Isu : 2 Kapal Israel di Port Klang
Penerangan Menteri jelas, memang kapal yang ada pemilikan Yahudi Israel dibenarkan, sebab majority kapal2 dagang di dunia mereka ada saham. Kalau kita tak benarkan, macamana barang2 yang kita beli secara pukal dari negara lain seperti Arab, Eropah, Afrika, nak dihantaq ke sini? Takkan nak pakai perahu? Ini tidak bermakna Malaysia berdagang dengan Israel. Contohnya, kapal ZIM banyak disewa oleh peniaga2 dari China memandangkan port singgah dia banyak di Shanghai dan Xianmen. Kalau peniaga2 China ni nak hantaq barang secara pukal ke Malaysia pakai servis ZIM ni, adakah kita berdagang dengan Israel? Tidak, kita berdagang dengan China. Samalah modus operandi negara2 yang tidak mengiktiraf Israel jugak.
Nah aku bagi info ;
No. IMO : 9139907
Call Sign : A8WN9, kapal kontena, seberat 41,000 tan.
Port Register : Liberia
Dagangan : antara China – Israel (port Shanghai dan
Xianmen stop isi minyak)
Lagi satu, ada crew list? Kalau semua sailor Israel
dengan passport Israel, macamana nak dapat Port Clearance? Duta pun takde …
hahahaha .. kelentong betui.
Info ni boleh dapat kat mana2 pun, syarikat insurans, shipping
agent dll. Yang tu pun PKR susah nak bagi?
Mana ada orang bawak minyak sawit pakai kapal kontena
macam dalam video ni. Orang pakai kapal tanker. Sekarang dah keluar bendera
kapal, no IMO kapal, barang kapal, Call Sign kapal. Ada lori kutip barang?? Aku
tau dah kapal yang PR kelentong tu asalnya port Hong Kong .. hahahhahaha …
Kalau orang nak bawak minyak kelapa sawit, orang tak
pakai kapal kontena yang bawak TEU (kotak besi) tu, orang pakai kapal tanker
la. Ni contoh kapal tanker.
Port Klang kapal selalu stop untuk isi minyak kalau nak
ke China. Kalau nak stop kat Port Singapore bunkering timing full. Lepas isi
minyak kapal blah lah. Video yang depa tunjuk ni takde aktiviti buat turun
barang pun, kren pun tak bergerak. Cepat je kapal singgah. Kat Selat Melaka,
Port Klang dan Port Singapore memang tempat2 favorite untuk kapal2 ni bunker.
Nak tengok kapal tu lama ke tak lama kat port tu, tengok
full round trip kapal tu. Kalau lebih dari 4 hari, baru orang habaq unloading.
Takkan unloading barang 40,000 tan ambik masa sehari? HAHAHAHA … jin pun tak
boleh buat :D
Penerangan Menteri jelas, memang kapal yang ada pemilikan Yahudi Israel dibenarkan, sebab majority kapal2 dagang di dunia mereka ada saham. Kalau kita tak benarkan, macamana barang2 yang kita beli secara pukal dari negara lain seperti Arab, Eropah, Afrika, nak dihantaq ke sini? Takkan nak pakai perahu? Ini tidak bermakna Malaysia berdagang dengan Israel. Contohnya, kapal ZIM banyak disewa oleh peniaga2 dari China memandangkan port singgah dia banyak di Shanghai dan Xianmen. Kalau peniaga2 China ni nak hantaq barang secara pukal ke Malaysia pakai servis ZIM ni, adakah kita berdagang dengan Israel? Tidak, kita berdagang dengan China. Samalah modus operandi negara2 yang tidak mengiktiraf Israel jugak.
Pendapat peribadi akulah, takde orang Malaysia
termasuklah yang bukan Islam akan deal dengan Israel di Malaysia terutamanya di
pelabuhan2 kita. Bukan sebab Palestin, bukan sebab Islam, sebab LECEH! Pening kepala
nak buat dagangan dengan negara yang takde hubungan diplomatic ni. Dengan Bank
Negara punya red tape pasal duit masuk, dengan pencukaiannya jadi susah. “Masa
itu wang” untuk orang2 port ni. Kalau nak sorong barang dengan sorok kertas
kerja pun makan hari, ingat sewa kapal tu RM10 ke sehari? Boleh capai RM500K/sehari
tau! Lebih baik pi Singapore je kalau nak sangat barang Israel tu.
Contohnya kalau Israel nak pakai Proton Saga, diorang tak
payah beli kat Malaysia, diorang pi beli kat UK je. Kita jual kat UK, UK nanti
jual kat Israel, habih cerita. Macam kita beli barang Intel gak. Malaysia tak
berdagang dengan negara Israel tapi dengan proksinya iaitu syarikat antarabangsa
Intel. Intel beli barang Israel, Malaysia beli barang Intel.
Realiti, Iran yang tak iktiraf Israel pun benarkan
kemasukan barangan Israel seperti barangan elektronik mereka. Syarikat
perkapalan yang ada entity Israel pun ada ofis kat Tehran. Adakah kerajaan Iran
yang membuat order atau syarikat antarabangsa yang beroperasi di Iran yang buat
order? Mana satu?? Senario sama jugak macam kat Malaysia, adakah kerajaan
Malaysia yang buat order atau syarikat antarabangsa tu? Kalau macam tu, adakah
bermakna kita mengiktiraf negara Israel??
Kena faham beza kapal dagang dengan pedagang. Adakah
semua kapal dagang kepunyaan Israel bawak barangan Israel? Diorang ni servis
provider logistic. Bukan kapal ZIM satu tu je yang ada pemilikan Yahudi/Israel.
Kapal2 dagang antarabangsa lain macam P&O Nedlloyd, Maersk Sealand, CMA
CGM, Delmas, Hapag-Llyod, Italia Marritima, Portline, FESCO semua ni takde ke?
0% pemilikan Yahudi??
Malaysia tidak menghalang syarikat antarabangsa yang buat
deal dengan Israel, sebab itu memang modus operandi syarikat antarabangsa. Syarikat2
swasta antarabangsa yang beroperasi di Malaysia macam McDonald, Coca Cola,
Ford, BMW, Intel, Microsoft dll tak pernah ada deal dengan entity dari Israel
ke? Dalam jaringan operasi mereka samada banking, supply raw material, logistic
dll takkan takdak langsung entity dari Israel?
Kalau business import export, kita banyak deal dengan
orang luar, so banyak duit datang dari luar. Kat situ Bank Negara menyibuk,
diorang ada akta wang haram dan macam2 la, diorang monitor duit masuk kalau
nama company luar, asal negara, jumlah, matawang dll. Bila bunyi lain macam je,
puak2 Bank Negara ni cari la, jadi panjang cerita. Lepas tu buat delay
paymentla, apalah. Bila dah delay tu, ketaq kepala lutut sebab semua orang akan
cari. Barang dah hantaq, payment takdak, pening kepala. Kat Asia ni, Bank
Negara kita paling ketat sekali pasal duit keluar masuk. So takdelaa orang
Malaysia nak deal dengan negara2 yang takde hubungan diplomatic ni, leceh.
Selalunya jual kat middleman dan broker ja, depa la yang akan jual balik kat
sapa2 yang depa mahu. Orang business port ni payment tu kena on the spot, COD
the best, mana boleh tunggu. Kalau Bank Negara buat hal tahan payment dari
luar, mau tak owner kapal perhambat.