Showing posts with label DAP Barua Singapura. Show all posts
Showing posts with label DAP Barua Singapura. Show all posts

Monday, 29 October 2012

Tony Pua Barua Haram : Persoal Isu Kapal


Isu : Pembelian kapal yang didakwa 870 peratus lebih mahal oleh setiausaha publisiti DAP laknatullah, Tony Pua.





Tony Pua gagal membezakan jenis kapal yang ingin dibina (bukan dibeli) oleh TLDM. Menurut Tony Pua, dia merujuk kepada pembelian 6 biji kapal peronda pesisir pantai atau dalam Bahasa Inggerisnya ‘Offshore Patrol Vessels (OPV)’, sedangkan TLDM ingin membina di Malaysia ialah 6 biji kapal LCS. Tengok gambaq OPV tu. TONY PUA KENCING RAKYAT MALAYSIA!




“The Royal Malaysian Navy intends to purchase much smaller ships that they call littoral combat ships”. Laa, kapal ni la depa dok kecoh. TONY Pua habaq bot peronda yang tu bahasa pasaq la, bahasa Inggeris dia LCS. Harga market kapal ni ialah USD437 juta,wow! Kalau Najib cakap dalam RM1billion sebuah, maknanya Najib dapat diskaun laa.

Tony Pua ingat semua orang bodoh macam dia ke? Lu boleh tipu ramai orang, bukan semua orang, apek.

Ni sampel LCS yang Malaysia kecoh nak beli ni, seketul USD437 juta tu geng. Kapal jenis ni memang pisang panas ni, Eropah mau, Israel mau, China mau, Arab Saudi pun mau. US pun duk re-invent Navy dan replace banyak jenis versi/kapal dengan hanya satu versi, iaitu LCS.




The concept behind the littoral combat ship, as described by former Secretary of the Navy Gordon R. England, is to "create a small, fast, maneuverable and relatively inexpensive member of the DD(X) family of ships." The ship is easy to reconfigure for different roles, including anti-submarine warfare, mine countermeasures, anti-surface warfare, intelligence, surveillance and reconnaissance, homeland defense, maritime intercept, special operations, and logistics. Due to its modular design, the LCS will be able to replace slower, more specialized ships such as minesweepers and larger assault ships.

So kita save kos la nanti masa depan, sebab kelas LCS ni macam2 boleh buat. 

Ni video pasai LCS yang kecoh2 tu. Kapal macam ni memang adalah masa hadapan Navy di dunia, bukan setakat Battle Flexibility. Tapi long term cost saving, hangpa semua dengaq part yang last sekali pasai cost saving, yang tu kita minat nak dengaq. Tang pertahanan tu, part kita punya MOD pikiaq la :D



“The LCS is likely to live out its 20 year lifecycle, because without built-in combat technologies, the ship wont become obsolete quickly”

Hangpa pernah tengok tak gambaq James Bond – “Tomorrow Never Dies”? Ingat kapai stealth tu tak? Nilah dia versi reality dia. Ni sampel gambaq versi LCS. Nampak macam stealth sikit, steady ek, bukan OPV yang Tony Pua kencing tu.




 LCS ini diperkenalkan di US pada 2001, tujuan utama NAK JIMATKAN LIFE CYCLE KOS Navy US dan pada masa yang sama nak maintain/majukan performance yang sedia ada. Sebab ekonomi tak menentu, dengan maintenance banyak jenis kapal, fuel consumption, macam2. Memang initial cost dia tinggi, sebab teknologi baru beb, tapi dari upkeep cost, dari segi overall Navy, cost boleh jimat sebab LCS ni boleh ganti banyak jenis kapal. LCS ni multi role dan fuel consumption dia tak tinggi berbanding dengan destroyer lain2. Macam beli Toyota PRIUS la, memangla mahal, seketul tak salah aku USD 28k (takde duti import ok). Tapi dari segi consumption, maintenance dan life cycle boleh save :D

LCS ni masih dalam proses adjustment sampai konsep dia sempurna, dan dalam 10 tahun (2001 – 2010) punya progress dan adjustment, dia bagus untuk jimatkan life cycle cost. LCS ni adalah “future”

“The ship may also be used anti-piracy and humanitarian missions, Lemmo said. The LCS is likely to live out its 20 year lifecycle. Lemmo believes, because without built-in combat technologies, the ship wont become obsolete quickly”


Memang ada kapal lagi murah, macam kelas corvette, mine sweeper, anti sub warship dll kelas. Tapi versi LCS ni konsep dia nak ambil alih tugas2 yang dibuat oleh 2 atau 3 jenis kapal versi/kelas lain sekali gus, so maknanya kita akan jadi lebih kos efektif la sikit. Tak payah beli banyak jenis kapal untuk buat satu jenis kerja.

Aku pun awal2 heran apsai bot peronda mahai sangat, rupanya kapai jenis LCS (Littoral Combat Ship), yelah bahasa pasar org panggil bot peronda zaman moden, pandai Tony Phua kencing. LCS ni seketui memang dalam USD 437 juta ke USD 440 juta.

Point aku sekarang, bukan sebab nak promo LCS (Littotal Combat Ship), tapi kenapa Tony Pua MENIPU rakyat Malaysia?? Dia kata Malaysia nak beli OPV (Offshore Patrol Vessels), padahal Malaysia dah bagitau LCS. Kuat sangat menipu tu, kuranglaa sikit.


Wednesday, 26 September 2012

Fakta DEB yang Ramai Tak Tau


Betui ka Sabah dan Sarawak bagi 71% income negara? Orang Semenanjung ja dah 4 kali ganda ramainya. Kita ambik population vs area jaa. Population juga represent spending power yang beri direct efek kepada pembangunan ekonomi. Borneo punya population is 5.7 juta dan Semenanjung pula 22.5 juta. Tax revenue saja kita boleh tengok betapa berkali ganda lagi besar. Income Tax je dah 4 times, belum masuk Business Taxes lagi.


Perbandingan road tax ja cukup nampak sangat kelentong. Top income untuk Malaysia ialah industri yang banyak di Semenanjung, Income kedua ialah dari finance dan banking , Ketiga, baru O&G. Keempat, tourism. 

Petronas alone dah provide more than 30% national income, tak masuk GLC2 lain lagi. Private2 sector yang dok operate yang berlambak kat Semenanjung belum kira lagi. Ini baru business tax jaa. Belum tax-tax yang dikenakan terhadap population di Semenanjung yang 4 kali ganda lebih ramai. 


Ok, itu dari sudut physical. Dari sudut ekonomi, rujuk report ni. Kalau ikut pembangkang DAP kata DEB gagal sebab UMNO  la … bla bla … dan jurang tinggi. Kalau benar apa yang depa cakap tu, ekonomi kita tidak akan "BOOM" sebab kekurangan kuasa membeli dari golongan pertengahan, maklumlah jurang tinggi. Tapi masalahnya ekonomi kita BOOM! Sebab apa??? Sebab kehadiran KUASA MEMBELI BARU YANG TINGGI mengganti kuasa membeli barat, siapakah mereka??? Mereka ialah golongan pertengahan majoriti Melayu. Maknanya APA?? DEB berjaya. Bacalah sendiri Report ni. Report sejarah Ekonomi Malaysia 1900-1990 termasuk DEB dari Economist2 Dunia daripada Economic History Association.


Benda ni simple jee, kalau betuila pembangkang DAP cakap UMNO sapu semua, jurang jadi jauh antara kaya dan miskin. Ekonomi negara takkan "BOOM" sebab faktor jurang je. Tapi ekonomi kita meletop, siap dapat gelaran Tiger. Sebab apa? Sebab golongan pertengahan yang diterajui bangsa Melayu, merekalah kuasa membeli tertinggi negara kita maklumlah volume mereka besar. Pada 60an -70an, kuasa membeli dari orang luar seperti orang barat dan bangsa Cina yang banyak di bandar, kini tidak lagi. Simple. 

Dan kebangkitan kuasa membeli dari kaum majoriti Bumiputra telah menguntungkan peniaga2 Cina. Maklumlah sebelum ni dalam awal 60an-70an orang2 luar barat tidak mempercayai kaum Cina sebab risau elemen komunis ketika itu dan pada masa yang sama orang2 barat duit pun kurang. Maklumlah lepas WW2. Dan peniaga2 Cina pun susah ketika itu, takde pembeli produk mereka. Apabila DEB mula berhasil, peniaga2 Cina telah berjaya mengambil alih penguasaan entiti barat sebelum ni dan ekuiti mereka pun meningkat. Terima kasih pada kuasa membeli bumiputera. Part ni DAP tak mau orang Cina Malaysia baca, nanti kantoi sebab DEB bukan bantu Melayu saja, tetapi kaum lain juga. Boleh bookmark website untuk fight dengan orang2 DAP, gerenti TKO. http://eh.net/encyclopedia/article/drabble.malaysia




Dan banyak orang Melayu tak ambik tahu orang2 yang di belakang kejayaan DEB, depa nampak Tun Razak saja. Salah seorang arkitek kewangan yang bantu Tun Razak ialah Menteri Kewangan terlama dalam sejarah Malaysia iaitu Tun Tan Siew Sin, beliau  serve 4 PM. 2 PM sebagai Menteri Kewangan iaitu Tunku Abd Rahman dan Tun Razak, dan Penasihat Ekonomi kepada 2 PM iaitu Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir. Beliau jadi penasihat sebab beliau uzur, kalau beliau tak uzur, 4 PM dia maintain sebagai Finance. Dan seorang lagi bernama Ramon Navaratnam, dia cross border antara GOM dan Private Sector yang dibina ketika NEP untuk jayakan DEB. Part ni ramai orang Melayu tak mau ambik tahu, iaitu jasa bangsa lain terhadap Melayu dalam polisi DEB. 


 Ramon Navaratnam

Sunday, 16 September 2012

SUARAM Akui Terima Duit dari Soros






Hahaha, akhirnya KANTOI jugak ek, PR ambik sangat duit Soros tu untuk tumbangkan negara Malaysia ni yang aman ek. Macam nilah, aku tak mau cerita banyak, rakyat US sendiri dah mula benci pada Soros akibat penipuan2 dia di Wall Street dan spekulasi komoditi yang menjatuhkan ekonomi US sendiri, so rakyat Malaysia yang dah lama kenal Soros ni macamana?? Sendiri mau ingatlah, mari kita benci PR jugak ok? 


 Tak payah ceritalaa, dunia pun dah mula benci kat Soros ni, bukan Malaysia je. Tengok  apa jadi kat rakan karib dia dan Anwar Ibrahim iaitu Paul Wolfowitz?? DIPECAT dengan UNDI TIDAK PERCAYA TERBESAR DALAM SEJARAH WORLD BANK!! Maklumlah kuat menipu, kena sangatla dengan si Anwar tu...99% VOTE OF NO CONFIDENCE TO PAUL WOLFOWITZ DARI BOARD WORLD BANK SENDIRI pada 2007 tak salah aku. So mari kita benci PR jugak sebab kaki penipu macam Soros.


Bukan media Malaysia je dok serang Soros sekarang ni oi, media US, UK pun dok serang Soros ni. Contohnya Hollywood, macam filem Wall Street : Money Never Sleeps, The International, Quantum Solace. Tag line filem Wall Street : Speculation is the mother of all evil, ditujukan khas pada orang2 macam Soros ni. Korang nak cerita apa lagi??? The International filem yang berasaskan Institusi kewangan yang berlindung di sebalik kebaikan, walhal melagakan rakyat untuk menyebabkan negara itu berhutang dan mengawal negara tersebut. Institusi tersebut khas ditujukan kepada organisasi Soros. Organisasi jahat dalam filem Bond iaitu Quantum diinspirasikan dari organisasi Quantum Group of Fund Soros yang cukup giat melagakan rakyat Latin untuk memberontak. Lu orang pencacai PR nak cakap apa sekarang?? Media barat pun dok hentam Soros jugak oi...So kita dah kenal Soros ni macamana?? 


Rakyat US sendiri dah mula benci kat orang macam Soros ni. Akhirnya rakyat barat mula percaya apa yang Tun Mahathir kata dahulu betul. Tengok macamana rakyat2 US dok mula bincangkan untuk memperkenalkan undang2 baru untuk kawal penyangak macam Soros ni. Takkan UMNO bayar media US untuk mula benci Soros kot?? Tengok harga minyak dispekulasi hampir lebih 50%!!! Rakyat US sudah mula benci. Mari kita benci PR.


Korang tengok ni tunjuk perasaan besar-besaran yang berlaku di US dan Barat menentang penipuan orang2 macam Soros iaitu Occupy Wall Street. Ini takkan keluar CNN ataupun Malaysiakini. Rakyat barat sudah benci orang2 macam Soros, kita bila lagi?? Mari kita tolak PR!



Sunday, 22 July 2012

SUARAM - Suara Barua Haram Dedah Rahsia Keselamatan Negara




Hangpa sendiri lihatlah betapa SYAITANnya SUARAM, nak minta budget supaya tentera kita dipotong kepada paras bawah 1% daripada GDP!!. Perengan terakhir depa suruh kita review balik polisi pertahanan dan "disarm"!!! Sebelum ni mereka menipu pasal isu Scorpene sampai terdedahnya kemampuan kapal selam tersebut pada orang awam, kemudian mereka bocor lagi rahsia LCS kapal high tech kita, kemudian mereka bocor lagi rahsia NCO atas alasan rakyat konon! Agensi mana dah menyerap dalam SUARAM ni nak melemahkan Pertahanan Negara kita??!!!

"Coalition also demanded Members of Parliaments and candidates for the next general election from both sides of the political divide review the defence policy to promote a culture of peace and disarmament." - Apa ni disarmament???!!!!

 
Singapura pun tingkatkan perbelanjaan pertahanan mereka lebih 4% dan SUARAM mahu Malaysia drop perbelanjaan dibawah 1%???!!! Apa yang kamu sedang buat ni SUARAM?? SUARAM sedang melemahkan pertahanan negara kita ke??

 
Bila aku buat archiving / database pasal isu2 SUARAM ni, aku terperasan satu benda ; Semua cerita SUARAM akhirnya hanya suatu PENIPUAN tapi pada masa yang sama RAHSIA MAKLUMAT NEGARA TERDEDAH!! Dan SUARAM boleh pulak mintak budget tentera kita diturunkan di bawah paras 1% dari GDP sebab alasan yang mengarut. Aku rasa ada benda tak kena dengan SUARAM ni. Adakah mereka bertopengkan hak asasi manusia tetapi secara halus melemahkan pertahanan negara kita?? Mari kita recap balik isu2 SUARAM ni dari awal iaitu scorpene hingga hari ni dan kita fikirkan …


Ok kes Scorpene - Ini blog Rocky Bru yang recap semua isu Scorpene dari awal. Dan penghujung kita dapat tahu SUARAM menipu, tiada pun kes mahkamah libatkan Najib. Tapi SEMASA PENIPUAN TU DISEBARKAN, satu perkara kita tak perasan telah berlaku, iaitu pembongkaran keupayaan kapal selam kita iaitu Scorpene pada orang awam dan yang berpotensi antara mereka ialah musuh. Ini yang kita semua tak perasan. Maklumlah semua distracted dengan cerita SUARAM. 




  
Kes isu Patrol Boat yang digoreng oleh Tony Pua - Tony Pua (PR/DAP) mendedahkan Malaysia beli kapal patrol yang kononnya berharga USD 400 Juta++. Akibat soal jawab SECARA TERBUKA di parlimen dan secara PUBLIC, rahsia pertahanan negara telah terdedah, rupanya kapal yang didakwa Tony Pua bukannya kapal patrol biasa, tetapi jenis class LCS (Littoral Combat Ship) iaitu yang termoden dan mempunyai kebolehan yang cukup sesuai untuk misi2 rahsia. Pendapat aku, tujuan utama Tony Pua bagi istilah kapal Patrol dan harga tinggi SECARA TERBUKA ni ialah untuk memaksa / pressure pada kerajaan / pemimpin di parlimen untuk beritahu apa spec dan detail sebenar kapal ni.





 Kes Nurul dedahkan aset ketenteraan Network Centric Operations (NCO) yang sedang dimajukan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd (SAPURA) untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kononnya atas isu rasuah, akhirnya hanya suatu penipuan je. Tapi tanpa disedari, kemampuan dan spec NCO dan developer telah terdedah pada orang awam dan pihak2 luar yang berminat hendak tahu yang kemungkinan adalah musuh negara.


Lagi satu yang mencurigakan mengenai SUARAM ialah penulis buku ini. Mari kita lihat latar belakang dia ;



“Kua Kia Soon is director of the human rights organization SUARAM. He has also been Principle of the community-run New Era College (2000-08); Opposition Member of Parliament for Petaling Jaya (1990-95); Director of Huazi Research Centre (1985-90); political detainee under the ISA (1987-89) and lecturer at the National University of Singapore.”

Latar belakang penulis buku ini sangat mencurigakan, maklumlah dia lama di Singapura. Apa yang dia kelentong dalam buku dia dah kantoi tapi tanpa disedari oleh kita,  MAKLUMAT TERDEDAH. Maklumlah kita distracted dengan sembang SUARAM. Ada benda tak kena pasal SUARAM ni kalau kita lihat balik kronologi of event semenjak pendedahan aset2 strategik negara dan permintaan SUARAM untuk turunkan budget ketenteraan. Latar belakang penulis buku ni aku dapat dari seorang bekas Komando.


 Kes SUARAM memaksa kerajaan Malaysia untuk turunkan budget ketenteraan di bawah 1% dari GDP kita. Atas alasan yang sangat mengarut. Kemudian permintaan untuk “disarmament”, kononnya rakyat Malaysia ni pencinta keamanan di rantau ini. Yang aku herannya penulis buku di atas yang pernah mengajar di Singapore, di mana Singapore tingkatkan budget ketenteraan lebih 4% dari GDP.  Takde lak dia bukak mulut.

 
So daripada  perkara2 yang aku perasan ni, ada benda dan corak / pattern yang tak kena dengan SUARAM ni. Ini dah macam collection of intelligence through the 3 rd parti atau proxy. Pada masa yang sama meminta budget cap untuk tentera kita dan disarm atas alasan hak asasi dan keamanan, aik??? Lagi satu ini macam ada satu usaha halus nak masuk MINDEF ni kononnya nak lantik pihak ke-3 kononnya untuk kaji perbelanjaan ATM. Ini cukup mencurigakan ni.

Aku cuma berharap aku punya tanggapan adalah SALAH terhadap SUARAM. Tetapi jika aku betul, kita semua rakyat Malaysia dalam bahaya. Maklumlah, pertahanan negara kita sedang dilemahkan secara halus oleh anasir2 luar yang menggunakan SUARAM. 

Sebelum ni pembangkang kita tak pernah request atau bincang benda2 aset ketenteraan secara PUBLIC atau mintak BUDGET ketenteraan di turunkan ataupun usik budget ketenteraan. Ini first time. Kita nak tahu siapa di belakang SUARAM ni, kalau tak berjaya cara sedia ada yang mereka pakai ni, mereka pakai cara lain pulak. Maklumlah kita tak find out siapa di belakang. Dapat tau nanti pandailah nak ajaq depa ni. Sebab kali ini agak strange behaviour dan strange request, tu yang aku rasa lain macam tu.

Saturday, 21 July 2012

Tony Pua DAP si Barua : Ancaman kepada Keselamatan Negara





Hangpa ingat lagi tak si Tony Pua (PR / DAP) mendedahkan Malaysia beli kapal patrol yang kononnya berharga USD 400 Juta++. Akibat soal jawab di Parlimen, rahsia pertahanan negara telah terdedah. Rupanya, kapal yang didakwa Tony Pua bukannya kapal patrol biasa tetapi jenis class LCS iaitu yang termoden dan mempunyai keupayaan stealth yang cukup sesuai untuk misi2 rahsia. Sekarang ni nak rahsia ape lagi dah, Tony Pua dah cerita kat musuh2 kita. Terima Kasih Tony.

Ni kalau hangpa nak tau spec LCS yang dah dibocorkan oleh pembangkang pada pihak2 luar termasuk musuh yang berminat nak tahu apa ATM kita tgh buat.



 
Kita beli design ke atau beli aset strategik ni apa gunanya kalau semua org dah tahu?? Terutamanya musuh2 negara kita. Whats the point? Kita beli ni untuk "shock factor" sebab ia cepat, senyap dan low draft. La ni semua dah tau kapabiliti team rahsia ATM, so for what?? 

Baca ni;

"The ship is easy to reconfigure for different roles, including anti-submarine warfare, mine countermeasures, anti-surface warfare, intelligence, surveillance and reconnaissance, homeland defense, maritime intercept, special operations, and logistics. Due to its modular design, the LCS will be able to replace slower, more specialized ships such as minesweepers and larger assault ships."

 
So dari segi spec dan penggunaan, bila musuh2 negara nampak je kelibat kapal ni depa terus tahula sapa yang ada dalam kapal tu dan apa operasi rahsia tengah dijalankan. So spoil la semua.

Tujuan utama Tony Pua bagi istilah kapal Patrol dan harga tinggi SECARA TERBUKA ni ialah untuk memaksa kerajaan / pemimpin di Parlimen supaya bagiitahu apa spec dan detail sebenar kapal ni. Maklumlah kalau tak bagitahu, Tony Pua akan spinlah, kata projek ni projek rasuah la dan terlebih bayar kos untuk kapal Patrol dan natijahnya, ramai rakyat akan tertipu.

 
Dalam negara ka, luar negara ka, atas bulan ka, kalau musuh dah nampak je kelibat kapal ni, depa dah tau la apa ATM tengah buat dan siapa yang dok operate kapal LCS ni. Unit2 yang akan operate kapal ni nampak dari segi spec adalah "Special Forces". Maklumlah Tony Pua dah kecoh awal2. Tujuan kapal ni untuk “shock factor". Apa yang shock factor ni? Special Forces laa. Sama macam Submarine, depa bawak Special Forces team kat dalam tu untuk kerja2 Intelligence - launch depa anytime, anywhere sama scope dengan LCS ni. Tengok mission la.

“Silent, Fast and low draft” supaya ia boleh rapat ke tebing / pantai. Untuk apa ni?? Memancing?? Tembak cannon?? Buat barbeque?? Sendiri mau ingatlaa, sapa yang mau turun senyap2 dan cepat tanpa pengetahuan orang, siapa selalunya yang macam tu?? Special Forcesla. La ni orang dah tau. Aku yang civilian pun dah tau, potong stimla.
  
Tengok design je, orang boleh tau ini bukan patrol boat biasa termasuklah Tony Pua semasa pembentangan budget di Parlimen. Tapi apa Tony Pua buat? Dia saja duk kecoh supaya spec, tujuan dan kegunaan kapal tu terdedah pada public. Tony Pua dengan sengaja buat begitu walhal dia boleh tanya secara peribadi kepada agensi2 militari sendiri.


Tapi itu bukan yang Tony Pua mahukan. Apa yang Tony Pua mahukan supaya spec detail kapal LCS ni terbongkar pada public. Dan di kalangan public kita ada mata2 atau pihak luar yang ingin tahu apa yang ATM tengah buat sekarang. 

 
Memang ramai dah tau pasai LCS ni samada kawan atau musuh. Tapi bila kita beli aset2 mcm ni, kita cerita aset je, tak keluar detail specification and purpose. So bila Tony Pua dah spin ayat Patrol Boat dan value USD 400 Juta++ pada public, apA militari kena buat? Depa terpaksa justifikasikan value USD 400juta tersebut dan bila justifikasi, keluar habislaa info2 yang tak patut org lain dengaq. Patutnya bila isu2 pertahanan, discuss secara tertutup, bukannya secara open public. Ada banyak lagi isu2 lain yang PR boleh kecohkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this