Saturday, 17 November 2012

Muzium Perang P.Pinang - Keseraman Terasa (Bhgn.3)



Muzium ni mengenakan bayaran RM20 untuk pelancong luar negara, RM10 untuk orang Malaysia, dan diskaun 50% untuk pelajar. Dibuka setiap hari, start pukul 9 pagi sampai 6 petang, dan sesi malam pukul 7 petang sampai 11 malam. Brader kat situ bagitau aku hari tu uncle seekers poyo nak mampos tu buat rancangan panik dia tu, dan dia suruh artis pompuan pi duduk dalam kandang tahanan kat kubu ni. Nak tau apa terjadi kat aris tu, hangpa boleh baca kat sini.



Ok, nak tunjuk kat hangpa yang tak pernah pi muzium ni, gambaq yang paling sensasi antara blogger2 yang pernah pi kat sini, “Japan Sex Slave” (hamba sex Jepun). Menurut cerita kat dinding bilik ni, masa tu askar Jepun pilih 6 orang penduduk tempatan untuk dijadikan hamba sex depa, tapi tak tau la Melayu ka, Cina ka, India ka. Antara 6 orang ni, 5 orang sebenaqnya kena paksa, sorang tu rela jadi hamba. Yang mana tak “perform”, askaq Jepun akan pancung terus (gila depa ni). Ada satu cerita kelakaq, yang mana askaq2 Jepun yang dah setahun tak bayaq “bil ayaq”, depa akan mintak sorang apek Cina ni carikan mana2 pompuan untuk puaskan nafsu depa. Askaq Jepun ni ada yang dah setahun tak bayaq “bil ayaq”, so bila apek Cina tu dapat pompuan umuq 70, 80 tahun pun depa ok ja, sebab dah tak tahan kan. Bukan rasa apa pun, kulit dah berkedut, badan pun tinggai tulang ja. Pulak tu, sorang kena “tarah” ramai2. Bila baca cerita ni, aku tersenyum sorang2. Yelah, nak gelak kuat2 tak berani la. Sebab apa tak berani?

Hangpa kalau pi muzium ni, aku challenge hangpa tenung “patung” ni lebih dari seminit. Ni sebenaqnya patung, tapi lama2 bila aku tengok gambaq yang member aku ambik ni, rasa macam bukan patung. Aku kan dah baca banyak pasai muzium ni, dan bilik ni antara yang aku tak sabaq nak tengoklah. Cuba hangpa tengok kaki “patung” ni. Member aku masa tu dia tak perasan patung ni, bila aku suruh dia tengok dalam bilik ni, dia tergezut beruk. Dia habaq, masa duk ambik gambaq ni, macam ada bayang2 kat bilik tu tengah bergerak2. Okay, tak kelakaq betui buat cerita macam ni kan. Ada beberapa persoalan yang aku duk pikiaq, apsai “patung” ni cantik ja body dia, apsai “patung” ni rambut dia panjang gila, lepaih tu apsai orang muzium ni pakaikan “dia” kain warna hijau. Apasai tak warna merah? Semua soalan tu takdak jawapan sebab aku tak tanya kat brader yang jaga kaunter tu. Kalau hangpa pi, hangpa tolongla Tanya bagi pihak aku. Ekekeke …
 Click gambaq kalau nak tengok lebih jelas



Muzium ni memang besaq, bila berjalan memang baju akan basah sebab berpeluh. Masa tengah cari2 area yang belum pergi, tiba2 ada sorang brader Indon tu tegur kami, “Baru 50%, ada lagi yang tak pergi”. Pastu dia tersenyum. Tiba2 ja, tergezut aku. Macam dia tau ja apa yang bermain di minda aku waktu tu (aku cakap dalam hati, dah habis ke?) Aku pun balas kat dia, “Oh, ada lagi ke? Ingatkan dah takde” sambil melemparkan senyuman kat dia. Dia pun tunjuk arah ke sana, bermakna di arah sana tu aku dengan member aku tu belum pi jelajah. Selepas mengucapkan terima kasih kepada brader tu, kitorang pun pi laa menapak lagi.

Ni bilik seksaan gak, tapi yang jenis hardcore punya, di mana askaq Jepun lahanat menggunakan elektrik untuk dera mangsa depa.


 Mangsa meniarap kat sini, lepas tu kena cucuh dengan besi kat bawah ni. Ish, seriau!




 Nampak macam papan pemotong sayur yang digantung di dinding, tapi sebenaqnya ni tempat pancung kepala orang. Selamba ja kan pancung macam tu, depa suruh mangsa berdiri, letak kepala kat situ, then pancung. Member aku habaq tempat ni bau semacam.




Tunnel terakhir yang kitorang jumpa ialah tunnel ni. Tunnel ni agak besaq, dan kalau tak silap tunnel ni office, tempat jumpa Jeneral. Aku berani masuk sebab ramai orang masuk sini masa tu. Ada potret di sepanjang laluan, dan ada beberapa alat komunikasi tinggalan zaman perang. Yang tak berapa bestnya, ada beberapa bilik yang pihak muzium kunci, tak bagi pengunjung masuk. So maknanya bilik2 yang dikunci tu ada “sesuatu” lah. Aku dengan member aku ni jenis suka belek2 barang, tengah2 belek, kitorang tak sedaq yang orang lain dah keluaq dari tunnel tu. Cibais betui! Dan masa aku keluaq dari tunnel ni, baru aku tau fungsi gendang kat luaq tunnel ni adalah, kalau lampu dalam tunnel ni tetiba terpadam, kita kena ketuk gendang tu 2 ka 3 kali, so pekerja2 kat muzium akan bukak semula lampu yang terpadam. Nampak tak seram tunnel ni, tapi keras rupanya. Wkwkwkwkwkwwk (mencarut dalam bahasa Indon).

 Gambar ni dipinjam dari blog ini sebab aku lupa nak ambik gambaq terowong ni... hihihi



 Ada terowong kecik dalam tunnel ni, digunakan untuk melarikan diri kalau ada kecemasan.



Ada beberapa area kat muzium ni, pihak muzium letak gambar atau patung Jeneral Yamashita besaq2. Bukan saja2 letak, letak ada sebab. Sebab pekerja2 kat muzium ni dan ada beberapa pengunjung kena kacau dengan askaq Jepun, so tuan punya muzium ni, Encik Johari pun try la letak gambaq J.Yamashita ni, sebab askaq2 Jepun takut dengan dia. So jadi kuranglah sikit gangguan tu.

 Aku tak tau sapa ni, tapi ni antara bilik2 yang dikunci. Paham2 ja laa ..


 Buku2 tinggalan zaman perang. Agak sayang sebab buku2 ni telah dimamah anai2

 Bilik ni tak boleh masuk, depa letak gambaq J.Yamashita besaq2


2 bilik ni pun tak boleh masuk, mungkin ada sesuatu kat situ.

Tertinggai pulak satu part best tapi seram, Jeneral Suzuki adalah antara Jeneral yang kejam, di mana lepas dia pancung kepala orang, pedang yang berlumuran darah mangsa tu dia akan dumped (translate sendiri apa maksud "dumped") dalam satu tempayan arak @ brandi, lepaih tu dia minum arak @ brandi tu. Tujuan dia buat macam ni adalah untuk menakut2 kan penduduk tempatan. Tempayan tu ada kat muzium ni kalau tak silap aku, tapi aku tak ambik gambaq pun. Brutal tak J.Suzuki tu? Pasai si Suzuki ni hangpa boleh baca kat sini, atau kat sini. Aku tak taulah Suzuki yang mana satu.


Okay, last but not least, bilik tahanan orang Melayu kat area hujung kubu. Dari jauh nampak menyeramkan, dari dekat lagilah rasa seram. Oh ye, lupa nak habaq. Bilik tahanan diasingkan mengikut kaum, Melayu, India dan Cina. Antara bilik tahanan yang seram, bilik nilah. Kat sini depa habaq ada ulaq sawa. Aku memang tak berani nak masuk, aku tengok dari luaq je, tu pun agak jauh. Aku tak tau apa fungsi pedang yang depa letak kat luaq ni, tapi bila brader tu habaq lagu ni, “Orang Melayu kan banyak benda2 mistik ni”, so aku buat2 faham jaa lah.








Aku memang pencinta sejarah. Melalui sejarah, kita sedaq asal usul kita, kita ni sapa, dan kita dapat “rasa” apa yang orang dulu2 rasakan, contohnya depa menderita zaman kekejaman askaq Jepun nilah.Aku paling benci orang yang pandai2 nak ubah sejarah, contohnya Mat Sabu 121. Bak kata boypren aku (JK), dia boleh ubah sejarah (Mat Sabu habaq komunis berjasa pada Tanah Melayu), tapi Mat Sabu tak boleh nafikan kewujudan kubur2 mangsa kekejaman komunis. Sejarah mengajaq kita supaya BELAJAQ DARI KESILAPAN dan TIDAK ULANG KESILAPAN ORANG ZAMAN DULU.


Untuk bacaan tambahan, hangpa boleh la baca blog2 yang buat review pasai muzium ni ;





Bak kata Pak2 Arab dan pelancong2 dari negara omputih tentang muzium ni, 

THE BEST MUSEUM EVER!





1 comment:

  1. Bro, ble tak cek pasal kes memali tu. maklumlah you banyak maklumat. thanks, sani.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this