Ramai yang gagal membezakan antara koloni dengan
penjajahan. Memang dari segi teknikal berbeza, tapi maksudnya sama iaitu
penjajahan. Apa yang Tun Mahathir kata tepat. Macam kes Anwar la, perbezaaan antara kaki
jubo dan kaki liwat. Istilah berbeza tu tapi bendanya tetap sama, tak gitu?
Antara colonization (Koloni) vs occupation
(Penjajahan). Occupation (Penjajahan) lebih kepada membuang pemerintahan yang
sedia ada dan kemudian wilayah/negara yang dijajah itu menjadi wilayah baru
negara yang menjajah. Colonization (Koloni) lebih kepada pengembangan kekuasaan
sebuah negara atas wilayah dan manusia di luar batas negaranya, seringkali bertujuan
untuk mencari dominasi ekonomi dari sumber daya, tenaga kerja, dan memasarkan
wilayah tersebut tetapi mereka tidak membuang pemerintahan sedia ada.
Antara colonization (Koloni) vs occupation (Penjajahan) hanya
berbeza dari segi teknikaliti sahaja, tapi perkaranya tetap sama. Walaupun
pemerintahan kesultanan tidak dibuang oleh British, tetapi sumber2 ekonomi,
sumber asli, tenaga manusia dikuasai dan ditentukan oleh British. Maka kita
masih dijajah sebab kita sendiri tidak mampu mengawal hak kita iaitu sumber
hasil bumi dan lain2. Sebab itulah hanya pada tahun 1957 kita merdeka sepenuhnya
(31 Ogos 1957), kita boleh lantik PM kita dan kabinet/MP kita sendiri, serta
mengurus hak kita oleh orang kita sendiri.
Memang dari segi teknikal, British tidak occupy (Menjajah)
Malaya ni tetapi mereka kolonikan Malaya ini menjadi sebahagian daripada Koloni
British Empire. Boleh lihat map British Empire yang termasuk Semenanjung, Sabah
dan Sarawak.