Monday, 18 June 2012

Persoalan Ekonomi Bhgn 2 : Kesan Apabila Ekonomi Bumiputera Diliberalisasikan




Persoalan 3 : Kenapa kestabilan ekonomi negara akan tergugat apabila ekonomi Bumiputra diliberalisasikan? 

1. Ok, sambungan dari komen saya di sini, kenapa kestabilan ekonomi negara akan tergugat apabila ekonomi Bumiputra diliberalisasikan?

2. Saya ada bertanya kepada mentor/boss saya dahulu (seorang warga Holland) mengenai pendapat beliau mengenai polisi ekonomi yang berteraskan kaum ini. Beliau menjawab (saya translate) " Kerajaan kamu tidak melindungi kaum seperti apa yang kamu semua nampak, tetapi kerajaan kamu sedang melindungi "anchor" ekonomi negara ini iaitu pembelanja terbesar negara ini."

3. Dan boss saya yang warganegara Holland ini sambung, "Kamu boleh lihat di Eropah dan Amerika, kesemua wang Bail-Out diberikan kepada syarikat yang pemegang2 saham terbesar dan pekerja teramai adalah terdiri daripda kaum kulit putih sahaja, bukan minoriti seperti kulit hitam, Asia dll, kenapa?" Dan Presiden kulit hitam Barack Obama tidak memberikan sesen pun wang Bail-Out kepada syarikat2 kaum / bangsa lain daripada kulit putih, kenapa? Adakah ini rasis? Tidak, sebenarnya mereka ingin memulihkan pembelanja terbesar negara2 tersebut iaitu kaum kulit putih. Jikalau mereka mempunyai wang dan mula berbelanja, keadaan ekonomi negara akan menjadi proses pemulihan kerana perniagaan mula boleh berjalan." Perkara ini berlaku di Singapura juga.

4. Dan lagi satu plus karektor bangsa Melayu ni, mereka ni agak boros berbanding dengan kaum lain yang agak cerewet. Kalau mereka boros bermakna mereka akan berbelanja. Dan kebanyakan mereka ni selalu berbelanja di kedai barangan peniaga Cina. Kita boleh lihat diri kita sendiri, dari kaki sampailah ke hujung rambut, kebanyakannya kita beli barangan dari syarikat perniagaan Cna,maka kayalah syarikat2 bangsa bukan Bumiputra ini. Adakah UMNO sahaja yang memberi syarikat2 bangsa lain ni kaya? Tidak, UMNO / BN hanya membuat polisi untuk membentuk golongan pembelanja terbesar negara ini iaitu golongan kelas menengah Bumiputra. Yang memilih untuk berbelanja di kedai Cina ini adalah pilihan individu Bumiputra iaitu penyokong2 PR dan penyokong UMNO / BN.

5. Adakah polisi PR yang 360 darjah daripada polisi sedia ada ini akan menjadi lebih baik? Saya yakin tidak. Bayangkan apa akan terjadi kalau ekonomi Bumiputra ini disakiti dan mereka memilih untuk mengurangkan belanja atau memilih untuk balik kampung, apa akan terjadi dengan peniaga2 Cina / kaum lain? Tidak baik untuk kaum Bumiputra dan bukan Bumiputra juga akhirnya.

6. Nak jadi macam Singapura? Hanya bergantung kepada ekonomi 1 juta penduduk warga asing (warga asing seperti Eropah dll),.Kita dah lihat apa terjadi kepada Singapura semasa kemelesetan ekonomi dunia baru2 ini, warga asing seperti Amerika, Eropah memilih untuk kembali ke negara asal mereka dan menyebabkan ekonomi Singapura hampir lumpuh. Kita boleh buat perbandingan jumlah wang Bail-Out yang digunakan oleh Singapura dengan negara kita. Wang Bail-Out mereka tersangat besar untuk menyelamatkan ekonomi mereka padahal negara mereka kecil sahaja dan populasi tak ramai berbanding dengan kita. 

7.  Untuk menghilangkan polisi berteraskan perkauman dan melebihkan pembentukan semua kaum kepada satu golongan kelas menengah boleh dibuat, jikalau mentaliti kesemua bangsa berubah, bukan Bumiputra sahaja.

8. Contoh jika liberalisasi 30% ekonomi Bumiputra perlu dilakukan maka dengan masa yang sama bangsa lain mesti bersedia untuk melepaskan / membuka kuasa syer pasaran mereka di dalam syer 70% ekonomi yang mereka kuasai sekarang seperti kuari, sumber, pemborong, peluang pekerjaan dan lain2.

9. Kita boleh lihat sendiri, jika pekerjaan dalam syarikat bukan Bumiputra, amat sukar kita lihat golongan Bumiputra diberi peluang, tak ramai. Kadang2 sampai ada kriteria untuk berbahasa Mandarin sebelum pengambilan pekerja. Dan kita boleh melihat sendiri pembahagian kontrak2 besar dari syarikat besar bukan Bumiputra, amat jarang sekali kita lihat kontraktor Bumiputra berjaya mendapatnya. Ini perlu diubah, baru kita boleh cerita mengenai pelepasan atau liberalisasi 30% hak Bumiputra.

10. Kaum2 lain ini belum sedar implikasi jangka masa panjang terhadap mereka. Implikasi jangka masa panjang, Jikalau ekonomi Bumiputra lumpuh, apa akan terjadi dengan perniagaan mereka? Siapa akan menjadi pembelanja di kedai mereka dan memacu kemajuan perniagaan mereka? Nak berharap kepada populasi cina dan lain2 yang dibawah paras 40%? Nak harapkan kepada Mat Salih, apa gerentinya mereka akan tinggal disini untuk jangka masa panjang? Setahu saya, Melayu ni tak ramai akan keluar dari negara ni, apply pasport pun tak ramai. Saya ada menceritakan keadaan ini kepada rakan Cina saya, dan rakan Cina saya mula nampak matematik mudah ini. Kalau cerita pasal duit, kaum Cina ni cepat nampak.  Kalau kita cerita pasal sejarah, banyak ding dong pulak.

11. Kebanyakkan mereka mudah diracuni kerana salah satu sebab sahaja, iaitu situasi ekonomi dan pengurusan ekonomi Pak Lah ketika itu. Apabila rakyat mempunyai masalah ekonomi maka mereka akan desperate dan akan mempercayai apa sahaja.

12. Sama seperti semasa 13 May 1969. Salah satu faktor utama adalah disebabkan ekonomi yang teruk ketika itu, lebih teruk kepada peniaga Cina kerana pembelanja terbesar mereka iaitu British memilih untuk pulang selepas 1957. British bankrap sebab WW2 dan kos pengurusan koloni / jajahan menjadi tinggi. Dan ketika ini Chin Peng telah mengambil peluang untuk meracuni penduduk Cina dengan ideologi komunis, padahal penduduk Cina di sini lari dari China disebabkan ideologi komunis di sana. So sebab apa? Sebab keadaan ekonomi terdesak dan manusia akan buat apa sahaja apabila terdesak termasuk mempercayai apa sahaja fitnah. Samalah macam bangsa kita juga.

13. Selepas pengenalan buku Hijau 1974 dan kejayaan pembentukan pembelanja alternatif dari British, kaum Cina mula tenang sebab pembelanja terbaru ini iaitu Melayu mula berupaya untuk berbelanja dan ke bandar (zaman tok dan bapa kita dulu). Dan Chin Peng mula dilupakan oleh kaum Cina ketika itu. Bukan disebabkan takut kepada keris kita, tetapi mereka sangat gembira dengan keris Tun Razak iaitu polisi Buku Hijau 1974 :D



14. Sama seperti tahun 1999, apabila undi bangsa Cina pergi 100% kepada Ultra Melayu iaitu Tun Mahathir, kenapa mereka tidak undi DAP ketika itu? Kerana Tun Mahathir berjaya menyelesaikan krisis matawang 1997 dan berkaitan rapat dengan ekonomi. Kenapa tidak timbul banyak persoalan hak Melayu ketika itu? Sebab ekonomi dah ok dan terbaik ketika itu, mereka tak peduli pun.

15. Kaum Cina ini tidak dikuasai sepenuhnya oleh parti politik samada DAP, MCA atau Gerakan. Pengaruh kuat terhadap mereka adalah persatuan2 berunsurkan perniagaan seperti Hokkien, TIong Hua. Lim Kit Siang sendiri mengatakan, undi Cina boleh swing anytime. Dan Tun Mahathir sendiri mengatakan kunci terhadap mereka ini adalah ekonomi, bukan hak, 1 Malaysia dan lain2 (orang ada pengalaman). Dan semenjak akhir2 ni dah ada kaum Cina mula bukak mulut dan ada yang nak bakar diri depan ofis MB sebab mempersoalkan hasil daripada polisi ekonomi PR empat tahun lepas. Kita tunggu lagi 1 tahun, kita tengok mereka swing balik kalau Anwar fail (nampak macam dah fail dah).

Mengikut perkara 2 dan 3, ini menunjukkan kaum kulit putih atau majoriti di negara mereka nampaknya memerlukan tongkat atau perlindungan juga. Tak jauh beza dengan kita. Kesimpulannya, sistem DEB atau perlindungan atau "tongkat" kepada bangsa / kaum majoriti wujud di mana-mana. Tujuan perlindungan ini adalah untuk melindungi "anchor" ekonomi mereka iaitu penduduk majoriti. Bezanya antara kita dan mereka, kerajaan kita memberitahu secara official mereka tidak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this