Wednesday, 29 August 2012

Entri Khas Merdeka : Mat Sabu Nak Ubah Sejarah



 
KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar. 





Lucu dengan Mat Sabu yang nak ubah sejarah kononnya buku teks sejarah ialah UMNO yang buat. Realitinya, apa yang Mat Sabu boleh ubah hanya kandungan buku teks iaitu hanya dakwat je. Mat Sabu takkan mampu ubah BUKTI FIZIKAL sejarah. Ramai dah orang cuba ubah kandungan sejarah, contohnya cubaan Barat ubah sejarah dunia nak tunjukkan yang tamadun Islam ni bodoh, tapi disebabkan seketul je bukti fizikal AlHambra ni, gagal usaha mereka.

 Apa yang terjadi hari ni akan menjadi sejarah untuk keesokan harinya. Dan apa yang terjadi pada hari ni akan ada bukti/kesan/pengaruh fizikalnya. Ini sesiapa tidak akan mampu ubah, termasuklah Mat Sabu. 


Contohnya kisah Alhambra ni. Barat cuba ubah sejarah dunia dengan cubaan menunjukkan tamadun Islam ni mundur dan bodoh. Pada kurun ke 19, ahli arkeologi mereka sendiri terjumpa bangunan Alhambra ni di Sepanyol. Mereka sendiri terfikir, kalau umat Islam ni bodoh, habih tu macamana pada kurun ke 9 mereka mampu bina bangunan sofistikated macam ni? Dari segi rekabentuk dan posisi tepat ke arah kiblat je dah tunjukkan umat Islam ni mempunyai kepakaran tinggi dalam kejuruteraan sivil, hidraulik sebab boleh supply air dan sewerage untuk pengguna termasuk geometri sebab posisi tepat ke arah kiblat tanpa menggunakan kalkulator saintifik. Bukan setakat itu je, bukti2 fizikal dalam penemuan perubatan, perundangan dan lain2 turut membuktikan tamadun Islam ni sangat maju berbanding tamadun lain yang hidup di zaman gelap pada kurun ke 9. Maka usaha Barat gagal untuk ubah sejarah Islam. Dan hari ni Barat telah pun menerima bahawa tamadun Islamlah yang banyak mempengaruhi dunia moden hari ni. Ini akibat bukti/kesan/pengaruh fizikal sejarah.



            
Contohnya di Malaysia, Mat Sabu nak ubah sejarah kononnya PKM ni hero perjuangan kemerdekaan Malaysia. Orang akan tanya balik dengan contoh persoalan begini, "Kenapa rakyat Malaya yang berjumlah 6 juta berbilang bangsa bersatu menentang PKM? Walhal PKM declare nak merdekakan mereka dari British yang rakyat benci tu, apa dosa PKM sampai semua rakyat menentang PKM ketika itu? Kalau rakyat menerima PKM sebagai hero mereka, hari ni patutnya Malaysia diperintah oleh komunis dah pun, kenapa tidak jadi macam tu?" Soalan mudah macamm ni saja akan gagalkan usaha Mat Sabu untuk ubah kandungan buku sejarah. Kesimpulannya, Mat Sabu boleh ubah buku sejarah sebab ia hanya dakwat dan kertas tapi takde orang boleh ubah bukti/kesan/pengaruh fizikal sejarah.


Banyak dah orang cuba nak ubah kandungan buku sejarah, semuanya gagal sebab tidak boleh "ngam" dengan bukti/kesan/pengaruh fizikal sejarah. So cerita yang kerajaan ubah sejarah ni temberang je sebab takde orang mampu ubah pun kandungan sejarah. UMNO pun ada sejarah hitam mereka seperti krisis UMNO diharamkan dan mereka tak mampu nak ubah pun, mereka terpaksa menerimanya, belajar dari kesilapan dan maju kehadapan.


Pembangkang penipu macam PR ni kuat berdrama semenjak hari pertama penubuhan mereka lagi. Tetapi tak semua taktik mereka akan menjadi. Mereka nak tuduh UMNO manipulasi buku teks sejarah dan menjadi barua British. Niat mereka untuk dapat sokongan bahawa PKM berusaha menentang British kononnya, TAPI BLINDSPOT taktik mereka ialah kekejaman PKM/Chin Peng terhadap rakyat. Masalahnya pada mereka ialah apabila majoriti rakyat "argue" dan rakyat telah nampak lebih mengenai kekejaman PKM/Chin Peng berbanding dengan ideologi atau usaha PKM menentang British kononnya. Sebab kekejaman PKM/Chin Peng terhadap rakyat telah menjadi trauma yang sangat mendalam kepada rakyat Malaysia dan ia akan terus diingati untuk jangkamasa yang lama. Mat Sabu dah miscalculate risiko membuat kenyataan tersebut. 


“Rahim Marzuki, 63, adalah anak salah seorang anggota polis, Hashim Abdullah yang bertugas di Balai Polis Bukit Kepong, kini, hidup dalam keadaan serba kekurangan akibat kecacatan yang dialami semasa peristiwa berdarah serangan Bukit Kepong pada 1950. Rahim atau nama sebenarnya Rahman Hashim yang ketika itu berusia di antara dua hingga tiga tahun mengalami kecederaan teruk apabila ditembak penyerang komunis ketika dalam dukungan ibunya..”

Rahim Marzuki adalah seorang mangsa kanak2 yang ditembak komunis diBukit Kepong, kalau Mat Sabu kata Mat Indera ngan puak PKM tu hero, maknanya Rahim Marzuki ni pembohongla.




Hampir 3,000 rakyat awam Malaysia yang tidak ada kena mengena pun dengan British dibunuh dengan kejam oleh PKM/Chin Peng. Ini tidak termasuk kematian ahli pasukan keselamatan dan bilangan kematian orang awam yang tidak direkod. Tidak perlu buku sejarah utk mengingatkan kita, kubur2 mereka sahaja sudah memadai akan sentiasa mengingatkan kita mengenai jenayah2 kejam yang dilakukan terhadap rakyat kita oleh PKM/Chin Peng.


Kalau Mat Sabu nak ubah sangat sejarah, soroklah kubur2 orang awam yang tidak berdosa ni yang telah dibunuh PKM/Chin Peng dengan kejam. Jangan lupa soroklah kubur2 pasukan keselamatan yang telah berjuang melindungi rakyat2 yang tidak berdosa ni daripada dibunuh dengan kejam oleh pengganas komunis.


Kalau Mat Sabu nak sangat naikkan PKM termasuklah komunis Melayu macam Mat Indera tu, simple je tak payah tengok TV3, tak payah baca buku Sejarah. Simple je , Mat Sabu buktikan kubur2 dan waris2 mangsa semua ni PEMBOHONG. Kena ingat waris2 mangsa dan kubur2 mereka adalah LIVING PROOF tau, aku nak tengok macamana Mat Sabu nak pusing.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this