Sunday 25 November 2012

Not All Museum Are Boring - Tunnel Time, Cameroon Highlands



I am a bit skeptical when enter this museum, as I never heard about this museum before. From outside of this museum, I thought it is “just a small museum” that displays private things of the owner. But my perception change when I went inside. Located at Cameroon Highlands, this Time Tunnel is a perfect place for those who want to feel the sentimental of old stuff that still have “value”. Ticket price is RM5 for adult, and RM3 for kids. You may read about this museum, here.

Enjoy all the picture!

The oldies advertisement

The Chronology



History

I remember my late grandma use these containers when I was still a baby ;D

Sooo classic!



Colgate and Sunkist are type of brands that vote by Malaysian


From all of these, I only managed to have the "Tabung Bank Pertanian" when I was in school

Another favorite brand , MILO

I use to watch the TV in box when I was 4 years old.





"Sparkle". Oh, I miss that!


Cash Register machine






Who is Jim Thompson? Read here.



Monday 19 November 2012

Sejarah Ekonomi Malaysia





Majoriti orang Cina dan India suka duduk dengan kita sebab kita ni tak kiasu. Kalau Cina kiasu takpa lagi, kalau Bumiputera jadi kiasu, mau tak parah? Terutama dari sudut ekonomi negara. Bumiputera ni pembelanja terbesar dari segi kuantiti (volume) yang duk support banyak entiti2 perniagaan bukan Bumiputera, yang turut menjanakan ekonomi negara. Kalau pembelanja2 majoriti ni buat perangai tak mau berbelanja, macamana? 

Cina dan termasuklah Melayu tak tahu sejarah ekonomi kita, kita hanya fokus kepada sejarah biasa. Orang Melayu kita, termasuklah ahli UMNO sendiri tak tahu sangat, yang mereka tahu DEB ni hak Melayu, itu je. Yang Cina ni pulak hari ni dah kena kelentong, dok pikir DEB hanya tolong Melayu, Kedua2 nya tak sedar dan tak tahu intipati DEB tu untuk apa. 

Antara 1957 hingga 1970, Malaysia ni terlalu bergantung kepada ;
eksport ekonomi iaitu getah dan timah,
ekonomi domestik terlalu bergantung kepada kuasa membeli minoriti ketika itu,
dan ekonomi ketika itu dianggap selesa. 

Realitinya, ketika itu pun majoriti Bumiputera tak berapa minat dengan kehidupan urban ni, mereka lebih selesa dengan cara kehidupan mereka di kampung.
Antara 1957 hingga 1970, masih belum ada affirmative action lagi untuk DEB. 

Maklumlah, masih transisi kemerdekaan,
selesa dengan ekonomi eksport,
terlampau bergantung kepada pelabur asing
dan termasuklah tiada tekanan yang cukup kuat dari bangsa Melayu sendiri, setakat kecoh kat Parlimen je. 

Tapi ramai ahli2 ekonomi ketika tu dah nampak, kalau bergantung dengan cara ekonomi sedia ada iaitu seperti tahun 1957 – 1970, akan membawa bencana. Memang betuila, awal 1970an memang bermulalah bencana ekonomi tu ;

eksport ekonomi mula jatuh, terutama dengan kejatuhan harga getah,
1969 krisis 13 May pulak,
pelabur asing banyak lari sebab isu komunis,
lepas tu pasaran domestik tepu lak sebab pasaran kecil je, hanya bergantung kepada golongan minoriti.

Dan paling teruk sekali ialah pada 1980an, iaitu kejatuhan mendadak pasaran timah. Antara 1970 – 1980, memang banyak berlaku isu2 yang beri impak negatif kepada ekonomi negara kita, yang paling teruk ialah golongan peniaga iaitu Cinalah. Melayu dah biasa duduk di kampong. Yang Cina ni terlalu bergantung kepada perniagaan, macamana? Sebab tulah kalau hangpa tengok isu2 ekonomi melanda antara 1970-1980, memberi justifikasi yang cukup kuat untuk melabur kepada kaum Melayu majority untuk jadi aktif dalam arus perdana ekonomi Malaysia, sebab depalah penyelamat .. hahaha. Nasib baik ahli ekonomi UMNO ni cekap jugak depa nampak, tapi bukan UMNO je, ramai tokoh2 bukan Melayu yang membantu, terutamanya arkitek kewangan DEB iaitu Tan Siew Sin, tokoh ekonomi yang berkhidmat di bawah 4 PM kita, iaitu dari Tunku Abdul Rahman hingga Tun Mahathir. 

Hasilnya, ekonomi Malaysia MELETUP pada 1990an! Ini adalah sebahagian rujukan sayalah, iaitu Sejarah Ekonomi Malaysia daripada Economic History Association. Saya rasa patut dimasukkan ke dalam buku Sejarah kita.



Kalau hangpa rajinlah, hangpa bacalah buku2 ;

Rancangan Malaysia Pertama : 1966 – 1970
Rancangan Malaysia Kedua : 1971 – 1975
Rancangan Malaysia Ketiga : 1976 – 1980
Rancangan Malaysia Keempat : 1981 – 1985
Rancangan Malaysia Kelima : 1986 – 1990 (DEB diperkenalkan sehingga 1990)
Rancangan Malaysia Keenam : 1991 – 1995
Rancangan Malaysia Ketujuh : 1996  – 2000
Rancangan Malaysia Kelapan : 2001  – 2005
Rancangan Malaysia Kesembilan : 2006 – 2010
Rancangan Malaysia Kesepuluh : 2011  – 2015

Ini info2 asas polisi2 ekonomi negara. Ada lagi rujukan lain, tapi ini asas. Kalau hangpa baca kesemuanya, hangpa akan nampak kesinambungan dan coraknya, step by step susunannya, cukup cantik. Hangpa akan nampak agenda tolong Melayu ni bukan agenda utama, TETAPI adalah satu KUNCI pada agenda utama rancangan jangka masa panjang ekonomi Malaysia. Maklumlah, kalau majority 60% rakyat Malaysia iaiatu Melayu khususnya, tidak ada dalam arus perdana ekonomi Malaysia, semua orang bungkus, termasuklah ekonomi Malaysia dan peniaga2 bukan Bumiputera jugak. Macamana nak berkembang kalau bergantung ada minority ja? Apa agenda utamanya? Menstruktur balik ekonomi yang kelam kabut selepas British blahla. Yang selebihnya tu hangpa bacalah sendiri ek, rajin2 lah membaca :D

Kalau orang Umno/Perkasa baca semua info2 ni, depa boleh pulun DAP dengan petik jari ja, sambil tu boleh tarik balik orang2 Cina pi sokong Umno/ Perkasa. Betui aku cakap, sebab bila aku debat dengan member2 aku orang Cina, aku pakai info ni ja, settle terus. Sebab depa pun tak tau, dah kena racun dengan DAP.

Sebenarnya ahli pemikir Melayu dah cerita pun, info2 dah depa mata, Cuma kita ja tak mau baca. Contohnya result ekonomi, macamana ekonomi Malaysia berfungsi, apa polisi2 negara kita, pandangan Tun Tan Siew Sin dan macam2 lagi. Lagi satu, kita lebih suka kepada benda2 negatif dan gossip, yang positif tak mau lak baca, tak kisahla Melayu ka, Cina ka. Contoh terbaik ialah laporan auditor kita, kita dok dengaq dari PR yang negative ja, contoh GLC2 yang rugi ja. Yang tu ja mahu kita dengaq. Yang lebih 994 muka Laporan Auditor tu tak mau lak baca. Kita ada 47 GLC, bukan Proton, MAS dan yang popular tu ja. Ada orang sedar tak, dari semua GLC2 kita, keuntungan yang diorang pulun lebih RM250 bilion berbanding rugi RM1.6 bilion? Ada orang tau? Tu la pasai tak mau baca.

Kerajaan kita seperti kerajaan lain akan bagi point form ja bila berucap, contoh Najib beri kenyataan kadar tumbesaran ekonomi kita 6%. Takat tulah, lebih tu kita sendiri la kena cari. Kita boleh cari detail kat jabatan2 kerajaan jugak. Sekarang ni ada internet, download la. Contoh terbaik ialah Lapran Audit, takkanla Najib nak baca kesemua 994 muka tu kat kita semua, mau tak terlena kita. Atas inisiatif kita sendiri laa nak download dan baca sepenuhnya.

Selain dari kupasan mengenai “Sebelum (Pre) dan Semasa (During)” 13 May 1969, apa kata kupasan dan kajian “Selepas (Post)” 13 May 1969 dari sudut konteks ekonomi negara, apa jadi antara 1970 – 1971 terutama kepada entiti2 perniagaan bukan Bumiputera apabila majority Bumi ketika itu memilih untuk meninggalkan bandar2 utama sebab macam2 faktor berkaitan samada perintah berkurung, bahaya dan geram pada bangsa Cina, dibuat.

Berdasarkan komen dan penerangan mudah pada rakan2 Cina saya, macam nilah, Hari Raya je, bandar2 utama mati/lengang tau, bayangkanlah 1 tahun straight macam tu? Mahu tak bungkus entiti2 perniagaan bukan Bumi, takkan diorang nak harapkan dari perbelanjaan minority je? 


Kalau kita buat kajian detail pasal ni, baru kita sedaq, DEB ni bukan setakat nak tolong bumi, tapi lebih menjurus kepada kepentingan ekonomi negara, termasuklah entiti2 perniagaan kepunyaan bukan Bumi. Kalau 60% rakyat Malaysia iaitu Bumi tidak berbelanja atau tidak ada kuasa untuk berbelanja, apa akan jadi pada ekonomi negara? Kita boleh lihat scenario ekonomi negara 1970 dan 1990. Hanya selepas kemasukan pembelanja2 dari bumi iaitu 60% rakyat, baru ekonomi Malaysia boom 8% setiap tahun selama 5 tahun berturut2. Kalau golongan bumi masih tiada kuasa berbelanja pada awal 1990an, memang takde can ekonomi Malaysia nak boom. Sebab kuasa membeli bumiputera adalah salah satu anchor ekonomi negara, walaupun secara individu mereka tak berbelanja sebesar kaum lain, tetapi bilangan Bumi ni tak ramai. Barulah rakan2 Cina saya faham.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this