Tuesday, 4 September 2012

Fakta Minyak dan Gas di Malaysia







Minyak


1. Puak2 Anwar kata, negara kita pengeluar minyak yang besar. KEPALA HOTAK KAU!! Malaysia hanya berada di tangga 27 daripada 113 negara pengeluar minyak. Malaysia hanya mampu keluarkan 693,000 tong/sehari. Amerika Syarikat mengeluarkan 9 kali ganda lebih banyak dari kita iaitu 9 juta tong / sehari. Apa punya AUTA la diorang ni.

2. Malaysia bukan pengeluar minyak yang besar. Dan Malaysia bukan sebahagian dari OPEC juga.


3. Malaysia hanya mengeluarkan 693,700 tong/sehari padahal negara lain seperti United Kingdom mengeluarkan 1.5 Juta tong / sehari. Brunei berada di tangga 48 dengan mengeluarkan 146,000 tong/sehari. Hari ini Russia berada di tangga pertama dengan hampir 10 juta tong/sehari dikeluarkan.  

4. Malaysia bukan pengeluar minyak yang besar, tapi Petronas besar, salah satu “7 Sisters” syarikat pengeluar minyak terbesar dunia.


5. Tak salah saya, untuk rekod 2007, kita keluarkan minyak sehari 693,000 tong/sehari, dan kita consume hampir 536,000 tong/sehari. Oleh itu eksport bersih kita ciput jee. Mcm manalah negara kita nak buat duit, kena subsidi pulak tu. Punyala baik kerajaan BN.

6. Lagi satu fakta, dari pengeluaran 693,000 tong sehari, yang Petronas refine sendiri lebih kurang separuh je. Selebihnya pakai refinery Shell dan Esso. So harga tinggi sikitlah. Yelah, rakyat Malaysia dan orang asing dok hirup minyak gila2. Ni dia breakdown refinery ;

Shell: Port Dickson (125,000), Lutong (45,000); 
Petronas: Melaka I (92,832), Melaka II (126,000), Kertih (40,000);
Esso Malaysia: Port Dickson (86,000)

7. Ikutkan Akta 1974, rakyat Malaysia tiada hak langsung untuk terima satu sen pun atau subsidi daripada usaha minyak luar negara. Tetapi Petronas/kerajaan masih ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia. Akibatnya gaji2 mereka dapat tidak setimpal dengan gaji "standard" antarabangsa.

8. Kebiasaannya seorang jurutera patut dapat 3000 EURO/seminggu tetapi jurutera Petronas hanya dapat setengah daripada standard antarabangsa untuk sebulan!! Sebab apa? Berkorban untuk rakyat marhaen ni. Hasil usaha orang lain dan hasil2 usaha yang sebenarnya bukan hak rakyat Malaysia ni, ramai yang tidak fikirkan.


9. Kalau dibuatnya pekerja/lembaga pengarah Petronas ni mogok dan bawak lari pendapatan Petronas ke luar negara kepada syarikat persendirian macam Shell dan Exxonmobil, tak pening kepala rakyat marhaen ni? Lagi susah. Kena ingat, ikut akta 1974, rakyat Malaysia tiada hak atas pendapatan minyak luar negara tau. 

 
Persoalan : Kenapa kita tak guna je sepenuhnya minyak yang kita ada?? Kalau import minyak memanglah harga minyak lagi mahal??

10. Nak bergantung kepada 4 billion tong sahaja yang dalam negara kita ni? Dengan penggunaan 547,000 tong/sehari dan trend kenaikan sebanyak 1.9% setahun, minyak kita hanya boleh bertahan selama 10 ke 15 tahun je, tak sampai satu generasi pun (yang ni pun kalau minyak kita 100% boleh pakai untuk kegunaan kita, ada kategori/spesikasi yang tidak boleh).

11. Lepas 15 tahun, 100% kita kena impot. Sekarang ni pun kita dah kena impot sebanyak 308,500 tong/sehari. Terima kasihlah kepada Petronas/kerajaan yang bertungkus lumus dok sebat minyak luar negara untuk simpanan dalam negara untuk kegunaan kita, lepas tu subsidi lagi minyak luar negara ni. Yang ni rakyat marhaen tak mahu fikir. 

Gas Asli

1. Kita disuapkan yang kononnya negara kita kaya dengan minyak (crude oil). Sebenarnya tidak. Kita hanya ada 4 billion barrel, bilangan itu sebenarnya ciput je. Kita kaya dengan benda lain berkenaan dengan bahan api.

2. Saya gerenti ramai rakyat Malaysia tidak tahu yang negara kita ni sangat kaya dengan GAS ASLI (Natural Gas), bukan kentut ok. Kita mempunyai 2 trillion meter persegi (m3) dan ke 15 terkaya di dunia!! Dan masih banyak lagi masih belum diterokai. Kita memang loaded dengan benda ni.

3. Kita hanya menggunakan 26 billion m3 setahun sahaja dan trend mula menurun kepada 20% per setahun. Produksi setahun pun tinggi, lebih 2 kali ganda daripada penggunaan iaitu 57.3 billion m3/setahun.

4. Kalau kat gas asli, rakyat Malaysia nak sebat subsidi tinggi saya rasa boleh sangatlah sebab Malaysia kaya dengan benda ni. Pertama, sebab Malaysia ada banyak benda ni dan produksi adalah lebih tinggi daripada penggunaan (maknanya tak perlu impot la).

5. Nak gunakan gas asli ni bukan mahal pun, RM9 boleh tahan dari Johor ke Perlis tu. Tetapi masalahnya berapa ramai rakyat Malaysia nak tukarkan enjin kereta mereka kepada enjin gas? 

6. Akibat inilah yang kita rugi sebenarnya. Bukan kita rugi sebab kerajaan bagi subsidi. Sebab subsidi org lain yang pakai sekarang ni.

Menjawab Kelentong Anwar Tentang APCO





"Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta"


5 minit pertama je aku tahu Anwar kelentong. Nak tahu kat mana Anwar kantoi?? PADA HARGA KONTRAK APCO!! Kos konsultansi semua polisi2 dalam negara kita hanya 72 Juta je??? Maklumlah Anwar kata APCO ambil alih Negara, maknanya semua polisi negara APCO ambil alihlah hanya dengan harga 72 juta … hahaha. Sepuluh kali ganda jauh lebih murah daripada kos organisasi tempatan yang kerajaan pakai sekarang untuk konsultansi semua pembentukan polisi. IMF ambik alih satu 1 polisi Mesir je iaitu ekonomi dah lebih 200 juta Euro. Kalau Anwar kata RM 720 Juta/setahun baru ada logik sikit. So apa kerja APCO ni? Laa … untuk komunikasi dengan negara2 Barat je dan penggunaan new media. Takde kena mengena dengan polisi pun, padanlaa. Anwar kelentong je :D


 "APCO tu Israel, Israel tu APCO. Saya sokong Israel takdak kena mengena dengan APCO. Hangpa faham tak kelentong saya ni?"


Korang ingat kerja konsultansi ni, setakat menempel tepi PM dan bisik kat dia apa nak buat dengan polisi Negara je ke??? Hangpa silap. Nak buat kerja konsultansi mengenai polisi ni besar kosnya dan skopnya. Dan ia terdiri dari proses berikut ;

Kutipan Data yang besar -----> Pembentukan Pengkalan Data--------> Analisis --------> Rumusan -------> Nasihat pada PM. 

Ia melibatkan ramai tenaga pekerja, kos peralatan dan aset yang tinggi. Contoh konsultansi untuk polisi risikan dari Mindef dah makan ratusan juta. Itu baru 1 polisi, belum lagi polisi ekonomi dengan bank negaranya, SCnya, taxingnya, ini pun ratusan juta jugak. Dan Anwar kata APCO ambik alih semua polisi2 negara dengan harga 72 Juta ja wow!!! Hahahahaha …


Kos kerajaan nak bayar agensi2 tempatan je untuk konsultansi pembentukan semua polisi negara dah lebih RM 500 juta/tahun. Dengan konsultansi dari agensi Mindefla, Pertahananla, MITIla, Bank Negarala, Auditorla, Guamanla, Securities Commissionla, Bankingla dan macam2 lagi. Anwar kata APCO buat semua tu dengan harga 72 juta ja? Murah betul gaji pekerja APCO. Kat sini ja Anwar kantoi kelentong iaitu harga tak kena dengan skop seperti yang dinyatakan Anwar iaitu APCO ambik alih polisi negara Malaysia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this