Showing posts with label IMF. Show all posts
Showing posts with label IMF. Show all posts

Tuesday, 15 January 2013

Revolusi Mesir : "Tun Mahathir Milik Orang Islam"


Salam semua, sudah lama saya tak beri posting kat sini. Sebenarnya sibuk sikit dan turut sibuk berdebat dengan pak2 Arab Mesir dan orang putih yang dok sibuk dengan revolusi Mesir baru2 ni di wall mereka. Dan saya sungguh tak sangka, puak2 muda Arab revolusi tu sangat memuja Tun Mahathir bila saya beritahu, saya dari Malaysia. Dan mereka menyatakan Tun Mahathir bukan milik Malaysia sahaja TETAPI MILIK ORANG ISLAM, beliau tak sepatutnya bersara. WOW! 

Saya buka komen saya dengan, "Revolusi Mesir ni tidak akan bawa sebarang kebaikan kepada rakyat Mesir tetapi hanya keburukan, kamu semua dah terkena dengan permainan organisasi2 barat seperti IMF". Pada awalnya ramai Pak Arab marah dengan saya. Kemudian saya pastekan fakta IMF di wall mereka. Dan saya bertanya soalan cepu emas "Jika Revolusi kamu benar, habis tu kenapa polisi ekonomi negara kamu ditentukan di France oleh organisasi IMF sebelum kamu melantik PM baru kamu, dan kenapa tidak ditentukan di Parlimen kamu sendiri seperti negara saya dan negara lain?". Terkedu pak2 Arab revolusi nak jawab. 



Ada orang putih mengatakan orang2 Arab mempunyai pilihan, tetapi mereka tetap meilih diktator dan monarki yang korup. Jawapan saya mudah. Dari fakta sejarah, rakyat2 di tanah Arab tidak pernah bebas memilih ketua dan hala tuju negara mereka semenjak Revolusi Arab menentang khalifah Uthmaniah pada awal 1900 an, apabila mereka ditipu oleh Lawrence of Arabia, bermula dari monarki, diktator dan sampai hari ni masih ditentukan oleh kuasa barat. Hangpa boleh kaji sendiri latar belakang mereka semua seperti Saddam Hussin, Gadafi yang termasuk dalam monarki Arab Saudi. Begitu juga revolusi Mesir ni. Realitinya, barat masih tidak mahu negara2 Arab bebas menentukan hala tuju mereka sendiri.

Ada pulak puak Salafi mengatakan Mesir akan melaksanakan undang2 Islam. Saya jawab dengan mudah, "Kamu akan gagal dan tidak akan berjaya melaksanakan undang2 tersebut. Sebabnya mudah, membentuk struktur perundangan baru akan mendatangkan kos, macamana kamu nak biayai kalau POLISI EKONOMI negara kamu berada di tangan IMF? IMF akan menentukan belanjawan negara kamu, bukannya kabinet pemimpin kamu." Terkedu pak Arab Salafis nak jawab  … hehehe.

Saya selalu berdebat di discussion board TIME Magazine semenjak 2 bulan lepas. Saya tak save link tersebut sebab tempat tu bukan favorite saya, cuma saya suka dengan topik artikel TIME tersebut – “Siapa sebenarnya "in control" Mesir hari ni, adakah puak2 demokrasi atau ektremis Islam? Dan komen2 saya menyatakan fakta -DUA2 TIDAK MENGUASAI MESIR tetapi sebaliknya IMF. Negara ni ibarat macam syarikat la, tapi dalam skala besar,. Siapa yang control "check book" negara tu, dialah control negara tu. La ni IMFla yang control "check book" Mesir sebab dia dah tentukan POLISI EKONOMI MESIR semenjak April. 

Antara komen2 saya yang menyebabkan pak Arab2 revolusi terkedu nak jawab, "How these Egyptians Salafists going to implement their Sharia law? To implement, it need funds from their budgetary system and IMF already dictates their economic policies, so how? Reality is, IMF already calling the shots in their economic policies and Egypt took it in last April and indirectly the west already took control Egypt through their economic policies. The reality is, the west are the "real" players here not these extremists. So much for Egypt revolution and democracy  … hahaha. This is real fact." (Ada berpuluh komen saya, tapi tak ingatla, yang block buster kasi puak2 revolusi ternganga saya ingat  … hehehe"). 

Ini pula komen saya bagi geng2 Mat Saleh terkedu bila mereka dok kutuk gerakan Islam di Mesir yang kononnya nak merampas revolusi rakyat Mesir ; “Facts are facts and speculations are speculations. Facts are the IMF/west already took control Egypt by dictating/controlling their economic policies since April after Egypt took the loan. Controlling/dictating their economic policies means controlling Egypt. Their economic policies are decided even before their new parliamentary line up and leader elected by Egyptians  … hahaha. So now, WHO IS ACTUALLY CONTROLLING EGYPT? 

Saya juga ada komen kat pak Arab2 ni, “Revolusi kamu ni ada cacat celanya sebab involve 3rd party macam Soros dan IMF ni. Ini akan lebih banyak beri kebaikan kepada orang luar jika dibandingkan dengan rakyat Mesir melalui liberalisasi ekonomi yang keterlaluan. Contoh kat Iraq, siapa yang untung la ni? Rakyat Iraq ke atau syarikat2 luar negara macam Halliburton dan lain2 tu? Setakat ni rakyat Iraq masih jadi pelarian dan dok ternganga je. Oil for food program pun syarikat luar yang untung, rakyat Iraq masih ada yang tak cukup makan. So ini akan jadi pada Mesir jugak, maklumlah barat hendak selesaikan masalah kritikal ekonomi mereka. Agaknya, dari mana duit mereka nak kebas? Semestinya dari negara2 Arab yang baru  buat revolusi ni. 

Ada seorang pak Arab tanya saya dari mana sumber info saya, sebab kononnya saya menghina revolusi Mesir. Saya jawab mudah, “Itulah kamu tak peka, sementara kamu dok sibuk kat tengah jalanraya, puak2 IMF ni dok tibai bursa saham dan komoditi negara kamu secara spekulasi” Saya terus bagi link IMF yang menunjukkan IMF sudah pun merangka polisi2 ekonomi untuk Mesir. Takde konspirasi teori pun, straight forward je  … hahaha (komen ni saya dapat paling banyak "LIKE")

  Macamana nama Tun Mahathir boleh naik dalam discussion board artikel tu, bila ada antara mereka tanya saya dari negara mana, saya jawab Malaysia. Terus nama Tun Mahathir naik. Tak sangka ramai orang Arab penyokong revolusi  tu terus bagi respek kat saya yang pada awalnya marah kat saya sebab2 komen2 saya.

Dan paling menarik perhatian saya, ada pulak yang menyatakan, kalau Tun Mahathir yang lead Revolusi Mesir, Mesir akan jadi lebih baik. Tetapi saya jawab balik, “Kalau Tun Mahathir yang lead revolusi kamu, beliau tidak akan ambik IMF. Polisi Ekonomi adalah darah sesuatu negara. Ia sepatutnya milik negara, bukan orang luar seperti IMF. Jikalau orang luar yang tentukan polisi ekonomi negara kita, maknanya kita masih tidak bebas”.

Saya pun tak sangka, puak2 revolusi Arab tu banyak yang PRO MAHATHIR rupanya, bukannya PRO ANWAR  … hahaha. Anwar je perasan  … hahaha. Saya bagitahu mereka, “Tun Mahathir dah pencen, dia tak akan lead revolusi kamu pun. Kalau berminat belilah buku dia melalui MPHonline, atau boleh download digital copy, manalah tahu idea2 dia boleh bantu perbetulkan revolusi kamu”.

Artikel berkaitan - Revolusi "Mesir Baru" - Idamkan Pemimpin seperti Tun Mahathir

Tuesday, 1 January 2013

Revolusi Mesir - Apa Sudah Jadi??




Rakyat Mesir bergaduh lagi, kali ni antara penduduk Kristian dan Islam. Sebenarnya ada orang di belakang tabir hendak sangat kuasai ekonomi negara Mesir ni. Pertama, mereka laga-lagakan dengan menaikkan kemarahan rakyat Mesir untuk tunjuk perasaan, bila dah reda sikit, naik balik tunjuk perasaan baru, dan akan recycle lagi. Apa akan jadi kalau rakyat sentiasa tunjuk perasaan? Khazanah2 Mesir di Bursa Saham mereka akan kena kebaslah, maklumlah dah jatuh murah … hehehe. Tengok sini.


Realitinya, kedua-dua golongan takkan dapat apa pun, maklumlah "CHECK BOOK" negara Mesir IMF dah pegang, IMF lah yang berkuasa tentukan budget negara Mesir. Tapi aku kagum dengan kecerdikan kuasa luar seperti IMF laga-lagakan rakyat Mesir dan kelentong rakyat Mesir dengan slogan "Power to the People" seperti di Malaysia, ala "Ketuanan Rakyat".
 
Kalau ada sebarang tunjuk perasaan, aku akan lihat aktiviti di Bursa Saham dan usaha2 Pengambil alihan bank2 dan syarikat2 Bluechip/Strategik negara tersebut, maklumlah dari situlah baru kita tahu revolusi rakyat benar atau tipu yang didalangi oleh orang luar untuk kaut keuntungan. Semenjak 1 January 2011, Bursa Saham Mesir merekodkan kehilangan wang sebanyak USD 300 juta/sehari!! Di bursa sahaja tau. Dan semasa tunjuk perasaan rakyat Mesir, ada banyak aktiviti nak ambil alih bank2 di Mesir. 


Aku nak tergelak dengan PM baru Mesir, sekarang ni baru dia nak cakap, rakyat tunjuk perasaan selama ni adalah didalangi oleh kuasa luar. Apalah bodoh sangat, memangla kuasa luar yang dok dalang rakyat Mesir tunjuk perasaan semenjak tahun lepas lagi, ko tu jadi PM Mesir sebab kuasa luar yang sama recycle Mubarak. Kuasa luar tu tolong PM baru Mesir ni free ke? Diorang nak duit lagila tu, tu pasal diorang perbodohkan rakyat Mesir untuk tunjuk perasaan. Baca ni.


Sekarang ni baru PM Mesir nak mengaku, kah kah kah ;

"Instead of moving forward to build a modern state on democratic principles, we are back to seeking stability and searching for hidden hands — domestic and foreign — that meddle with the country's security and safety," Sharaf said.

Straight forward je, dah US dan Eropah dok bankrap, dari mana diorang nak korek duit untuk selamatkan diorang? Dari Pak Arabla, apalah PM Mesir sorang ni. Sekarang baru nak mengaku, baru sedar ada tangan luar konon, tulah, duk percaya sangat Yayasan Demokrasi Barat tu. 


Nasib baik majoriti rakyat Malaysia tidak percaya kepada BERSHIT yang dibantu Yayasan2 Demokrasi Barat yang la ni dok kaut untung besar-besaran di Mesir tu. Kalau tak, buta je keluar artikel "How to Profit from Malaysia Crisis" 

 Ok, pilihanraya Mesir dan Tunisia dah tak penting SEBAB polisi ekonomi negara mereka telah ditentukan oleh IMF pada June 2011. Maknanya, IMF lah yang akan menentukan hala tuju Mesir dan Tunisia. Yang penting sekarang siapa yang akan jadi boss baru IMF? Kalau orang ni berjaya jadi boss baru IMF macamana? Kuang Kuang Kuang …

Nilah dia apa yang Anwar Ibrahim mahu rakyat Malaysia buat, hangpa pikirlah sendiri. 
 

Tunisia dan Mesir sudah sign dengan IMF untuk USD 3billion pada awal bulan June 2011. Walhal Perdana Menteri baru bagi kedua2 negara belum dilantik lagi, termasuklah kerajaan baru, masih belum dibentuk lagi. Dan IMF telah tentukan POLISI EKONOMI JANGKA PANJANG untuk kedua-dua negara ini di Deauville, Perancis pada May 2011 tanpa perlu menunggu parlimen Mesir dan Tunisia bersidang. Tengok sini.


POLISI EKONOMI adalah tunjang kepada semua POLISI2 lain seperti  ketenteraan, pembangunan, keagamaan, pertanian dan lain2 untuk rakyat jelata. Sebab POLISI EKONOMILAH yang akan menentukan belanjawan (budget) untuk polisi2 lain.


 Orang yang mengawal POLISI EKONOMI NEGARA ialah orang yang akan menentukan hala tuju negara tersebut. Secara teknikal, orang itulah PERDANA MENTERI. So, untuk apa rakyat Mesir dan Tunisia nak buang lagi duit kerajaan dan masa mereka untuk pilihanraya yang akan menentukan kerajaan baru dan Perdana Menteri nanti? Kalau mereka lantik pun Perdana Menteri baru mereka, itu hanyalah simbolik, sebab akhirnya dia terpaksa jugak ikut polisi2 ekonomi yang telah ditetapkan IMF. WALHAL MEREKA DAH ADA PUN PERDANA MENTERI BARU, iaitu IMF yang dilantik pada June 2011 setelah ambik loan USD 3 billion tanpa mereka sedari.


Memandangkan semua POLISI EKONOMI Mesir dan Tunisia sudah pun berada bawah kawalan IMF, maknanya IMFlah yang akan menentukan hala tuju negara Tunisia dan Mesir. Dan kalau orang Israel ni berjaya menjadi ketua baru IMF ini bermakna, Israellah yang akan tentukan hala tuju Tunisia dan Mesir. Terima kasih Ikhwanul Muslimin dan anak2 muda Arab.


  Sekarang sudah jelas. Apa yang terjadi sekarang ni lebih besar dari apa yang kita anggap, ini adalah satu Benua Arab. Jikalau semua negara Arab tumbang dek revolusi dan mereka "DIPAKSA" mengambil IMF, ini bermakna kesemua POLISI EKONOMI negara di benua Arab akan dikuasai IMF dan jika orang Israel ni berjaya menjadi ketua IMF, ini bermakna Israel akan menguasai dan menentukan kesemua halatuju negara Islam Arab. Dan pada masa yang sama, Israel akan menguasai OIC, Islamic Development Bank dan Liga Arab termasuklah OPEC sebab benua Arab adalah ahli penting dalam organisasi tersebut. Sekarang sudah jelas, betapa hebatnya Israel, mati-mati kita ingat kebangkitan Islam, rupanya ada lagi tersirat di sebalik itu.
  

Wednesday, 17 October 2012

Why Vladmir Putin Always Make Time For Tun Mahathir?





Putin always make time for Tun Mahathir (not Anwar), that’s a fact. After his 2nd re-election in 2004, in 2005 he met Tun Mahathir and strangely after that, the 2nd phase of Russia reform took place, especially on economic policies which is almost similar to Tun policies. And look what happened to Russia, their economy boom to sky rocketed! Some people says that since most of Putin policies are same with Tun Mahathir’s, they said that Putin are the white guy ‘replica’ of Tun Mahathir, which shall give more headache to the West :D


Check the graph, guys. That’s what Putin achieved. That’s what you get when you pay attention to Tun Mahathir advise. So what is Tun Mahathir advise to us Malaysians?
SAY NO TO ANWAR!!!




Putin economic policies are almost the same with Tun, whereby the economy are controlled by GLC’s. It is more like state capitalism (Government Controlled Companies). Their economy not totally open same as us, the Russians have the control elements. Russians basically remove all liberal (open) economy policies, somewhere in 2004-2008. Removal of IMF influence during Yeltsin time by paying it off immediately, he controls the media like Tun did. There’s a lot of policies and reforms happening after his 2nd re-election, either it is economic, foreign, internal and many more. And most of those are almost the same as during 20 years of Tun Mahathir premiership. And looks like Putin will be in charge almost the same time as Tun Mahathir, now marks 10 years of Putin time in Russia controlling seat. He just need another 10 years more :D

Putin is not angel, he got his bad sides too, this includes Tun Mahathir. But they do have a lot in common and some differences. Both of them enjoyed successes during their premierships. And both of them enjoyed the ‘cult figure’ in their respective countries. Why? Because of the things their done for the country.

But the point is, both of them choose not to be liberal in whatever they are doing or introducing new policies to their respective countries. That is the most important. For Anwar case, he wants everything to be liberal, from economy, society and so on. This wont work for us. Being too liberal will actually open the door wider to the international thief like Soros, to steal and many more negative influences.

So the thing is simple, if you want to enjoy the success times during Tun and Russian success during Putin, just don’t be too liberal, and most important don’t need ‘too liberal’ leaders running the show for us. Therefore, say NO TO ANWAR!!!

During and after the disintegration of the USSR, when wide ranging reforms including un-controlled privatization and market and trade liberalization were being undertaken, Russian economy went through a major crisis. The period was characterized by deep contraction of output, with GDP declining by roughly 50% between 1990 and the end of 1995, industrial output declining by over 50%

In October 1991, Yeltsin announced that Russia would proceed with radical, market oriented reform along the lines of ‘shock theraphy’, as recommended by the United States and International Monetary Fund (IMF). Price controls were abolished, privatization was started. Millions plunged into poverty, from 1.5%   of the population living in poverty in the late Soviet era, to 39% - 49% by mid 1993. From here we can see IMF recommendations have failed the Russians! That means FUCK IMF and the people who proposed it!! (includes Anwar in Malaysia).
Vladimir Putin took over in 2000 and start to reform by putting the elements of control, protectionism and conservativeness in Russia just like what Tun did in 1997. Many reforms made during the Putin presidency have been generally criticized by western nations as un democratic. Same thing what western media said to Tun in 1997, and those policies are almost the same as Tun Mahathir’s. One of the primary reasons Putin admired Tun Mahathir and always ‘MAKE TIME’ to meet Tun.

But look what Vladmir Putin has achieved, the country ended 2007 with its ninth straight year of growth, averaging 7% annually since 1998. In 2007, Russia’s GDP was $2.076 trillion (est. PPP), the 6th largest in the world, with GDP growing 8.1% from the previous year. The average salary in Russia was $640 per month in early 2008, up from $80 in 2000. Approximately 14% of Russians lived below the national poverty line in 2007, significantly down from 40% in 1998 at the worst of the post Soviet collapse. Unemployment in Russia was 6% in 2007, down from about 12.4% in 1999.

So guys, can’t you see what happened to Russia when they stop believing in western false democracies and systems such as IMF and many more? They became greater. So guys, what we should do in our country? STOP BELIEVING IN ANWAR AND HIS TOTAL LIBERAL IDEAS AND HID IMF BUDDIES!!

Another thing I would like to share with you. Putin also reads Tun Mahathir books. This is proof from one of his speeches to Tun Mahathir after giving highest Russian Friendship Award to Tun ;

“Mr.Prime Minister, in one of your books, you mention that the 21st century will become ‘The Global Century’ – the century of rapid, all round development of the Asia Pacific region. It looks as though, thanks in large part of your efforts, Malaysia has entered this century just as you said, it would”

And there are high possibility Putin is one of the avid readers on Mahathir Che Det blog too :D
How about Anwar books @ blog? HAKK PTUIHH!! Again, I would like to say, winners always follow the footsteps of another winner, and losers always follow another losers footsteps.
This articles shows that even Tun Mahathir is no longer head of state for Malaysia, Putin still makes times for him. The meetings and talks still happened in 2005 (Tun already resigned in 2003). 

During Anwar got sacked, I joined the reformation demo. Well, those was my stupid days. Today after I ‘grow up’, I always have a lot of questions and reads a lot, and I’ve learn a lot of stuff. Today I am Tun’s fan. May Allah bless him.


Thursday, 13 September 2012

Kegagalan Reformasi di Indonesia dan Hubungan Baik dengan Malaysia




Selepas lebih kurang 15 tahun REFORMASI di Indonesia, rakyatnya akhirnya terpaksa menelan reality bahawa reformasi yang dilaung-laungkan pada 15 tahun lalu telah GAGAL memberikan hasil yang diimpikan. Ataupun harapan rakyat Indonesia terlalu tinggi sehingga segala "kejayaan" yang dicapai oleh reformasi dilihat amat kecil."THEY THOUGHT THE GRASS IS GREENER ON THE OTHER SIDE, BUT WHAT THEY FOUND THERE IS A WASTELAND".

Realitinya Indonesia dah lama sedar perkara ni setelah mengambil IMF terutamanya golongan ekonomi atasan pada tahun 1999-2001 dan telah wujud 2 faction iaitu satu yang PRO IMF dan satu lagi ANTI IMF. Semenjak 2001, kita dapat lihat pertukaran pimpinan Indonesia yang PRO IMF ke ANTI IMF secara senyap iaitu perlahan2 bertukar dari Amien Rais ke Gus Dur, kemudian Megawati (Anti IMF) dan sekarang Susilo (ANTI IMF). Sebab tu kita dapat lihat pada 2008, proses penyelesaian ekonomi Indonesia pada tahun itu tidak lagi mirip IMF, tetapi lebih mirip cara Malaysia pada tahun , terutamanya dalam usaha penggabungan Bank dan Bail Out Bank.




Usaha untuk mengeluarkan pengaruh IMF dari POLISI EKONOMI Indonesia sudah wujud semenjak tahun 2001, tetapi lebih dibuat secara halus. Pada tahun 2001, satu usaha untuk mengembalikan kekuatan Indonesia telah dirancang oleh satu team ekonomi dari Malaysia yang diketuai oleh Tun Daim. Mereka telah pergi ke Indonesia untuk support plan ini. Ini juga menjawab persoalan kenapa Tun Daim resign tiba-tiba dari MOF setelah tugas2 beliau selesai di Malaysia. Semenjak hari itu, hubungan Indonesia-Malaysia semakin rapat. Kita boleh lihat di arena antarabangsa, Indon-Malaysia tag team dalam ASEAN dan PBB, apa yang Indon cakap kita sokong, apa yang Malaysia cakap, Indon sokong. Contohnya kes ban pasir ke Singapura dan lain2. Dan kesan hubungan ini, ramai yang mula berasa tidak senang dan ada usaha hendak melaga2kan kedua2 buah negara tersebut.


Kita ambil contoh Menteri Kewangan Indon yang baru resign iaitu Sri Mulyani. Walaupun beliau pada awalnya menyokong IMF, tetapi tindakannya telah berubah semenjak beliau menjadi Menteri Kewangan Indonesia pada tahun 2005. Hari ini, beliau adalah penyokong kuat dan pendokong idea Tun Mahathir (1997). Dan banyak idea2 reform beliau  berkait rapat dengan idea Tun Mahathir, iaitu elemen protectionism dan capital control yang sangat berbeza dengan idea IMF pada 1997.





Kenyataan Ex IMF, Sri Mulyani pada November 2010 sepatutnya mengikut teknik IMF, tetapi lain pulak yang dia buat iaitu lebih mirip mengikut Malaysia semasa beliau menjadi Menteri Kewangan Indonesia (lebih kepada usaha untuk kurangkan pengaruh IMF di Indon)  ;

“During the Asian financial crisis between 1997 and 1998, then-Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad drew international criticism and alienated foreign investors when he imposed capital and currency controls to block speculators betting against the ringgit. Mahathir called George Soros a "moron" and accused him of attacking the country. The billionaire investor responded by describing Mahathir as a "menace to his own country."

"In 1997-98 , the words 'capital controls' were forbidden and stigmatised,"
said Sri Mulyani , 48, who joined the World Bank in June and oversees Asia-Pacific and Latin America. "Now the problem of capital is so systematic and huge globally, it has now become universally acceptable to have a certain type of temporary capital controls.”


 Kesimpulannya, sebenarnya Indonesia sudah lama sedar yang perkara ini bukanlah disebabkan kesilapan REFORMASI, tetapi kesilapan Indonesia yang membawa masuk IMF, sekali dengan REFORMASI. Dan usaha untuk keluarkan IMF secepat mungkin dari Indonesia telah pun bermula sejak 2001 lagi dengan pertukaran pemimpin yang melaungkan reformasi tapi menyokong IMF. Dan tindakan terbaru Menteri Kewangan iaitu Sri Mulyani yang dulunya bekerja dengan IMF pun telah berubah 360 darjah. Pada 2005 hingga 2012 , beliau lebih menggunapakai teknik Bank Bail Out, Bank Merger, Capital Control dan lebih kepada unsur protectionism berbanding dengan teknik liberal ekonomi yang didukung oleh IMF. Antara tahun 2005 - 2010, ekonomi Indonesia telah mula menampakkan hasil. Akhirnya Sri Mulyani sendiri secara terbuka mengakui dengan kelebihan polisi yang seiras dengan polisi Tun Mahathir iaitu Capital Control (2010).  

Monday, 12 March 2012

Kenapa Malaysia Terpaksa Ikut Harga Minyak Pasaran Dunia?? (Bhgn 1)



Soalan juga turut berkait dengan soalan kenapa Malaysia perlu gunakan matawang USD untuk berdagang? Kenapa Malaysia perlu menganggotai WTO kalau hendak berdagang peringkat antarabangsa? Jawapan akhirnya ditangan organisasi Bretton Woods, siapa Bretton Woods ini?



 

Bretton Woods ialah organisasi yang menguasai World Bank, IMF, WTO, NYMEX, ICE, PBB dari segi elemen ekonomi, farmasi untuk perubatan, makanan dan macam2 lagi. Secara amnya mereka mempunyai pengaruh yang besar terhadap semua organisasi penting di dunia ni.


Bretton Woods ditubuhkan secara rasmi semasa Great Depression 1920 -1930 iaitu semasa permulaan kejatuhan imperialisme barat samada British, Eropah, dan lain2. Mereka mula mengorak langkah secara aktif selepas Perang Dunia ke 2 selepas kejatuhan imperial British. Antara organisasi pertama yang mereka setup ialah World Bank dan IMF, kemudian mereka cuba setup satu sistem matawang untuk seragamkan perdagangan antarabangsa iaitu World Currency Unit. Pada awalnya mereka hendak menggunakan value emas sebagai sandaran tetapi telah menukarkan kepada US Dollar kerana kuasa membeli ketika itu banyak bersandar kepada US Dollar.


Bretton Woods ni straight forward, tak seperti cerita konspirasi teori Freemason. Bretton Woods ini adalah real dan sangat berkuasa, semua orang tunduk kepada mereka termasuklah Presiden US sendiri. Negara2 Komunis seperti Soviet, China dan lain2 yang cukup anti dengan kapitalisme pun tunduk dengan mereka jugak, maklumlah negara komunis pun perlukan bank dan perdagangan antarabangsa. Hamas ke, Hizbullah ke ,Taliban ke, Khomeini ke, tunduk dengan mereka jugak. Tiada negara di dunia ni yang tidak pernah pinjam World Bank. Palestin yang belum merdeka tu pun dapat duit dari mereka jugak. Bretton Wood ni memang berkuasa dan untouchable.


Ok, kita straight forward kepada elemen komoditi strategik minyak, macamana sub Bretton Wood seperti NYMEX dan ICE boleh tentukan harga minyak dunia termasuklah kita? Selepas merdeka, Malaysia bukan terus kaya. Petronas baru je bukak kedai, takkan boleh beli terus perkakas canggih untuk teroka minyak, alat2 tu bukan harga sepuluh ringgit. Dari mana modal awal datang? Dari pelaburan asing dan terutamanya pinjaman dari World Bank yang di belakangnya ada Bretton Wood. 


Di bawah Bretton Wood ada institusi pelaburan seperti Goldman Sach, JP Morgan, Morgan Stanley dan lain2. Ok, sebelum kawasan minyak itu digali / diteroka, mereka ini menjadi pelabur untuk kawasan2 tersebut. Dan untuk mengembalikan keuntungan pelaburan, mereka dagangkan tempat yang belum diteroka / digali ini sebagai stok untuk masa hadapan. Konsep ini dipanggil sebagai FUTURE CONTRACTS. Oleh itu kesemua negara pengguna minyak "beli balik" dari mereka utk menjamin stok minyak masa hadapan dalam negara mereka, termasuklah negara pengeluar minyak juga sebab merekalah pelabur untuk kawasan2 yang belum diteroka / digali tu. Problem sekarang, spekulasi banyak berlaku di bahagian supply and demand yang mempengaruhi trading minyak.


Masalah harga minyak dunia lebih kepada elemen kewangan bukan teknikal. Sebab banyak sangat spekulasi dalam supply and demand minyak dunia. Sampai Iran pun antara sebagai pengeluar minyak terbesar pun tak larat, kecoh tak mahu bergantung dengan minyak lagi, nak tukar kepada nuklear sebagai sumber tenaga alternatif. So korang tahulah siapa dibelakang masalah elemen kewangan yang kuat buat spekulasi tu untuk keuntungan.


Ok, adakah Bretton Woods ni anti Islam? Tidak. Sebab hampir 1/3 ahli committee mereka ialah orang Islam. Adakah Amerika tunduk kepada mereka - Ya. Kenapa? Sebab Amerika berhutang dengan mereka hampir USD 12 Trillion. Mereka juga turut memainkan peranan pemecatan wakil dari US dalam World Bank iaitu kawan baik Anwar iaitu Wolfowitz pada 2006 dan Presiden US tak berani cakap apa pun.  


Bretton Woods ni neutral, diorang tak peduli. Fokus mereka lebih kepada keuntungan, kestabilan perdagangan dan kawalan harga komoditi strategik. Dan berlaku juga konflik dunia ahli committee mereka memang cukup terkenal "makan" dari kedua -dua belah pihak, maklumlah neutral. Semasa Perang Dunia ke-2, mereka support untuk bersekutu termasuklah Nazi jugak. Semasa Konflik Perang Dingin pula, mereka didapati telah menyokong blok komunis dan kapitalis. Konflik Arab-Israel 1960an, mereka support Israel dan Arab jugak.


 
Pada 1997, Bretton Woods mengharamkan semua idea2 polisi Capital Control yang kononnya bercanggah dengan elemen freemarket dibawa oleh puak2 yang sealiran dengan Tun Mahathir. Masa itu, Tun Mahathir nyaris kena getah dengan reformasi yang turut dirancang oleh Bretton Woods ni. Tapi bila 2006, mereka mendapati freemarket dan perdagangan antarabangsa tidak stabil akibat tanpa kawalan dalam elemen spekulasi, lalu mereka mula bawak masuk idea2 polisi Capital Control yang dibawa oleh puak2 sealiran Tun Mahathir dahulu. 




Dan pada 2010, wakil mereka iaitu Seri Mulyani siap bagi penghormatan terhadap Mahathir yang sebelum ni mereka hina. Sekarang ni nama Anwar mereka dah tak sebut dah, reformasi pun dah sejuk, member2 Anwar mcm Wolfowitz pun dah kena pecat. So kesimpulannya Bretton Woods ni lebih kepada idea2 yang beri keuntungan kepada mereka itu je. 


Walaupun Bretton Woods ni tak campur hal ehwal politik negara org, tapi yang buat hal banyak dari partner mereka dalam IMF dan lain2 contoh mcm setan seperti Wolfowitz.
 Walaupun Bretton Woods ni tak campur, tapi kerajaan Malaysia tetap cuba kurangkan pengaruh mereka dalam ekonomi Malaysia, melalui penubuhan GLC utk fokus kepada pembinaan dan operasi infrastruktur penting dalam negara spt Telekomunikasi, Elektrik, highway, jambatan dan lain2. GLC mampu mencari sumber kewangan mereka sendiri spt dari EPF, dari Bursa dan lain2 tanpa bergantung banyak sangat kepada org2 luar seperti Bretton Woods. 

Dan Anwar Ibrahim telah berbohong kepada kita yang mengatakan GLC kononnya mencuri wang KWSP utk buat infra, walhal kalau GLC tak pakai wang KWSP, dari mana lagi GLC nak pinjam? Semestinya dari org luar spt Bretton Woods. Kering je rakyat kena tipu dengan Anwar.


 "So what if I am a liar?"


So kesimpulannya Bretton Woods adalah antara organisasi yang berkuasa di dunia, bukan setakat zionis dan lain2. Bayangkanlah mereka boleh bagi pinjam USD 12 trillion kepada US melalui World Bank. Itu baru US, negara lain? So pada masa yang sama, boleh nampak siapa antara player yang sangat berpengaruh tentukan harga komoditi strategik. Nak kata mereka ni jahat, tak jugak, nak kata baik, tak jugak. Diaorang ni neutral dan lebih fokus kepada keuntungan dan kestabilan perdagangan. 


Thursday, 22 December 2011

TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DAN FALSAFAH DALAM ISU KEWANGAN

 

 

TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DAN FALSAFAH DALAM ISU KEWANGAN

1.1 PENGENALAN

Malaysia pernah mengalami Krisis Kewangan pada akhir abad ke-20 iaitu pada tahun 1997 dan 1998. Krisis ini turut dialami beberapa negara serantau di Asia Tenggara seperti Thailand, Filipina dan Indonesia. Kejatuhan nilai Baht di Thailand dikatakan sebagai pencetus utama kepada permasalahan ini. Masalah ini turut menghilangkan keyakinan para pelabur di beberapa negara Asia Tenggara seterusnya mengakibatkan pelabur-pelabur asing di negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina melarikan diri. Malaysia yang turut tidak ketinggalan merasai kesan kehilangan keyakinan para pelabur asing dapat menanganinya dengan pelbagai campur tangan kerajaan. Terdapat beberapa fakta menarik mengenai Malaysia semasa mengalami krisis kewangan ini. Pertama, Malaysia mampu menghidupkan kembali ekonomi tanpa bantuan dan bebanan hutang daripada tabung kewangan International Monetary Fund (IMF). Kedua, tidak berlaku apa-apa pertukaran pucuk pemerintahan semasa krisis ekonomi sedang berlangsung sebagaimana di Indonesia yang menyaksikan kejatuhan rejim Suharto. Pemimpin di sebalik krisis ekonomi pada masa tersebut ialah Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan. Maka, segala dasar yang dibentuk dan dilaksanakan untuk menyelesaikan krisis ekonomi tersebut merupakan tanggungjawab beliau. Bahagian awal esei ini akan mengupas secara deskriptif mengenai apa yang dikatakan sebagai Krisis Kewangan 1997 supaya ia dapat memberi pemahaman mengenai situasi yang dialami Malaysia. Seterusnya, ia akan menyentuh bagaimana peranan kerajaan untuk menyelesaikan krisis tersebut. Pengajaran daripada krisis kewangan ini ialah perlunya akan sistem kewangan yang baik. Bahagian esei selanjutnya akan membincangkan saranan Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad terhadap penggunaan wang dinar emas sebagai satu jalan penyelesaian yang tuntas terhadap masalah kewangan. Dalam bahagian ini, kebaikan penggunaan dinar emas akan dihuraikan satu-persatu dengan membandingkannya dengan penggunaan wang kertas dalam beberapa aspek supaya ia dapat membuktikan bahawa penggunaan dinar emas merupakan jalan penyelesaian kepada krisis mata wang yang didakwa sebagai agenda Barat terhadap umat Islam. Oleh itu, esei ini akan mengupas falsafah dan pandangan Tun Dr. Mahathir terhadap isu kewangan dan jalan penyelesaiannya yang menguntungkan kuasa ekonomi dan politik negara-negara umat Islam di dunia.

2.1 LATAR BELAKANG TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD DAN KRISIS KEWANGAN 1997
Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia keempat. Beliau memegang jawatan tersebut selama 22 tahun bermula pada tahun 1981 hingga 2003. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia paling lama berkhidmat dan salah seorang pemimpin paling lama berkhidmat dalam kerajaan di rantau Asia. Ketika Malaysia mengalami Krisis Kewangan 1997, beliau sedang memegang jawatan Perdana Menteri iaitu ketua kerajaan bagi Malaysia dan ketua bagi badan pelaksana atau eksekutif. Beliau juga memegang jawatan Menteri Kewangan pada tahun 1998 hingga 1999 setelah pemecatan Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan.

Kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ini merupakan sesuatu yang perlu diambil kira kerana ia mempunyai kaitan dengan dasar dan keputusan-keputusan kerajaan untuk menyelesaikan kemelut ekonomi Malaysia pada masa itu. Hal ini kerana jawatan Menteri Kewangan merupakan jawatan dalam kabinet yang paling signifikan terhadap krisis kewangan yang melanda Malaysia pada tahun 1997 dan 1998 selain kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.

2.1.1 Krisis Kewangan Asia 1997
Krisis Kewangan Asia 1997 merupakan krisis ekonomi yang berpunca daripada spekulasi mata wang oleh spekulator-spekulator asing. Ia telah mengakibatkan kelumpuhan ekonomi negara-negara di rantau Asia. Krisis ini diambil sebagai kajian bagi menilai falsafah dan pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana ia berlaku setelah banyak kejayaan dan prestasi yang memberangsangkan dicapai oleh Malaysia di bawah kepimpinan beliau. Krisis ini merupakan cabaran terbesar bagi Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana kebolehan untuk memulihkan ekonomi Malaysia akan menentukan keupayaan sebenar beliau sebagai Perdana Menteri paling lama berkhidmat di Malaysia.
Sebelum bulan Julai 1997, keadaan ekonomi Malaysia dikatakan bertumbuh dengan pesat dan makmur. Hal ini dapat dilihat melalui beberapa situasi kewangan dan statistik ekonomi. Pertama, Ringgit Malaysia didagangkan pada nilai paling tinggi dan munasabah iaitu RM 2.50 kepada USD1$. Nilai ini adalah berdasarkan harga yang ditentukan oleh apungan harga dalam pasaran dunia. Kedua, statistik pada akhir tahun 1996 menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menaik sebanyak 8.5 peratus. Ketiga, pada tahun 1997 satu statistik telah dikeluarkan World Trade Organisation (WTO) berkenaan nilai perdagangan Malaysia. Jumlah dagangan luar Malaysia bernilai lebih USD$158 bilion. Di dunia, Malaysia menduduki tangga ke-18 tertinggi daripada segi nilai eksport manakala daripada segi nilai import Malaysia menduduki tangga ke-17 tertinggi di dunia. Keempat, inflasi berada pada tahap terendah iaitu 2.1 peratus. Keseluruhan statistik ekonomi ini memperlihatkan bahawa keadaan ekonomi Malaysia berada pada tahap yang memberangsangkan seterusnya tidak menunjukkan apa-apa simptom kepada kerajaan bahawa ekonomi Malaysia akan merudum. Maka, pada masa itu Tun Dr. Mahathir Mohamad (2000), berpendapat bahawa kerajaan tidak perlu mencampuri urusan ekonomi dengan menyatakan,

…Given the happy environment, the thougt of revaluing or devaluing the ringgit never occurred to the government. Malaysia was therefore content to allow the market to determine the exchange rate…
(Mahathir 2000, 11)

Berdasarkan tulisan R. S. Milne dan K. Mauzy (1999), terdapat empat perkara yang membuktikan bahawa ekonomi Malaysia dalam keadaan krisis sejak Julai 1997. Pertama, kejatuhan nilai Baht di Thailand sebagai mata wang yang kukuh di Asia Tenggara telah mengesankan beberapa negara serantau seperti Filipina, Indonesia termasuk Malaysia. Kedua, mata wang Malaysia telah didagangkan pada nilai terendah pada awal 1998 iaitu RM 5.00 kepada USD$1. Ketiga, nilai saham Malaysia jatuh 40 peratus. Keempat, pendapatan per kapita Malaysia telah jatuh daripada USD$5000 kepada USD$4000.

Kejatuhan nilai mata wang menyebabkan kehilangan keyakinan para pelabur asing untuk meneruskan pelaburan dan perdagangan di Malaysia. Menurut Hajrudin Somun (2003), sehingga bulan Jun 1997, dunia masih lagi yakin kepada kebolehan ekonomi Asia untuk terus berjalan dengan baik mengikut pasaran dunia. Beberapa bulan kemudian, World Competitiveness Yearbook, iaitu sebuah jurnal ekonomi terbitan American International Institute for Management Development (IMD) yang berpengaruh telah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mengalami beberapa masalah ekonomi yang dikatakan sangat serius khususnya di peringkat mikroekonomi.
Selain itu, masalah kewangan ini telah mengakibatkan kuasa beli dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi rendah. Hal ini telah mengakibatkan Malaysia yang turut bergantung kepada pengimportan barangan, makanan dan perkhidmatan dari luar negara telah tidak dapat mengekalkan taraf hidup sedia ada. Pengurangan nilai ringgit sebanyak 40 peratus di Malaysia adalah bersamaan dengan berkurangnya pendapatan perkapita negara daripada US$5000 kepada USD$3000. Tambahannya, lebih USD$100 bilion telah hangus daripada pasaran saham Malaysia. Jika dihitung, Malaysia telah kehilangan USD$140 bilion dalam masa setahun.
2.2 Kaedah-kaedah Penyelesaian Krisis Kewangan 1997

Terdapat beberapa kaedah penyelesaian krisis kewangan yang telah diaplikasikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menghadapi krisis tersebut. Kebanyakan kaedah ini merupakan hasil daripada kepercayaan bahawa campur tangan kerajaan boleh memecahkan kebuntuan bagi kemelut krisis kewangan tersebut. Antara peranan kerajaan yang dibincangkan dalam bahagian ini ialah penubuhan National Economic Action Council (NEAC), pembekuan nilai Ringgit, tambatan nilai Ringgit dan penolakan pinjaman daripada International Monetary Fund (IMF).

Pertama, penubuhan National Economic Action Council (NEAC) oleh kerajaan merupakan langkah yang terorganisasi untuk menyelesaikan kemelut ekonomi ini. Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh Tun Dr. Mahathir sendiri sebagai Pengerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Pengerusi dan Tun Daim Zainuddin sebagai Setiausaha Eksekutif. Selain itu, NEAC turut melibatkan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Ketua Pengarah Badan Pemikir bagi Malaysia (Malaysian Think-tank) dan beberapa orang tokoh korporat daripada bidang perniagaan. Badan bertindak ini berperanan untuk melaksanakan dasar-dasar yang terdapat dalam National Economic Recovery Plan (NERP). Selain itu, ia juga bertanggungjawab untuk mengadakan mesyuarat setiap hari dengan tujuan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah ekonomi, perdagangan dan mata wang. Segala keputusan yang diperoleh daripada badan bertindak ini akan dijalankan tanpa perlu mendapatkan persetujuan daripada kabinet terlebih dahulu.

Kedua, Malaysia telah mengambil langkah untuk menambat nilai mata wang agar ia tidak terus jatuh dalam pasaran dunia yang tidak menentu. Tambahannya, perdagangan bagi nilai Ringgit hanya sah jika dilakukan di Malaysia. Hal ini telah membantu kerajaan untuk mengembalikan kawalan terhadap kadar pertukaran wang ringgit. Malaysia telah menambat nilai Ringgit kepada dolar Amerika kerana ia merupakan mata wang paling kukuh nilainya dalam pasaran dunia. Nilai ringgit telah ditambat pada nilai RM 3.80 kepada USD$1 manakala kadar pertukaran mata wang Malaysia kepada nilai mata wang asing yang lain bergantung kepada nisbahnya kepada dolar Amerika. Nilai RM 3.80 ialah yang paling kompetitif bagi Malaysia untuk bersaing dengan negara-negara jiran dalam suasana krisis. Hal ini kerana jika nilai Ringgit ditambat pada nilai yang terlalu tinggi nilainya berbanding negara jiran yang lain ia akan menyebabkan Malaysia kehilangan sumber-sumber kewangan daripada aktiviti pelancongan, pengeluaran barangan dan makanan. Negara-negara yang mempunyai hubungan perdagangan dengan Malaysia pastinya akan mencari pilihan di negara lain kerana kos yang ditawarkan lebih murah.

Ketiga, kerajaan Malaysia telah bertindak pantas untuk membekukan mata wang Ringgit milik para pelabur asing yang berada di Malaysia. Pembekuan ini adalah untuk mengelakkan mata wang Malaysia daripada terus mengalami kebocoran ke luar negara tambahan pula dalam suasana krisis kewangan. Dengan itu, mata wang Malaysia hanya akan mengalir dalam negara sahaja seterusnya mengekalkan kuasa beli bagi para pengguna. Bagi pelabur-pelabur asing pula, pembekuan ini mengelakkan mereka daripada melaburkan mata wang Malaysia ke luar negara. Mereka hanya dibenarkan untuk melaburkan simpanan Ringgit hanya di dalam Malaysia sahaja seterusnya menggalakkan perniagaan dan peluang pekerjaan di dalam negara. Maka, hasil daripada peranan kerajaan ini berjaya mengembalikan kuasa kerajaan sendiri untuk menentukan kadar tukaran Ringgit berbanding sebelumnya yang banyak dipengaruhi perdagangan mata wang oleh pelabur-pelabur asing.

Keempat, kerajaan tidak menerima bantuan tabung kewangan daripada IMF walaupun tawaran sebanyak US$17 bilion disediakan kepada negara-negara yang memerlukan. Pada awal krisis kewangan, IMF galak menawarkan cadangan kawalan wang ringgit mengikut formula IMF. Walaubagaimanapun, Tun Dr. Mahathir telah menolak pinjaman daripada IMF ini atas beberapa faktor dan penilaian beliau terhadap keberkesanan IMF dalam konteks pelaksanaannya di Malaysia. Malaysia memiliki keunikan tersendiri daripada segi dasar ekonomi dan pembangunan iaitu pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru 1970 (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional 1990 (DPN) yang memperlihatkan campur tangan kerajaan yang bertujuan untuk memperbaiki taraf ekonomi dan menyusun semula masyarakat di negara ini. Pembahagian kekayaan negara adalah berdasarkan acuan perkauman iaitu Melayu atau Bumiputera, Cina dan India. Oleh itu, pendapatan per kapita dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk melihat taraf ekonomi setiap unit keluarga atau individu di negara ini kerana kecenderungan untuk sesetengah individu tidak termasuk dalam statistik ini amat besar. Tun Dr. Mahathir Mohamad bimbang jika bantuan pinjaman daripada IMF tidak dapat dibahagikan secara sama rata kepada semua kaum sehingga mencetuskan ketidakadilan. Beliau amat khuatir jika perkara tersebut akan menjadi pencetus kepada rusuhan kaum seperti Peristiwa 13 Mei 1969.
2.3 Falsafah Tun Dr. Mahathir Mohamad di Sebalik Krisis Kewangan 1997

Krisis Kewangan 1997 boleh dikatakan sebagai kebijaksanaan dan kebolehan Tun Dr. Mahathir kerana jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semasa itu. Dalam bahagian ini, falsafah Tun Dr. Mahathir mengenai peranan kerajaan akan dikupas dengan melihat kepada perbandingan kedudukan kerajaan dalam ekonomi kapitalisme dan sosialisme. Selanjutnya, bahagian ini akan menilai pendekatan teori Keynesian sebagai kaedah yang secocok dengan kaedah penyelesaian Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Terdapat dua sistem ekonomi yang membezakan peranan kerajaan iaitu kapitalisme dan sosialisme. Sistem kapitalisme bergerak dalam pasaran bebas (laissez-faire) dan memerlukan campur tangan paling minima daripada kerajaan. Hal ini kerana sistem ini berpegang kepada konsep ‘tangan halimunan’ atau invisible hand sebagaimana yang diutarakan Adam Smith. Oleh itu, apa sahaja masalah ekonomi yang berlaku akan dibetulkan secara semulajadi mengikut pengeluaran dan permintaan. Sistem sosialisme pula mempercayai kawalan pusat oleh kerajaan dan konsep yang sesuai ialah pemiliknegaraan. Sebarang permasalahan ekonomi memerlukan peranan kerajaan untuk memelihara dan membetulkan situasi ekonomi. Hal ini kerana matlamat akhir bagi sistem ekonomi sosialisme ialah kesamarataan dan keadilan.

Berdasarkan perbezaan peranan dan kedudukan kerajaan dalam ekonomi kapitalisme dan sosialisme ini, Tun Dr. Mahathir berpandangan bahawa dalam suasana krisis ekonomi kerajaan perlu bertindak sebagai perancang dan penampan. Perkara ini dapat dilihat melalui kaedah-kaedah penyelesaian Krisis Kewangan 1997 yang telah dibincangkan dalam bahagian sebelum ini. Penubuhan jawatankuasa seperti NEAC yang dianggotai Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Anwar dan Tun Daim Zainuddin merupakan bukti bahawa kerajaan itu lebih baik untuk campur tangan berbanding membiarkan ia pulih secara semulajadi. Hal ini kerana ketiga-tiga ahli tertinggi tersebut juga merupakan anggota kerajaan dan telah melaksanakan pelbagai pelan dan dasar untuk memulihkan ekonomi. Selain itu, tambatan nilai ringgit Malaysia kepada dolar Amerika memperlihatkan campur tangan kerajaan dalam pasaran mata wang dunia. Tindakan ini diambil semata-mata untuk memelihara nilai mata wang negara daripada terus jatuh mengikut suasana pasaran yang tidak menentu. Oleh itu, falsafah ekonomi yang sesuai menurut pandangan Tun Dr. Mahathir ialah perlunya campur tangan kerajaan iaitu mirip kepada sistem sosialisme dan teori Keynesian.

Tun Dr. Mahathir juga berpandangan bahawa kerajaan harus mengambil bahagian dan berperanan untuk menyelesaikan krisis kerana ia berkait rapat dengan sokongan rakyat terhadap kerajaan. Sistem politik yang mendasari Malaysia ialah demokrasi berparlimen. Dalam sistem ini, sebahagian ahli kabinet bagi sesebuah kerajaan dipilih daripada parti yang menang dalam proses pilihan raya. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya dianggap oleh rakyat sebagai satu badan yang mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kebajikan mereka. Salah satu tanggungjawab kerajaan adalah untuk menghidupkan semula ekonomi yang telah menjejaskan taraf hidup rakyat Malaysia semasa itu. Jika kerajaan tidak memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dengan berkesan dalam suasana krisis ini, kemungkinan besar kepimpinan Tun Dr. Mahathir akan rebah seperti di Indonesia atau tidak dipilih lagi dalam proses pilihan raya. Di Indonesia, rejim Suharto tumbang ketika kemelesetan ekonomi tidak dapat dibendung oleh pemerintah dan ia dipertajam lagi dengan masalah pentadbiran Indonesia yang dirujuk sebagai Korupsi, Kolusi dan Nepotisme atau singkatannya KKN.

Penyelesaian krisis kewangan oleh Tun Dr. Mahathir ini juga secocok dengan teori Keynesian yang menggalakkan campur tangan negara. Menurut teori Keynesian ini, keseimbangan ekonomi tidak berjalan secara semulajadi sebaliknya sentiasa dipengaruhi peranan negara. Dalam konteks Malaysia, negara ini dirujuk sebagai kerajaan. Kerajaan banyak berperanan dalam menangani krisis ini seperti tambatan mata wang, suntikan modal dan mempertahankan urusan ekonomi Malaysia daripada dicampuri IMF. Teori Keynesian ini merupakan idea John Maynard Keynes iaitu seorang ahli teori ekonomi. Beliau mempunyai pendirian tersendiri mengenai sistem kewangan. Menurut beliau, sistem kewangan itu umpama sistem peredaran darah tubuh badan manusia dengan darah sebagai wang. Maka, wang perlu beredar dalam pasaran untuk menjamin sistem kewangan yang baik. Jika sesuatu kemelesetan ekonomi berlaku, negara perlu bertanggungjawab untuk memulihkan keadaan dengan menyuntik wang ke dalam ekonomi sama ada melalui pengurangan kadar faedah atau mencetak lebih banyak wang. Saranan John Maynard Keynes ini diguna pakai oleh Tun Dr. Mahathir untuk menangani krisis kewangan iaitu dengan menyuntik wang ringgit ke dalam ekonomi Malaysia dan ia mempunyai kaitan rapat dengan kerjaya asal Tun Dr. Mahathir sebagai seorang doktor. Kaitannya ialah John Maynard Keynes menganggap sistem kewangan sebagai sistem peredaran darah manusia manakala negara sebagai doktor yang merawatnya.

3.1 KETIDAKSTABILAN PENGGUNAAN WANG KERTAS

Pengajaran daripada Krisis Kewangan 1997 ialah kesedaran akan betapa buruknya kesan penggunaan sistem kewangan yang berasaskan wang kertas atau wang fiat. Penggunaan wang kertas secara meluas di seluruh dunia telah mengiktirafnya sebagai wang yang berfungsi untuk dijadikan alat pertukaran, alat penyimpan nilai, alat pengukur nilai dan alat bayaran untuk masa hadapan. Penggunaan mata wang kertas ini menjadi asas ke arah kewujudan tabung kewangan iaitu IMF. Ia merupakan manifestasi Perjanjian Bretton Woods yang telah menguatkan cengkaman negara Barat dan Amerika Syarikat terhadap Negara-negara Dunia Ketiga. Nilai mata wang Amerika Syarikat contohnya diyakini lebih tinggi daripada negara-negara seterusnya menguatkan manipulasi terhadap negara-negara lemah. Selepas Perjanjian Bretton Woods pada Julai 1944, nilai mata wang kertas Amerika Syarikat disandarkan kepada nilai emas yang disimpan dalam bank pusat sehinggalah pada tahun 1971 Presiden Richard Nixon telah menghapuskan sandaran emas tersebut sebaliknya mengapungkan nilai wang kertas di pasaran dunia. Ketika krisis kewangan berlaku, IMF akan menawarkan pinjaman terhadap negara-negara yang dilanda masalah sebagaimana negara-negara di Asia yang menjadi mangsa spekulasi dan manipulasi mata wang. Pinjaman ini pula mempunyai nilai-nilai tersembunyi seperti pertambahan nilai faedah bayaran yang mempunyai unsur riba.

3.1.1 Pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Penggunaan Wang Kertas

Tun Dr. Mahathir Mohamad berpandangan bahawa penggunaan wang kertas secara meluas megakibatkan beberapa kesan buruk. Kesan buruk ini telah mengakibatkan ekonomi Malaysia jatuh pada akhir dekad 1990. Segala spekulasi dan manipulasi mata wang yang berasaskan wang kertas telah meningkatkan kefahaman Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap keburukan dan permasalahan penggunaan wang kertas di seluruh dunia terutama sekali berkenaa kesannya terhadap ekonomi umat Islam.

Kebimbangan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap penggunaan wang kertas dapat dilihat sejak tahun 1980-an lagi. Beliau dalam ucapan pada kursus agama anjuran Biro Agama UMNO Malaysia pada 27 November 1981 menyatakan,

…Sistem kewangan dunia yang digunakan sekarang yang bergantung bukan lagi kepada penggunaan emas dan perak tetapi wang kertas dan cek dan ini bukanlah daripada sistem Islam. Dari sistem inilah wujudnya bank, pertukaran wang, surat janji, pengadilan janji-janji perdagangan, pelaburan, eksport, import, insurans dan lain-lain lagi. Sistem ini menguasai seluruh dunia sehingga kita tidak dapat tidak mesti menggunakannya…
(Petikan ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam kursus agama anjuran Biro Agama UMNO 1981)

Menurut Salmi dan Mumin (2009), Krisis Kewangan 1997 telah menyedarkan dan
meningkatkan kefahaman Tun Dr. Mahathir terhadap penggunaan mata wang Islam berteraskan dinar emas dan dirham perak. Pada tahun yang sama iaitu 1997, dalam ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena Seminar Tahunan Bank Dunia di Hong Kong, beliau membidas aktiviti perdagangan mata wang yang berasaskan penggunaan wang kertas. Bagi Tun Dr. Mahathir Mohamad perdagangan mata wang merupakan satu amalan yang tidak perlu, tidak produktif dan bertentangan dengan moral. Ia harus dihentikan dan diharamkan di sisi undang-undang. Perdagangan mata wang ini merupakan punca utama kepada kejatuhan nilai Ringgit di Malaysia khususnya dan di negara-negara rantau Asia amnya.
Penggunaan wang kertas juga memudahkan dan menggalakkan spekulasi dan manipulasi mata wang. Hal ini kerana wang kertas itu sendiri tidak memiliki nilai intriksik seperti dinar emas yang nilainya tidak akan susut sebagaimana wang kertas. Dalam ucapan perutusan Hari Raya Aidilfitri 1999, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan

…wang ini tidak boleh dijual sebagai bahan mentah kerana ia bukan bahan mentah yang mempunyai kegunaan tertentu tetapi mereka menukar nilai mata wang dengan menukar jumlah dolar Amerika yang boleh ditukar dengan mata wang tertentu. Dengan cara ini mereka mengambil alih kuasa kerajaan…
(Petikan ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena Hari Raya Aidilfitiri 1999)

Oleh itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpandangan bahawa penggunaan mata wang kertas mengakibatkan tiga kesan. Pertama, ia memerangkap seluruh negara-negara Islam terhadap agenda Barat yang cuba menguasai negara-negara Islam dengan menggunakan alat sistem kewangan yang berat sebelah. Kedua, penggunaan wang kertas menyebabkan aktiviti jual beli mata wang yang mengakibatkan ketidakadilan dalam sistem kewangan dunia. Ketiga, wang kertas tidak memiliki nilai intrinsik yang tersendiri lalu menyebabkan nilainya susut dengan kadar yang begitu besar berbanding dinar emas.

4.1 DINAR EMAS SEBAGAI MATA WANG

Tun Dr. Mahathir menyarankan penggunaan wang dinar emas sebagai jalan penyelesaian dan tindakan daripada pengajaran Krisis Kewangan 1997. Satu sistem kewangan yang baik sangat diperlukan untuk diguna pakai supaya tidak berlaku perdagangan mata wang yang merosakkan kestabilan ekonomi dan penindasan terhadap negara-negara yang rendah nilai mata wangnya. Selaras dengan sifat Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang lantang dan berpengaruh dalam kalangan negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC), beliau telah menyarankan penggunaan dinar emas sebagai wang untuk menggantikan wang kertas yang jelas telah menyebabkan pelbagai masalah ekonomi di peringkat mikro dan makro.

Dalam ucaptama beliau ketika Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba pada 1 November 2010 di Kuala Lumpur ada menyatakan,

…Kerajaan seharusnya menimbangkan penggunaan dinar emas bagi menghentikan perang mata wang…

Selain itu, dalam International Conference on The Gold Dinar Economy pada 24 dan 25 Julai 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) beliau telah menyediakan asas kukuh untuk mengembalikan usaha dan tekad bagi membincangkan dan mengusahakan pelaksanaan dinar emas. Maka, jelas bahawa beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mengembalikan sistem kewangan dalam Islam sebagai wadah perjuangan untuk menegakkan Islam dalam aspek ekonomi seterusnya mencari penyelesaian tuntas kepada krisis kewangan yang telah berlaku sebagaimana pada tahun 1997.
4.2 Faedah Penggunaan Dinar Emas sebagai Mata Wang

Menurut Salmy dan Mumin (2009), dinar emas merupakan mata wang logam yang diperbuat daripada bahan asal iaitu emas dan dibuat dalam bentuk kepingan syiling. Nama lain bagi dinar emas ialah mata wang syariah umat Islam kerana ia ditempa mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Saidina Umar Al-Khatab. Ciri-ciri dinar emas ialah ia diperbuat daripada emas tulen 22 karat atau emas jenis 917 dengan berat 4.25 gram bagi setiap keping. Penggunaan dinar emas dalam sejarah telah direkodkan sejak Zaman Jahiliah lagi. Ia diteruskan penggunaannya pada zaman junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sehinggalah ke Zaman Kegemilangan Islam. Akhirnya, ia tidak digunakan setelah kejatuhan kerajaan Islam iaitu Empayar Uthmaniah. Terdapat empat faedah utama penggunaan dinar emas iaitu peranan sebagai penangkis spekulasi mata wang, mata wang sejagat untuk umat Islam, nilai susut dan naik bagi dinar emas yang kecil dan terkahir ialah ia mampu mengeluarkan umat Islam daripada cengkaman ekonomi Barat seterusnya menguatkan kuasa ekonomi dan politik negara-negara Islam.

4.2.1 Penangkis Spekulasi dan Manipulasi Mata Wang

Sistem kewangan masa kini yang berteraskan wang kertas gagal untuk menangani spekulasi dan manipulasi dalam kewangan dunia. Jika penggunaan dinar emas dapat dilaksanakan di seluruh dunia maka nilai mata wang di setiap negara di dunia adalah sama. Sebagai contoh, nilai dinar emas di Malaysia adalah sama dengan nilai dinar emas di Turki. Ia akan mengelakkan kewujudan nilai mata wang yang berbeza antara kedua-dua negara. Nilai mata wang Malaysia tidak akan menjadi rendah apabila dibawa ke negara Turki seperti kebiasaan dalam sistem ekonomi sekarang. Hal ini akan menggalakkan persaingan yang sihat antara negara-negara di dunia tidak kira sama ada dunia Islam atau dunia Barat. Nilai mata wang yang sama ini akan dapat mengelakkan spekulasi dan manipulasi oleh negara-negara yang memiliki nilai mata wang yang lebih besar sebagaimana mata wang sekarang yang disandarkan nilainya kepada dolar Amerika Syarikat seterusnya mengecilkan nilai mata wang seperti Malaysia yang pernah didagangkan pada nilai RM 5.00 kepada USD$1 ketika Krisis Kewangan 1997.

4.2.2 Mata Wang Sejagat bagi Negara-negara Umat Islam

Umat Islam mempunyai kesepakatan yang utuh apabila ia melibatkan soal-soal syariat umat Islam sebagaimana contoh-contoh lazim iaitu solat, zakat dan ibadah Haji. Dinar emas juga merupakan syariat dalam agama Islam. Ia berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan Al-Hadis. Dalam kitab Al-Quran disebut dalam Surah Ali Imran 3:75 bahawa adanya penggunaan dinar emas sebagai alat simpanan nilai. Dalam Surah Yusuf 12:20 pula ada disebut penggunaan dirham perak dalam urusan jual beli. Maka, perintah dalam Al-Quran dan kajian ilmu Hadis sememangnya menunjukkan bahawa penggunaan dinar emas sebagai mata wang adalah merupakan syariat yang dituntut untuk umat Islam melaksanakannya. Berdasarkan sejarah dunia Islam pula, dinar emas telah digunakan sejak Zaman Jahiliah. Ia telah diteruskan penggunaannya dalam Zaman Rasulullah S.A.W. sehingga ke Zaman Kegemilangan Islam. Akhirnya, penggunaan dinar emas telah terhenti setelah kejatuhan Empayar Uthmaniah. Selain itu, emas juga merupakan komoditi yang dituntut pembayarannya dalam ibadah zakat. Berdasarkan perintah Al-Quran, ilmu Hadis, bukti-bukti penggunaan dalam sejarah Islam dan emas sebagai unsur penting ibadah zakat maka ia diyakini dapat menyatukan seluruh umat Islam dalam hal ekonomi atau lebih tepat dalam konteks sistem kewangan Islam.

4.2.3 Perubahan Nilai Dinar Emas

Nilai dinar emas juga juga boleh susut dan naik mengikut permintaan dalam pasaran. Hal ini kerana emas merupakan bahan yang merupakan komoditi dalam pasaran seperti gandum dan beras. Walaubagaimanapun, susut dan naik bagi nilai dinar emas tidak dalam skala yang besar sebagaimana wang kertas. Nilai yang tinggi bagi perubahan nilai wang kertas dapat dilihat dalam Krisis Kewangan 1997 dengan menilai jumlah dagangan mata wang Malaysia sebelum krisis iaitu RM 2.50 kepada USD$1 telah jatuh sehingga RM 5.00 kepada USD$1 semasa krisis. Bukti ini memperlihatkan bahawa nilai wang kertas boleh susut dengan mendadak dan menaik dalam nilai yang sangat berbeza jumlahnya. Situasi ini dapat dielakkan dengan terlaksananya penggunaan dinar emas. Ia boleh mengelakkan kerugian besar kepada negara yang mengalami kemerosotan ekonomi manakala yang mendapat keuntungan tidak akan mendapat keuntungan yang terlalu besar sehingga melebarkan lagi jurang antara si kaya dengan si miskin. Dalam penilaian terhadap masalah utama sistem kapitalisme, masalah bagi si kaya bertambah kaya dan si miskin bertambah miskin akan dapat dielakkan.

4.2.4 Keuntungan Ekonomi dan Kuasa Politik Umat Islam


Penggunaan dinar emas akan dapat direalisasikan jika semua negara Islam dalam Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) bertekad untuk melaksanakannya. Penggunaan dinar emas secara menyeluruh akan dapat menguatkan ekonomi umat Islam daripada segi pengeluaran dan permintaan dalam pasaran yang sihat dan adil. Apabila perdagangan antarabangsa dapat dikuasai negara-negara Islam maka secara tidak langsung ia akan memperkuatkan kuasa politik umat Islam. Dengan itu, negara-negara Islam yang kebanyakannya tersenarai dalam kumpulan pinggir dan separa pinggir dalam teori kebergantungan akan dapat menukar taraf kepada negara pusat. Kuasa ekonomi dan politik yang kuat ini akan dapat membantu negara-negara Islam menentukan sendiri hal ehwal ummah yang selama ini bergantung kepada peranan Barat seperti dalam isu Palestin yang memerlukan bantuan organisasi supranasional iaitu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Penggunaan dinar emas dalam sistem kewangan ini akhirnya akan dapat menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu negara-negara Islam yang terperangkap dalam agenda ekonomi Barat.

5.1 RUMUSAN
Esei ini telah membincangkan falsafah Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam penyelesaian Krisis Ekonomi 1997 yang jelas menunjukkan keperluan campur tangan kerajaan sebagaimana teori Keynesian. Penyelesaian ekonomi yang menitikberatkan peranan kerajaan ini dilihat mempunyai kaitan dengan kerjaya beliau sebelum menceburi dunia politik iaitu doktor perubatan. Keadaan krisis ekonomi diibaratkan seperti seorang pesakit yang sedang mengalami penyakit kronik maka ia memerlukan khidmat seorang doktor iaitu perumpaan kepada kerajaan untuk mencari penawar kepada penyakit tersebut. Dalam bahagian seterusnya, esei ini telah mengemukakan pandangan beliau bahawa penggunaan wang kertas telah menakibatkan spekulasi dan manipulasi yang begitu teruk mengesankan ekonomi Malaysia. Terdapat tiga keburukan utama yang dikemukakan oleh beliau iaitu sistem kewangan masa kini yang bukan sistem kewangan menurut ajaran Islam, aktiviti perdagangan mata wang yang mengakibatkan ketidakadilan dalam sistem kewangan dan wang kertas yang tidak memiliki nilai intrinsiknya yang tersendiri sebagaimana dinar emas. Bahagian seterusnya memperkenalkan latar belakang dinar emas sebagai mata wang dalam amalan Islam. Dalam bahagian terakhir esei ini dihuraikan empat faedah penggunaan mata wang dinar emas terhadap umat Islam iaitu sebagai penangkis spekulasi mata wang, mata wang sejagat umat Islam, perubahan susut dan naik nilai emas yang berskala kecil dan sebagai wadah umat Islam membebaskan diri daripada sistem kewangan masa kini yang memerangkap umat Islam dalam agenda ekonomi dan politik dunia Barat. Kesimpulannya, falsafah kewangan Tun Dr. Mahathir Mohamad menekankan peranan kerajaan dalam menangani krisis kewangan sesuai dengan sifatnya sebagai doktor perubatan dan cadangan penggunaan dinar emas sebagai ganti wang kertas oleh beliau perlu dilaksanakan penggunaannya untuk kemaslahatan ummah dalam hal yang melibatkan ekonomi dan politik.


RUJUKAN

Imran N. Hosein. 2008. Dinar Emas dan Dirham Perak Islam dan Masa Depan Wang. Kuala Lumpur: Darul Fikir Sdn. Bhd.
Mahathir Mohamad. 2000. The Malaysia Currency Crisis How and Why It Happened. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.
Milne, R.S., & Mauzy, D.K. 1999. Malaysians Politics Under Mahathir. London: Routledge Publications.
Salmi Edawati Yaacob & Abdul Mumin Abdul Ghani. 2009. Dinar Emas Realiti Semasa Penggunaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributor Sdn. Bhd.
2009. Inisiatif Malaysia Dalam Penggunaan Dinar. http://saudagardinar.com/artikel_jual_beli_emas/59.html [25 Januari 2011].
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this