Wednesday, 20 June 2012

Isu FELDA - Penyenaraian dalam Bursa Saham dan "Bangkrap"






Saya terkejut, rupanya ada lagi yang nak defend dengan mengatakan FELDA rugi RM 500 billion sebab rugi terkumpul. Oklah, Felda ditubuhkan pada 1956 sampai hari ni dah 54 tahun. Kalau ikut TEMBERANG, kerugian terkumpul pun tak logik gak  … hahaha. Maknanya dari value RM 500 billion, secara purata FELDA dah rugi RM 9.26 billion / setahun semenjak 1956 lagi  .. kah kah kah. Kalaulah FELDA dok rugi hampir RM 10 billion / setahun semenjak 1956, peneroka FELDA tinggal seluar dalam jelaa oi.

PAS  cakap FELDA GLOBAL RUGI PELABURAN SEBANYAK RM500 billion. Ok, korang fikir sejenak ,GDP nominal Malaysia 2011 berapa? USD 247 bilion. Korang tengok value pelaburan FELDA yang sumber HaraMkah cakap, kalau convert USD, dekat separuh GDP Malaysia tau! Syarikat FELDA ni sekaya Malaysia ke??? Tu lah nak menipu tu pikirla sikit, bukan semua org bodoh. 

Kalau FELDA dah bankrap, mana boleh operate lagi , pinjam bank pun tak boleh. FELDA mesti kena keluar dah dari Bursa Saham, tak boleh buat trading, tapi steady je  … kwang kwang kwang …

Dalam perniagaan memang adat ada rugi dan untung. Tapi lojiknya kenalah ada. Kalau Felda rugi dalam lingkungan maximum RM 200 juta saya percaya sikit, tapi kalau sampai RM 500 billion tu sudah menipulah. Mudah je saya siasat, saya ambik PAID-UP CAPITAL Felda je,  campur semua anak2 syarikat FELDA tak sampai pun RM 200 juta, ingat dengan Paid up Capital dalam RM 200 juta boleh buat sindiket loan sampai RM 500 billion? Bukan sikit tu, separuh trillion dah tu. Gearing tak kenalah.

Dengan pelaburan RM 500 billion yang dikatakan rugi tu, FELDA boleh bina 42 Putrajaya kat Malaysia ni dengan petik jari je. Dengan RM 500 billion, FELDA boleh buat 10 KLCC kat Malaysia ni. Kerajaan Malaysia ni baru je nak buat 1 Putrajaya atau 1 KLCC dah bergegar Parlimen, inikan FELDA beb.


Saya juga ingin perbetulkan persepsi salah yang telah dibohongi PR. Realitinya, FELDA tak pegi listed pun, yang pegi listed pun hanyalah syarikat2 berkaitan dengan FELDA je, seperti subsidiary atau associated company yang mereka ada pegangan. FELDA mengikut jejak langkah PETRONAS jugak, PETRONAS tak listed tapi syarikat2 subsidiary dan associated companylah yang listed untuk cari modal tambahan di Bursa, so apa problemnya? Kalau sengal2 PR bising kat FELDA, apahal tak bising dengan PETRONAS? Realitinya, FELDA dah mempunyai syarikat yang mempunyai pegangan saham yang dah dilistedkan pun, salah satunya Maybank, dan banyak lagi. So apa problemnya FGVH pegi listing jugak? Takde problemnya kalau FELDA mencari modal tambahan dari bursa melalui syarikat2 subsidiarinya. Yang untung peneroka jugak, setiap tahun budget FELDA sendiri untuk support operasi dan peneroka2 telah capai RM 1.5b, so kalau tambah sikit lagi apa masalahnya?


Saya tak faham apa masalah FGVH iaitu commercial arm dihalang untuk listing, walhal dah ada pun syarikat2 berkaitan FELDA dah listing. Salah satunya MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM Holdings), cukup solid kedudukannya di Bursa sekarang.

Mengikut persepsi kitalah, kita dok nampak FELDA ni perladangan kelapa sawit je, realitinya FELDA dah lama venture dalam banyak bidang pun, industri2 yang kita tak nampak FELDA dah masuk seperti Banking, Hartanah, Industri Maritim terutamanya logistik dan perikanan pukal, komoditi2 lain seperti gula dan lain2. Ini je dah multi billion tanpa kelapa sawit. FELDA sekarang operate seluruh dunia, peneroka jangan dok ingat FELDA ni buat duit dengan peluh peneroka je oi. Bagi saya takde masalah FGVH ni nak list pun.

Sebenarnya ini adalah "FEAR" yang direka oleh golongan tertentu untuk menakutkan rakyat terutamanya peneroka. Word on the groundlah, yang takut tu adalah golongan2 pemodal dalam market capitalization Bursa kita, kalau FELDA hantar muscle dia masuk, pengaruh GLC atau elemen Bumiputra dalam Bursa akan bertambah kuat, itu je, lebih2 lagi FELDA takeover gula dari Robert Kuok..


Bagi sayalah, isu FGVH ni sama je macam bangunan 100 tingkatPNB nak buat tengah2 KL, elemen "FEAR" disebarkan kepada pelabur2 PNB khususnya rakyat, rugilah, itulah inilah. Realitinya mudah je, kalau syarikat2 pelaburan hartanah swasta boleh buat untung berbillion setahun dari hartanah di Kuala Lumpur, so apasal PNB tak boleh buat untung dari bangunan 100 tingkat tu?? Sebenarnya word on the ground, player2 hartanah Kuala Lumpur sedia ada takut kalau PNB jadi player dominan di industri hartanah Kuala Lumpur. Maklumlah kalau PNB dah jadi dominan, anytime boleh crash harga. Sama di Bursa jugak, kalau FGVH ni masuk, automatik mereka akan jadi dominan dalam perladangan, pelabur2 di Bursa tu akan minat melabur maklumlah sebab sekuritinya, so apa akan jadi dengan syarikat2 perladangan swasta sedia ada di Bursa sekarang kalau pelabur2 cabut berlari arah melabur ke FGVH?? Sendiri mau ingatla, itu je cerita dia …


Kenapa PR/DAP sanggup menipu peneroka2 untuk memecah belahkan mereka? Persoalannya, apa yang PR/DAP mahu dari FELDA? Nak ikutkan FELDA taklah sekaya PETRONAS. Realitinya, FELDA ada nilai strategiknya kerana tanah2 mereka. Dengan keluasan tanah 811,140 hektar, FELDA secara automatik menjadi tuan tanah terbesar di Malaysia dan operator perladangan terbesar dunia. Dan ia adalah 9 kali ganda keluasan Singapura.

Realitinya FELDA ni susah nak bankrap walaupun minyak sawit dah tak laku. Ia adalah sebab tanah2 mereka. "Land Bank" yang FELDA ada boleh dicagarkan ke bank untuk membuat pembangunan hartanah, dengan mudah mereka boleh cari sumber2 kewangan untuk apungkan mereka kalau dunia tidak perlukan lagi minyak sawit. Ini bermakna kekuatan FELDA adalah hartanah. So siapa kata FELDA bankrap tu semua bohong je. 

Tapi nak kantoi PR punya kelentong mudah je, tak perlu nak tengok kekuatan hartanah (Land Bank) FELDA. Kalaulah FELDA bankrap, kenapa mereka masih menjadi pelanggan2 penting bank2 di negara kita dan luar negara? Kalaulah FELDA bankrap, kenapa mereka masih boleh pegang saham2 strategik minoriti dalam bank2 di Malaysia ni dan bank2 tersebut menjadi pemain2 saham mewah (blue chip) di BSKL? Syarikat yang bankrap mana boleh operate sebgini, betui tak? So maknanya PR kelentong.

1 comment:

  1. katanya hasil galian samada bijih besi, emas hatta kalau jumpa gas/minyak dalam tanah2 felda ini yg sebenrnya mereka 'aim'. Peneroka akan tgok sahja hasil mahsul dinikmati oleh pelabur luar dan umnoputra... dah namanyer ladang, tauke ladang ajer la seronok.. peneroka2 tau2 ajerla..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this