Showing posts with label DAP Anti Islam. Show all posts
Showing posts with label DAP Anti Islam. Show all posts

Friday, 19 October 2012

PAS Parti Kuat Mengata






Dalam youtube ni, Nizar mengatakan tiada langsung sebarang perlaksanaan hukum Islam atau Negara Islam seprti yang dijanjikan semasa kempen undi Pas.

Sabda Nabi s.a.w, “Empat ciri jika seorang Muslim itu memilikinya, maka dia menjadi seorang munafik tegar, melainkan selepas itu dia meninggalkannya – Jika diberi sesuatu amanah, dia cabulinya, jika dia bercakap, dia berdusta, jika dia berjanji dia mungkiri dan jika dia bertelingkah, dia melampau”.

Dari youtube ini, ada 3 perkara yang sangat tepat dengan kenyataan Nizar ;
1.    Berjanji, dia memungkirinya – janji masa kepen politik, tapi bila menang kata takdak, macam2 alasan.




      Bercakap, dia berdusta – kata nak buat negara Islam la, hukum hudud la, tapi last2 takdak pun.

3.    Jika dia bertelingkah, dia melampau – bergaduh sampai tidoq atas jalan, block jalanraya.

Adakah mereka berjanji kepada rakyat seperti PAS dan akhirnya memungkirinya?

Adakah mereka melaungkan slogan2 Islam lalu hanya’cut and paste’ ayat2 suci al-Quran dan Sunnah untuk dipergunakan sebagai meraih undi dalam kempen politik mereka?

Adakah mereka mempergunakan ayat2 suci al-Quran dan Sunnah untuk menghina atau bergaduh sesama umat Islam?

Adakah mereka mempergunakan ayat suci al-Quran dan Sunnah untuk mengkafirkan orang Islam lain?

Sangat sedih apabila Nizar mengatakan tiada langsung di dalam memorandum atau mana2 dokumen yang menyatakan Hukum Hudud akan dilaksanakan jika Pas dapat memerintah negara.
Nizar bukan berseorangan, Anwar, Husam dll cakap macam tu jugak, Hudud tidak akan dilaksanakan kerana untuk berkompromi dengan DAP. ‘Negara Islam’ yang selama ini dilaung2 kan telah digadaikan. Adakah Islam yang menjadi tunjang perjuangan PAS selama ini lebih murah nilainya lalu PAS sanggup berkompromi dengan DAP? Jauh sekali seperti apa yang dijanjikan dalam kempen politik PAS, INI ADALAH SUATU PEMBOHONGAN!! Islam sama sekali dipergunakan sebagai modal politik PAS!

Kita boleh tengok dalam dan luar negara, ramai yang menyalahgunakan ayat2 al-Quran dan Hadis. Ada yang sampai guna istilah Bai’ah untuk menggadaikan kedudukan isteri mereka atas sebab politik, bukannya sebab agama. Sebenarnya tidak perlu sampai ke tafsir yang terperinci, yang penting sekali NIAT tu. NIAT menggunakan ayat2 al-Quran dan Hadis di mana2 medium bukan setakat memperingatkan umat Islam, tetapi lebih kepada objektif lain seperti kebencian, merendahkan orang lain (terutamanya UMNO), meraih undi atau sokongan, atau mana2 niat lain yang tidak baik. Dalam Hadis 40, Hadis pertama mengatakan semuanya bermula dengan NIAT (saya pun sekolah agama jugak dulu, nak guna agama untuk kelentong saya ni susah sikit).

Adakah UMNO sahaja yang perlu dinasihati? Dan golongan PR itu maksum, tak perlu dinasihati? Memungkiri janji adalah suatu perkara yang berdosa, lebih2 lagi menggunakan Islam untuk meraih sokongan. Kita ambil contoh kenyataan Nizar, umat Islam Malaysia telah memberi sokongan yang sepenuhnya sampai BN hilang 5 negeri, tetapi akhirnya apa Nizar cakap? Tiada pun dalam memorandum atau mana2 dokumen mengenai perlaksanaan Hukum Islam dan Negara Islam.

Kenyataan yang dibuat oleh Nizar membuktikan ianya adalah penipuan yang bulat2, ramai rakyat beragama Islam di negara ini telah memberi undi kepada PAS kerana percaya dengan janji PAS yang kononnya mahu menegakkan Hukum Hudud dan Negara Islam. Kalau tak mahu buat Negara Islam, cakap awal2 sebelum pilihanraya. Bila rakyat dah mengundi, lepas tu menang pulak tu, baru nak kata takde hajat nak buat Negara Islam. Ini penipuan DASAR namanya.

Secara halus DAP menukarkan PAS menjadi seperti mereka dengan membuang identiti dan objektif PAS secara pujukan. Sebab tu saya katakan dengan pengorbanan yang PAS lakukan, PAS menjadi sama macam mereka, yang beza hanyalah janggut, jubah, kopiah dan ceramah. Tiada identiti, tiada matlamat. Dan saya tidak terkejut, tiada lagi PAS suatu hari nanti. Satu entiti politik Melayu Islam telah dilumpuhkan.

Kesimpulannya, jangan kuat mengata orang, WHAT GOES AROUND COMES AROUND. Allah itu Maha Adil. Lihatlah sendiri, PAS dulu kutuk UMNO, ngata UMNO tak perjuangkan Islamlah, akhirnya hari ni PAS sendiri tidak mampu memperjuangkan Islam kerana disekat oleh DAP. Dalam buku Jinggay, DAP ‘delete’ perjuangan Islam oleh PAS.

Friday, 18 May 2012

Cina DAP Cuba Burukkan Agama Islam







Ada seorang Cina DAP cuba memburukkan Islam dengan menggunakan video ini bahawa Islam adalah sama macam Nazi. Jawapan saya mudah je menyebabkan dia lari dan ban saya dari wall dia. Jawapan dia mudah, video ini adalah propaganda dari Goebbels untuk memenangi hati umat Islam supaya menyokong General Rommel di Tobruk untuk bergerak ke Russia melalui Arab dan Iran sambil mendapatkan sumber minyak. Pada masa yang sama, British adalah empayar yang dibenci oleh umat Islam ketika itu dan Nazi ingin mengambil kesempatan. Tetapi Nazi GAGAL dapat sokongan orang Islam sepenuhnya kerana 3 sebab utama. Bukan sebab umat Islam terpaksa tunduk pada British. Ok baca 3 sebab ini.




Sebab PERTAMA : Ideologi Nazi iaitu mengenai bangsa Aryan adalah bangsa yang mulia dan bangsa lain adalah sub-human adalah SUATU PENGHINAAN TERHADAP UMAT ISLAM!! Memandangkan Nabi2 umat Islam banyak terdiri dari kaum Yahudi seperti Isa dan Nabi Muhammad SAW adalah dari bangsa Arab. Inilah dia sebab utama Nazi German tidak mendapat sokongan majoriti umat Islam. Turki iaitu sekutu German, sekian lama pun tak mahu sokong. Vide dari Harun Yahya Turki menjelaskan segala-segalanya.




Sebab KEDUA : Sekutu Axis iaitu Facist Musolini Itali telah membunuh karakter umat Islam ketika itu iaitu IMAM OMAR MUKHTAR atau lebih dikenali sebagai Lion of the Desert. Pembunuhan orang penting telah membangkitkan kemarahan umat Islam khususnya terhadap Axis dan akhirnya Nazi / Itali kehilangan Tunisia dan Libya. 
Saya baru je bagi 2 sebab, si Cina DAP tu terkial-kial ubah topik, siap bagi tahu umat Islam menekan dan membunuh kaum Yahudi di Syria, Tunisia, Algeria dan Morocco ketika itu. Jawapan saya mudah, siapa yang kontrol Algeria, Syria, Tunisia, Morocco ketika itu? Ia adalah di bawah pemerintahan Petain, Laval dan Daland dari regim Vichy Perancis yang melaksanakan undang2 perkauman. Semua negara tu masih koloni Vichy Perancis dan regim Vichy Perancis bersekongkol dengan Nazi. 

Ok, ini sebab ketiga yang menyebabkan umat Islam tak menyokong Nazi walaupun Nazi memberi janji manis pada orang Islam untuk bebaskan Palestin - Selepas tentera Nazi menjajah Perancis, Nazi telah menyeksa 4,000 tentera Afrika  beragama Islam di bawah tentera Perancis ketika itu, dan Nazi telah membuat satu paparan di TV Nasionalnya. Di dalam paparan tersebut, mereka telah memberi daging kambing mentah kepada askar2 Afrika Islam tersebut, dan akibat kelaparan, mereka memakannya dan ini ditunjukkan di TV Nasional German ketika itu. Mereka (Nazi) menjustifikasikan sikap tentera2 ini sebgaia barbaric dan mereka harus dibersihkan dari muka bumi ini. Kemudian 4,000 tentera ini ditembak. Perkara ini telah menyebabkan kemarahan sebahagian besar umat Islam ketika itu. Ia ada dalam dokumentari National Geographic mengenai propaganda2 Nazi pasal perkauman di negara mereka ketika itu. 

So kesimpulannya, 3 sebab kenapa umat Islam majoritinya tidak menyokong Nazi pada WW2 walaupun umat Islam benci British, dan Nazi janji nak bagi balik Palestin pada orang Islam ;
1. Ideologi perkauman Nazi menghina Nabi2 umat Islam yang berbangsa Yahudi dan termasuk Nabi Muhammad juga memandangkan Nabi berbangsa Arab.
2. Pembunuhan salah seorang pemimpin penting umat Islam ketika itu iaitu Omar Mukhtar.
3. Penyiksaan dan penghinaan terhadap 4,000 tentera Afrika Islam di bawah Perancis dalam TV Nasional German ketika itu. 

Setelah Nazi gagal mempengaruhi umat Islam di Arab untuk menyebelahi mereka, mereka cuba mempengaruhi umat Islam di Eropah Timur terutamanya yang ada unsur Aryan iaitu Bosnia dan Kossack. Memandangkan mereka ni tertekan di bawah Stalin, ia menjadi mudah untuk mempengaruhi dan temberang bangsa Aryan telah berjaya mempengaruhi 2 kaum orang Islam ni. Bukan setakat tu je, penduduk2 Kristian di Kiev Ukraine pun terpengaruh, maklumlah sebab faktor Aryan dan benci pada Stalin.

Macamana Bosnia boleh berminat join Nazi? 2 sebab je, pertama, mereka ni ada unsur Aryan. Kedua, mereka ni tertekan  di bawah kuku besi Stalin. Motivasi yang mudah untuk dipengaruhi. Perlu diingat, orang Islam ni banyak kaum, iaitu Arab, Yahudi, Afrika, Cina dan lain2. Kenapa mereka ni tak berminat? Kenapa mereka lebih minat ikut British berbanding Nazi? 

Memang ada orang Arab ikut Wehrmacht dan tak ramai, tapi mereka tak ikut SS. SS dan Wehrmacht adalah dua entiti berbeza. Wehrmacht memang tidak berminat nak ikut doktrin Nazi tetapi SS memang gila dan fanatik. Wehrmacht Afrika Korp yang diketuai oleh Rommel secara terbuka tidak mahu mengikuti doktrin Nazi. Itulah yang menarik sebilangan kecil Arab untuk ikut Rommel maklumlah sebab Rommel lawan Montgomery. Dan akibat tidak mahu mengikut Doktrin Nazi dan disyaki terlibat dalam plot untuk membunuh Hitler iaitu operasi Valkryie, Rommel dipanggil pulang ke Jerman dan diarahkan untuk bunuh diri. Rommel hingga ke hari ni dianggap hero oleh seluruh dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this