Showing posts with label George Soros. Show all posts
Showing posts with label George Soros. Show all posts

Thursday, 27 December 2012

Antara BERSHIT dan Revolusi Mesir


 

Aku dah ramalkan akan berlaku 5 atau 6 kali (ini keempat) tunjuk perasaan hingga akhir tahun 2011 untuk distabilkan BURSA MESIR untuk pelabur kaut keuntungan. Maklumlah pelabur2 tu adalah orang yang sama dalam Yayasan Demokrasi yang dok hasut rakyat Mesir memberontak … hehehe. Ia berkait rapat dengan artikel ini. "How to profit from Egypt Crisis". Kesian Pak Arab, padan muka depalaa hehehe … 

 Aku dapat buktikan bahawa Revolusi Mesir ini adalah penipuan dari Yayasan Demokrasi Barat. Dan aku boleh agak bila timing nak tunjuk perasaan, sebab kita boleh tengok kat graf komoditi2 penting untuk dispekulasikan, secara amnya bila dia turun sikit dalam 10 kepada 15% dari harga asal, akan berlaku tunjuk perasaan, lepas tu naik balik komoditi2 penting tu hehehe, maklumlah pelabur2 yang dok rompak rakyat Mesir ni orang yang sama belakang yayasan demokrasi tu. Boleh copy artikel tu, tengok graf mana depa tengok, tengok ETP komoditi minyak dan air lepas tu saham blue chip di bursa. Istilah ni dipanggil "FLIPPING" dalam industri bursa hehehe …

Apa sebenarnya jadi kat Arab ni bukannya revolusi tapi industri. Hangpa pikiaq sendiri, Eropah dan US duit depa dah lesap dek kemelesetan ekonomi dan penipuan korporat2 mereka sendiri, so dari mana depa nak dapatkan balik duit tu untuk top up kan perbendaharaan mereka? Depa tibai duit pak Arab nila, Mubarak ni semua geng depa gak, tapi jadi kolateral damage tu ja, depa cucukla pak Arab ni. Hangpa ingat IMF nak tolong depa dulu ka? IMF akan tolong Eropah dan US dulu, depa sedut habis duit tu baru depa tolong Arab ni. 

Very simple je, Mubarak tibai duit Mesir dianggarkan dalam USD 70 billion dalam masa 30 tahun. Pelabur2 barat di mana mereka ni juga di belakang yayasan yang dok cucuk Pak Arab dengan buat cerita Mubarak korupla, macam2 sampai mengamuk. Lepas tu depa tibai USD 50 billion dalam masa 5 harijaa di seluruh Arab bermula pada hari pertama tunjuk perasaan Mesir. Kalau sampai hari ni berapa banyak dah kena tibai? Hang pikiaq sendirila, samada ini adalah revolusi atau industri pelaburan hehehe … 

  Aku sedar revolusi ni penipuan sebab 2 perkara. Pertama, ia pernah berlaku 6 revolusi di Eropah Timur semenjak 2001. Modus operandi sama iaitu ketuanan rakyatla, hak asasi manusiala, demokrasila dan didalangi oleh yayasan sama iaitu Open Society dan ICG. Same method and same player. Akhirnya 4 dari 6 negara yang revolusi tu U-turn kepada pemerintahan asal sebab sudah sedar DITIPU dan dirompak antaranya Ukraine (ingat lagi revolusi Orange?). 
Sebab kedua adalah POLISI EKONOMI, kenapa polisi ekonomi Mesir ditentukan di luar daripada parlimen Mesir dan sebelum perlantikan PM baru dan pilihanraya seperti negara2 merdeka lain? (Soalan ni aku post kat wall2 Mesir, terkedu diorang, lepas tu cakap sokong Mahathir lak). Dua elemen ni membuktikan Arab Spring adalah penipuan semata-mata.

Realitinya, senario begini pernah terjadi di Malaysia pada 1997. Sementara rakyat kita hanyut dengan krisis dan tunjuk perasaan reformasi di jalanan, tanpa disedari bursa dan matawang kita dirompak, hampir RM 500 billion lesap, tapi nasib baik Tun Mahathir cerdik dan Anwar bodoh. Anwar dan kroni dia keluarkan duit tu dalam note RM 1000, so apa Tun Mahathir buat? Tun lock note terbesar kepada RM 100 ja, so sangkutla cash note RM 1000 kat luar tu. Tu pasal Soros melompat maki Mahathir  … hehehe. So situasi jadi stale mate, dua2 rugi, Malaysia rugi, Anwar dan Soros pun rugi. Tu pasal Tun Mahathir ramai mat saleh salute.

Nak halang BERSHIT sebenarnya senang je. Kerajaan Malaysia hanya perlu HARAMKAN sebarang SPEKULASI SAHAM, MATAWANG DAN KOMODITI dalam negara Malaysia. Itu je, lepas tu larila pelabur2 di belakang yayasan yang biayai BERSIH tu. Bila spekulator2 dah takde ruang nak buat FAST CASH, buat apa diorang nak biaya BERSIH lagi? Anwar nak pakai duit dia sendiri??? Hehehe … jangan haraplaa.

    Kerajaan kita dah tau dah pun, depa ada pengalaman 1997 tu. Hangpa nak tau macamana Mahathir settle reformasi? Adakah dengan ISA saja? NOOO. Mahathir lock RM pada 3.8, lepas tu kecilkan nilai wang kertas dari RM1000 ke RM100, so susah sikit nak siphon keluar duit tu … hehehe. Lepas tu geng2 Soros blahlah, maklumlah takleh buat untung, kuranglah financing movement reformasi tu. Yang jadi BERSHIT masa Pak Lah tu sebab Pak Lah time tu bukak kekangan RM tu, tu pasal funder2 BERSHIT mai balik hehehe … 

Tuesday, 25 December 2012

Siapakah George Soros?





Ini kenyataan Soros, tidak ada kena mengena dengan etika atau betul/salah atau setiakawan, yang penting hanyalah duit. - "It's not whether you're right or wrong that's important, but how much money you make when you're right and how much you lose when you're wrong."


Soros adalah salah seorang pelabur yang mengaut keuntungan dari krisis Arab secara besar-besaran, dan pada masa yang sama jugak beliau adalah Pengerusi Yayasan Demokrasi yang sedang menghasut anak2 muda Arab untuk tunjuk perasaan. Sementara anak muda Arab tunjuk perasaan, beliau dok kaut ratusan billion sambil minum fresh orange dalam pesawat peribadinya. Maka dengan ini Soros adalah antara pelabur yang terhebat dikurun ini.


G.Soros bukan setakat pelabur yang hebat tetapi seorang salesman yang hebat jugak, beliau cukup pakar menjual slogan2 seperti “ketuanan rakyat” (peoples power), demokrasi, menentang korupsila, hak asasi manusia sampai ramai anak2 muda boleh terpengaruh sebab memang market dia adalah anak2 muda. Lepas anak2 muda terpengaruh, dia kebas duit, bukan sedikit tetapi ratusan billion. Cukup hebat!! 

Korang tengok gambar ni elok2, anak muda arab penat keluar peluh tunjuk perasaan, tetapi Soros kat mana? Ya dia mungkin berada di kepulauan milik peribadinya sambil minum fruit punch dan kira duit masuk. Adakah Soros membayar gaji anak2 muda arab ini untuk tunjuk perasaan? Tidak sama sekali, Soros dah save manpower cost  … hehehe. Margin Keuntungan yang cukup tinggi. 



Sementara anak2 muda Arab tunjuk perasaan, syarikat2 institusi kewangan yang ada kaitan dengan Soros SEDANG MEMBERI TIP CARA NAK BUAT UNTUNG DARI KRISIS MESIR HAHAHAHAHA!!! Soros memang hebat. Klik sini.
Soros bukan kawan sesiapa pun. Di US, pelabur2 gelarkan Soros adalah Snake/Ular. Dia ni lebih kepada menggunakan orang untuk kaut untung. Di US pada awalnya dia support Bush lepas tu dia tikam Bush, support Obama, la ni dia dok tikam Obama/Demokrat. Di Mesir dia gunakan Ikhwanul Muslimin, lepas dapat untung dia tinggalla. Samala mcm kes Anwar, dia gunakan Anwar je.

Monday, 24 September 2012

Realiti Mengenai KWSP


Ok, aku dengar banyak TEORI pasal Soros punya minat kat Malaysia ni. Sebenarnya straight forward jee, apa yang pelabur2 luar seperti Soros ni minat ialah dana EPF/KWSP kita. Untuk pengetahuan, dana EPF/KWSP kita adalah antara terbesar dan terkukuh di dunia, maklumlah ia dilindungi kerajaan. Korang perasan tak PR memang dok kutuk kerajaan kawal EPF/KWSP?? Ni semua TRICK je nak yakinkan rakyat bahawa kerajaan tidak professional dalam mengawal Dana EPF/KWSP dan patut diberikan kepada pihak yang lebih bertanggungjawab dan profesional. Agak2 siapakah pihak yang lebih bertanggungjawab dan professional tu??? Korang pikir sendiri, orang tu dah tunjuk muka. Inilah akibatnya bila pihak swasta yang kononnya bertanggungjawab dan profesional urus dana Pencen di US, habis lesap. 




Salah satu penyebab utama rakyat US jatuh miskin mendadak di bawah paras kemiskinan sebanyak 49 juta orang ialah sebab simpanan hari tua mereka LESAP angkara entiti2 pelaburan seperti Soros di Wall Street. Nak tau mananya lesap EPF rakyat US, boleh tanya geng2 Abang Soros. 

Puak2 ni dok "MARK" EPF/KWSP kita semenjak zaman Anwar jadi MOF lagi. Maklumlah EPF kita solid. So bila kerajaan fight back masa krisis 1997 iaitu melindungi pelaburan2 EPF/KWSP, depa pi tuduh kerajaan amal kronisme … hehehe. Pandai depa pusing walhal depa yang mau EPF tu seperti mana yang depa buat kat dana Pencen US. 

Tengok kat Mesir, sementara rakyat Mesir dok buang masa tunjuk perasaan, puak2 ni senyap2 dah mula nak control dana pencen Mesir. Dah kena reform, dana2 tersebut dah boleh invest kat private sector yang tak tahu lagi untung rugi berbanding dengan GLC yang dilindungi kerajaan mesir. Alasan depa cukup sedap, "What we are doing now is to diversify our investment portfolio.” Bunyi sedap, sama macam dana US yang dah kena rembat sekarang … hahaha.




 Persoalannya, kenapa EPF/dana pencen yang puak2 Soros ni nak mark? Sebab dana pencenlah yang GERENTI ada pelabur, di mana pekerja2/majikan DIWAJIBKAN untuk letak duit dalam dana tersebut yang diaplikasikan di seluruh dunia. Inilah ramuan TERSEDAP utk buat "LEVERAGE"!!

 Strategi puak2 Hedge fund Soros ni semua sama, first nanti depa attack komoditi/matawang/bluechip lepas dah lembik dikerjakan, depa pi kat dana pencen, sama macam di Barat, Indon, Korea dan terkini Mesir. Paling best Mesir, mati2 serban dok takbir sampai terkeluar anak tekak, puak2 ni dok senyap nak control EPF Mesir pada 2010, cukup steady!

Tapi aku cukup teruja dengan trick puak2 Soros ni nak reban EPF org US. Awalnya US memang control EPF rakyat dia, tu pasal fund solid pada awalnya, tapi puak2 ni cukup cerdik. Depa buat propaganda, kalau kerajaan US kawal EPF, ia adalah elemen SOCIALISME!! Rakyat US boleh percaya tu!!! Lepas tu kerajaan depa kasi lepas, tengok apa jadi akhirnya?? Kena reban!! Bunyi taktik pun same je kat Malaysia, bila kerajaan Malaysia protect pelaburan EPF, depa tuduh kronisme! Hahaha … jaga2 nanti terkena, belajar dengan pengalaman ngeri rakyat US.

Apa yang peliknya, memang dok jadi seluruh dunia, US, UK, Mesir, Korea, Indonesia etc. Tengokla berita dari RT itu, bukan teori lagi dah, memang dah terjadi. Kalau masih teori, takdela nak jadi berita hangat kat US oi. Dah memang macam tu modus operandi puak2 Soros ni, depa memang aim dana pencen untuk leverage. 




Aku selalu dengar puak2 PR dok kata kerajaan salah guna dana KWSP dan rugi, lepas tu depa kata Ketua Audit yang cakap. Aku memang perangai bukan jenis terus percaya. Aku pun checkla Laporan Audit di muka surat 40, perkara 4.3. Rupa-rupanya bertambah 13.18%. Seperti biasa, puak2 PR TIPU lagi, lepas tu depa pi jual nama Ketua Audit Negara pulak. Nah, hangpa semua download dan baca sendiri. 

Depa berani buat penipuan macam ni lepas tu pi jual nama orang seperti Ketua Audit Negara untuk justifikasikan penipuan mereka sebab mereka tau rakyat Malaysia kurang membaca dan tak pernah counter check apa yang puak2 PR ni sembang. Kalau rakyat Malaysia jenis rajin membaca terutamanya yang banyak nombor, tak laku dah kelentong2 puak PR ni. Tak gitu??
KWSP kita punya loaded pada 2010, pendapatan RM 27.24 billion. Dan saiz dana akan cecah setengah trillion!! Gila babi betul!!! Kalau aku Soros, syok ni reban KWSP Malaysia ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this