Isu : Carta trip kapal yang menunjukkan berlakunya aktiviti perdagangan antara Malaysia dan Israel
Imej ini menunjukkan 1 trip pusingan mengikut Laluan Dagangan Asia (Asia Trade Lane). Ia bermula dari Port Rotterdam dan berakhir di Port Yokohama. Kapal besar lebih 4000 TEU akan mampu buat full trip. Kalau lagi kecil akan buat half trip je, tengok orderlah. Daripada gambar2 ni semua, kapal2 di dunia yang bermula dari dan melalui Suez akan berlabuh / pit stop di Port Israel, samada di Ashdod atau Haifa, atau Mesir. Selepas dari Suez, mereka akan terus ke Selat Melaka dan berlabuh/ pit stop di Port Klang atau Port Johor sebab dua tempat ni favorite. Maklumlah, Port Singapore selalu pack. Dan kemudian depa akan ke Jepun atau China. Dan laluan akan berpatah balik dari Yokohama ke Rotterdam. Ini basic laluan kapal perdagangan. So kalau nak stop kapal dagang sebab depa ada saham Yahudi atau sebab dia stop kat Haifa (Israel), baik kita tutup je pelabuhan kita. Sebab Port Haifa adalah sebahagian daripada Asia Trade Lane.
Kalau kita beli barang secara pukal dari Eropah, kapal
yang diupah oleh pedagang Eropah untuk hantar barang kita tu akan stop kat
Haifa/Ashdod, iaitu sebahagian stop diorang, samada untuk bunkering atau
turunkan barangan Eropah kepada Israel. Kena ingat, kapal2 ni takkan bawak
barang kita je, barang orang lain pun mereka bawak sama. Selesai di Suez,
mereka shoot ke Port Klang untuk hantar barang kita yang dikirim dari Eropah.
Macam tulah sequencenya.
Puak2 PR memang cuba kelentong orang2 yang tak berapa
tahu dengan tunjuk 1 trip je dari Port Klang ke Haifa. Aku simple je, kalau
trip travel dalam masa 14 hari hantar barang Malaysia je ke Israel, tinggal
seluar dalam laa owner kapal tu. Depa duk ingat kos kapal kontena ni harga
RM10/sehari kot? Tak logikla, mesti 1 full round trip, kena banyak stop untuk
transit barang.
Kapal yang berlabuh di Port Klang, yang tak stop kat
Israel jika mahu ke Eropah hanyalah kapal milik Malaysia je. Kapal2 Malaysia
akan stop di Saudi atau Yemen atau Mesir selalunya, dan terus ke Eropah melalui
Suez.
22 Februari 2012
Imej ini menunjukkan 1 trip pusingan mengikut Laluan Dagangan Asia (Asia Trade Lane). Ia bermula dari Port Rotterdam dan berakhir di Port Yokohama. Kapal besar lebih 4000 TEU akan mampu buat full trip. Kalau lagi kecil akan buat half trip je, tengok orderlah. Daripada gambar2 ni semua, kapal2 di dunia yang bermula dari dan melalui Suez akan berlabuh / pit stop di Port Israel, samada di Ashdod atau Haifa, atau Mesir. Selepas dari Suez, mereka akan terus ke Selat Melaka dan berlabuh/ pit stop di Port Klang atau Port Johor sebab dua tempat ni favorite. Maklumlah, Port Singapore selalu pack. Dan kemudian depa akan ke Jepun atau China. Dan laluan akan berpatah balik dari Yokohama ke Rotterdam. Ini basic laluan kapal perdagangan. So kalau nak stop kapal dagang sebab depa ada saham Yahudi atau sebab dia stop kat Haifa (Israel), baik kita tutup je pelabuhan kita. Sebab Port Haifa adalah sebahagian daripada Asia Trade Lane.
Carta ni tunjuk satu trip je, bukan full round trip pun.
Kapal tu laluan dia ada kat Shanghai, Antwerp, Moscow dll. Tak semestinya kat
Haifa/Ashdod kapal tu kosong. Selalunya trip ke asia, diorang bawak barang dari
Eropah/Amerika,
Lalu kat Suez, lepas tu bunker Ashdod, lepas tu gerak ke
Selat Melaka, isi minyak lagi. Lepas tu ke Australia dan lepas tu ke China la.
Dan akhirnya pi Amerika balik, pusing balik. Selalunya itulah full round trip diorang,
port tu port, bunkering dll.
Hampir semua barangan yang datang direct dari US, Eropah
yang ada kat Malaysia ni, kapal2 pengangkut lalu melalui Suez dan stop di Haifa/Ashdod
Israel. Itu pasal aku habaq, di pelabuhan Malaysia, kapal2 yang tak stop di
Israel yang nak ke US/Eropah, kapal Malaysia je macam Petronas, Felda, dan
MISC.
Carta ni satu trip je. Kalau nak cari data full round
trip, boleh cari kat marine traffic, data tu yang akan mengantoikan PKR. Hahaha …
Kalau business kapal buat 1 trip je, bankrap la. Sewa
kapal dah berapa, RM10? Gaji Kapten Kapal RM5? Kena buat full trip, paling
haram half trip. Baru balik modal. Link ini menunjukkan satu kitaran full trip Laluan Dagangan Asia, di mana pelabuhan Israel adalah
sebahagian daripada perhentian utama kapal2 dagang di dunia antara Eropah ke
Asia.
“Kapal Israel singgah, tiada urusan”
22 Februari 2012
SHAH ALAM – Westports Malaysia menyangkal dakwaan ada kapal dari Israel berlabuh di Pelabuhan Klang dan menjalankan urus niaga dengan negara ini.
Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran berkata, Westports tidak pernah beri lampu hijau kepada kapal didaftarkan di Israel untuk berlabuh.
Menurutnya, ada kapal dari Israel singgah, tetapi tidak berlabuh kerana gagal mendapat kebenaran kerajaan.
“Memang ada, tetapi hanya untuk singgah. Mereka tidak dibenarkan menetap dan anak kapal pula dilarang menjejak kaki ke darat, jauh sekali kita melakukan urusan perniagaan dengan kapal itu.
“Seperti dakwaan pihak tertentu (Jingga 13) yang kami menerima kapal dari syarikat Zim Integrated Shipping Service Ltd, pada 16 Februari tahun lalu, iaitu datang secara langsung dari Ashdod Israel, memang ada, tetapi mereka singgah sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, Westports tidak mempunyai kuasa untuk ‘mengganggu’ kapal berkenaan, namun mereka mesti menurunkan bendera Israel jika berada di perairan negara.
“Westports tidak boleh sesuka hati menahan atau menghalau mereka daripada singgah di perairan negara. Begitu juga kapal Zim Integrated hanya singgah di pelabuhan dan anak kapal juga tidak turun ke darat,” katanya.
Ditanya sama ada Westport mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan kapal berkenaan walaupun singgah di negara ini, Manisegaran berkata, tidak ada peruntukan undang-undang membenarkan pihaknya menghalau kapal yang sekadar singgah sebelum meneruskan perjalanan ke negara lain.
“Kapal itu bukan terus dari Israel dan menuju terus ke Malaysia, sebaliknya singgah di beberapa pelabuhan sebelum ke destinasi seterusnya. Perkara ini berlaku di mana-mana negara di dunia kerana setiap pelabuhan menjalankan fungsi sebagai transit atau dikenali persinggahan.
“Kita tidak pernah langgar dasar kerajaan yang melarang sebarang bentuk perhubungan dengan Israel. Apa pun, andai kata ada barangan Israel dikesan cuba dibawa ke negara ini, kami tidak akan membenarkan kontena itu turun,” katanya.
Manisegaran turut menyangkal dakwaan sebuah portal mengenai pihaknya ada akses dengan Israel secara langsung.
Katanya, itu semua tidak benar kerana negara ini tidak pernah ada urusan diplomatik dengan Israel.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kapal-israel-singgah-tiada-urusan-1.25794
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kapal-israel-singgah-tiada-urusan-1.25794