Showing posts with label DAP rasis. Show all posts
Showing posts with label DAP rasis. Show all posts

Friday, 22 June 2012

Untungnya Golongan FELDA!







Ok ni aku nak tunjuk sikit pemikiran strategik kepada anak2 FELDA dan peneroka. FELDA dengan keluasan 811,140 hektar, mereka menjadi "Single" Syarikat Tuan Tanah terbesar di Malaysia. Secara amnya dalam lingkungan 2.5% daripada semua jumlah keluasan tanah di Malaysia milik Syarikat FELDA. Ni belum lagi tanah2 di luar negara. Dan keluasan tanah FELDA adalah dalam 9 kali ganda daripada Singapura. 2.5% bukan kecik oi, boleh buat negara sendiri. Dari semua tanah FELDA, semua adalah 100% beroperasi / produktif iaitu tiada yang tanah jenis tak produktif. Dan Syarikat FELDA adalah milik Bumiputra. Dan ini semestinya menarik minat DAP terutamanya. Maklumlah benda awal sekali DAP nak daripada MB Perak si Nizar tu adalah tanah. So korang pikirlah sendiri bertapa bernilainya tanah2 FELDA ni. Hari ni memanglah nampak kelapa sawit je, masa depan pelaburan hartanah pulak.


Atas dasar politik, terpulang kepada peneroka2 dan anak2 FELDA nak berikan pada DAP atau tidak. Dari segi nasihat peribadi saya, jangan main jual je tanah tu, hari ni memanglah nampak kelapa sawit je, bosanlah tak gitu, tapi saya nasihatkan relax jap, pikir, korang sedar tak tanah2 perladangan FELDA adalah paling lengkap dengan infra2 penting seperti jalanraya, elektrik, air, sekolah BERBANDING dengan tanah2 perladangan milik syarikat2 lain seperti IJM, IOI dan lain2. Dengan infra2 yang ada tu value hartanah korang ada potensi nak naik lebih tinggi. Kalaulah IOI, IJM boleh "jack up" value hartanah mereka lebih tinggi, apasal peneroka2 FELDA tak boleh? Kenapa peneroka FELDA tak boleh? Sebab kebanyakannya tak terfikir pasal value masa hadapan tanah mereka tu, main tenyeh je ikut value hari ni, value hari ni memanglah rendah oi. Pikir sikit pasal value masa hadapan lepas tu top up value tu dengan value hari ni, barulah steady sikit. Kesian saya tengok peneroka2 FELDA banyak jual tanah2 mereka undervalue. Kalau deal dengan kerajaan okla korang, tapi kalau dengan private, korang nampaknya tak pandai main harga. So kesimpulannya relax jap, pikir. Itulah nasihat saya. Nak tau lebih lanjut, korang mintaklah nasihat daripada pakar2 pelaburan hartanah terutamanya yang jenis kreatif jack up harga. Bagi saya lebih baik tak payah jual pun, maintain je.


Kita ni jangan cepat melenting nak tuduh semua kaum Cina bukan2. Majoriti mereka adalah peniaga dan peniaga bertindak diatas peluang yang ada depan mata mereka, salah kita jugak sebab tak pandai nak mainkan peluang tu. Ok kita semua dari pandangan mata kasar dok ingat FELDA ni khas untuk tolong Melayu, itu separuh betul je. Realitinya FELDA adalah smart partnership antara kerajaan dan rakyat berpendapatan rendah. Okjektif organisasi FELDA adalah untuk menjadi pemain penting dalam perladangan dunia dan objektif untuk rakyat berpendapatan rendah ialah untuk menjamin pendapatan mereka dan merubah kehidupan mereka. Pada 2011, objektif2 mereka telah tercapai. FELDA bukan setakat pemain penting dalam perladangan dunia tetapi OPERATOR TERBESAR DI DUNIA. Dan kepada peneroka2 terlibat mereka bukan setakat dapat menjamin pendapatan mereka tetapi dapat naik taraf kehidupan mereka dari kelas bawah kepada menengah dan hari ni, Melayu2 kelas menengah ni dah jadi anchor kepada kuasa membeli dalam negara kita. Ini sungguh bijak dan telah menjadi perancangannya. Dan kalau lihat balik arkitek2 di belakang idea2 bernas ni bukan Melayu je tetapi terdiri daripada bangsa lain seperti orang putih dan Menteri Kewangan terlama dalam sejarah Malaysia iaitu Tun Tan Siew Sin, iaitu seorang yang berbangsa Cina. Kena ingat, Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak tidak akan mampu menyusun strategi2 bijak begini secara berseorangan. 


Cina ni sebenarnya macam kita jugak, senang jugak kena temberang. Dalam kaum mereka pun ada penipu mcm DAP, dalam kaum kita pun ada penipu macam Anwar Ibrahim dan PAS. DAP ni cerdik, depa tanam kebencian dari kecik semenjak sekolah SRJK lagi. Mereka kata, Melayu tekanlah macam2. Sebab tu bila kita cadangkan sistem 1 sekolah untuk satukan semua bangsa, DAP ni liat sikit, maklumlah takut temberang pecah.


Kita kena pandai bezakan percakapan pemimpin dan perbuatannya. Kalau cakap, cakap jelah. Kalau perbuatan, baru kita boleh nampak warna dia sebenar. Kamu tahu tak masa Chua Soi Lek jadi Menteri kesihatan, ramai orang suka kat beliau, terutamanya yang Melayu tu. Perasan tak setiap hospital2 kerajaan yang besar mesti ada masjid, nak tahu siapa yang approvekan semua tu? Pergi check siapa Menteri Kesihatan masa tu. 


Samalah mcm kes DAP gak, katanya sokong Melayu dan nak satukan semua bangsa, bila time sistem 1 sekolah, cukup liat. Bila tengok organisasi DAP, mana ada Melayu yang pegang executive power pun, semua kuli ja dalam DAP tu. Tapi MCA biasalah kadang2 ada suara panas dok tibai Melayu, tapi Ghafar Baba pernah jadi pengerusi tau hahaha … steady ja. Kita kena pandai bezakan apa yang orang cakap dan orang buat. Lagi satu, kena ingat Tun Mahathir seorang Ultra Melayu mendapat undi tertinggi Cina tau dan yang gerentikan kemenangan BN pada 1999 apabila Melayu ditipu Anwar masa reformasi dulu. Ini fakta dan reality.


Realitinya, untuk berjaya kat Malaysia, semua kaum kena kerjasama. Contohnya peniaga bangsa Cina takkan berjaya kalau tidak ada sokongan kuasa membeli dari Melayu. Hangpa ingat YTL, Mah Sing tu semua boleh berjaya tanpa Melayu? NO WAY! Dan pemimpin2 BN dah nampak benda ni, sebab tu diorang boleh duduk sekali. Kalau bergaduh tu biasalahkan. Tapi DAP ni yang tak faham2, depa ingat kalau samarata boleh berjaya, tak boleh oi! Depa dok temberang kat bangsa Cina depa kata boleh, sebenarnya tak boleh dan bangsa Cina akan tertipu dan kena backlash. Samada kuasa membeli dari Melayu mula beralih arah kepada orang luar seperti syarikat2 barat, atau kuasa membeli Melayu berkurangan akibat polisi samarata dan ini akan membawa kesan negatif kepada peniaga2 Cina jugak. Keseimbangan kuasa membeli Melayu harus dikekalkan terutamanya melalui polisi2 seperti DEB. Jika berkurang, sakitlah ekonomi negara, semua susah. Lagipun Lim Kit Siang bukan pandai mana pun, tengok pasal jambatan Pulau Pinang cukuplah, mengarut ja.


Antara polisi keseimbangan dan polisi kesamarataan - BN memilih polisi keseimbangan yang seimbangkan semua kaum di Malaysia dan PR memilih polisi kesamarataan. Kita sebenarnya perlu pemimpin2 BN yang boleh jelaskan kepada rakyat tentang perbezaan, kelebihan atau kekurangan 2 polisi ni. Dan semestinya polisi kesimbangan jauh lebih baik, orang yang pakar jelaskan dalam bahasa mudah pada rakyat ialah Tun Mahathir. Sebab tu Cina ramai sokong dia, sebab Tun orang yang praktikal. Sekarang ni Tun dah pencen, kita kena ada pengganti speaker macam Tun.

Wednesday, 16 May 2012

Kebodohan Lim Kit Siang - Tak Nampak Potensi Negara2 Islam.




 
Ni aku nak cerita dari sudut peluang ekonomi, bukan dari sudut spiritual Islam. Dari sudut peluang ekonomi, memang Lim Kit Siang baghal. Dia ni tak sedar ke bila kita jadi bukan negara Islam, kita perlu keluar dari OIC? Dia ni tak sedar ke banyak emerging market adalah negara Islam dan ahli OIC? Dia ingat senang ke barangan Malaysia nak bersaing dan tembusi dengan market sedia ada di Barat? Lebih baik kita tembusi pasaran negara Islam yang sedang membangun dan market masih luas. Negara2 bukan Islam macam Amerika, Russia, China sedang dok berebut nak tembusi pasaran negara2 Islam membangun sampai menjajah, lobi gila2, hantar boneka, kita steady je guna label dan contact kita sebagai negara Islam, terus selit je. Yang untung peniaga2 / manufacturer bukan Islam di Malaysia jugak, boleh market barang diorang guna label Malaysia sebagai negara Islam. Tengok macam Petronas, berapa banyak income dia lompat sebab tembusi pasaran negara Islam?? Dia ni memang cina bukit yang baghal la. Mati2 aku ingat semua Cina reti niaga.





 
Si Lim Kit Siang ni tak sedar ke, Eropah terutamanya UK dok sibuk perkenalkan perbankan Islam di UK terutamanya Barclays, kemudian dok sembang lebih pasal hubungan Islam-Barat dan termasuklah usaha Monarki UK mengahwinkan sedara mara mereka dengan Monarki di negara2 Islam, untuk apa semua ni? Nak selit ambik peluang tembusi pasaran negara membangun Islamla, itu ja.

 
Si Lim Kit Siang tak sedar ke, kerajaan China dengan taktik pemasarannya dengan menggunakan ayat Nabi Muhammad SAW "Belajarlah hingga ke negeri China" untuk melobi menembusi negara2 membangun Islam? Hasilnya Hubungan China -GCC melalui perdagangan meningkat 300% setahun semenjak 2007!


Si Lim Kit Siang ni tak sedar ke, usaha Obama nak pulihkan balik hubungan dengan negara2 Islam selepas US menjajah Iraq sebab risau negara2 Islam membangun cabut lari deal dengan pesaing US seperti Russia dan China? 

 
Si Lim Kit Siang ni tak sedar ke, Russia iaitu Vladimir Putin dok kuat lobi negara Islam membangun dengan ayat2 pemasaran sperti "If Russia becomes very weak Islamic world will have no defender from the barbaric westernization that the US and its allies are trying to put into practice" sebab nak tembusi pasaran negara Islam yang membangun? Russia siap nak jadi pelindung negara Islam tuuuu, amboi bodek punya kuat. Sebab masa depan negara2 Islam ni sedang membangun, pasaran mereka masih luas berbanding barat yang dah tepu pasaran.


Memang bengap betul LKS, yang rugi peniaga2 kaum cina Malaysia jugak. Nak tembusi pasaran barat yang dah tepu? Mintak maaflaa. Tengok ni, Pakistan ni memang sekutu US cukup kuat, bila China pakai hadis Nabi Muhammad SAW,  "Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China", lembik terus Pakistan, terus U-turn jadi sekutu China, tinggal terus US. Tengoklah sendiri macamana negara2 bukan Islam sanggup melobi sedemikian rupa untuk tembusi pasaran negara Islam yang masih luas. Kita ni yang dah negara Islam dihormati, ahli OIC yang dihormati, boleh terus selit je. Tulah aku kata LKS ni akan merugikan peniaga2 Cina je untuk ambik peluang tembusi pasaran negara2 Islam membangun.



Point dia sekarang, tengoklah negara2 bukan Islam dok buat macam2 nak lobi tembusi pasaran negara Islam, sampai guna hadis, ada sampai jajahlah macam2. Malaysia tak perlu buat macam tu. Sebagai ahli OIC dan negara Islam, kita dengan mudah boleh tembusi pasaran negara2 Islam membangun. Yang untung bukan orang lain pun, peniaga2 cina Malaysia gak boleh tumpang sekaki. Memanglah Lim Kit Siang ni bodoh, aku ingat org CIna semua hebat berniaga. Lagi2 kalau jual nama Mahathir kat Pak Arab, habih sign terus kontrak. Baru2 ni di Mesir, kerajaan baru Mesir panggil Mahathir untuk berucap mengenai masa depan Mesir. Siapa2 peniaga yang ikut Mahathir masa tu, memang sedaplaa merenyih jual produk /  servis Malaysia kat Mesir.

 
Kalau akulah MP UMNO di parlimen, aku takyah guna Islam atau Melayu untuk balun Cina bukit ni, aku sound macam ni je "Oooo lu mau kita keluar OIC ka? Lu mau kita stop pakai itu IDB (Islamic Development Bank) yang bernilai berbillion ringgit bantu pembangunan kita? Lu mau kita putuskan hubungan dagangan dengan itu OIC punya negara ka? Lu mau kita rugi tak boleh tembus itu pasaran negara2 Islam ka? Lu mau tunggu US bagi wang sama kita? Apa wang dia ada? Kalau lu punya bapak kaya, lu bayar itu peluang2 keuntungan bernilai puluhan billion setahun sama Malaysia, besok kita keluar OIC, ada berani?"  Macam tu patut MP UMNO sound Lim Kit Siang, kita tengok apa dia mau jawab. Peniaga2 Cina di Malaysia pun pikir 2 kali kalau nak lepaskan peluang utk berniaga dengan OIC. 

 
Perspektif aku mudah - Dari sudut Islam dah mengguris hati majoriti umat Islam. Dari sudut peluang perniagaan antara negara2 OIC, beliau berpotensi menyebabkan Malaysia rugi berpuluhan billion setahun sebab terlepas peluang perniagaan. So dari dua sudut ni memang dia ni merugikan dan menyakitkan hati rakyat Malaysia je, satu haprak tak guna.

Friday, 9 March 2012

Rasiskah UMNO??




Kalau UMNO di tuduh rasis kerana banyak beri fokus kepada perjuangan Melayu dan patut dibubarkan, NELSON MANDELA dan parti politiknya iaitu African National Congress (ANC) patut dituduh rasis dan dibubarkan jugak. Apasal BAR COUNCIL double standard? Walhal Polisi ANC parti politik Mandela tu hampir sama je ngan UMNO selepas Apartheid. Baca sini.
 



Kalau korang debat dengan lawyer2 BAR COUNCIL ni pasal UMNO rasis sebab lebih perjuangkan melayu, korang boleh guna info dari Nelson Mandela dan polisi2 ANC sekarang, korang boleh download sendiri dari website ANC dan baca sendiri, apa bezanya ANC ngan UMNO ni, tak jauh bezanya pun konsepnya. Info2 ni akan mendiamkan lawyer2 BAR COUNCIL tu, sebab mereka turut agungkan Nelson Mandela.


Memperjuangkan bangsa adalah tidak rasis, tetapi membenci bangsa lain barulah rasis. UMNO mana ada benci bangsa lain, walhal mereka jugak yang ajak bangsa lain bersama mereka memimpin Malaysia pada hari pertama merdeka, sama jugak ANC selepas hari pertama mereka merdeka dari Apartheid.  


ANC / Afrika Selatan takda konsep DEB mcm UMNO? Depa ada, depa ada lagi banyak. - The ANC deems itself as a force of national liberation in the post-apartheid era; it officially defines its agenda as the National Democratic Revolution. It also sets forth the redressing of socio-economic differences stemming from colonial- and apartheid-era policies as a central focus of ANC policy. So apa beza UMNO dengan Nelson Mandela/ANC? (Kalau UMNO dituduh rasis)


BAR COUNCIL ni tahu hero hak asasi antarabangsa ANC / Mandela lebih kurang sama dengan UMNO jugak. Depa punya library pun cukup besar, dan mereka dulu masa 80 an dulu bersama dengan masyarakat dunia menentang Apartheid. Mereka mengatakan DEB ni rasis walhal mereka juga tahu hero antarabangsa mereka iaitu Nelson Mandela amalkan konsep DEB jugak di Afrika Selatan. Mereka tau, tapi sebab apa mereka buat2 tak tau SEBAB MEREKA MEMPUNYAI NIAT LAIN TERHADAP BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM DI NEGARA KITA.


Nelson Mandela ni walaupun bukan org Islam tapi dia tak anti Islam, tapi beliaulah paling banyak kerjasama dengan negara Islam, sampai org kata Mandela ni mcm dah Islam dah pun. Thabo Mbeki bekas PM Afrika Selatan tu, cukup rapat dengan Tun Mahathir. Sebab tu kat Afrika Selatan ramai korporat Malaysia kat sana sekarang. Cuma Bar Council kat Malaysia macam Ambiga ni anti Islam dan Melayu, korang tengoklah kes Sosilawati, macamana diaorang handle. 


Macam kes ISA, mereka kata Malaysia ni kejam, BAR COUNCIL membandingkan dengan negara2 maju macam US,UK dan lain2 kononnya lebih baik dari segi hak asasi manusia, korang ingat BAR COUNCIL tak tahu yang negara2 mcm US, UK ni mengamalkan BUNUH TANPA BICARA, ko ingat diaorang tak tahu Executive Order 9835 dilaksanakan US, korang ingat diaorang tak tahu UK beri immuniti kepada pegawai keselamatan kerajaan mereka untuk BUNUH TANPA BICARA, Korang ingat BAR COUNCIL / DAP tak tahu yang Singapore gunakan ISA menangkap org lebih banyak dari Malaysia? Diaorang tahu, tapi diaorang buat2 tak tahu sebab MEREKA ADA NIAT LAIN TERHADAP BANGSA MELAYU DAN ISLAM. 
 

Mereka menentang UMNO / BN bukan atas sebab berbeza ideologi TETAPI SEBAB BENCI TERHADAP MELAYU DAN KEDUDUKAN ISLAM DI NEGARA KITA. Semua ni hak asasi manusiala, rasisla, "GLC menganggu freemarket la" corruptionla, skandalla, bersihla, diktatorla hanyalah "camouflage" terhadap kebencian mereka. Korang tak percaya? Korang boleh test mereka sendiri. Boleh gunakan fakta2 dan uji mereka dan korang sendiri boleh nampak apa yang sebenarnya.



Ini baru dinamakan penghapusan etnik kaum India

 
Sebab aku dah debat dengan mereka ni dan aku dah nampak pun, contoh seorang lawyer keturunan India, dia dah terkebil2 dengan fakta yang aku beri, dan akhir sekali dia dah tak boleh jawab dia kata UMNO / Melayu / Islam membuat penghapusan etnik terhadap kaum India di Malaysia secara halus dari pembacaan dan apa yang dia dengar. Baru aku sedar, ada golongan yang sedang menyemai semangat kebencian terhadap melayu dan Islam di negara kita.

  
Sama dengan Cina jugak aku debat dengan diaorang jugak, diaorang kata nak semua bangsa hidup sekali dan integrasi seperti di US, ok saya kata satu cara saja iaitu Sistem Satu Sekolah, sistem ni berjaya dalam integrasi kaum dan sistem SJK CIna / India ni akan hanya memisahkkan kita. Saya debat dengan dia sampai tak terjawab, akhirnya dia mengatakan, rupanya risau jika bangsa cina meninggalkan tradisi dan asal usul mereka sebab ini semua kononnya niat jahat UMNO / ISLAM nak bagi Cina masuk Melayu berdasarkan apa yang dia dengar dan baca. Baru aku sedar, ada golongan yang sedang menyemai semangat kebencian terhadap melayu dan Islam dinegara kita.  



Dari segi faktor benci terhadap Islam, bila aku debat dengan sebahagian puak2 ni di FB, dengan rakan2, aku nampak satu pattern - Kita dok dengar pasal kes Murtad kan? Korang ada dengar tak berapa ramai Cina, India, Iban, Kadazan dan lain2 masuk Islam? Berduyun2!! sampai kena appointment kat PERKIM tu. Part ni mesti korang tak dengar. Akibat kesan kemasukkan Islam terlampau ramai, mereka ni telah ditakutkan bahawa, anak2 mereka akan tinggalkan keluarga, tradisi dan asal-usul mereka dan lain2. Ada golongan sedang menakutkan mereka dan ini motivasikan untuk benci Islam. Bangsa lain dari melayu ni dah hidup dengan Melayu Islam ni semenjak zaman Melaka lagi, ok je adala gaduh sikit2, sekarang ni je lain mcm je bencinya. Aku syak DAP yang dok takutkan dan semai perasaan benci ni.

Saturday, 17 December 2011

Facts About DEB : For Malaysian to DIGEST



These are the FACTS for u guys to digest and use it to defend DEB against DAP false allegations. THESE ARE THE BLOCKBUSTER FACTS THAT I USED AGAINST DAP SUPPORTERS AND ALL OF THEM CORNERED. Check paragraph 33, under the results of NEP between 1970 and 1990. Results that showed the Bumis wealth increased from 2% to 20%, and the non-bumis have INCREASED TOO from 34.6% to 54.6%!!!! And foreigners reduced from 63.4% to 25.1%.

Conclusion, DEB benefitted the non-bumis too tremendously!!

From these Facts, shows that
DAP are LYING to Chinese supporters especially to create hatred towards the Malays by spinning the DEB. But rest assured u guys now have these facts as your arsenal to these DAP losers...

READ THIS ARTICLE

And one more thing,
do u guys even know who is the "Financial Architect" of DEB? It was a chinese guy, his name is Tun Tan Siew Sin. He is the longest finance minister and part of the team. Tun Razak created the concept, Tun Tan Siew put in some financial ingredient to make it work. Remember the biggest spender during that moment (60s-70s) were the Brits and foreigners, and Malaysians (Malays+Chinese) were poor. And even worse those big foreign spenders ain't spending their money to Chinese businessmen cause they dont trust the Chinese cause during that time was communists ideology run rampant. So how to solve this? Just make the Malays rich because they are the majority and they will end up spend their money on Chinese businessmen at the end of the day. At the end it is a win-win situation, Malays got their money and Chinese benefits from the Malays spending power thru DEB. It is very Simple mathematics. U guys can tell this to your Chinese friends, almost all of them forgotten Tun Tan Siew Sin Services to this country..


One more thing
the mistakes Malaysian misrepresenting the true meaning of DEB. DEB is not JUST about the rights Malays or Bumis. It is simple Mathematics to restructure back the economy by creating new anchor spending power and replacing the traditional British / foreign spending power in this country. And why Malays and Bumis were chosen? Simple, because they are the MAJORITY!!! That means spending power by volumes!! Tunku Abdul Rahman have clearly stated that about article 153. It is clear,

The DEB policy is basically originated from Reid Commision (Bunch of White Boys) in addressing ECONOMIC INBALANCE, so what it means? It means simple economic mathematics!!!! Read this ;

"Although the Bumiputra have always been the largest racial segment of the Malaysian population (about 65%), their economic position has also tended to be precarious. As late as 1970, 13 years after the drafting of the constitution, they controlled only 4% of the economy, with much of the rest being held by Chinese and foreign interests. As a result, the Reid Commission had recommended the drafting of Article 153 to address this economic imbalance..."

 I give u guys a tip on how to argue with
DAP morons regarding this DEB. Start with this question " If 65% Bumis dont have the spending power, what will happen to Chinese businessmen?" Start with that question, lets see those stupid DAP people answer it. They will get cornered. And then u guys put all the team names that makes DEB works, not just Tun Razak and presto, part of the team are Chinese too (Remember Tun Tan Siew Sin?). And see what these losers DAP will answer, and as usual again they cornered. THATS HOW U ARGUE WITH DAP SUPPORTERS!!! with FACTS!!, not just mum

Another tip to UMNO supporters here - Read a book about
Malaysia ECONOMIC HISTORY especially how this country begin their economic adventurebo jumbo saying we got rights la, whatever la.





s since 1957 till today. Especially Who is holding the spending power? What is our import export? What is our policy as per time frame? And then How we correct the imperfections to make it work and stable till today? Read this economic history, UMNO supporters will eat DAP supporters for lunch.

 For long term measures that UMNO seriously need to consider -
Is putting the Facts of our Economic History in our History Syllabus. Not JUST focusing on physical histories like biographies of heroes and events. From these Economic History, all races will be able learn the economical strength of each races in this country and how important for them to work together and share their respective perks and skills and then they will understand what is DEB is all about and from there can forge a real 1Malaysia spirit. It is high time to bring in our Economic Historian in the History Books. People need to know what is DEB means in economic terms, why is 1997 capital measures so important on that time. This UMNO need to take into consideration..

To me, DEB still is a spectacular ideas from brilliant bunch of people. And even the implementation have it flaws, since the idea is so good, it still works and brought results. The only issues are at the middle tier management of UMNO which tainting the implementation part. We can compare the realities of DEB in Singapore. As to date, the spending power of Singapore are not held by their own citizens but by minority 1 million foreigners such as Americans, Europe etc. So what happen,
when the foreigners were hit with economic downturn recently, those foreigners cut down their spending tremendously so at the end it gave the high impact to the citizens of Singapore since they are so dependent on foreigners spending power. Singapore were far more worst situation than Malaysia in 2008 economic downturn.



Thursday, 17 November 2011

Bila DAP kata Tun Mahathir Rasis




Temubual Riz Khan bersama Tun Mahathir


DAP memanggil Tun M rasis tetapi Tun M menyatakan bangsa lain mampu menjadi PM. DAP telah menipu bangsa Cina dan semua bangsa di Malaysia. Ketuanan Melayu sebenarnya adalah propaganda PEMBANGKANG utk memburukkan usaha murni Artikel 153 iaitu merapatkan jurang ekonomi antara semua bangsa. Propaganda Pembangkang iaitu ketuanan melayu dan melabelkan bangsa lain sebagai 2nd class citizen hanya utk menaikkan kebencian bangsa lain terhadap bumiputra. Tetapi sebenarnya Artikel 153lah yang menjadi TUNJANG kepada kebangkitan ekonomi negara kita pada 1990 an!!

Realiti Ketuanan Melayu sebenarnya memang tidak wujud. Realiti ketuanan ialah siapa yang menguasai ekonomi. Contoh kalau kita pekerja dan sesungguhnya kita akan panggil majikan kita Tuan. Di Malaysia SIAPA yang sebenarnya menguasai ekonomi dan menjadi majikan terbesar negara ni? SO sekarang ketuanan siapa ni? DAP telah menggunakan isu ketuanan melayu utk menyorok siapa yang sebenarnya TUAN di negara kita!!. DAP sebenarnya tidak mahu usaha murni merapatkan jurang ekonomi antara semua bangsa ini berjaya.

Org mcm Lim Kit Sianglah yang mewujudkan suasana tidak mempercayai antara satu sama lain. Sekarang bangsa Cina berfikir, bahawa polisi BN hanyalah utk melayu dan menjadikan mereka sebagai 2nd Class Citizen. Dan di sebelah bangsa Melayu, mereka mulai tidak mempercayai kaum CIna kerana melalui perspektif mereka bahawa bangsa Cina ada niat tak baik terhadap mereka. Racism vs Racism. Sangat merbahaya.

Kalau yang berfikiran mcm Riidhuan Tee, Khoo Khay Kim, saya takde masalah, asalkan mereka faham kita, tidak membelakangi kita, tahu asal usul dan memenuhi aspirasi kita. Tapi kalau mcm Lim Kit Siang, Lim Guan Eng semua ni memang aku tolak, sebab mereka ni asingkan semua bangsa.

 Kena ingat Chinese are not dealing with Caucassians, u guys are dealing with Malays, they are far kindar than caucassians. Nothing is impossible. -  REFER LINK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this