Pihak yang Untung
Apa yang penting sangat Mesir ni, bila kuasa barat punya
penangan sampai berguling-guling pemimpin Mesir? Pada 4 Mac 2011, Mubarak kena
guling, 8-15 July 2011, PM baru lak Essam Sharaf diminta letak jawatan.
Maknanya Mesir tak stabil. So sementara Mesir tak stabil, SIAPA YANG KAWAL DAN
MEMPENGARUHI TERUSAN SUEZ? Semestinya jiran Mesir, iaitu ISRAEL … hahahaha. Melopongla rakyat Mesir.
Mereka teruja sangat nak gulingkan pemimpin sendiri,
sampaikan tak fikir akibat bila ikut cakap penghasut yang terang2 tidak
diketahui motif mereka, dan tidak pula memikirkan akan hal ini. Terusan Suez tu
memang sangat mustahak , kerana perairan itulah tempat segala kapal lalu dan
singgah, untuk berdagang dari dulu kala lagi.
Terusan Suez ni dirampas balik dari Israel oleh Anwar
Sadat, pemimpin Mesir. La ni Mesir dah tak stabil, sudah sampai masa Israel
tambahkan pengaruh di Terusan Suez ni. Cukup licik Israel ni. Terusan Suez ni
menjadi rebutan kuasa dunia semenjak zaman Firaun kerana Terusan Suez adalah
laluan perdagangan TERPENTING DI DUNIA hari ni.
Pada 2008, bayaran untuk kapal berlabuh sahaja telah
mencapai USD 5.3 billion/tahun, tak termasuk aktiviti dagangan barangan. So
bila Mesir tak stabil dan polisi ekonomi terutamanya maritim masih samar
semenjak revolusi, owner2 kapal terutamanya dari Eropah ni akan lebih berminat
berlabuh di belah mana? SEMESTINYA PELABUHAN2 DI ISRAEL. Simple je. So siapa
yang tengah nganga sekarang? Mesirla … HAHAHAHA
Berkurangnya pengaruh di Terusan Suez kepada Israel
adalah kerana kehilangan kawalan polisi ekonomi kepada IMF, kejatuhan nilai
saham bluechip syarikat2 strategik Mesir, spekulasi komoditi strategik tidak
terkawal dan keamanan merudum adalah KOS YANG SANGAT TINGGI kepada Mesir hanya
kerana sebuah demonstrasi jalanan.
Setiap negara ada value yang menjadi rebutan kuasa besar.
Sama ada dari segi komoditi atau nilai strategic, sebagai negara buffer atau
laluan strategik perdagangan. Contoh nilai negara kita Malaysia ni yang
menyebabkan kuasa besar berebut adalah Selat Melaka, iaitu laluan perdagangan ke
2 tersibuk di dunia.
Sebab “Kebangkitan Rakyat”
Pertama, sebab 1984 Election Law iaitu jika hendak
menduduki kerusi Parlimen, kena dapat minimum 8% undi popular dari keseluruhan
jumlah pengundi di Mesir. Ini menyebabkan pembangkang yang menang pun tak boleh
masuk Parlimen sebab tak cukup 8% undi popular tu. Di Malaysia tiada undang2
macam ni, pembangkang menang ciput pun masih boleh masuk Parlimen. Kedua sebab
Mubarak. Ketiga sebab ekonomi teruk, tiada peluang pekerjaan yangmencukupi
untuk rakyat Mesir. Ini menyebabkan rakyat Mesir tidak senang hati, pihak2
ketiga dari luar telah mengambil peluang memperhangatkan lagi kemarahan rakyat
Mesir untuk buat demonstrasi jalanan besar-besaran utk mengaut keuntungan yang
sangat lumayan.
Di mana ada gula di situlah ada semut. Semua yang nak
kaut keuntungan, termasuklah US. Hari ni revolusi adalah industri. Rekod dari
NYSE, WTI dan Brendt, keuntungan dari spekulasi komoditi semasa revolusi Mesir
sahaja dah kaut sebanyak USD 874juta sehari selama 3 bulan berturut-turut. Dari
saham ETP yang "flipping" bursa saham Mesir, sudah mencapai USD 350juta
sehari iaitu duit dari Bursa Mesir lesap masuk dalam poket pemegang2 saham ETP
dari luar negara. Ianya terjadi selama 3 bulan berturut-turut,
"semasa" revolusi Mesir tengah berjalan. Ini baru komoditi dan bursa je beb. Selepas revolusi
tamat, pihak2 ketiga ni dapat lagi, iaitu polisi ekonomi Mesir dan pengaruh
untuk menentukan belanjawan Mesir. Termasuklah juga sistem2 perbankan Mesir dan
pengaruh terhadap terusan Suez. Pihak ketiga ni TIBAI duit rakyat Mesir dalam
masa 3 bulan je, dah melebihi Mubarak tibai duit Mesir selama 30 tahun. Steady
tak? Sekarang ni Mesir tengah peningla tu pasal mintak PM baru resign … hahaha.
Puak2 konglomerat Amerika macam Soros ni, diorang ni
peduli duit dan nilai strategik je, diorang bukan peduli pun pasal demokrasi
atau diktator. Asal untung kat diorang, ok la tu. Diktator2 macam Gaddafi,
Saddam Hussein ni semua Amerika jugak yang kasi naik, mana ada peduli pun pasal
demokrasi. Diorang naikkan puak2 Gaddafi, Saddam, Mubarak ni semua sebab duit
dan nilai strategik dan jatuhkan diorang pun sebab duit dan nilai strategik.
Inilah realiti, ITS JUST BUSINESS NOTHING PERSONAL.
Kesilapan rakyat Mesir buat revolusi ialah apabila mereka
membenarkan campur tangan pihak ke 3 untuk dapatkan demokrasi. Pihak ke 3 macam
Soros, ICG, NED ni semua bukan tolong free, kena bayar balik tu. Dan kosnya
menjadi terlampau tinggi seperti dinyatakan. Pihak ke 3 ni kalau ikhlaslah nak
tolong orang, baik diorang tolong rakyat mereka sendiri daripada buang karan je
tolong rakyat dari negara luar.
Simptom terbaik kalau nak tengok revolusi tu betul2 benar
dan milik rakyat negara terlibat ialah lihat kepada SIAPA YANG AKHIRNYA
MENGUASAI POLISI EKONOMI dan BANK2 PENTING di negara tersebut. Kalau orang luar
take over, maknanya tidak benarlah revolusi tu dan rakyat yang terlibat dalam revolusi
tu dah kena tipu. Macamana saya boleh dapat teka revolusi kedua di Mesir ni
mudah, sebab Polisi Ekonomi Mesir menjadi collateral kepada IMF dan bank
terbesar/penting Mesir iaitu Alexandria Bank telah menjadi milik rakyat
Itali/Eropah secara saham majoriti, simple. Keadaan tidak puas hati rakyat
Mesir akan berterusan walaupun bertukar 100 pemimpin sekalipun sebab 2 struktur
penting dalam negara iaitu Polisi Ekonomi dan Sistem Perbankan telah menjadi
milik org luar.