Aku dengar ada siasatan akan dimulakan berdasarkan pengakuan bersumpah Dato Murad iaitu bekas orang kuat BNM masa Anwar Ibrahim jadi Finance Minister. Mungkin dari siasatan ni kita akan tahu kat mananya hilang saham bumiputra RM 50 billion tu. Bagi aku, takkanlah Najib memandai nak keluar / terima kenyataan pasal hilangnya saham bumiputra tu, takkan dia nak tembak diri dia sendiri? Mungkin ada org nak kena ni, Jeng Jeng Jeng …
Paling banyak lesap masa krisis 1997, maklumlah value saham2
banyak menguncup, siapa Finance Minister kita masa tu?
Paling banyak isu "Pink Form" masa bila??? Bukan
ke masa Anwar Ibrahim jadi FInance Minister?
Musa Hitam pernah mengatakan. siapalah Anwar kalau tidak disebabkan
oleh Tun Mahathir. Tun Mahathir memberi 200% kepercayaan terhadap Anwar
termasuklah menguruskan ekonomi negara. Apa yang Anwar Ibrahim buat terhadap
Bank Negara dan institusi2 kewangan seperti bank2 macam dia punya. Mentang2lah
Tun Mahathir percaya kat dia.
Siasatan sebenarnya telah pun dimulakan pada akhir 1995
iaitu lebih awal daripada pengakuan Dato Murad. Ia sebenarnya dipanggil
diagnosis tentang apa sebenarnya yang menyebabkan masalah ekonomi Malaysia. Masalahnya
datang dari dua arah. Pertama, dalam negara di mana-mana, korporat2 buat hal
dan di luar Negara pula, George Soros buat hal.
Apa yang Anwar lakukan seperti pengakuan Dato Murad,
kebanyakannya adalah SAH disisi undang2. Seperti George Soros mencuri duit
rakyat Malaysia melalui spekulasi matawang, ia adalah sah disisi undang2 dan
tidak boleh didakwa. Ini dipanggil "loophole" dalam sistem kewangan.
Walau bagaimanapun, tindakan tetap diambil. Tapi, apa tindakannya?
Apa tindakan drastik yang kerajaan ambik kalau dah tak
boleh dakwa? Ya, dua tindakan penting iaitu pertama, BANK MERGER, dan kedua
BAILOUT. BANK MERGER terjadi dengan bank2 yang dipilih telah
"MENELAN" bank2 yang bermasalah dan ada hubungkait dengan Anwar
Ibrahim dan BAILOUT GLC2 yang dituduh ada unsur kroni. Ketika ini ramai nama2
besar kena pancung
Untuk melaksanakan Bank Merger, banyak nama2 penting
dipancung, antaranya Mat Dom dan Dato Murad dari Bank Negara, Rashid Hussin,
Shamsidar (korang mesti kenal dia ni) Phileo Allied dan nama2 lain yang
mengetuai bank2 yang telah ditelan oleh bank lain atas nama pengabungan
(merger). Sebenarnya Bank Merger besar-besaran pada 1997 bukan setakat nak
menyelamatkan bank2 tapi turut menghukum Anwar dan kroni2nya.
Antara langkah pertama usaha Bank Merger dan menyelamatkan
GLC2 lain ialah dengan menyelesaikan isu MRCB dahulu, sebab MRCBlah
"vehicle" selalu digunakan oleh kroni2 Anwar dulu. MRCB yang banyak
pegang atau memberi gerenti kepada bank2 lain yang ada kaitan dengan Anwar,
contohnya RHB, Phileo Allied dan banyak lagi. Nak tau siapa kepala Phileo
Allied? Shamsidar lah …hehehe. Banyak sebenarnya bank2 dan institusi kewangan
yang ada kaitan ngan Anwar ni, RHB, Phileo Allied, MUI Bank, KUBB, ABRAR dan
lain2
MRCB iaitu vehicle utama kroni2 Anwar bukan setakat involve
bank2 dan institusi kewangan saja, tetapi melibatkan deal2 dengan GLC2 lain gak
seperti TNB, NST Group, Berita Harian, KTM, Malakoff, SPNB, MAS dan mcm2 lagi
termasuklah projek2 mega seperti KL Sentral dan lain2. Hangpa ingat Anwar tak
involve peringkat awal projek2 mega yang dirancang Tun?
Perlaksanaan Bail Out, part ni Anwar tuduh Tun Mahathir nak
selamatkan kroni … hehehe. Aku simple
je, kalaulah betul Tun Mahathir nak selamatkan kroni, kenapa ramai CEO2 /
Pengarah2 GLC seperti Halim Saad, Tajuddin Ramli ni semua KENA PANCUNG masa
proses BAIL OUT? Kalau nak selamatkan kroni takkan sampai kena PANCUNG … hehehe.
Sebenarnya kroni siapa diorang ni semua??? Ya, sebenarnya depa ni kroni2 Anwar,
sebab mereka ni boleh ada kat situ dengan blessing FInance Minister masa tu.
Siapa Finance Minister masa tu? Bukan Anwar ke?
Anwar dan PR menuduh bahawa DAIMlah yang banyak rembat
saham2 bumiputera … hehe. Tun Daim
PENCEN pada 1991, dia dah takde "Executive Power" dah pun. Yang ada
"Executive Power" dalam MOF, EPU, EPF, Bursa Saham, GLC2 semua ni
siapa lepas 1991? Bukan ke Anwar Ibrahim?? Dan antara 1991 - 1997 ialah tahun
ekonomi kita paling peak dan BURSA SAHAM kita paling aktif dengan listing
company2 baru yang turut melibatkan pengisuan saham2 berkaitan bumiputra. Dan
pada masa tulah paling banyak pengisuan "Pink Form" hehehe.
Antara 1991-1997 adalah paling banyak listing, sampai
company2 pelik pun boleh listing untuk fast cash dari Public Investment.
BERKOKOK Securities Commission kita terutamanya si Munir tu, geram je dia.
Kalau syarikat public listed lain pasti banyak soalnya. Apa boleh buat, budak2
SC kata ini TPM dan Menteri Kewangan punya kehendak dan MRCB Anwar punya. Ni
realiti 1991-1997. Anwar Ibrahim is untouchable.
Walaupun Anwar sukar didakwa dalam instrumen2 kewangan
sebab apa yang dilakukan sah disisi undang2 tetapi hukuman terhadapnya tetap
berlaku. Walaupun BANK MERGER dan BAILOUT memang untuk selamatkan ekonomi negara
tetapi pada masa ramai orang2 Anwar kena pancung daripada Bank Negara, organisasi
GLC seperti MRCB dan orang2 yang mengetuai bank2 dan GLC2 masa dia jadi Finance
Minister. Sebab tulah Anwar bising, sebab ramai "kaki" dia kena
pancung. Lagi satu ramai gak "kaki" dia belot pegi bocor rahsia
seperti Dato Murad dan lain2.
Pengakuan Dato Murad (BNM) baru pengakuan seorang yang berkhidmat
di bawah Anwar Ibrahim semasa dia FInance Minister. Itu baru sorang je dah
sampai berapa billion dah tu. Belum lagi yang lain2 seperti eksekutif2 GLC2,
MRCB, Bank2, dan Pesuruhjaya Sekuriti Bursa Saham.
Ada orang kata cerita ni cerita lama, itu silap. Ini bukan
cerita lama, tapi inilah informasi penting yang akan jawab ke mana hilangnya
saham2 Bumiputra tu.
Sebab 2 perkara :
Pertama, pada 1991-1997 ialah masa Bursa Saham paling aktif
dengan listing dan paling banyak diisukan "Pink Form".
Kedua, ia banyak melibatkan syarikat2 penting yang
melibatkan GLC2 seperti TNB, NST Group, Berita Harian, KTM, Malakoff, SPNB dan
lain2. Dari segi institusi kewangan pula RHB, Phileo Allied, MUI Bank, KUBB.
Lepas tu, tahun1997 ekonomi Malaysia kena serang dan kebodohan Anwar sebagai
Finance Minister, semua saham2 ni samada menguncup, lesap atau hangus. Ini
semua multi-billion tau, bukan seringgit.
Apa yang aku terangkan ni tip of the iceberg je. Sikit je.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut korang berbaiklah ngan fund manager2 mutual
fund dan geng2 offshore fund kat Labuan tu. Lagi banyak diorang tahu. Parah
GLC2 kita dikerjakan.
Manupulasi Bursa Saham tidak salah di sisi undang2, sebab tu
tak boleh dakwa Anwar dan kroni2nya. Sebenarnya informasi ni bukannya rahsia
pun, depan mata je. Masalahnya rakyat Malaysia tak berminat nak baca dan
memahami mengenai ekonomi, bursa saham, istilah2 trading IPO seperti
"Flipping" dalam Majalah Business Times, The Edge, Wall Street
Journal Asia, Kalau korang kumpul balik arkib2 Business Times dari 1991-1997,
apa yang aku komen kat atas tu semua ada dalam majalah tersebut.
Apa yang terjadi pada 1991-1997 ialah Bursa Saham kita yang bermula
dengan baik telah bertukar menjadi LOJI TAIK!. Di mana majoriti saham2 syarikat
yang listing tidak mempunyai value / nilai sebenar, ianya hanyalah nilai2
spekulasi. Pelabur2 meletakkan wang mereka hanyalah berdasarkan "khabar
angin"/ spekulasi. Kat sinilah banyaknya hilang nilai saham Bumiputra
sebabkan spekulasi / manipulasi Bursa Saham. Nasib baik Tun Mahathir take over
dengan pecat Anwar dan mula clean up Bursa Saham kita dengan pengisian saham2
yang ada nilai sebenar dan ini akan ambik masa yang cukup lama...