Member aku yang balik dari India tunjuk kat aku gambaq2
yang dia pi kilang kain kat India. Actually bukan kain sangat laa, tapi dia
handle benda2 interior ni macam bath mat, cushion, dining linen, curtain dan
lain2. Supplier kitorang nak cut cost kan, so cariklaa kilang2 pemprosesan di
India.
Kos buruh di India murah. Begitu jugak dengan kos kain, kos pembuatan, pemprosesan sampailah ke kos pengangkutan menggunakan kapal. Bila dia tunjuk kat aku gambaq2 pekerja kat sana yang menenun bath mat pakai mesin tangan, aku kesian tengok depa. Bayangkanlah, depa menenun sampai naik kasaq tangan, bath mat tu dijual di Malaysia dengan harga RM9.90 je. Kemahiran depa ni bukan semua orang boleh buat tapi barang yang depa hasilkan dijual denga harga murah jee .... Dan depa jugak ada yang kena pakai mask sebab cotton, polyester masuk dalam hidung. Bayangkanlah lagi bila hari2 masuk dalam hidung, tak ke naya. Mau sesak dada, kena penyakit.
Keadaan
dalam kilang. Sadis.
Kat
Malaysia ada macam ni tak?
Lebih kurang proses menenun songket kat Malaysia
tapi yang ni berhabuk, kena pakai mask
Bath
Mat yang dijual di Malaysia berharga RM9.90. Je.
Bila aku tengok gambaq keadaan kilang yang daif, nak
masuk show room dan kilang pun kena lalu laluan yang tak rata, sempit dan
member aku habaq kadang2 babi hutan duk melintas, aku jadi insaf. Kalau kat
Malaysia takat kucing dengan anjing je melintas kan. Aku bersyukur sangat2
tinggal di Malaysia yang penyokong pembangkang duk habaq Malaysia ni negara
korup la, tak amalkan hudud la, apalah. Tapi sebagai rakyat marhaen yang biasa2
sahaja, aku mengharapkan negara yang aku diami ini masih mampu menyediakan
peluang pekerjaan kepada rakyatnya dan mampu menjana ekonomi yang adil untuk semua
kaum. Itu sahaja. Yang lain2 boleh diperbetulkan tapi yang utama tu kita kena
tengok.
Rumah diperbuat daripada tahi lembu. Diulang,
tahi lembu ye.
Tapi oleh kerana aku dah terlibat dalam politik, so aku ialah rakyat Malaysia yang demand. Demand di sini bermaksud aku mahu Malaysia bukan sahaja baik dari segi ekonomi, tetapi juga hal2 lain. Banyak isu2 yang diutarakan oleh pihak pembangkang membuatkan aku sedar. Sedar bahawa di bumi bertuah ini masih ada yang tidak memahami erti SYUKUR, iaitu golongan yang sentiasa mencanangkan cerita2 fitnah, picisan dan mengenepikan usaha pihak yang bertanggungjawab untuk memajukan lagi ekonomi negara.