempunyai pengalaman politik yang luas dalam negara. Kedua2 nya juga mempunyai “grass root” yang agak kuat.

    4. Akhirnya, seperti kita manusia biasa ni yang tidak lari daripada membuat kesilapan, Tun Mahathir, pun ada buat silap. Tun Mahathir juga mengaku yang dia pernah buat silap.

5  5. Nik Aziz dengan hati terbuka pernah menjemput Tun menjadi ahli PAS. Nik Aziz turut memuji Tun yang secara konsistensi menentang Zionis dan mengatakan PAS memerlukan orang sebegini. Persoalannya, adakah Nik Aziz pun sebahagian daripada anggota organisasi rahsia seperti Freemason dan Illuminati yang dikaitkan dengan Tun?

Kesimpulannya mudah, memang betui kita jangan melihat sesuatu benda tu dengan pandangan yang lurus sahaja, sekali sekala kita perlu melihatnya dari sudut yang lain. Tapi janganlah sampai terlebih “kas – kas”

Kematian Osama - Konspirasi Spekulator Burukkan Islam






Saya lebih percaya kepada fakta dan apa yang sebenarnya terjadi, dari melihat melalui serban dan jubah. Kematian Osama di tangan US turut memberi saya rasa tidak senang hati. Sepatutnya umat Islam yang tangkap Osama ni hidup2 untuk merungkai misteri 9/11 dan spekulasi haram minyak dunia yang telah menyekat pembangunan negara2 Islam amnya akibat peningkatan kos yang mendadak. Tapi sayang, Osama dah mati di tangan US, dan segala niat jahat musuh2 Islam mati bersamanya. Sama macam Saddam Hussien, apabila kes siasatan Oil for Food Programme dimulakan, Saddam digantung serta merta.

Satu persoalan baru akan timbul, kenapa US jajah Afghanistan dengan puluh ribuan askar, padahal telah dikatakan bahawa Osama dah sedekad tinggal di rumah banglo di kawasan tempat orang kaya di Islamabad, Pakistan. Bukan di gua2 di Afghanistan. Dan misi untuk menangkap atau bunuh Osama hanya ambik masa 40 minit dan tak sampai 100 orang askar elit. Pandai2 lah ko menjawab ek Bush, Cheney, Wolfowitz, Rumsfeld, Musharaf dan lain2 tu. Baca sini.

Osama tiada senjata dan tidak melawan, kenapa tidak tangkap hidup2 untuk bantu siasatan 9/11 dan siasatan untuk kes Spekulasi Haram Minyak yang dibuka di US pada 2008? Simple, tutup kes la tu, banyak rahsia keluar nantu kalau open trial.

“According to the Pentagon, he was identified by name by one of his own wives. As the raiding party closed in on the last unsecured room in the compound, Bin Laden, who according to the White House had no weapon, was shot dead”


Kenapa tak tangkap hidup2 untuk bantu siasatan 9/11 dan siasatan lain?

Pendapat saya, watak Osama dimatikan kerana 2 sebab ;

Pertama, penyiasatan Illegal Oil Speculation pada 2008, dan kedua pula, pengakuan penting Janabi pada Februari 2011 mengenai penipuan WMD di Iraq yang sangat berkait rapat dengan siasatan spekulasi haram minyak telah mengaitkan ramai nama2 penting di US dan dunia seperti Bush, Colin Powell, Cheney, Rumsfeld, Wolfowitz, Musharaf dan lain2. Osama adalah kunci utama dalam siasatan kes ini. Mungkin ada orang penting di US mahu kes ini ditutup.

Persoalan simple, kenapa tidak menangkap Osama hidup2 padahal beliau tidak mempunyai senjata dan tidak melawan? Bagi saya simple, kalau Osama mati dan tidak dibawa ke muka pengadilan, maka seluruh kes penyiasatan 9/11 dan Illegal Oil Speculation akan ditutup dan kes2 ini banyak mengaitkan ramai nama2 penting seperti Bush, Rumsfeld, Cheney, Wolfowitz dan lain2. Sebab apa? Osama adalah kunci terhadap penyiasatan ini. Takde Osama, case closedlah.

Sebenarnya, kita tak perlu in denial yang Osama ni mati ke tak mati. Anasir2 tak baik dalam US ni semua ada niat dan agenda lain, depa perguna je si Osama ni. Depa nilah yang bentuk dan latih Osama dulu, so depa tau. Depa saja jaa bagi nampak Osama ni kuat kat media, bagi pengaruh sikit kat orang Islam, yang kononnya Osama jihad untuk Allah la, macam2. Last2 depa ketis 40 minit ja.  Depa ada niat lain laa tu, nak burukkan Islam, nak porak perandakan negara Islam dengan menaikkan kos pembangunan melalui spekulasi minyak, kaut untung besar – besaran. Kalau Osama mati awal, susahla depa nak laksanakan niat jahat depa.

Hangpa semua sedar tak Osama ni digunakan oleh musuh2 Islam untuk menyekat dan mambantutkan pembangunan dan kebangkitan negara2 Islam semenjak 10 tahun lepas? Macamana nak membangun kalau kos pembangunan naik 3 ke 4 kali ganda, nak buat masjid pun kos naik. Dengan spekulasi minyak mendadak semenjak 2011 akibat tindakan Osama ni telah menyebabkan hampir semua negara2 Islam mengalami ekonomi merudum pada 2008.

Osama ni bukan setakat terrorist, tetapi telah dibuktikan sebagai perkakas anasir2 jahat seperti Bush, Rumsfeld, dan yang paling penting member baik Anwar, Wolfowitz. Takde Osama, takdelah 9/11 dan misteri spekulasi minyak secara haram semenjak 2001. Takde Osama, takdelah penjajahan Iraq dan Afghanistan. Aku berminat nak tengok member baik Anwar, iaitu Wolfowitz menjawab, apasai hantaq berpuluh ribu askar di Afghanista, walhal Osama ada di Pakistan dah lama dah.

Kita tak sedar agama Islam kita dah kena hijack dengan orang2 macam ni untuk agenda mereka yang tidak bawa untung langsung kepada umat Islam. Di Malaysia, kita ada PAS yang hijack Islam untuk menang undi sampai sanggup kafirkan dan pecah belahkan umat Islam. Inilah dilema umat Islam hari ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this