Tuesday, 19 June 2012

Isu Anwar "Hilangkan" Saham Bumiputera RM50B - Apa Tindakan Kerajaan?





Aku dengar ada siasatan akan dimulakan berdasarkan pengakuan bersumpah Dato Murad iaitu bekas orang kuat BNM masa Anwar Ibrahim jadi Finance Minister. Mungkin dari siasatan ni kita akan tahu kat mananya hilang saham bumiputra RM 50 billion tu. Bagi aku, takkanlah Najib memandai nak keluar / terima kenyataan pasal hilangnya saham bumiputra tu, takkan dia nak tembak diri dia sendiri? Mungkin ada org nak kena ni, Jeng Jeng Jeng …

Paling banyak lesap masa krisis 1997, maklumlah value saham2 banyak menguncup, siapa Finance Minister kita masa tu? 

Paling banyak isu "Pink Form" masa bila??? Bukan ke masa Anwar Ibrahim jadi FInance Minister? 

Musa Hitam pernah mengatakan. siapalah Anwar kalau tidak disebabkan oleh Tun Mahathir. Tun Mahathir memberi 200% kepercayaan terhadap Anwar termasuklah menguruskan ekonomi negara. Apa yang Anwar Ibrahim buat terhadap Bank Negara dan institusi2 kewangan seperti bank2 macam dia punya. Mentang2lah Tun Mahathir percaya kat dia.
Siasatan sebenarnya telah pun dimulakan pada akhir 1995 iaitu lebih awal daripada pengakuan Dato Murad. Ia sebenarnya dipanggil diagnosis tentang apa sebenarnya yang menyebabkan masalah ekonomi Malaysia. Masalahnya datang dari dua arah. Pertama, dalam negara di mana-mana, korporat2 buat hal dan di luar Negara pula, George Soros buat hal.

 Apa yang Anwar lakukan seperti pengakuan Dato Murad, kebanyakannya adalah SAH disisi undang2. Seperti George Soros mencuri duit rakyat Malaysia melalui spekulasi matawang, ia adalah sah disisi undang2 dan tidak boleh didakwa. Ini dipanggil "loophole" dalam sistem kewangan. Walau bagaimanapun, tindakan tetap diambil. Tapi, apa tindakannya?

 Apa tindakan drastik yang kerajaan ambik kalau dah tak boleh dakwa? Ya, dua tindakan penting iaitu pertama, BANK MERGER, dan kedua BAILOUT. BANK MERGER terjadi dengan bank2 yang dipilih telah "MENELAN" bank2 yang bermasalah dan ada hubungkait dengan Anwar Ibrahim dan BAILOUT GLC2 yang dituduh ada unsur kroni. Ketika ini ramai nama2 besar kena pancung

Untuk melaksanakan Bank Merger, banyak nama2 penting dipancung, antaranya Mat Dom dan Dato Murad dari Bank Negara, Rashid Hussin, Shamsidar (korang mesti kenal dia ni) Phileo Allied dan nama2 lain yang mengetuai bank2 yang telah ditelan oleh bank lain atas nama pengabungan (merger). Sebenarnya Bank Merger besar-besaran pada 1997 bukan setakat nak menyelamatkan bank2 tapi turut menghukum Anwar dan kroni2nya.

Antara langkah pertama usaha Bank Merger dan menyelamatkan GLC2 lain ialah dengan menyelesaikan isu MRCB dahulu, sebab MRCBlah "vehicle" selalu digunakan oleh kroni2 Anwar dulu. MRCB yang banyak pegang atau memberi gerenti kepada bank2 lain yang ada kaitan dengan Anwar, contohnya RHB, Phileo Allied dan banyak lagi. Nak tau siapa kepala Phileo Allied? Shamsidar lah …hehehe. Banyak sebenarnya bank2 dan institusi kewangan yang ada kaitan ngan Anwar ni, RHB, Phileo Allied, MUI Bank, KUBB, ABRAR dan lain2 

MRCB iaitu vehicle utama kroni2 Anwar bukan setakat involve bank2 dan institusi kewangan saja, tetapi melibatkan deal2 dengan GLC2 lain gak seperti TNB, NST Group, Berita Harian, KTM, Malakoff, SPNB, MAS dan mcm2 lagi termasuklah projek2 mega seperti KL Sentral dan lain2. Hangpa ingat Anwar tak involve peringkat awal projek2 mega yang dirancang Tun?

Perlaksanaan Bail Out, part ni Anwar tuduh Tun Mahathir nak selamatkan kroni …  hehehe. Aku simple je, kalaulah betul Tun Mahathir nak selamatkan kroni, kenapa ramai CEO2 / Pengarah2 GLC seperti Halim Saad, Tajuddin Ramli ni semua KENA PANCUNG masa proses BAIL OUT? Kalau nak selamatkan kroni takkan sampai kena PANCUNG … hehehe. Sebenarnya kroni siapa diorang ni semua??? Ya, sebenarnya depa ni kroni2 Anwar, sebab mereka ni boleh ada kat situ dengan blessing FInance Minister masa tu. Siapa Finance Minister masa tu? Bukan Anwar ke?

Anwar dan PR menuduh bahawa DAIMlah yang banyak rembat saham2 bumiputera  … hehe. Tun Daim PENCEN pada 1991, dia dah takde "Executive Power" dah pun. Yang ada "Executive Power" dalam MOF, EPU, EPF, Bursa Saham, GLC2 semua ni siapa lepas 1991? Bukan ke Anwar Ibrahim?? Dan antara 1991 - 1997 ialah tahun ekonomi kita paling peak dan BURSA SAHAM kita paling aktif dengan listing company2 baru yang turut melibatkan pengisuan saham2 berkaitan bumiputra. Dan pada masa tulah paling banyak pengisuan "Pink Form" hehehe.

 Antara 1991-1997 adalah paling banyak listing, sampai company2 pelik pun boleh listing untuk fast cash dari Public Investment. BERKOKOK Securities Commission kita terutamanya si Munir tu, geram je dia. Kalau syarikat public listed lain pasti banyak soalnya. Apa boleh buat, budak2 SC kata ini TPM dan Menteri Kewangan punya kehendak dan MRCB Anwar punya. Ni realiti 1991-1997. Anwar Ibrahim is untouchable. 

 Walaupun Anwar sukar didakwa dalam instrumen2 kewangan sebab apa yang dilakukan sah disisi undang2 tetapi hukuman terhadapnya tetap berlaku. Walaupun BANK MERGER dan BAILOUT memang untuk selamatkan ekonomi negara tetapi pada masa ramai orang2 Anwar kena pancung daripada Bank Negara, organisasi GLC seperti MRCB dan orang2 yang mengetuai bank2 dan GLC2 masa dia jadi Finance Minister. Sebab tulah Anwar bising, sebab ramai "kaki" dia kena pancung. Lagi satu ramai gak "kaki" dia belot pegi bocor rahsia seperti Dato Murad dan lain2.

Pengakuan Dato Murad (BNM) baru pengakuan seorang yang berkhidmat di bawah Anwar Ibrahim semasa dia FInance Minister. Itu baru sorang je dah sampai berapa billion dah tu. Belum lagi yang lain2 seperti eksekutif2 GLC2, MRCB, Bank2, dan Pesuruhjaya Sekuriti Bursa Saham.

Ada orang kata cerita ni cerita lama, itu silap. Ini bukan cerita lama, tapi inilah informasi penting yang akan jawab ke mana hilangnya saham2 Bumiputra tu.
Sebab 2 perkara : 

Pertama, pada 1991-1997 ialah masa Bursa Saham paling aktif dengan listing dan paling banyak diisukan "Pink Form".
Kedua, ia banyak melibatkan syarikat2 penting yang melibatkan GLC2 seperti TNB, NST Group, Berita Harian, KTM, Malakoff, SPNB dan lain2. Dari segi institusi kewangan pula RHB, Phileo Allied, MUI Bank, KUBB. Lepas tu, tahun1997 ekonomi Malaysia kena serang dan kebodohan Anwar sebagai Finance Minister, semua saham2 ni samada menguncup, lesap atau hangus. Ini semua multi-billion tau, bukan seringgit.

Apa yang aku terangkan ni tip of the iceberg je. Sikit je. Kalau korang nak tahu lebih lanjut korang berbaiklah ngan fund manager2 mutual fund dan geng2 offshore fund kat Labuan tu. Lagi banyak diorang tahu. Parah GLC2 kita dikerjakan.

Manupulasi Bursa Saham tidak salah di sisi undang2, sebab tu tak boleh dakwa Anwar dan kroni2nya. Sebenarnya informasi ni bukannya rahsia pun, depan mata je. Masalahnya rakyat Malaysia tak berminat nak baca dan memahami mengenai ekonomi, bursa saham, istilah2 trading IPO seperti "Flipping" dalam Majalah Business Times, The Edge, Wall Street Journal Asia, Kalau korang kumpul balik arkib2 Business Times dari 1991-1997, apa yang aku komen kat atas tu semua ada dalam majalah tersebut.

Apa yang terjadi pada 1991-1997 ialah Bursa Saham kita yang bermula dengan baik telah bertukar menjadi LOJI TAIK!. Di mana majoriti saham2 syarikat yang listing tidak mempunyai value / nilai sebenar, ianya hanyalah nilai2 spekulasi. Pelabur2 meletakkan wang mereka hanyalah berdasarkan "khabar angin"/ spekulasi. Kat sinilah banyaknya hilang nilai saham Bumiputra sebabkan spekulasi / manipulasi Bursa Saham. Nasib baik Tun Mahathir take over dengan pecat Anwar dan mula clean up Bursa Saham kita dengan pengisian saham2 yang ada nilai sebenar dan ini akan ambik masa yang cukup lama...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this