Friday, 22 June 2012

Untungnya Golongan FELDA!







Ok ni aku nak tunjuk sikit pemikiran strategik kepada anak2 FELDA dan peneroka. FELDA dengan keluasan 811,140 hektar, mereka menjadi "Single" Syarikat Tuan Tanah terbesar di Malaysia. Secara amnya dalam lingkungan 2.5% daripada semua jumlah keluasan tanah di Malaysia milik Syarikat FELDA. Ni belum lagi tanah2 di luar negara. Dan keluasan tanah FELDA adalah dalam 9 kali ganda daripada Singapura. 2.5% bukan kecik oi, boleh buat negara sendiri. Dari semua tanah FELDA, semua adalah 100% beroperasi / produktif iaitu tiada yang tanah jenis tak produktif. Dan Syarikat FELDA adalah milik Bumiputra. Dan ini semestinya menarik minat DAP terutamanya. Maklumlah benda awal sekali DAP nak daripada MB Perak si Nizar tu adalah tanah. So korang pikirlah sendiri bertapa bernilainya tanah2 FELDA ni. Hari ni memanglah nampak kelapa sawit je, masa depan pelaburan hartanah pulak.


Atas dasar politik, terpulang kepada peneroka2 dan anak2 FELDA nak berikan pada DAP atau tidak. Dari segi nasihat peribadi saya, jangan main jual je tanah tu, hari ni memanglah nampak kelapa sawit je, bosanlah tak gitu, tapi saya nasihatkan relax jap, pikir, korang sedar tak tanah2 perladangan FELDA adalah paling lengkap dengan infra2 penting seperti jalanraya, elektrik, air, sekolah BERBANDING dengan tanah2 perladangan milik syarikat2 lain seperti IJM, IOI dan lain2. Dengan infra2 yang ada tu value hartanah korang ada potensi nak naik lebih tinggi. Kalaulah IOI, IJM boleh "jack up" value hartanah mereka lebih tinggi, apasal peneroka2 FELDA tak boleh? Kenapa peneroka FELDA tak boleh? Sebab kebanyakannya tak terfikir pasal value masa hadapan tanah mereka tu, main tenyeh je ikut value hari ni, value hari ni memanglah rendah oi. Pikir sikit pasal value masa hadapan lepas tu top up value tu dengan value hari ni, barulah steady sikit. Kesian saya tengok peneroka2 FELDA banyak jual tanah2 mereka undervalue. Kalau deal dengan kerajaan okla korang, tapi kalau dengan private, korang nampaknya tak pandai main harga. So kesimpulannya relax jap, pikir. Itulah nasihat saya. Nak tau lebih lanjut, korang mintaklah nasihat daripada pakar2 pelaburan hartanah terutamanya yang jenis kreatif jack up harga. Bagi saya lebih baik tak payah jual pun, maintain je.


Kita ni jangan cepat melenting nak tuduh semua kaum Cina bukan2. Majoriti mereka adalah peniaga dan peniaga bertindak diatas peluang yang ada depan mata mereka, salah kita jugak sebab tak pandai nak mainkan peluang tu. Ok kita semua dari pandangan mata kasar dok ingat FELDA ni khas untuk tolong Melayu, itu separuh betul je. Realitinya FELDA adalah smart partnership antara kerajaan dan rakyat berpendapatan rendah. Okjektif organisasi FELDA adalah untuk menjadi pemain penting dalam perladangan dunia dan objektif untuk rakyat berpendapatan rendah ialah untuk menjamin pendapatan mereka dan merubah kehidupan mereka. Pada 2011, objektif2 mereka telah tercapai. FELDA bukan setakat pemain penting dalam perladangan dunia tetapi OPERATOR TERBESAR DI DUNIA. Dan kepada peneroka2 terlibat mereka bukan setakat dapat menjamin pendapatan mereka tetapi dapat naik taraf kehidupan mereka dari kelas bawah kepada menengah dan hari ni, Melayu2 kelas menengah ni dah jadi anchor kepada kuasa membeli dalam negara kita. Ini sungguh bijak dan telah menjadi perancangannya. Dan kalau lihat balik arkitek2 di belakang idea2 bernas ni bukan Melayu je tetapi terdiri daripada bangsa lain seperti orang putih dan Menteri Kewangan terlama dalam sejarah Malaysia iaitu Tun Tan Siew Sin, iaitu seorang yang berbangsa Cina. Kena ingat, Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak tidak akan mampu menyusun strategi2 bijak begini secara berseorangan. 


Cina ni sebenarnya macam kita jugak, senang jugak kena temberang. Dalam kaum mereka pun ada penipu mcm DAP, dalam kaum kita pun ada penipu macam Anwar Ibrahim dan PAS. DAP ni cerdik, depa tanam kebencian dari kecik semenjak sekolah SRJK lagi. Mereka kata, Melayu tekanlah macam2. Sebab tu bila kita cadangkan sistem 1 sekolah untuk satukan semua bangsa, DAP ni liat sikit, maklumlah takut temberang pecah.


Kita kena pandai bezakan percakapan pemimpin dan perbuatannya. Kalau cakap, cakap jelah. Kalau perbuatan, baru kita boleh nampak warna dia sebenar. Kamu tahu tak masa Chua Soi Lek jadi Menteri kesihatan, ramai orang suka kat beliau, terutamanya yang Melayu tu. Perasan tak setiap hospital2 kerajaan yang besar mesti ada masjid, nak tahu siapa yang approvekan semua tu? Pergi check siapa Menteri Kesihatan masa tu. 


Samalah mcm kes DAP gak, katanya sokong Melayu dan nak satukan semua bangsa, bila time sistem 1 sekolah, cukup liat. Bila tengok organisasi DAP, mana ada Melayu yang pegang executive power pun, semua kuli ja dalam DAP tu. Tapi MCA biasalah kadang2 ada suara panas dok tibai Melayu, tapi Ghafar Baba pernah jadi pengerusi tau hahaha … steady ja. Kita kena pandai bezakan apa yang orang cakap dan orang buat. Lagi satu, kena ingat Tun Mahathir seorang Ultra Melayu mendapat undi tertinggi Cina tau dan yang gerentikan kemenangan BN pada 1999 apabila Melayu ditipu Anwar masa reformasi dulu. Ini fakta dan reality.


Realitinya, untuk berjaya kat Malaysia, semua kaum kena kerjasama. Contohnya peniaga bangsa Cina takkan berjaya kalau tidak ada sokongan kuasa membeli dari Melayu. Hangpa ingat YTL, Mah Sing tu semua boleh berjaya tanpa Melayu? NO WAY! Dan pemimpin2 BN dah nampak benda ni, sebab tu diorang boleh duduk sekali. Kalau bergaduh tu biasalahkan. Tapi DAP ni yang tak faham2, depa ingat kalau samarata boleh berjaya, tak boleh oi! Depa dok temberang kat bangsa Cina depa kata boleh, sebenarnya tak boleh dan bangsa Cina akan tertipu dan kena backlash. Samada kuasa membeli dari Melayu mula beralih arah kepada orang luar seperti syarikat2 barat, atau kuasa membeli Melayu berkurangan akibat polisi samarata dan ini akan membawa kesan negatif kepada peniaga2 Cina jugak. Keseimbangan kuasa membeli Melayu harus dikekalkan terutamanya melalui polisi2 seperti DEB. Jika berkurang, sakitlah ekonomi negara, semua susah. Lagipun Lim Kit Siang bukan pandai mana pun, tengok pasal jambatan Pulau Pinang cukuplah, mengarut ja.


Antara polisi keseimbangan dan polisi kesamarataan - BN memilih polisi keseimbangan yang seimbangkan semua kaum di Malaysia dan PR memilih polisi kesamarataan. Kita sebenarnya perlu pemimpin2 BN yang boleh jelaskan kepada rakyat tentang perbezaan, kelebihan atau kekurangan 2 polisi ni. Dan semestinya polisi kesimbangan jauh lebih baik, orang yang pakar jelaskan dalam bahasa mudah pada rakyat ialah Tun Mahathir. Sebab tu Cina ramai sokong dia, sebab Tun orang yang praktikal. Sekarang ni Tun dah pencen, kita kena ada pengganti speaker macam Tun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this