WWF ini ditubuhkan pada 1961 atas nama kononnya hendak
menjaga hak asasi binatang dan alam sekitar. Tetapi orang2 yang menubuhkannya
adalah ahli kepada sebuah kelab elit kulit putih “1001 Club”. Ahlinya memang
suka memburu, dan pada masa yang sama adalah industrialis yang banyak mencemarkan
alam sekitar seperti pencemaran toksik, penebangan pokok berleluasa di Eropah
dan lain2. Di sini WWF digunakan sebagai "front" untuk kelab 1001 menjalankan
aktiviti mereka.
Kelab 1001 iaitu golongan elit kulit putih Eropah ini
menggunakan WWF untuk menjaga kepentingan mereka di negara2 membangun seperti
di Asia, negara2 Islam dan negara2 Afrika khususnya. WWF ini turut digunakan
sebagai "vehicle" untuk membersihkan wang rasuah kononnya, atas nama
derma kepada kebajikan alam sekitar dan haiwan. Secara rasminya, mereka kantoi
mengenai penggunaan vehicle rasuah iaitu rasuah pembelian senjata antara kerajaan2
di Eropah dan Lockheed, serta rasuah dari syarikat tembakau terbesar dunia pada
masa itu iaitu Rothmans.
Tetapi yang betul2 mengejutkan dunia adalah PROJECT LOCK.
Iaitu satu projek untuk mempertahankan pengaruh elit kulit putih di Afrika,
khususnya Afrika Selatan dalam mempertahankan Apartheid. PROJECT LOCK ini
dilindungi dengan nama baik WWF iaitu kononnya menjaga alam sekitar dan haiwan.
Tentera2 upahan yang kantoi atas nama WWF dikatakan kononnya untuk melumpuhkan
perdagangan haram haiwan seperti gading2 gajah dan lain2. Walhal merekalah
sebenarnya dalang perdagangan haram tersebut. Bukan setakat itu sahaja, kehadiran
tentera upahan ni ada fungsi lain.
Pada 1995, Nelson Mandela telah menubuhkan dan meminta
suruhanjaya KUMBLEBEN untuk menyiasat PERANAN SEBENAR WWF di belakang Apartheid
di Afrika Selatan, terutamanya di sebalik kematian misteri pemimpin ANC iaitu
parti politik Nelson Mandela yang memperjuangkan hak kulit hitam.
Memandangkan Pengerusi WWF ialah seorang monarki yang
disegani dan juga pengerusi Bilderberg Group yang sangat berpengaruh di Eropah,
Perdana Menteri Belanda telah berunding dengan pemimpin kulit hitam di Afrika
Selatan kononnya hendak jaga nama baik monarki tersebut. Perundingan itu
berlangsung secara rahsia dan nampak isu itu selesai. WWF kononnya distruktur
kembali. Orang yang kantoikan WWF ialah Kevin Dowling, iaitu hari ini beliau
adalah bishop kulit putih penting di Afrika Selatan. Beliaulah yang banyak buka
rahsia WWF di mata dunia yang dahulunya beliau turut bersama WWF.
WWF ini tidak diharamkan atau diambil tindakan walaupun
hasil bukti kukuh mengenai penyiasatan skandal Lockheed dan Project Lock
semenjak 1961, hanya kerana ahli2 penting mereka adalah orang penting di
Eropah. Terutamanya pengerusinya, Prince Bernhard of Lippe-Biesterfeld yang
menjadi wira dalam WW2 sebagai agen perisikan yang sangat efektif ketika itu.
Minuman beliau, martini "shaken not stirred" menjadi inspirasi kepada
Ian Fleming dalam filem James Bond. WWF hanya distruktur kembali supaya
kesalahan yang sama tidak akan berulang kononnya seperti apa yang dinyatakan
oleh Perdana Menteri Holland ketika itu.
Mengenai NGO WWF di Malaysia yang dikatakan kononnya
menjaga alam sekitar dan haiwan di Malaysia, itu hanyalah dari segi atas kertas
sahaja. Mereka mempunyai niat lain. Contohnya kalau kerajaan kita beri kontrak
pembinaan strategik kepada syarikat2 bukan dari US & Eropah, mereka akan
kecoh mengenai isu alam sekitar. Tetapi mereka tidak akan kecoh mengenai alam
sekitar jika kontrak tersebut diberi kepada syarikat2 yang selari dengan mereka
iaitu syarikat2 dari US dan Eropah. Itulah realitinya.
Korang sendiri boleh "TEST" mana2 wakil
WWF yang kononnya jaga alam sekitar ni di Malaysia. Bila korang bertembung
dengan diorang, korang boleh tanya mereka pasal "Project Lock”,
Suruhanjaya KUMBLEBEN yang menyiasat mereka dalam isu pembunuhan pejuang kulit
hitam yang seangkatan dengan Nelson Mandela untuk melindungi Apartheid, Skandal
Syarikat Senjata Lockheed, Skandal Syarikat Tembakau Rothman di mana WWF adalah
vehicle untuk sorok rasuah atas nama derma kepada kebajikan Alam Sekitar. Mesti
diorang terkebil-kebil.
Inilah realiti gerakan NGO2 di dunia yang kononnya
mengatakan berjuang atas nama hak asasi manusia termasuklah binatang, walhal
semuanya hanya camouflage agenda sebenar mereka. Kes WWF ni real dan KANTOI red
handed di Afrika Selatan, bukan lagi konspirasi teori lagi dah ni.
p/s : Bacaan tambahan, iaitu mengenai siasatan dari
suruhanjaya Kumbleben Commision pada 1995 oleh Nelson Mandela yang menyiasat
peranan sebenar WWF di Afrika. Dan termasuklah kontroversi Prince Bernhard
iaitu pengerusi Bilderberg Group, dari seorang HERO kepada ZERO setelah semua
peranan WWF dibocorkan. Bagi aku Prince Bernhard ni dikambing hitamkan untuk
cuci tangan organisasi NGO WWF, itu je. Bukan dia seorang je yang run WWF tu.