Friday, 9 March 2012

Rasiskah UMNO??




Kalau UMNO di tuduh rasis kerana banyak beri fokus kepada perjuangan Melayu dan patut dibubarkan, NELSON MANDELA dan parti politiknya iaitu African National Congress (ANC) patut dituduh rasis dan dibubarkan jugak. Apasal BAR COUNCIL double standard? Walhal Polisi ANC parti politik Mandela tu hampir sama je ngan UMNO selepas Apartheid. Baca sini.
 



Kalau korang debat dengan lawyer2 BAR COUNCIL ni pasal UMNO rasis sebab lebih perjuangkan melayu, korang boleh guna info dari Nelson Mandela dan polisi2 ANC sekarang, korang boleh download sendiri dari website ANC dan baca sendiri, apa bezanya ANC ngan UMNO ni, tak jauh bezanya pun konsepnya. Info2 ni akan mendiamkan lawyer2 BAR COUNCIL tu, sebab mereka turut agungkan Nelson Mandela.


Memperjuangkan bangsa adalah tidak rasis, tetapi membenci bangsa lain barulah rasis. UMNO mana ada benci bangsa lain, walhal mereka jugak yang ajak bangsa lain bersama mereka memimpin Malaysia pada hari pertama merdeka, sama jugak ANC selepas hari pertama mereka merdeka dari Apartheid.  


ANC / Afrika Selatan takda konsep DEB mcm UMNO? Depa ada, depa ada lagi banyak. - The ANC deems itself as a force of national liberation in the post-apartheid era; it officially defines its agenda as the National Democratic Revolution. It also sets forth the redressing of socio-economic differences stemming from colonial- and apartheid-era policies as a central focus of ANC policy. So apa beza UMNO dengan Nelson Mandela/ANC? (Kalau UMNO dituduh rasis)


BAR COUNCIL ni tahu hero hak asasi antarabangsa ANC / Mandela lebih kurang sama dengan UMNO jugak. Depa punya library pun cukup besar, dan mereka dulu masa 80 an dulu bersama dengan masyarakat dunia menentang Apartheid. Mereka mengatakan DEB ni rasis walhal mereka juga tahu hero antarabangsa mereka iaitu Nelson Mandela amalkan konsep DEB jugak di Afrika Selatan. Mereka tau, tapi sebab apa mereka buat2 tak tau SEBAB MEREKA MEMPUNYAI NIAT LAIN TERHADAP BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM DI NEGARA KITA.


Nelson Mandela ni walaupun bukan org Islam tapi dia tak anti Islam, tapi beliaulah paling banyak kerjasama dengan negara Islam, sampai org kata Mandela ni mcm dah Islam dah pun. Thabo Mbeki bekas PM Afrika Selatan tu, cukup rapat dengan Tun Mahathir. Sebab tu kat Afrika Selatan ramai korporat Malaysia kat sana sekarang. Cuma Bar Council kat Malaysia macam Ambiga ni anti Islam dan Melayu, korang tengoklah kes Sosilawati, macamana diaorang handle. 


Macam kes ISA, mereka kata Malaysia ni kejam, BAR COUNCIL membandingkan dengan negara2 maju macam US,UK dan lain2 kononnya lebih baik dari segi hak asasi manusia, korang ingat BAR COUNCIL tak tahu yang negara2 mcm US, UK ni mengamalkan BUNUH TANPA BICARA, ko ingat diaorang tak tahu Executive Order 9835 dilaksanakan US, korang ingat diaorang tak tahu UK beri immuniti kepada pegawai keselamatan kerajaan mereka untuk BUNUH TANPA BICARA, Korang ingat BAR COUNCIL / DAP tak tahu yang Singapore gunakan ISA menangkap org lebih banyak dari Malaysia? Diaorang tahu, tapi diaorang buat2 tak tahu sebab MEREKA ADA NIAT LAIN TERHADAP BANGSA MELAYU DAN ISLAM. 
 

Mereka menentang UMNO / BN bukan atas sebab berbeza ideologi TETAPI SEBAB BENCI TERHADAP MELAYU DAN KEDUDUKAN ISLAM DI NEGARA KITA. Semua ni hak asasi manusiala, rasisla, "GLC menganggu freemarket la" corruptionla, skandalla, bersihla, diktatorla hanyalah "camouflage" terhadap kebencian mereka. Korang tak percaya? Korang boleh test mereka sendiri. Boleh gunakan fakta2 dan uji mereka dan korang sendiri boleh nampak apa yang sebenarnya.



Ini baru dinamakan penghapusan etnik kaum India

 
Sebab aku dah debat dengan mereka ni dan aku dah nampak pun, contoh seorang lawyer keturunan India, dia dah terkebil2 dengan fakta yang aku beri, dan akhir sekali dia dah tak boleh jawab dia kata UMNO / Melayu / Islam membuat penghapusan etnik terhadap kaum India di Malaysia secara halus dari pembacaan dan apa yang dia dengar. Baru aku sedar, ada golongan yang sedang menyemai semangat kebencian terhadap melayu dan Islam di negara kita.

  
Sama dengan Cina jugak aku debat dengan diaorang jugak, diaorang kata nak semua bangsa hidup sekali dan integrasi seperti di US, ok saya kata satu cara saja iaitu Sistem Satu Sekolah, sistem ni berjaya dalam integrasi kaum dan sistem SJK CIna / India ni akan hanya memisahkkan kita. Saya debat dengan dia sampai tak terjawab, akhirnya dia mengatakan, rupanya risau jika bangsa cina meninggalkan tradisi dan asal usul mereka sebab ini semua kononnya niat jahat UMNO / ISLAM nak bagi Cina masuk Melayu berdasarkan apa yang dia dengar dan baca. Baru aku sedar, ada golongan yang sedang menyemai semangat kebencian terhadap melayu dan Islam dinegara kita.  



Dari segi faktor benci terhadap Islam, bila aku debat dengan sebahagian puak2 ni di FB, dengan rakan2, aku nampak satu pattern - Kita dok dengar pasal kes Murtad kan? Korang ada dengar tak berapa ramai Cina, India, Iban, Kadazan dan lain2 masuk Islam? Berduyun2!! sampai kena appointment kat PERKIM tu. Part ni mesti korang tak dengar. Akibat kesan kemasukkan Islam terlampau ramai, mereka ni telah ditakutkan bahawa, anak2 mereka akan tinggalkan keluarga, tradisi dan asal-usul mereka dan lain2. Ada golongan sedang menakutkan mereka dan ini motivasikan untuk benci Islam. Bangsa lain dari melayu ni dah hidup dengan Melayu Islam ni semenjak zaman Melaka lagi, ok je adala gaduh sikit2, sekarang ni je lain mcm je bencinya. Aku syak DAP yang dok takutkan dan semai perasaan benci ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this