Saya rasa banyak rakyat kita tidak tahu mengenai jumlah pengeluaran minyak di Malaysia VS penggunaan minyak di Malaysia. Dan ramai tidak tahu dari mana sebenarnya pendapatan Petronas hari ini.
Negara pengeluar minyak besar ialah negara yang mampu mengeluarkan minyak antara 4,000,000 ke 5,000,000 tong per sehari. Negara kita hanya dalam lingkungan 200,000 ke 250,000 tong per sehari, atau mungkin kurang. Minyak yang dikeluarkan oleh negara kita hanya sesuai untuk kenderaan kapal terbang (berapa ramai rakyat Malaysia ada kapal terbang?). Dan satu lagi, negara kita mempunyai lebih banyak gas asli.
Negara kita menggunakan lebih kurang 547,000 tong per sehari iaitu bersamaan hampir setahun pengeluaran minyak negara kita. Ini bermakna negara kita terpaksa import minyak. 90% minyak petrol atau diesel yang digunakan oleh rakyat Malaysia adalah minyak dari negara luar. Harga minyak negara luar adalah pada paras harga yang telah di set kan di Mercantile Exchange, New York dan OPEC. Dan kenaikan 500% harga minyak luar terpaksa di tanggung oleh kerajaan Malaysia melalui subsidi.
Negara kita memiliki lebih hasilan gas berbanding minyak / petrol. Jadi, jika ingin merasa hasil bumi Malaysia yang murah, pakailah gas @ NPV pada kereta anda.
Pendapatan Petronas sebenarnya datang daripada end product atau down stream, seperti bahan asal plastik, komestik, pil perubatan dan lain2. Dan sebahagian besar pendapatan Petronas hari ini (hampir 60%) datang daripada dagangan minyak kepunyaan negara lain seperti Sudan, Indo China, Iran, Filipina, Negara Balkan, Rusia dan lain2. Ini bermakna hasil pendapatan daripada minyak negara kita untuk Petronas hanya 40% atau mungkin kurang.
Jika hendak diikutkan hak rakyat Malaysia, kita hanya mempunyai hak terhadap Petronas sebanyak 40% dari jumlah pendapatan, kerana hanya 40% sahaja pendapatan Petronas hari ini adalah hasil dari bumi kita. 60% lagi sepatutnya adalah untuk penasihat, lembaga pengarah dan pekerja2 Petronas yang datang dari dagangan minyak luar.
Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia, penasihat, lembaga pengarah dan pekerja2 Petronas kerana sanggup untuk berkongsi 60% pendapatan minyak luar dengan rakyat Malaysia melalui subsidi, bail out, cukai dan royalti. Jika mereka tidak mahu berkongsi hak mereka itu, sudah semestinya gaji pekerja Petronas lebih tinggi daripada sekarang dan standard gaji mereka setaraf dengan syarikat2 minyak antarabangsa lain.
Siapakah penasihat PETRONAS itu???
Pada tahun 2006, hampir 4,000 orang kakitangan Petronas yang paling elit menghantar surat perletakan jawatan pada suatu masa. Ini kerana mereka menunjukkan tanda protes apabila pengurusan Petronas dan Hassan Merican dituduh menyeleweng oleh ahli2 politik yang mahukan jawatan Hassan Merican (ahli politik memang tak guna). Ianya juga sebagai protes terhadap rakyat Malaysia yang tidak mengenang budi, semasa itu.
Semasa keadaan tersebut berlaku, saya berada di kafe LGAST, Labuan. Di kafe tersebut juga, syarikat2 luar negara seperti Talisman, Qatar Oil, telah menunggu di situ bersama appointment letter untuk menawarkan jawatan kepada kakitangan Petronas yang mahu berhenti. Kakitangan Petronas sememangnya menjadi rebutan dalam industri gas dan petroleum, itulah hakikatnya.
Secara umumnya, seorang Jurutera sepatutnya berpendapatan sebanyak 3000 EURO/seminggu tetapi jurutera2 Petronas hanya dapat setengah daripada standard antarabangsa untuk sebulan. SEBAB APA??? SEBAB BERKORBAN UNTUK RAKYAT MARHAEN. Hasil usaha orang lain ini bukan hak rakyat Malaysia sebenarnya, tapi ramai yang TIDAK TAHU BERSYUKUR.
Jika mereka keluar dari Petronas, mereka akan keluar bersama2 dengan deal2 minyak luar negara yang mereka berjaya usahakan sendiri iaitu sebahagian besar pendapatan Petronas (banyak diusahakan oleh Tun Mahathir di negara2 membangun seperti Iran, Sudan dan lain2 kerana mereka adalah fan beliau). Jika perkara ini berlaku pada masa itu, rakyat Malaysia akan menikmati pendapatan hasil bumi Negara sebanyak 40% sahaja (mengikut akta 1974). Dan orang yang bertanggungjawab memujuk kakitangan Petronas yang protes itu adalah orang ini. Kata beliau kepada mereka ;
”Ingatlah jasa Petronas yang membentuk dan melatih kamu ....” – Timbalan PM
1,000 orang kakitangan Petronas sempat meletakkan jawatan, manakala bakinya kekal bersama2 Petronas. Alhamdulillah.
Apa akan jadi jika orang ini tidak tampil untuk memujuk kakitangan Petronas itu???
Maka rakyat Malaysia tidak berpeluang menikmati 60% hasil pendapatan extra Petronas yang datang dari minyak luar negara. Dan janganlah bermimpi untuk menikmati SUBSIDI seperti hari ini. Menganga jelah.
”Change the way we think, then we will change everything. The burden of changing the mentality of people cannot be on an individual (no matter how influential you are) like Tun M. I t should be an effort of group of people. How long we going to stay in COMFORT ZONE??” – Draz Har