Aku nak marah sikit kat BN. Aku nak marah sebab BN
TERLAMPAU BAIK SANGAT!! Korang tahu tak, kerajaan Malaysia adalah SATU2nya
kerajaan di dunia yang benarkan puak anti kerajaan bekerja dengan mereka??
Negara2 lain mana ada oi.
Contoh terbaik ialah US sendiri, mereka ade EXECUTIVE ORDER 9835 untuk penjawat awam mereka, iaitu dikenali sebagai "Loyalty
Program" yang diperkenalkan pada 1947. Penjawat awam tryla lawan kerajaan
mereka, nasib tak baik FBI datang rumah. Sama je macam Singapore, Eropah dan
lain2. Malaysia je BAIK sangat bagi muka. Kat Malaysia, penjawat awam yang anti
kerajaan siap boleh jadi pengarah lagi tu. Apa kebenda la kerajaan BN ni baik
sangat.
Kita boleh ambik contoh apa jadi kat kawan baik Anwar Ibrahim iaitu Wolfowitz, salah seorang staf tertinggi Kerajaan US. Dia tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan US untuk mengawal dan menyiasat spekulator2 dan mengelarkan tindakan sebut sebagai tindakan sosialis. Kerajaan US tunggu apa lagi, pecat dia terus, tak payah banyak cerita .. hahahaha …
Kalau kat US, penjawat2 awam yang menentang kerajaan
mereka, mereka boleh kena PECAT on the spot. Kalau nasib tak baik, boleh kena
caj di bawah kesalahan ;
1. sabotage, espionage, spying or the advocacy thereof,
2. treason, sedition or the advocacy thereof,
3. intentional, unauthorized disclosure of confidential
information,
4. advocacy of the violent overthrow of the U.S.
government.
Antara nama2 Government Servant US yang cukup famous dan
dianggap War Hero di US pun kena sidelined/removed/force resignation/replaced
hanya dengan menentang atau tidak menyokong kerajaan US, antaranya ialah
Patton, MacArthur, Curtis Le May, Thomas Power, Edgar Hoover dan beratus lagi.
Ni yang famous2 dan War Hero, belum masuk P.Wolfowitz dan lain2. Yang mati dan
hilang secara misteri tak kira lagi. Malaysia macamana?? Steady baik nak
mampus, hakim Tun Salleh Abas yang dah kena pecat pun boleh dapat duit lagi,
tuiiih! Yang dok ada lagi dalam kerajaan siap boleh naik pangkat lagi, tuuihh!
Itulah dia kerajaan Malaysia.
Bukan US je yang ada "Loyalty Program" untuk penjawat
awam2 mereka, seluruh dunia termasuk Arab Saudi sekali pun ada. Malaysia je
yang bagi muka sangat, yang tu pun tak mau berterima kasih. Bila puak2 penjawat
awam yang anti kerajaan ni buat hal, yang dapat malu BN jugak. Nilah salah satu
black spot kerajaan BN yang BN kena
perbetulkan, tak payah baik sangat.
Lagi satu contoh terbaik adalah Singapore, tanya apa terjadi
kat penjawat2 awam yang sokong pembangkang dulu yang lawan PAP iaitu Barisan
Sosialis?? Habis dikerjakan. Malaysia je yang bagi muka sangat kat penyokong2
pembangkang/anti kerajaan kerja cari rezeki di bawah mereka.
Kanser boleh diubati dan diboleh dicegahi, kalau ada
kemahuan, penjawat2 awam kita masih ada penyokong kerajaan, belum tahap lumpuh
lagi. Masalahnya sekarang, BN ni nak buat ke?? Aku pernah tanya benda ni kat
orang2 atasan UMNO sendiri, ko tahu apa diaorang jawab? "Kesian, mereka tu
ada anak bini, takpelah bagilah mereka can". Itulah masalah kerajaan BN,
cepat lentok dengan kesian. Last2 orang yang tak kenang budi tu gigit balik,
padan muka.
Kalau dah cari makan dengan majikan seperti kerajaan,
profesional la sikit. Kalau tak suka majikan kerajaan, pegilah cari majikan
lain. Diorang ni dok block peluang orang lain yang bersungguh nak kerja dengan
kerajaan.