Monday 12 December 2011

Kenapa US Sekarang Takut Dengan Kerajaan Malaysia?







Kenapa US tiba2 nak berbaik dengan kerajaan BN  dan lain2 negara yang mempunyai sentimen anti US? Dengan kejatuhan ekonomi, perdagangan, matawang US bersama kegagalan atas segala usaha US untuk menjatuhkan negara2 yang mempunyai sentimen anti US, US tiada pilihan lain iaiatu berbaik baik dengan kita dan negara2 lain yang mempunyai sentimen anti US.

Malaysia tidak takut pada US  bukan sebab kita mempunyai ketenteraan, teknologi ekonomi yang kuat, TETAPI gabungan sentimen ANTI US di kalangan negara2 yang membangun dan negara kuasa besar lain seperti China dan Russia menyebabkan US tidak mampu menggunakan mereka untuk menjatuhkan kesemua negara2 yang mempunyai sentimen anti US. US sudah mengusahakan segala macam program war on terror iaitu mengaitkan negara yang anti US dengan terrorism iaitu mereka pernah mengaitkan BN ada kaitan dengan Al-Qaeda, menggunakan proksi2 dalaman seperti Anwar Ibrahim dan meningkatkan HARGA MINYAK seluruh dunia dengan spekulasi supaya rakyat marah terhadap kerajaan. Dan ianya tidak berhasil seperti yang diharapkan oleh US bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di negara lain. Kos yang digunakan untuk membiayai program2 yang dinyatakan telah menjadi terlalu berbanding hasil. Oleh itu cara terbaik ialah KAW TIM. Bukan sahaja dengan Malaysia, tetapi dengan negara2 lain yang mempunyai sentimen anti US sebelum ini.


Kesemua masalah US hari ini terutamanya status perdagangan antarabangsa terdapat di laman web Council of Foreign Relation, CFR http://www.cfr.org/. Boleh baca di situ.


Apa yang ditakuti US bukan terrorist atau kebangkitan Negara Islam, tetapi kebangkitan sentiment ANTI US dan efek kepada perdagangan barangan dan matawang US di peringkat antarabangsa. Contoh pada 2008, kadar perdagangan negara2 di asia barat, asia tenggara, eropah timur dengan negara2 besar lain dari US seperti Eropah, China dan Rusia telah meningkat dengan mendadak (SPIKE), dan ini telah memberi efek kepada eksport US dan matawang US. Contoh kalau kita deal dengan Eropah atau Russia, kita deal dengan matawang EURO, bukan USD.


Lagi satu paling ditakuti oleh US di Asia Tenggara ialah cadangan Tun Mahathir / Malaysia mengenai penggunaan matawang alternatif dari USD dalam perdagangan serantau. Dan Najib Tun Razak telah komited untuk menyambung usaha Tun Mahathir iaitu pada hari pertama Najib menjadi PM, beliau telah pergi ke China untuk meningkatkan hubungan dan cadangan unutk menjual kesemua simpanan matawang USD sebagai sokongan. Jika kesemua negara Asia Tenggara menjual semua simpanan matawang USD mereka, US akan tumbang di Asia.

   Jikalau kedudukan dan propaganda Anwar Ibrahim di negara kita masih kuat, maka US akan terus mengutuk kita seperti apa yang mereka selalu buat sebelum ini. Hari ini, US tidak boleh lagi berharap kepada Anwar Ibrahim, malah terpaksa berbaik dengan kerajaan BN. Perkara ini bukan setakat terjadi di Malaysia, tetapi negara2 lain yang mempunyai sentimen ANTI US. Di China, usaha demokrasi iaitu menjatuhkan kerajaan China tidak menjadi, usaha menjatuhkan Vladimir Putin dan pengaruh Rusia di negara2 bekas Soviet juga tidak menjadi. Maka US tiada peilihan lain melainkan berbail2 dengan semua negara yang mempunyai sentimen US.


Salah satu sebab negara2 ANTI US ini mahu mengelakkan US, juga adalah mereka mahu mengelakkan dari terjadinya China Cold war. Jikalau terjadi, negara2 yang mempunyai sentimen anti US termasuk Malaysia akan memberi sokongan sepenuhnya kepada China.
Kalau dulu semasa Cold War antara Blok Kapitalis dan Blok Komunis, US mempunyai banyak sokongan dan sebab itulah US boleh menjatuhkan Soviet. Tetapi, dengan terjadinya sentimen ANTI US, ekonomi, matawang dan perdagangan antarabangsa yang tak menentu, US mahu berbaik2 dengan kita. Dan peranan Najib hari ini ialah berbaik2 dengan China, Rusia dan negara2 ANTI US untuk menjaga kepentingan Malaysia ...


Kalau kita takut pada US, sikap kita lebih menyerupai Singapura yang asyik angguk je. Malaysia tidak akan mengeluarkan cadangan matawang alternatif, tubuhkan NGO Atarabangsa Criminalise War seperti apa yang terjadi di Iraq dan lain2 jika kita takut pada US. Saya masih ingat lagi kerajaan US mengatakan Barisan Nasional ialah terrorist (reported by the United Nations monitoring group on terrorism which links the Barisan Nasional (BN) to the Osama Bin Laden Al-Qaeda terrorist group) pada 2002. US juga mengatakan Barisan Nasional mundur, korupsi demi mahu memenangkan anak emas mereka, iaitu Anwar Ibrahim. US juga merendahkan teknik menyelamatkan @ memulihkan ekonomi negara kita iaitu teknik BAIL OUT. Dan lihatlah apa yang terjadi hari ini, US dan rakan2nya terpaksa menelan ”humble pie”. Tetapi tidak bagi Anwar.




Anwar masih cuba untuk membawa sistem, polisi dan teknik yang diamalkan oleh US, dan kesemua sistem2 ini adalah GAGAL. Itulah US, yang mahu menjadi watak utama dalam senario politik, ekonomi, sosial, sistem undang2, hak asasi dalam negara kita. Contoh sistem yang telah gagal di US yang cuba di bawa ke Malaysia oleh PR ialah ”Unregulated Capitalism” iaitu dalam bahasa sistem permodalan yang tiada batasan. Kita lihat sendiri apa dah jadi di sana, ramai yang hilang pekerjaan dan lain2. Dan sistem yang diamalkan di US ini memberi impak yang buruk kepada US sendiri, begitu juga negara2 lain.


 ”Human Impose, God Dispose”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this