Tok Gajah, Mat Kilau, Tok Janggut, Dato Bahaman dan
penentang2 penjajah British lain adalah hero rakyat Malaysia, tiada yang
nafikan pun dan mereka semua tidak membunuh orang awam termasuklah kanak2,
TETAPI KEKEJAMAN CHIN PENG/PKM yang membunuh hampir 3000 orang termasuk kanak2,
wanita dan orang yang tak bersenjata ini patutkah dianggap sebagai hero???
PKM/CHIN PENG MEMBUNUH ORANG AWAM YANG TIDAK BERDOSA
TERMASUK KANAK2 DAN WANITA, INI PR ANGGAP PEJUANG KEMERDEKAAN????!!!!
Dalam mana2 buku sejarah, di internet pun boleh, boleh
check Wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/Malayan_Emergency dan http://en.wikipedia.org/wiki/Communist_Insurgency_War.
Campurlah kadar kematian org awam yang direkod, dapat
3000 orang.
Kekejaman PKM/Chin Peng terhadap rakyat berlaku 2 kali.
Pertama ketika sebelum merdeka, di mana ia dipanggil Malayan Emergency iaitu
antara tahun 1948-1960. Kali kedua selepas merdeka, di mana ia dipanggil
Communists Insurgency War iaitu antara tahun 1968 - 1989. Hangpa akan dapat
info jumlah kadar kematian dari jumlah anggota keselamatan dan orang awam.
Kalau hangpa campur kedua2 senario tersebut iaitu Malayan Emergency dan Communist
Insurgency War, hangpa akan dapat jumlah 3000 orang, dan hangpa boleh pergi ke
arkib negara juga utntuk dapatkan list kematian termasuklah IC mereka. Lebih
tragis, hangpa boleh lawat kubur2 mereka.
Walaupun nama negara dan bendera negara kita berubah,
tetapi populasinya tetap sama bagi yang masih mengingati jasa2 pejuang2 tersebut.
We can never forget, it will be remember by the people till the end of time.
Sama seperti Salahuddin Ayubbi, nama negara2 dah bertukar banyak kali dah pun
semenjak kematian Salahuddin, tetapi orang Islam masih mengingati jasanya.
Kalaulah PKM membunuh polis2 di Bukit Kepong itu atas
justifikasi bahawa mereka ialah tali barut British, tetapi kenapa perlu bunuh
isteri2 mereka, kenapa perlu bunuh anak2 mereka yang masih kecil tu? Penjajah
British pun tak melakukan perkara2 mengerikan macam ni. Perkara ni bukan saja
berlaku di Bukit Kepong sahaja, tetapi di seluruh Malaya. Why kill the
innocent? U said u fight for independence! Inilah penyebabnya rakyat ketika itu
menentang PKM atas sebab kekejaman mereka.
Ini adalah mudah, tidak perlu baca buku teks pun. Kalaulah
PKM ikhlas berjuang untuk kemerdekaan, mereka fokus menentang British, bukan
melakukan kekejaman terhadap orang awam. Jika PKM tidak melakukan kekejaman
terhadap orang awam, hari ni PKM sudah memerintah Malaysia. Sebab kekejaman
mereka terhadap orang awamlah menyebabkan rakyat bangkit menentang mereka dan
hari ini mereka dianggap sebagai musuh negara.
Australian Avro Lincoln bomber dropping 500lb bombs on communist rebels in the Malayan jungle (c. 1950)
Kita hanya perlu persoal diri kita sendiri, kenapa rakyat
Malaya ketika itu menentang PKM walhal ketika itu mereka sepatutnya menentang
British? Adakah kesemua 6 juta rakyat Malaya ketika itu semuanya tali barut
British? Dan lagi satu British bankrup sebab WW2, dengan sokongan rakyat, PKM
patut dapat jalan mudah untuk tewaskan British, tetapi kenapa PKM gagal? Kenapa
PKM tak dapat sokongan rakyat sepenuhnya? Soalan2 mudah je dan jawapan dia
cukup mudah sebab kekejaman PKM itu sendiri. Tak payah baca buku teks pun sebab
logiknya sudah cukup untuk justifikasikan sejarah kita.
Kalau Parti Komunis sebuah pejuang tulen untuk rakyat,
mereka tidak akan bunuh orang yang tidak bersenjata seperti kanak2 dan wanita
ketika itu. Tetapi mereka bunuh tanpa belas kasihan. Maka PKM adalah pengganas.
Inilah masa yang gelap di bumi bertuah Malaysia. Dan
ketika inilah kesemua rakyat Malaya bersatu menentang satu musuh negara. Dan
Alhamdullilah mereka berjaya. Tetapi hantu2 PKM tidak berdiam diri, walaupun
mereka gagal, mereka masih berusaha mahu pecah belahkan kesatuan bangsa di Malaysia
ini.