Saturday, 19 January 2013

Muammar Gadaffi ialah Pelacur Politik






 Hangpa rasa Gaddafi ni anti Barat? Ye ke Gaddafi ni menentang US? Hangpa tanyalah diri sendiri, sapa yang dok dapat HAK EKSLUSIF untuk refine, process dan pasarkan minyak Libya semenjak 1969? Itu minyak je, macamana pulak fungsi sebagai "buffer state" untuk menjaga hak2 negara2 barat kapitalis dalam menentang kemaraan pengaruh komunis? Skandal Oil for Food iaitu program Saddam, sampai terbongkar rahsia orang2 besar PBB seperti Kofi Annan dan pemimpin2 US lain yang mencengkam rakyat Iraq. 

Tun Mahathir baru BISING kat OIC, beliau kata orang Islam kena tolong sesama kita, barulah Libya ni nak contact Petronas pada tahun 2000, yang tu ntah dapat ke tak. Pundeklah ko Gadafi, ko sama je macam Anwar, cakap je lebih, bangkitkan Islamlah, itulah, last2 padan muka ko. Patutnya negara2 Islam kena tolong menolong sesama kita untuk kebaikan bersama. Banyak industri minyak Petronas boleh dibuat kerjasama. Tapi negara2 Pak Arab ni pandang rendah pada kita Malaysia ni. Bila dah kena main dengan Mat Salih barulah terhegeh-hegeh nak contact Malaysia (Petronas). Benda2 high tech yang negara Islam takda, takpalah kalau kerjasama dengan negara luar. Tapi kalau servis2 dan produk2 yang negara2 Islam ada, eloklah bekerjasama, takkan yang tu pun nak cium tangan mat salih jugak kot, apa daa. 


Petronas steadyla sekarang ni, dok sibuk sapu minyak dari negara2 yang tak berapa suka dengan US. Nasib baik Tun Mahathir tu cerdik, beliau neutral (tak pilih bulu). Negara2 membangun yang la ni yang dah tak berapa suka kat US, dok bagi kawasan2 minyak depa untuk Petronas develop seperti kawasan2 Eastern Europe yang ex Soviet, Afrika dan Russia sendiri. Tu yang Petronas loaded lain macam tu  … hahaha. Kalau Petronas ikut cakap Anwar untuk jadi pro US je, rugi dah Petronas sekarang ni, sebab banyak negara2 membangun hari ni tak berapa suka ngan US. La ni depa dok cari company alternatif daripada sekutu2 US. Apa lagi, kita sapu la … haha. Itulah kelebihan bila Anwar tak jadi Penasihat Petronas.
 
Petronas punya reserve minyak luar negara lebih banyak dari apa yang Malaysia ada. Maknanya Petronas lagi besar dari Malaysia yang sekarang ni. Mesti ramai yang mahu piece of  Petronas, samalah macam krisis syarikat2 minyak lain. Yang penting sekali, Petronas masih maintain rancangan PERDANA mereka (main course) iaitu maximising peluang yang ada dari negara2 membangun (emerging market) pada hari ni, terutamanya dari negara2 yang nak cari alternatif dari syarikat2 tradisi barat. Biasalah, di mana ada GULA di situlah ada SEMUT. Bukan rakyat Malaysia je nak "serpih" Petronas, Mat Saleh pun nak jugak. Berebut tu, Anwar pun nak selit jugak, katanya dia pandai dalam turunkan harga minyak  … kah kah kah. 

Sebenarnya Amerika dah menguasai Libya semenjak 1969 lagi. “Revolusi Jalanan Buku Hijau” yang dibuat oleh Gadafi untuk menggulingkan pemerintah Libya pada 1969 adalah dengan bantuan pihak agensi risikan CIA. Muamar Gadafi digunakan oleh US untuk menjadikan Libya sebagai "buffer state" dalam menyekat kemaraan pengaruh komunis semasa Perang Dingin. Pemerintah yang Gadafi jatuhkan ialah  - Sayyid Hasan ar-Rida al-Mahdi as-Senussi, yang lebih prefer untuk jadi NEUTRAL dalam isu Perang Dingin di antara blok komunis Soviet dan US. Sikap Sayyid Hassan ini tidak disenangi US, sebab itulah Gadafi dinaikkan. Boleh baca sejarah  dalam Archive People Magazine 1969.

Bagi aku, Gaddafi, Mubarak, Saddam dan pemimpin2 revolusi Arab hari ni hanyalah sebagai "pelacur". Semata-mata untuk berkuasa, sanggup ikut jalan pintas dengan melacurkan diri dengan kuasa besar dari luar untuk membantu mereka menggulingkan kerajaan yang sebangsa dan seagama dengan mereka. Apa yang mereka terima hari ni adalah balasan setimpal. Masa hadapan pemimpin revolusi hari ni akan menerima nasib yang sama seperti Gadafi, Mubarak dan Saddam, sebab mereka adalah sama iaitu pelacur yang meminta bantuan kuasa luar untuk berkuasa dan merampasnya melalui revolusi jalanan.

Ada pepatah Inggeris mengenai pengajaran konsep politik antarabangsa secara spesifik yang mempunyai hubungan antara negara membangun dan kuasa besar ; "DONT BE A PROSTITUTE BECAUSE AT THE END OF THE DAY THE PIMP ALWAYS GET PAID, THE PROSTITUTE GET SCREWED." Fikir-fikirkanlah.



Yang lagi penting, Anwar  kena belajar tentang apa nasib pemimpin2 Islam yang sanggup jadi lembu kepada NGO2 antarabangsa seperti ICG, NED, dan organisasi seperti CIA untuk gulingkan kerajaan -  Saddam Hussein, Gadafi, Shah Iran ni semua kena pakai je, habis madu sepah dibuang  … hehehe. Belajarlah dengan hikmah yang Allah SWT tunjuk ni. Tengok macam Najib, dia kawan dengan semua orang, bukan US je. Najib neutral, dia berpegang teguh pada perjanjian ZOPFAN 1971. Tak macam Nuaq tu, nak rampas kuasa punya pasal, cium tangan US macam Gadafi, Saddam, Mubarak. PIIIRAAAH!


Saya bukan nak anti barat. Tapi sebaiknya polisi luar negara kita kenalah NEUTRAL, tak perlulah sikit2 nak pegi mintak bantuan luar untuk jadi berkuasa, nanti terhutang budi macam negara2 Arab, pening kepala pulak nak handle. Pembangkang kita kalau nak naik pun tak payahla nak cium tangan Yayasan Demokrasi Barat macam NED, ICG tu, elok perbaikilah diri sendiri  dan buktikanlah hangpa mampu perform lebih baik dari BN, itu je.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this