Sunday, 22 July 2012

SUARAM - Suara Barua Haram Dedah Rahsia Keselamatan Negara




Hangpa sendiri lihatlah betapa SYAITANnya SUARAM, nak minta budget supaya tentera kita dipotong kepada paras bawah 1% daripada GDP!!. Perengan terakhir depa suruh kita review balik polisi pertahanan dan "disarm"!!! Sebelum ni mereka menipu pasal isu Scorpene sampai terdedahnya kemampuan kapal selam tersebut pada orang awam, kemudian mereka bocor lagi rahsia LCS kapal high tech kita, kemudian mereka bocor lagi rahsia NCO atas alasan rakyat konon! Agensi mana dah menyerap dalam SUARAM ni nak melemahkan Pertahanan Negara kita??!!!

"Coalition also demanded Members of Parliaments and candidates for the next general election from both sides of the political divide review the defence policy to promote a culture of peace and disarmament." - Apa ni disarmament???!!!!

 
Singapura pun tingkatkan perbelanjaan pertahanan mereka lebih 4% dan SUARAM mahu Malaysia drop perbelanjaan dibawah 1%???!!! Apa yang kamu sedang buat ni SUARAM?? SUARAM sedang melemahkan pertahanan negara kita ke??

 
Bila aku buat archiving / database pasal isu2 SUARAM ni, aku terperasan satu benda ; Semua cerita SUARAM akhirnya hanya suatu PENIPUAN tapi pada masa yang sama RAHSIA MAKLUMAT NEGARA TERDEDAH!! Dan SUARAM boleh pulak mintak budget tentera kita diturunkan di bawah paras 1% dari GDP sebab alasan yang mengarut. Aku rasa ada benda tak kena dengan SUARAM ni. Adakah mereka bertopengkan hak asasi manusia tetapi secara halus melemahkan pertahanan negara kita?? Mari kita recap balik isu2 SUARAM ni dari awal iaitu scorpene hingga hari ni dan kita fikirkan …


Ok kes Scorpene - Ini blog Rocky Bru yang recap semua isu Scorpene dari awal. Dan penghujung kita dapat tahu SUARAM menipu, tiada pun kes mahkamah libatkan Najib. Tapi SEMASA PENIPUAN TU DISEBARKAN, satu perkara kita tak perasan telah berlaku, iaitu pembongkaran keupayaan kapal selam kita iaitu Scorpene pada orang awam dan yang berpotensi antara mereka ialah musuh. Ini yang kita semua tak perasan. Maklumlah semua distracted dengan cerita SUARAM. 




  
Kes isu Patrol Boat yang digoreng oleh Tony Pua - Tony Pua (PR/DAP) mendedahkan Malaysia beli kapal patrol yang kononnya berharga USD 400 Juta++. Akibat soal jawab SECARA TERBUKA di parlimen dan secara PUBLIC, rahsia pertahanan negara telah terdedah, rupanya kapal yang didakwa Tony Pua bukannya kapal patrol biasa, tetapi jenis class LCS (Littoral Combat Ship) iaitu yang termoden dan mempunyai kebolehan yang cukup sesuai untuk misi2 rahsia. Pendapat aku, tujuan utama Tony Pua bagi istilah kapal Patrol dan harga tinggi SECARA TERBUKA ni ialah untuk memaksa / pressure pada kerajaan / pemimpin di parlimen untuk beritahu apa spec dan detail sebenar kapal ni.





 Kes Nurul dedahkan aset ketenteraan Network Centric Operations (NCO) yang sedang dimajukan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd (SAPURA) untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kononnya atas isu rasuah, akhirnya hanya suatu penipuan je. Tapi tanpa disedari, kemampuan dan spec NCO dan developer telah terdedah pada orang awam dan pihak2 luar yang berminat hendak tahu yang kemungkinan adalah musuh negara.


Lagi satu yang mencurigakan mengenai SUARAM ialah penulis buku ini. Mari kita lihat latar belakang dia ;



“Kua Kia Soon is director of the human rights organization SUARAM. He has also been Principle of the community-run New Era College (2000-08); Opposition Member of Parliament for Petaling Jaya (1990-95); Director of Huazi Research Centre (1985-90); political detainee under the ISA (1987-89) and lecturer at the National University of Singapore.”

Latar belakang penulis buku ini sangat mencurigakan, maklumlah dia lama di Singapura. Apa yang dia kelentong dalam buku dia dah kantoi tapi tanpa disedari oleh kita,  MAKLUMAT TERDEDAH. Maklumlah kita distracted dengan sembang SUARAM. Ada benda tak kena pasal SUARAM ni kalau kita lihat balik kronologi of event semenjak pendedahan aset2 strategik negara dan permintaan SUARAM untuk turunkan budget ketenteraan. Latar belakang penulis buku ni aku dapat dari seorang bekas Komando.


 Kes SUARAM memaksa kerajaan Malaysia untuk turunkan budget ketenteraan di bawah 1% dari GDP kita. Atas alasan yang sangat mengarut. Kemudian permintaan untuk “disarmament”, kononnya rakyat Malaysia ni pencinta keamanan di rantau ini. Yang aku herannya penulis buku di atas yang pernah mengajar di Singapore, di mana Singapore tingkatkan budget ketenteraan lebih 4% dari GDP.  Takde lak dia bukak mulut.

 
So daripada  perkara2 yang aku perasan ni, ada benda dan corak / pattern yang tak kena dengan SUARAM ni. Ini dah macam collection of intelligence through the 3 rd parti atau proxy. Pada masa yang sama meminta budget cap untuk tentera kita dan disarm atas alasan hak asasi dan keamanan, aik??? Lagi satu ini macam ada satu usaha halus nak masuk MINDEF ni kononnya nak lantik pihak ke-3 kononnya untuk kaji perbelanjaan ATM. Ini cukup mencurigakan ni.

Aku cuma berharap aku punya tanggapan adalah SALAH terhadap SUARAM. Tetapi jika aku betul, kita semua rakyat Malaysia dalam bahaya. Maklumlah, pertahanan negara kita sedang dilemahkan secara halus oleh anasir2 luar yang menggunakan SUARAM. 

Sebelum ni pembangkang kita tak pernah request atau bincang benda2 aset ketenteraan secara PUBLIC atau mintak BUDGET ketenteraan di turunkan ataupun usik budget ketenteraan. Ini first time. Kita nak tahu siapa di belakang SUARAM ni, kalau tak berjaya cara sedia ada yang mereka pakai ni, mereka pakai cara lain pulak. Maklumlah kita tak find out siapa di belakang. Dapat tau nanti pandailah nak ajaq depa ni. Sebab kali ini agak strange behaviour dan strange request, tu yang aku rasa lain macam tu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this